
Bab
4
Hari ini masuk hari kedua Mia Qistina
dan Ikhwan Iqaan berhubung selepas kali pertama mereka makan tengah hari
bersama di One World Hotel. Ikhwan Iqaan menggunakan isu kereta Mia Qistina
sebagai helah utama untuk dia menghabiskan masa bersama gadis itu. Mujurlah Mia
Qistina tidak banyak songeh, hanya mengikut sahaja.
“Kita
nak ke mana, Iqaan?” soal Mia Qistina kepada lelaki yang dikenali sebagai
Iqaan.
“Awak
teman saya cari kemeja boleh?” ujar Ikhwan Iqaan ceria. Dia mahu menghabiskan
masanya bersama
Mia Qsitina sebelum mereka ke bengkel kereta nanti.
“Aik..
Awak nak suruh saya teman awak cari kemeja? Awak ingat saya ni isteri awak ke
apa?” lancar mulut Mia Qistina bersuara.
Ikhwan
Iqaan tersenyum. ‘Tak lama lagi, jadi isteri saya jugak,’ balas Ikhwan Iqaan
namun hatinya sahaja yang berbicara.
“Ala,
please. Lama dah saya tak beli kemeja baru. Saya tak reti sangat pilih. Awak
pilihkan iya?,” pujuk Ikhwan Iqaan.
Mia
Qistina mengetap bibir. Mengada betul mamat seorang ini. Baju kemeja yang dia
pakai semalam nampak elok. Sesuai dengan dia. Bagi Mia Qistina melihat pada
gaya pemakaian Ikhwan Iqaan, dia seorang lelaki yang pandai bergaya dan bercita
rasa tinggi.
“Bolehlah..
Bolehlah.. Please...” rayu Ikhwan Iqaan meraih simpati.
“Iyalah.
Iyalah,” Mia Qistina akur jua. Dia tidak mampu menolak sebarang ajakan lelaki
di sebelahnya itu walaupun mereka baru sahaja berkenalan, seperti ada satu
tarikan yang mendekatkan dia dengan Ikhwan Iqaan.
***
Mia Qistina mengeluh apabila kesemua
pilihannya ditolak mentah-mentah. Bukan satu kedai sahaja, tapi sudah masuk
butik pakaian kesepuluh. Cerewat betul Ikhwan Iqaan. Pilihan pertama, dikatakan
warna tidak menarik padahal warna maroon itu
sesuai sangat dengan kulitnya yang putih. Pilhan kedua, dikatakan warna terlalu
menyerlah. Pilhan ketiga seperti corak orang tua dan seterusnya macam-macam
lagi komen yang diterima. Dia nekad. Dia akan membuat satu pilihan sahaja lagi.
Kalau tidak diterima juga, alamatnya, balik. Tak perlu nak peningkan kepala
lagi.
Ikhwan Iqaan tersenyum sahaja
melihat gelagat Mia Qistina. Tekun sungguh Mia Qistina memilih kemeja untuknya.
Timbul rasa kasihan pada Mia Qistina. Sebenarnya, semua pilihan gadis itu memenuhi
citarasanya tapi disebabkan niat dia adalah untuk menghabiskan masa bersama,
dia menolak kesemua pilihan Mia Qistina.
“Mia,
yang ni okay tak?” Ikhwan Iqaan mencapai kemeja berwarna merah jambu dan
diajukan pada Mia Qistina. Dia cuba mengawal tawanya apabila melihat Mia
Qistina sudah menekup mulutnya.
“Ya
Allah, awak nak pakai warna pink ni
ke? Saya langsung tak berkenan kalau lelaki pakai baju warna pink. Macam bukan lelakilah,” jujur Mia
Qistina memberi kritikan. Dia memang pantang jika lelaki memakai warna itu
tambah lagi warnanya tersangat terang. Teruk sangat rupanya pilihan lelaki itu
sampai warna sebegini baru dia berkenan.
Ikhwan
Iqaan mencemikkan muka. “ Ala, saya berkenanlah. Bolehlah yang ni kan?”
duganya. Dia langsung tidak tertarik pada kemeja itu. Kalau diberi percuma pun
dia tak akan pakai cuma itulah.. Sengaja mahu mengusik Mia Qistina.
“Isk..
Saya memang tak berkenan tapi dah awak berkenan, awak beli ajelah. Bagi free pun saya takkan pilih yang ni. Tapi
dah duit awak. Suka hati awaklah. Jangan harap saya nak keluar dengan awak
kalau awak pakai kemeja ni tau. Geli,”omel Mia Qistina.
Ikhwan
Iqaan sudah galak ketawa. Kemeja itu diletakkan ke tempat asalnya. Seronok
mendengar leteran Mia Qistina.
“Tak..Tak..
Saya gurau ajelah. Pajang lebar membebelnya iya? Sebiji macam murai,” senda
Ikhwan Iqaan.
