Bab 10
RUMAH banglo yang sederhana besar itu aku teliti setiap genap incinya. Waktu
itu hanya aku sahaja yang ada di ruang tamu rumah tersebut. Encik kacak dan
Aleesya sudah menghilang. Katanya dia hendak memaklumkan pada si ibu akan
kehadiran aku. Huh! Berdebar, tak tentu arah. Semua bercampur jadi satu.
Selepas makan tadi, aku tidak terus datang ke
sini. Aku naik ke tingkat satu terlebih dahulu untuk menemui bosku. Surat
berhenti kerja itu aku serahkan padanya. Tika itu, rasa nak tergelak pun ada.
Rupanya bos sedang menunggu masa memecat
aku dek target jualan yang ditetapkan tidak tercapai. Nasib aku pantas
bertindak. Aku yang letak jawatan bukan dipecat. Elok sikit bunyinya kan?
Aku kerling jam tanganku. Baru pukul tiga
setengah petang. Encik kacak ini sesuka hati dia saja keluar hospital dan
membawa aku pulang ke rumahnya. Bila ditanya, katanya, hari ini hari dia jaga
klinik. Kebetulan kes tak banyak. Bolehlah dia keluar. Entah betul, entah
tidak.
“Hmm.. Rumah besar tapi sunyi je. Tak
meriah,” omelku di kala memerhati sekitarnya.
Lama sangat menunggu encik kacak, aku
bangkit. Satu-persatu bingkai gambar aku perhati. Terlalu banyak gambar encik
kacak di situ. Encik kacak nampak sangat kurus. Bentuk pipinya agak panjang
sedikit berbanding encik kacak yang aku kenal. Mungkin gambar lama. Itu yang
kurus kering.
Kemudian, mata aku jatuh pula pada bingkai panjang
di mana terdapat tiga keping foto.
Foto pertama merupakan foto seorang bayi
comel dalam pakaian putih dan aku pasti itulah Aleesya.
Foto kedua pula gambar encik kacak dan wanita
yang aku kenali sedang tersenyum manis bersama Aleesya di tengah-tengahnya.
Nafas sudah mulai sesak. Hati mula pedih.
Saat tertacap pada gambar ketiga, aku
mengetap bibir. Gambar encik kacak dan isteri dalam busana pengantin sedang
berpelukan mesra. Bahagia sungguh!
Aku teliti wajah encik kacak. Mengapa hati
ini terdetik, ada kelainan pada wajah itu? Bentuk muka yang panjang, berkumis
nipis dan senyuman itu agak lain dari senyuman yang biasa aku lihat.
Aku angkat bahu. ‘Masa muda-muda kot.’ Pantas
aku tersenyum hambar.
“Riana..” Encik kacak yang sedang berdiri di
anak tangga paling bawah memanggil aku.
“Erm? Aleesya mana?” soal aku tidak selesa
berdua begitu biarpun ada pembantu rumah di dapur.
“Kat atas. Jom naik jumpa ibu saya. Dia dan
Aleesya tengah tunggu awak,” tutur encik kacak menggamit aku naik bersamanya.
Aku kerutkan dahi. Cuak. Takkanlah ibu encik
kacak benci aku hingga tak nak turun berjumpa dengan aku. Hisk!
Agak-agak nasib aku bakal jadi macam cerita
drama-drama Melayu tak? Ibu bapa si lelaki tak berkenan, dan akibat tidak dapat
menahan sindirin atau makian orang tua si lelaki, si heroin pun lari ke luar dari
rumah dengan linangan air mata. Jadilah cinta tak kesampaian. Macam tu ke?
Seram sejuk pula apabila mengenangkan nasib yang bakal menimpa diri.
“Awak, saya nak balik,” suaraku pada encik
kacak.
“Kenapa pulak ni? Takut nak jumpa bakal
mertua iya?”tanya encik kacak lembut.
“Saya tak setuju dengan perkahwinan ni. Saya
tak nak. Tolonglah jangan paksa saya. Kehadiran saya di sini tak diterima pun,
Ezzat. Awak dah beristeri. Tak cukup
lagi ke keluarga yang awak ada sekarang?”luahku pada encik kacak, mengharapkan
agar dia mengerti permintaan aku.
“Siapa yang tak terima awak, Nur Adriana? Ibu
saya?”
Aku mengangguk.
Encik kacak memicit pangkal hidungnya. “Nur
Adriana, don’t easily jump into
conclusion could you?”
“ Habis awak nak saya cakap apa lagi? Ibu
awak tak turun pun. Maknanya dia tak nak jumpa saya. Awak tak reti bahasa ke?”
Huh! Ton suara mula meninggi.
“Tengok.. Awak fikir yang negatif je. Apa
salahnya awak ikut saya naik atas dan lihat sendiri keadaan ibu saya. Boleh
tak?” balas encik kacak juga dengan nada yang sedikit keras.
Aku merengus kasar. “Apapun saya nak balik.
Assalamualaikum.”
Aku sudah tidak terdaya hendak melayan lelaki
yang seorang ini. Daripada terus bertikam lidah, lebih baik aku angkat kaki. Lagipun, aku pandu sendiri ke sini. Tak perlu mengharapkan ehsan dia untuk
menghantar aku pun.
“Nur Adriana Sulaiman!”
Fuh! Kedua belah kaki seperti kena paku
apabila suara parau itu menyebut nama penuhku penuh tegas.
“Kenapa awak tak pernah berikan diri awak
sendiri peluang untuk mengenali orang yang sudah mula ada di hati awak?Awak
mengaku kalah tanpa berbuat apa-apa. Sekadar awak dengar perbualan kami di
masjid, lihat gambar di hospital.. Itu dah cukup bukti yang saya ni dah
berkahwin bagi awak?”
