
Bab
2.
Ikhwan Iqaan tersengih-sengih
sendirian ketika memandu pulang ke rumah. Puas hatinya dapat menyakitkan gadis
itu tadi. Niat untuk membeli sesuatu untuk temannya dibatalkan dek insiden itu.
Setibanya di perkarangan banglo dua
tingkat peninggalan arwah Dato’ Ismail , Ikhwan Iqaan memerhati sisi kiri Mitsubishi
Lancer kesayangannya yang calar itu. Nasib sikit aje calarnya. Kalau tidak mahu
dia mengamuk.
“Nasib
baik yang langgar kau tadi murai cantik. Kalau tak dah lama aku kerjakan,”
gumam Ikhwan Iqaan.
Ikwan
Iqaan menyandar pada pintu keretanya itu, terimbau gadis yang melanggar keretanya
di One Utama tadi. Gadis itu sungguh cantik, putih melepak, mukanya bujur
sirih. Walaupun hanya dengan solekan yang tipis, keanggunannya tetap terserlah.
Matanya yang bulat dengan alis mata yang tersusun rapi, hidungnya yang sedikit
mancung dan bibir yang sederhana nipis menggugat iman Ikhwan Iqaan. Mukanya
yang sedikit kemerahan menahan geram dilihat begitu comel di mata Ikhwan Iqaan.
“Murai mana pulak yang cantiknya
Iwan?” soalan Datin Ismah mengejutkan Ikhwan Iqaan dari lamunan. Ikhwan Iqaan
tersenyum ke arah ibunya. Tangan ibunya
disalami dan dikucup lembut. Hanya dia dan Datin Ismah saja yang menetap di rumah
itu semenjak arwah ayahnya meninggal.
“Tak
ada apalah bu. Tadi kereta Iwan kena langgar dengan murai.” Ikhwan Iqaan ketawa
mengingatkan kejadian tadi. Dia akui pada hakikatnya, dialah punca masalah itu.
“Murai
mana? Macam-macamlah kamu ni Iwan.Habis tu, kereta kamu tak ada apa-apa ke
Iwan?” soal Datin Ismah menjeling-jeling ke arah Mitsubishi Lancer itu.
“Tak
ada apalah bu. Calar sikit je. Jom ibu, masuk.” Ikhwan Iqaan malas berlama-lama
di situ. Kalau ibunya mengetahui perihal sebenar, pasti telinganya dihujani
dengan selori bebelan Datin Ismah.
****
“ Iwan, ibu nak kamu jumpa bakal
isteri kamu. Takkan kamu tak nak
langsung kenal dia sebelum kamu nikah?” Pertanyaan Datin Ismah mengganggu
konsentrasi Ikhwan Iqaan yang sedang menghadap televisyen. Bab ini yang paling
lemah bagi Ikhwan Iqaan. Asal dia bersenang-lenang di rumah, mesti ibunya akan
membangkitkan isu perkahwinan paksa relanya itu. Kalau selalunya, Datin Ismah
bercakap soal atucara dan hantaran, hari ini ibunya itu menyuruh dia untuk
bersua-muka dengan gadis itu pula. Malas sungguh. Itu sahaja yang Ikhwan Iqaan
rasakan.
Ikhwan Iqaan mengeluh panjang.
“
Ibu tak kira, esok Iwan kena jumpa jugak dengan dia. Ibu dah aturkan dengan
Puan Maisarah.”
Arahan Datin Ismah membuat anak
tunggalnya mati kutu. Dia bukan ingin mengatur hidup anaknya tetapi sampai bila
anaknya harus membujang. Umur anaknya sudah menjangkau 29 tahun. Sudah tiba
masanya berumah tangga. Dia juga tidak pasti kenapa anaknya tidak mempunyai seorang
teman wanita yang istimewa.
“Ibu,
Iwan tak nak kahwin lagi la. Tak sukalah ibu ni. Tak sporting. Iwan tak puas
lagi nak manja dengan ibu. Ibu nak ke kalau nanti Iwan lebihkan isteri Iwan
banding dengan ibu?” pancing Ikhwan Iqaan, manalah tahu andai ibunya mahu
bertolak-ansur.
“Hish
kamu ni Iwan. Banyak aje alasan tu. Ibu tak kisah. Asal anak ibu ni bahagia,
cukuplah. Lagipun ada temanlah ibu nanti,”kata Datin Ismah.
‘Aduh.
Apa lagi alasan aku nak bagi kat ibu ni?’