Mia
Qistina menjengkelkan mata. “Mulut tu... Sedap aje mengata orang. Jomlah balik.
Pergi bengkel. Lewat dah pun. Penat cari kemeja awak. Tak jumpa-jumpa. Nanti
carilah sendiri.”
Ikhwan
Iqaan sengih. “Iyalah. Jom,” ujarnya
yang masih ketawa kecil. Ternyata setiap kali bersama Mia Qistina, tawanya
mudah sahaja meletus. Gadis itu tidak perlu membuat lawak namun gelagatnya yang
selamba membuat hatinya tercuit.
***
Sepanjang tempoh mereka bersua muka,
Mia Qistina masih belum mengetahui gerangan Ikhwan Iqaan yang sebenarnya. Ikhwan
Iqaan tidak mahu pengakuan jujurnya akan menjarakkan hubungan baik mereka kala
itu. Dia akui, dia selesa bersama Mia Qistina. Gadis itu suka sangat bercakap,
pasti ada saja isu yang dibangkitkan setiap pertemuan mereka dan yang paling
penting gadis itu tidak hipokrit kerana dia betul-betul menonjolkan perangainya
dan bukan sepeti wanita-wanita lain yang selalu sahaja menjaga keayuan ketika
ketemu dengannya. Dari situ juga, Ikhwan Iqaan tahu serba sedikit tentang Mia
Qistina, dia seorang yang agak manja, polos walaupun kekadang luarannya nampak
brutal.
Mia Qistina di sebelah kerusi
pemandu dikerling. Mereka dalam perjalanan ke bengkel mengambil kereta Mia
Qistina yang sudah siap dibaiki. Nampaknya selepas ini, sukarlah untuk mereka
berdua-duaan lagi. Ikhwan Iqaan menghembus nafasnya kuat. Mia Qistina menoleh
ke sisinya. Kening dijongketkan. Hairan pula Ikhwan Iqaan tiba-tiba mengeluh.
“Kenapa
Iq?” soal Mia Qistina.
“Sedihlah
lepas ni, susah nak jumpa Mia dah. Mesti Mia sombong gila lepas ni. Maklumlah
kereta dah ada. Tak nak kawan dengan kita dah lepas ni,”terus-terang Ikhwan
Iqaan dengan nada sayu.
Mia
Qistina tergelak kecil. Ada-ada saja lelaki ini. Macamlah dia ni jahat sangat,
habis madu sepah dibuang, habis bab kereta Encik Iqaan dilupakan.
“Kenapa
gelak?” tanya Ikhwan Iqaan pula.
“Tak
adalah. Ayat awak tu tak boleh bla langsung. Takkan saya nak lupakan awak macm
tu aje. Awak dah bayar kereta saya, jadi driver terhormat saya untuk beberapa
hari. Isk. Tak mungkinlah saya tak nak kawan dengan awak. Cuma tak boleh nak
jumpa macam ni dah. Masing-masing ada urusan sendiri. Saya pun tak lama lagi
makin susah nak jumpa awak sebab saya...”
Belum
sempat Mia Qistina menghabiskan kata, Ikhwan Iqaan memintas. Mesti gadis itu
ingin memberitahunya tentang pertunangan mereka. “Awak apa?”
Mia
Qistina tersenyum sumbing. Dia mengucap syukur dalam hatinya kerana tidak
terlanjur memberitahu tentang pertunangan dan perkahwinannya yang senmakin menghimpit.
Dia masih belum bersedia untuk memaklumkannya kepada sesiapa pun kerana dia
sendiri tidak dapat menerima hakikat tentang itu hingga kini.
“Awak
apa Mia?” tekan Ikhwan Iqaan sekali lagi. Tidak berpuas hati gadis itu tidak
menjawab soalannya.
“Tak
ada. Maksud saya, saya susah nak jumpa awak sebab saya nak cari kerja
dah,”bohong Mia Qistina. Belum masanya untuk Ikhwan Iqaan tahu tentang itu.
“Ala,
saya janji saya tak pakai baju pink,”
Ikhwan Iqaan menceriakan suasana.
Mia
Qistina tergelak. “Ada-ada aje. Awak tak pakai baju pink pun saya tetap susah nak jumpa awak lagi,” balas Mia Qistina
yang kembali sayu.
“Hmm.
Jangan kata awak nak kahwin sudah.”
Mia
Qistina tersentak namun cepat-cepat dia berdalih. “Erk. Eh, tak adalah.
Pandai-pandai awak aje.”
Ikhwan
Iqaan kecewa. Mia Qistina menipunya tetapi bukan salah dia juga. Mungkin Mia
Qistina juga tidak bersedia sepertinya. Ikhwan Iqaan mendiamkan diri, begitu
juga Mia Qistina. Masing-masing melayan perasaan.
No comments:
Post a Comment