Apa? Aku salah dengar ke yang ayat lihat
gambar di hospital tu? Suara misteri itu suara dia ke?
Aku yang masih membelakangi dia, langsung
tidak terlintas untuk menoleh. Tiba-tiba aku dihambat perasaan takut untuk
bertentangan dengannya. Pertama kali encik kacak yang aku kenal mengangkat
suara lebih tinggi daripada biasa.
“Cukup Doktor Ezzat. Saya tak nak dengar
apa-apa lagi. Antara kita memang tak akan terjadi apa-apa. You have your own happy family,”balasku mendatar.
“Kenapa kita menidakkan petunjuk Dia, Nur
Adriana?” tambah encik kacak lagi tetapi kali ini nadanya sudah mengendur.
“Dahlah, Doktor Ezzat Faiz..”
“What?
Ezzat Faiz?” Ton encik kacak meninggi semula.
“Ya Allah! Adriana.. Adriana. How did you know that name?”sambungnya.
Aku senyum sinis. “Aleesya binti Ezzat
Faiz. Kenapa? Tak nak mengaku tu nama
awak pulak atau tak nak mengaku Aleesya tu anak awak?”
“Nur Adriana.. Come and we have a discussion. Please,”pinta encik kacak yang sudah
mendekati aku.
Aku gelengkan kepala. “There’s nothing much to be discussed. Seperti yang saya cakap, awak
dah ada Aleesya dan isteri awak. Semua gambar yang saya tengok, dah jelas
menunjukkan keluarga awak cukup bahagia. Saya tak akan sama sekali membenarkan
diri saya meruntuhkan kebahagiaan yang telah terbina.”
“Biarpun hati awak terluka? Menangis?”
Aku menggigit bibir. Dari mana dia tahu semua
tu?
“Itu yang lebih baik. Demi kebahagiaan awak
sekeluarga,”balasku ringkas. Moga dia mengerti bahawa meskipun aku
mencintainya, aku takkan sama sekali bergembira atas penderitaan insan lain.
“Kebahagiaan tidak boleh dinilai hanya pada
luaran. Kebahagiaan itu terkesannya pada hati bukan pada wajah. Untuk bibir
tersenyum itu mudah tapi untuk hati tersenyum itu payah. Kebahagiaan yang
hakiki itu letaknya di hati bukan di bibir.”
Serentak itu aku menoleh. “Awak..”
Arh! Aku tidak mampu untuk meneruskan kata.
Aku cuma mahukan kepastian tetapi rasanya, ayat lengkap itu sudah cukup
menyatakan memang dia ada di bilik pakar itu tempoh hari.
Encik kacak tenung aku dengan matanya yang
redup. Bebola mata itu tampak sedikit berkaca. “Nur Adriana, kalau awak masih
tak bersedia, saya tunggu. Ambillah sebanyak masa untuk awak minta petunjuk
dari Dia. Cuma saya mintak, jangan sesekali menidakkan jawapan yang Dia berikan
dan ambillah sebanyak mana masa untuk awak tahu siapa saya. Selagi Allah
mengizinkan saya menanti awak, saya tetap akan menanti.”
Habis sahaja encik kacak meluahkan isi
hatinya, dia terus berlalu memanjat tangga ke tingkat atas dan membiarkan aku
terpaku sendirian di depan muka pintu. Bait bicara dia seakan pedih menampar
wajah aku. Pasrahkah dia dengan semua ini?
***
AKU tatap wajah manis itu di depan aku. Rupanya pertelingkahan antara aku
dan encik kacak didengari oleh insan lain yang berdiri di luar rumah.
Setelah aku mengatur langkah untuk pulang,
wanita yang aku kenali sebagai isteri encik kacak itu menunjukkan diri. Ketika
itu, darah gemuruh menyerbu. Aku belum bersedia berhadapan dengan wanita itu
walaupun bersemuka dengannya adalah jalan terbaik.
“Riana
dah nak balik?” soal dia tenang sekali. Tiada riak sedih ataupun kecewa
berdepan dengan aku.
“Riana
bergaduh dengan Abang Ezzat iya?”soalnya lagi.
“Saya
mintak maaf kak.” Cuma ayat itu yang mampu aku ungkapkan. Aku benar-benar
dipukul rasa bersalah. Ketenangan wajah itu menggugat jiwa wanita aku sampaikan
aku tertanya-tanya, tidak sedihkah dia dengan apa yang berlaku? Redhakah dia
menerima pernikahan ini kerana daripada cara dia menyapa aku, bukan seperti dia
membenci aku.
Wanita
itu menggelengkan kepala. Tangan aku ditarik dan tepuknya tiga kali. “Riana tak
ada salah apa-apa dengan akak,”ujarnya.
“Tapi Ezzat Faiz itu suami akak,” balas aku.
Wanita itu masih tidak lekang dengan
senyuman. “Iya. Memang Ezzat Faiz suami akak, Riana.”
“Habis tu kenapa akak..”
Belum lagi habis ayat aku, wanita itu
memotong. “Riana perlu tahu siapa Ezzat yang sebenarnya. Riana ikut akak iya.
Kita keluar minum.”
Demi menghormati
wanita itu, dan dek perasaan ingin tahu tentang encik kacak membuak-buak, aku
akhirnya akur dengan permintaannya. Mungkin wanita ini mempunyai jawapan untuk
meleraikan kekusutan aku.
p/s: Bagi yg belum buat pre-order, cepat2 emelkan pada emel yg tertera di atas. Quota Kompilasi Novelet Jejaka Pilihan Hati tinggal sikit saja lagi. Cepat2!
nove yang kelihatannya cukup menarik...
ReplyDelete