Apabila disebut soal perkahwinan,
Ikhwan Iqaan dapat rasakan dadanya sesak. Dia masih belum bersedia untuk
menggalas tanggungajawab sebagai seorang suami, malah dia tidak yakin dengan
cinta selepas kahwin. Baginya, kalau cinta sebelum kahwin porak-peranda
walaupun dah kenal bertahun-tahun, inikan cinta selepas kahwin. Namun begitu,
demi ibu tersayang, Ikhwan Iqaan terpaksa menurutinya. Dia tidak tega mengguris
hati ibunya. Hanya Datin Ismah sahaja yang dia ada kini.
Bab
3
Mia Qistina menongkat
dagu. Mata bundarnya melilau ke kiri dan kanan. Jam di tangan menunjukkan pukul
satu setengah tengah hari. Sepatutnya, janji temunya jam satu tengah hari.
Hampir setengah jam Mia Qistina menunggu gerangan si dia, sudahlah sifatnya
tidak suka menunggu. Kalaulah si dia ini temannya, pasti akan menerima
berdas-das tembakan dari mulutnya itu.
“Manalah dia ni tak sampai-sampai.
Aduhai. Mama pun satu, nombor telefon dia tu pun tak bagi kat aku. Perut pun
dah lapar ni.” Keluh Mia Qistina.
Pagi tadi setelah Puan Maisarah memaklumkan
bahawa bakal tunangnya ingin bertemu, Mia Qistina memutuskan untuk makan
tengahhari di One World Hotel. Biar lelaki itu tahu bahawa dia bukannya seorang
yang low class ingin makan di kedai makan sebarangan dan Mia Qistina yakin
sekadar membayar ongkos makanan mereka itu pasti tidak menjadi satu isu kepada
bakal tunangnya. Maklumlah, anak datuk. Lagi pula, senang dia hendak “window
shopping”.
****
Tanpa Mia Qistina sedari, ada
sepasang mata tengah memerhati kelakuannya. Ikhwan Iqaan sudah berada di situ lebih
kurang lima belas minit yang lalu. Hatinya seakan teruja melihat gadis yang
memakai blouse putih yang dihiasi bunga kecil bercorak English style itu.
Sebelum berangkat ke pejabat awal pagi tadi, Datin Ismah sempat memaklumkan
gaya pemakaian bakal tunangnya itu. Jelas ianya persis pakaian yang dipakai oleh gadis itu.
‘Murai
tu ke bakal isteri aku?’ detik Ikhwaan Iqaan sendirian.
Dia
tersenyum nakal apabila akalnya mendapat satu idea untuk memastikan apa yang
bermain dibenaknya itu tepat. Dia mendail nombor telefon yang diberi oleh
ibunya itu.
“Assalamualaikum.
Ni Mia Qistina ke?” soal Ikhwan Iqaan.
“Waalaikumsalam.
Ya, saya. Encik ni siapa?” merdu suaranya menyapa telinga Ikhwan Iqaan.
Wajah
penuh tanda soal juga jelas pada pandangannya. Ikhwan Iqaan tersenyum. Betul
telahannya.
“Saya
Ikhwan. Saya tak dapat jumpa awak. Saya ada hal. Maaf buat awak menunggu. Bye!”
pantas Ikhwan Iqaan mematikan panggilan dan berjalan ke arah meja Mia Qistina.
*****
Merah padam muka Mia Qistina menahan
geram. Terasa dirinya yang terhegeh-hegeh ingin bertemu bakal menantu kesayangan
kedua ibu bapanya. Buat penat sahaja dia berada di situ dengan perut yang asyik
minta diisi itu. Bengang sungguh Mia Qistina kala itu. Kalau lelaki itu ada di
depannya, ingin saja diketuk-ketuk kepalanya. Biar lelaki itu tahu betapa panas
hatinya dia.
‘Dia
ingat aku nak sangat ke jumpa dia. Aku tak ingin kalau mama tak paksa. Isk.
Dasar lelaki. Ni tak jadi suami lagi, tak reti nak menepati janji, bila dah nikah
nanti tak tahulah macam mana,’gerutu Mia Qistina.
Ikhwan Iqaan sudah lama berdiri di
belakang Mia Qistina. Sewaktu Mia Qistina ingin bangun dari kerusinya, matanya
terbeliak dan hatinya makin membahang apabila melihat lelaki yang telah
menyebabkan Perodua Myvi dia sekarang bersemadi di bengkel berdiri begitu
hampir sekali dengannya. Seinci lagi dia bergerak, pasti tubuh mereka akan
bersentuhan. ‘Apa pulak mamat ni terpacak kat sini?’ desis Mia Qistina dengan
jemarinya sudah dikepal menahan geram.
“Hai!”
Ikhwan Iqaan menyapa Mia Qistina dengan senyuman yang menggugat jiwa wanitanya.
