BAB
9
Jantung Mia Qistina makin rancak
memainkan alunan rock, punk dan hip hop. Tinggal beberapa detik sahaja lagi,
Mia Qistina bakal bergelar isteri kepada Ikhwan Iqaan Dato’ Ismail. Sejak
pertemuan mereka di One World Hotel tempoh hari, dia dan Ikhwan Iqaan langsung
tidak berhubung. Masing-masing menyepi hinggalah dia mendapat satu pesanan
ringkas daripada Ikhwan Iqaan semalam.
Saya akan ikat awak
sampai bila-bila.
Mia
Qistina tidak membalasnya. Dia tidak tahu apa perasaannya tika itu. Kalau orang
lain, tentu ayat itu adalah ayat romantis namun baginya, ayat itu menjerut
tangkai hatinya.
“Aku terima nikahnya, Mia Qistina
Binti Muhammad Qairul dengan mas kahwin sebanyak.......”
Mia
Qistina sudah tidak lagi mendengar lafaz yang seterusnya. Dia seakan berada dalam
dunianya tersendiri. Kini, dia bukan lagi berada di bawah jagaan mama dan
papanya. Segala yang dilakukan pasti terikat dan dikawal oleh seorang lelaki
yang tidak pernah dicintai. Pasti kehidupannya selepas ini berubah 360 darjah.
Itulah yang bermain dimindanya.
“Pengantin baru tak elok
mengelamun.” Mia Qistina tersentak apabila suara yang cukup dikenali berbisik
betul-betul dicuping telinganya. Mia
Qistina tertunduk.
“Ala,
malu-malu pulak adik abang ni,” usik Muhammad Qayyum yang berada tidak jauh darinya.
Mia
Qistina mengetap bibir. Dia bukan malu. Dia meluat.
“Hah,
cepatlah sarung cincin,Iwan.” Arah Datin Ismah kepada anak terunanya itu.
Sejurus
sahaja cincin disarungkan, Ikhwan Iqaan mengucup dahi isterinya lembut. Dia tidak
dapat menafikan kecantikan Mia Qistina pada hari tersebut. Baju kurung moden
berona putih yang diperbuat daripada material satin itu menyerlahkan lagi
keanggunan Mia Qistina.
“Amboi,
lamanya Iwan. Sabarlah dulu. Tetamu ramai ni,” usik pula salah seorang
saudara-maranya. Ikhwan Iqaan tersenyum.
Wajah Mia Qistina pula sudah kemerahan.
‘Isk!
Saja nak ambik kesempatanlah tu! Benci!’ Marah Mia Qistina dalam hati namun wajahnya
dimaniskan sehabis boleh dengan senyuman plastik.
***
Jam di dinding menujukkan angka
sebelas malam. Hanya Mia Qistina yang berada di dalam bilik. Ikhwan Iqaan masih
di luar berbual dengan Encik Qairul dan Muhammad Qayyum. Mia Qistina memerhati
sekitar bilik tidurnya. Tilamnya dilitupi cadar putih. Cantik! Matanya beralih
pula pada dulang-dulang hantaran yang di susun di hujung bilik dan pandangannya
melekat pada beg tangan jenama Guess yang dihadiahkan pihak lelaki. Dia tidak
menyangka Ikhwan Iqaan benar-benar mengotakan katanya. Dia tersenyum sendirian.
Baik juga Ikhwan Iqaan rupanya.
Sedudah menggantikan pakaian dan
menunaikan solat Isyak, Mia Qistina melabuhkan pinggulnya ke atas tilam. “Isk.
Mana aku nak tidur ni? Kalau aku tidur atas katil, dia nak tidur kat mana
pulak? Takkan atas lantai kot. Ala, tapi takkan aku nak korbankan tilam yang
empuk ni untuk dia? Aduhai!” Mia Qistina membebel sendirian. Debaran pengantin
pada malam pertama berkocak hebat sebenarnya.
“Kalau
dua-dua tidur atas katil apa salahnya?” duga Ikhwan Iqaan tiba-tiba.
“Mak
tidur sekali aku jatuh!” Mia Qistina melatah dan melompat dari katil sebaik
sahaja mendengar suara Ikhwan Iqaan.
Dia
langsung tidak sedar akan kehadiran lelaki itu kerana setahunya, lelaki itu
masih rancak berbual dengan keluarganya di ruang tamu sebentar tadi.
“Mia..Mia..Ha..ha..ha..” Ikhwan Iqaan sudah
tidak dapat menahan tawanya tatkala mendengar latahan isterinya.
‘Ei!!!
Ya Allah! Geramnya!!! Kurang asam punya suami.’ Sebal sungguh hatinya. Sudahlah
jantungnya hampir keguguran, sekarang sibuk pula mentertawakannya mengalahkan
melihat pertunjukan sarkas.
“Apa gelak-gelak? Gilalah dia ni!” Mia Qistina
memarahi suaminya.
Dia
sebenarnya ingin menutup malunya. Mia Qistina semakin gugup apabila tiba-tiba
Ikhwan Iqaan menghampirinya dengan wajah yang cukup serius. Tubuh isterinya sudah berada dalam
dakapannya. Rambut lurus Mia Qistina dibelai lembut. Mia Qistina pula sudah
kaku dan sedikit pun tidak menolak tindakan Ikhwan Iqaan. Belaian Ikhwan Iqaan
sudah berada di wajah Mia Qistina. Dagu Mia Qistina dipegang dan wajah Mia
Qistina diangkat menatap wajahnya. Pandangan hangat Ikhwan Iqaan cukup
menggetarkan Mia Qistina namun dia merelakan wajahnya diratah oleh mata
suaminya. Tiba-tiba, Mia Qistina dapat mengesan senyuman nakal dibibir nipis
suaminya, pantas Mia Qistina menolak dan meloloskan dirinya dari pelukan Ikhwan
Iqaan.
“Ha..Ha..Ha..Kenapa? Takut?” soal Ikhwan Iqaan dengan tawa yang
masih bersisa.
Sebenarnya
dia sendiri cuba menutup kegugupan dan debaran yang dialami. Sungguh, dia
terpesona dengan keindahan wajah isterinya namun tembok keegoannya masih lagi kebal.
“Awak
ingat saya nak sangat ke? Sorrylah Miss Mia oi..” Ikhwan Iqaan sinis dan terus
berbaring di sudut kanan katil Mia Qistina dengan cukup selamba. Ikhwan Iqaan
memang sengaja ingin menyakitkan hati Mia Qistina.
“Ei!
Awak! Kenapa tidur kat sini? Ya Allah, Iqaan! Turunlah. Mia tak nak tidur tepi
awak. Please,Iqaan,” rayu Mia Qistina.
“Iqaan,
Mia tak boleh tidur bawah. Nanti Mia sakit. Tolonglah Iqaan. Malam ni je awak
tidur bawah. Esok Mia janji bagi awak tidur atas katil,” tambah Mia Qistina
lagi namun ianya tidak sedikit pun tidak dieendahkan. Akhirnya, Mia Qistina
mengambil sebiji bantal dan tidur di atas permaidani. Dia lebih rela tidur di
bawah daripada sekatil dengan lelaki itu. Ikhwan Iqaan pula tersenyum
kemenangan walaupun jauh disudut hatinya dia kasihan akan gadis itu.
best....
ReplyDelete