Friday, June 28, 2013

Hakikat KuCintaimu Bab 10

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab
 10

            Raut wajah Mia Qistina ditatap lama. Ihkwan Iqaan yang pada awalnya ingin mengejutkan Mia Qistina terbantut tatkala melihat isterinya sungguh comel sewaktu tidur. Tanpa dia sendiri sedari, satu kucupan lembut dihadiahkan ke dahi Mia Qistina.

‘Isk. Kenapa pulak dengan aku ni?’ detik hati kecil Ikhwan Iqaan pabila tersedar dari kelakuaannya itu.

“Mia, bangun. Solat subuh. Subuh dah nak habis ni,” Ikhwan Iqaan kemudian mengejutkan Mia Qistina.

“Hah! Iqaan, kenapa awak kat sini?” Mia Qistina yang masih mamai terkejut melihat Ikhwan Iqaan betul-betul di hadapannya.

“Eh, awak ni. Mamai  pulak. Dah-dah. Kita kan dah kahwin. Bangunlah ambil wudhuk, kita berjemaah sama-sama.”

***

            Sebaik sahaja doa diaminkan, Ikhwan Iqaan sengaja menghulurkan tangannya kepada Mia Qistina. Dia ingin menduga sama ada isterinya itu sanggup menyalaminya atau tidak namun jauh di sudut hatinya, dia yakin Mia Qistina pasti tidak akan berbuat demikian. Akan tetapi, sangkaannya meleset. Mia Qistina menyambut huluran tangan Ikhwan Iqaan dan menyalami serta mencium tangan suaminya. Ikhwan Iqaan kaget tetapi ada bunga kebahagiaan yang dirasakan. Tangan Ikhwan Iqaan tiba-tiba terasa panas apabila wajah Mia Qistina bersentuhan dengannya. Pantas dia meraba ubun-ubun Mia Qistina.

“Mia, awak demam ke ni? Panas badan awak ni. Kita ke klinik nak?” Ikhwan Iqaan cemas.

“Mia okay. Demam sikit je ni. Kejap lagi Mia makan ubat,”jawab Mia Qistina lemah.

“Sebab tidur bawah ye jadi macam ni?” Ikhwan Iqaan dibelenggu rasa bersalah apabila Mia Qistina menganggukkan kepalanya.

Mia Qistina cuba untuk bangun dari tikar sejadah namun, dia gagal mengimbangi badannya. Mujurlah Ikhwan Iqaan sempat memaut isterinya dan mencempung Mia Qistina ke katil. Walaupun Mia Qsitina kurang selesa dengan tindakan itu, dia membiarkan sahaja kerana sememangnya dia tidak mampu untuk berdiri.

“Mia, awak rehat dulu. Saya pergi tengok apa yang ada untuk sarapan. Saya bawak naik ke atas dan lepas tu, awak kena makan ubat, ok” cukup lembut suara Ikhwan Iqaan. Mia Qistina hanya mampu membalas kata-katanya dengan senyuman.

***
            Aroma yang datang dari dapur benar-benar membuat perut Ikhwan Iqaan berkeroncong. Kelihatan Puan Maisarah sedang sibuk menyediakan sarapan.

“Morning,mama. Mama masak apa tu? Sedapnya bau,”Ikhwan Iqaan menyapa mesra mertuanya. Mujurlah sudip ditangan Puan Maisarah tidak terpelanting.

“Isk Iwan ni. Terkejut mama. Nasib mama tak baling sudip ni tadi,” kata Puan Maisarah sambil mengurut dadanya. Ikhwan Iqaan pula tersenyum sumbing menyedari kesilapnnya. Dalam hati, mujurlah ibu mertuanya ini tidak melatah seperti isterinya.

“Yang kamu tersengih je ni kenapa? Awal pulak Iwan turun. Mama tak siap lagi sarapan ni. Mia mana? Anak perempuan seorang ni, dah jadi bini orang pun masih lagi bangun lewat. Lain kali kejutkan aje Mia tu. Kalau matahari tak tegak atas kepala, membutalah jawabnya,”bebel Puan Maisarah.

‘Aduhai, patutlah Mia tu mulut macam murai. Rupanya keturunan,’ gerutu Ikhwan Iqaan sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Iwan, kamu ni kenapa termenung pulak? Duduklah dulu mama buatkan air. Harapkan Mia tu, kalau tak pukul sepuluh, takkan turunnya,” sambung Puan Maisarah.

“Eh, tak apa ma. Sebenarnya, Iwan nak ambil roti dua keping dengan milo nak bawa naik ke atas,” terang Ikhwan Iqaan.

“Ai,kenapa pulak Iwan? Nak siapkan sarapan untuk puteri seorang tu ke?”

“Ye ma. Mia demam. Ingat nak bagi dia makan sikit sebelum makan ubat.”

“Iwan, takkan sampai demam kot adik abang tu kamu kerjakan?” sakat Muhammad Qayyum yang datang dari belakangnya. Ikhwan Iqaan tersengih.

‘Memanglah sebab Iwan,abang oi. Tapi sebab Iwan buli dia tidur atas lantai je pun. Kalau Iwan kerjakan betul, sampai ke hospital agaknya adik abang tu,’monolog Ikhwan Iqaan.