Tenang raut wajah itu. Jantung Mia
Qistina seakan dipalu kuat. Terpana Mia Qistina melihat lelaki yang berwajah ala-ala
Andrew atau nama sebenarnya Dennis Trillo yang membintangi telenovela Endless
Love kegilaannya itu. Kemeja berjalur putih merah dipadankan dengan seluar
slack hitam menyerlahkan lagi ketampanan si jejaka.
‘Eh,
baru aku perasan muka dia macam Dennis Trillo. Kacak gila,’ puji hati kecil Mia
Qistina. Kalaulah muka bakal tunangnya merangkap bakal suaminya itu sekacak
ini, mahu saja dia mengucapkan jutaan terima kash pada kedua ibu bapanya. Tak
dapat Dennis Trillo, dapat kahwin dengan kembar pelanduk dua serupa pun
jadilah. Mia Qistina tersengih-sengih sendiri.
“
Cik Murai..Cik Murai.” Panggilan itu menyedarkan Mia Qistina dari lamunannya.
Hilang sengihan di bibirnya. Melayang terus angan-angan mat jeninnya itu.
Darahnya menyirap lagi. Pantang benar jika dia dipanggil ‘Murai’ tambahan lagi,
lelaki itu yang memanggilnya.
“Awak
panggil saya apa?” soal Mia Qistina mengawal intonasi suaranya agar tidak
menggangu pengunjung lain. Bibirnya diketap apabila lelaki itu tetap beriak
tenang dan tidak bersalah.
“
Just forget about it. Kenapa awak tengok saya macam tu? Mesti sebab saya
handsome kan. Macam pelakon Filipina kan?” Ikhwan Iqaan pernah menerima pujian
itu daripada beberapa kenalan wanitanya dan sengaja menduga, Mia Qistina yang memandangnya
tanpa berkelip sebentar tadi. Sebenarnya dia juga tertewas saat pandangan
mereka bertaut. Ada getar di benaknya. Gadis itu mempersonakan jiwa lelakinya.
Mia
Qistina tersentak. ‘Mana pulak dia tahu ni? Pak nujum ke apa dia ni.’ Mia
Qistina mengawal perasaannya yang kini bercampur baur. Ikhwan Iqaan pula
seronok melihat kegelabahan Mia Qistina. Comel.
“Excuse
me. Perasannya awak ni. Awak nak apa sebenarnya tiba-tiba muncul depan saya?
Nak bayar ganti rugi ke?” marah Mia Qistina menutup malunya. Dia tidak mahu
lelaki itu tahu apa yang dibayangkan tadi, mahu saja dia menyorok kalau lelaki
itu dapat mengesannya.
Ikhwan Iqaan meggeleng-geleng kepalanya seraya
membariskan gigi putihnya. “Saya sebenarnya saja nak datang lunch kat sini. Tak
sangka jumpa awak. Well, awak seorang ke? Boleh saya belanja awak makan sebagai
tanda minta maaf?”tipu Ikhwan Iqaan. ‘Hakikatnya, saya ke sini nak jumpa bakal
tunang saya Cik Mia oi. Tak sangkalah pulak awak.’
“Senangnya.
Kereta saya entah berapa habis, awak sekadar nak belanja makan? Ei, kalau setakat
nak belanja makan, boleh bla okay. Saya mampu lagi nak bayar makanan saya,”
bidas Mia Qistina. Memang silap besar jika dia menerima pelawaan lelaki itu,
setakat belanja makan apalah sangat, lainlah lelaki itu membayar ganti rugi ‘My
Ebi’ kesayangannya itu.
“
Kalau macam tu, saya akan bayar ganti rugi kereta awak tapi dengan syarat, awak
sudi lunch dengan saya,” ujar Ikhwan Iqaan yang terpaksa bersetuju untuk
membayar kos Perodua Myvi Mia Qistina demi mendekati dan mengenali hati budinya.
Dahi
Mia Qistina berkerut-kerut seperti tidak percaya dengan omongan lelaki itu. Dia
terdiam sejenak. ‘ Isk. Lelaki ni tak betul ke apa. Tapi, okay jugak kan.
Setakat lunch tak luak pun. At least dia bayar ganti rugi. Lagipun bakal
menantu mama pun tak ada.’ Mia Qistina tersenyum nakal.
“Well,
kalau macam tu. Okay then.” Mia Qistina
menyatakan persetujuaannya. Senyuman Ikhwan Iqaan meleret sampai ke telinga.
Mia Qistina memgambil tempatnya
setelah Ikhwan Iqaan menarik kerusi dan mempersilakannya duduk ala-ala
‘gentleman’ sejati dan Ikhwan Iqaan pula duduk bertentangan dengannya. Ikhwan Iqaan memuji keayuan wajah bakal
tunangnya. Cantik sungguh pilihan hati mama, jauh bezanya dengan Izura. Satu perasaan yang aneh mula membaja
dalam sanubarinya.
No comments:
Post a Comment