“Hah, ni Iwan. Mama dah siapkan. Bawa naik ni. Ubat pun mama dah letak. Kejap-kejap lagi mama naik jenguk Si Mia tu.” Puan Maisarah menghulurkan dulang yang sudah diisi dua keping roti bakar yang disapu mentega, segelas Milo panas, segelas air kosong dan dua biji Panadol.

***

            “ Itulah awak. Tak nak sangat tidur di sisi suami. Kan dah dapat balasan. Tengok sekarang, siapa yang susah? Saya juga kan?” omel Ikhwan Iqaan setelah Mia Qistina selesai bersarapan dan menelan ubat yang diberikan.

“ Awak,Mia tak suruh pun awak buat semua ni.Maaf menyusahkan awak. Okaylah, Mia nak tidur.” Mia Qistina berkecil hati kerana dia menganggap semua yang dilakukan Ikhwan Iqaan tadi ikhlas, rupanya tidak.

“Ai... Merajuk pulak dia. Saya guraulah. Awak ni.” Ikhwan Iqaan kemudian menyelimuti Mia Qistina yang sudah berbaring membelakanginya. Mia Qistina sudah menitiskan air mata. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia menjadi terlalu sensitif.

Ikhwan Iqaan dapat menangkap esakan kecil Mia Qistina. Dia mula panik.

“Awak kenapa ni? Sakit ke?” soal Ikhwan Iqaan. Tangannya menyentuh bahu Mia Qistina, mengharapkan agar isterinya memandang wajahnya.

“Awak,cakaplah kenapa ni? Kalau awak sakit, saya bawa awak ke klinik,”kata Ikhwan Iqaan. Jemarinya mengelus lembut rambut isterinya. Mia Qistina masih tidak menjawab soalannya, namun esakan Mia Qsitina makin jelas pada pendengarannya. Ikhwan Iqaan lantas mengubah posisinya. Dia kini sudah berbaring di sisi dan menghadap Mia Qistina.

“Mia, kenapa ni? Mia terasa ke dengan kata-kata Iq tadi? Iq minta maaf ye,sayang,” Mia Qistina sudah berada dalam pelukan Ikhwan Iqaan. Mia Qistina tidak menolak malah dia berasa cukup tenang. Begitu juga dengan Ikhwan Iqaan, dia dapat rasakan suatu perasaan yang cukup istimewa terhadap gadis itu.

“Mia, Iq minta maaf ya. Iq memang bergurau tadi. Syy.. Jangan nangis lagi. Iq tak rasa susah pun tadi. Mia kan isteri Iq. Tanggungjawab Iq,” pujuk Ikhwan Iqaan. Kucupan penuh kasih sayang hinggap di ubun-ubun Mia Qistina. Mia Qistina mengeratkan pelukannya. Akhirnya, runtuhlah ego keduanya.

***
            “Mia, Iwan.. Mama ni. Mama nak tanya, Mia ok ke?”sayup-sayup suara Puan Maisarah kedengaran di balik pintu menyedarkan Mia Qistina dari lena.

“Iq, bangun. Mama panggil tu,” Mia Qistina mengejutkan suaminya yang erat memeluk dirinya. Ikhwan Iqaan membuka sedikit matanya. Mengeratkan lagi pelukan terhadap isterinya. Ternyata dia cukup bahagia.

“Iq, bangunlah. Mama kat luar tu,” sekali lagi Mia Qistina bersuara.

“Iwan! Mia ok ke tak?” Ketukan di pintu agak kuat sedikit berbanding tadi.

“Ye ma. Mia ok. Mama jangan risau. Kejap lagi Iwan bawa Mia turun,” sahut Ikhwan Iqaan.

“Iwan, kau jangan nak buat apa-apa kat adik abang tu lagi. Tak pasal-pasal ke hospital pulak kang,” jerit Muhammad Qayyum dari luar.

“Dengar apa abang cakap tu. Iq lah ni,”renget Mia Qistina manja.

“Yela abang. Kejap lagi kami turun. Abang tak payah risau,” balas Ikhwan Iqaan sambil jemarinya membelai wajah isterinya.

“Mia dah ok?” soal Ikhwan Iqaan nakal. Wajah Mia Qistina sudah berubah rona.

“Thanks Mia. Iq janji akan cuba jadi suami yang baik untuk Mia. Kita lupakan semua yang terjadi .”

“Mia minta maaf kalau Mia ada terkasar dengan Iq. Mia pun janji yang Mia akan cuba jadi isteri yang baik untuk Iq.”

“Kita bukan suami isteri atas kertas atau depan family kita je kan, sayang?”usik Ikhwan Iqaan.

“Auch! Sakitlah!” Ikhwan Iqaan mengaduh tatkala dicubit oleh Mia Qistina.

“Padan muka. Uwek!” balas Mia Qistina pula.

“ Nakal iya. Dahlah tidur atas dada Iq. Cubit kita pulak. Tak malu.” Ikhwan Iqaan sebenarnya begitu senang apabila dada bidangnya menjadi alas tidur isterinya.

“Biarlah. Dengkilah tu. Dada Iq macam bantal bucuk Mia masa kecik-kecik. Itu yang sedap tidur...” Belum sempat Mia Qistina menghabiskan bicaranya, dia terpaku tatkala bibirnya dikunci oleh suaminya


“Iq akan ikat Mia sampai bila-bila,” ucap Ikhwan Iqaan dan ayat yang menjerut hati Mia Qistina sebelum ini bertukar menjadi kuntuman bunga yang indah.

1 comment: