Friday, June 14, 2013

Hakikat KuCintaimu Bab 7

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab
7
           
            Mia Qistina berlegar-legar di Mid Valley Megamall tengah hari itu. Sejak dia bergelar tunangan orang, dia belum pernah keluar. Dek terlalu bosan, dia lantas curi-curi keluar tanpa meminta izin daripada Puan Maisarah. Dia tahu, jika dia memberi tahu mamanya, sudah tentu dia dilarang keras. Darah manis tidak elok kalau asyik keluar. Lainlah tujuannya untuk membuat persiapan perkahwinan namun dia tidak langsung berminat untuk hal itu.

            Mia Qistina melangkah masuk ke dalam kedai buku MPH. Langkahnya terus diatur ke rak novel-novel Melayu dan matanya tertarik pada tajuk novel Pilihan Mama karya Umie Nadziemah. Tajuk novel itu benar-benar menarik perhatiannya tetapi belum sempat dia membaca sinopsis buku itu, bahunya seakan tersentuh seseorang. Mia Qistina menoleh. Terpana dia seketika apabila Ikhwan Iqaan begitu dekat dengannya. Pelik juga bagaimana lelaki itu muncul di sini. Macam tahu-tahu saja. Dia nampak jelas senyuman Ikhwan Iqaan.

“Hai, Mia. Macam kena aje tajuk tu,” sapa Ikhwan Iqaan sambil matanya tertacap pada novel yang dipegang oleh Mia Qistina.

 Mia Qistina cepat-cepat meletakkan novel itu ke tempat asal dan menjarakkan sedikit tubuh mereka. “Erm. Hai,” balasnya gelabah.

            Senyuman Ikhwan Iqaan mati. Dia dapat mengesan riak kurang senang pada wajah tunangnya. Sebaik sahaja Puan Maisarah memaklumkan padanya Mia Qistina keluar entah ke mana, hatinya terdetik untuk ke One Utama. Manalah tahu Mia Qistina ada di sana kerana tempat itu yang selalu dituju tunangnya namun tidak tahu bagaimana, dia memacu laju ke Mid Valley Megamall. Sewaktu dia berlegar-legar mencari parkir, matanya tertacap pada Myvi kuning milik Mia Qistina dan kebetulan ada satu tempat kosong di sebelah kereta itu. Dia terus menempatkan Mitsubisyi Lancernya di situ. Masuk saja ke dalam mall, hati kecilnya mengarahkan sepasang kaki itu melangkah ke MPH dan ternyata dia menemui Mia Qistina. Kuat sungguh jodoh mereka hinggakan telahan hatinya tidak salah.

“Ehem..” Mia Qistina berdehem. Tidak selesa apabila Ikhwan Iqaan memandangnya tidak berkelip. Sebenarnya dia rasa janggal. Janggal teramat sangat setelah dia mengetahui siapa Ikhwan Iqaan yang sebenarnya.

Ikhwan Iqaan yang baru tersedar, meraup mukanya. Dia mengembuskan nafasnya sedikit keras.

“Hmm.. Jom makan. Saya laparlah,” ajak Ikhwan Iqaan.

“Saya tak lapar,” balas Mia Qistina pendek lalu berjalan keluar dari kedai buku itu.

Mia Qistina tidak tahu apa yang perlu dia lakukan saat bertemu Ikhwan Iqaan. Sejak pulang dari Port Dickson tempoh hari, mereka tidak langsung berhubung walaupun pada hari pertunangan mereka yang berlangsung dua hari lepas. Ketika majlis kecil-kecilan itu diadakan, hanya Datin Ismah dan saudara-mara terdekat Ikhwan Iqaan sahaja yang hadir. Batang hidungnya langsung tidak kelihatan. Jelas itu menunjukkan hubungan mereka dicipta tanpa rela dan tindakan Ikhwan Iqaan menyembunyikan identitinya yang sebenar menguatkan lagi telahan Mia Qistina.

“Please, saya lapar. Dah lama tak keluar dengan awak. Sombong iya sekarang?”  Ikhwan Iqaan menarik lengan Mia Qistina menyebabkan kaki tunangnya itu terpaku.

Mia Qistina merentap kasar pegangan Ikhwan Iqaan. Dia mengecilkan matanya tanda geram. Memang dia geram kerana Ikhwan Iqaan masih mahu berlakon. Sampai bila agaknya dia ingin begini sedangkan perkahwinan mereka tinggal lebih kurang lima hari saja lagi.

“Awak kenapa ni, Mia? Kasarnya. Maaf kalau awak tak suka,” luah Ikhwan Iqaan yang terkesan dengan tindakan Mia Qistina. Dia bingung dengan sikap tunangnya. Sebelum ini Mia Qistina tidak bersikap hambar dengannya.

Mia Qistina meraup mukanya. Nafasnya ditarik dalam-dalam lalu dihembusnya kasar. Dia harus tenang dan tak mudah gelabah. Dia perlu mengikut rentak Ikhwan Iqaan. Itu yang cuba dia ingatkan pada dirinya.

“I’m sorry. Saya tak berapa sihat. Sakit kepala,” dalih Mia Qistina.

“La.. Kenapa tak cakap? Sakit kuat ke ni? Kita ke klinik iya?” soal Ikhwan Iqaan risau. Sedikit sebanyak, jiwanya lega.

Mia Qistina menggeleng. “Tak apa. Kata nak makan. Jomlah. Nak makan kat mana?”

Ikhwan Iqaan tersenyum. “Mc Donald okay?”

Mia Qistina mengagguk dan keduanya beriringan berjalan menuju ke Mc Donald. Masing-masing menyepi melayan perasaan hinggalah tiba di restoran makanan segera itu.

***
            Renungan Ikhwan Iqaan tidak lepas memandang Mia Qistina. Dalam hati, sekali lagi dia memuji kecantikan tunangnya. Dia akui Mia Qistina ada aura yang tersendiri. Bukan dia tidak perasan, ketika berjalan tadi, banyak mata anak muda memandang Mia Qistina sambil tersengih-sengih gaya nak mengorat. Nasib baik Mia Qistina tidak melayan. Kalau tidak, hinggap juga penumbuknya di muka mereka. Cemburu? Siapa yang tak cemburu kalau tunang sendiri dipandang-pandang. Cemburu tandanya sayang. Sayang? Tak mungkin! Ikhwan Iqaan sedang berperang dengan perasaan yang sukar dia tafsirkan.

            Mia Qistina mengerutkan dahinya. Aneh sungguh dengan sikap Ikhwan Iqaan yang sekejap tersenyum dan sekejap mengeluh sedangkan renungan itu langsung tidak lepas daripada tertacap pada wajahnya. Apa sebenarnya yang berlegar dalam benak lelaki itu iya?

Mia Qistina berhenti menjamu Cheese burgernya.“Awak ni kenapa, Iqaan? Dari tadi pelik aje saya tengok,” suara Mia Qistina.

“Hmm.. Tak ada apa. Rindu awak kot,” usik Ikhwan Iqaan, memaparkan barisan gigi putihnya yang tersusun rapi.

Mia Qistina mencemik. “ Rindulah sangat. Tak baik rindu tunang orang. Berdosa tau,” tempelak Mia Qistina.

Ikhwan Iqaan mengeluh. “ Kalau awak tak sebut pasal tu boleh? Patah hati saya tau.” Dia sendiri sebenarnya tidak faham apa yang dia katakan. Penat juga berlakon seperti ini tapi dia belum bersedia untuk perkenalkan diri yang sebetulnya.

Mia Qistina ketawa sinis. Pandai sangat Ikhwan Iqaan berdrama. “ Apa nak patah hati pulak? Awak tu takkan tak ada someone special. Entah-entah nak kahwin dah pun kan?” sekali lagi dia menduga lelaki di depannya.

Wajah Ikhwan Iqaan tenang. “Kita ni tak ada orang nak,” guraunya.

Mia Qistina senyum hambar. Malas nak membahas tetapi  tidak semena Ikhwan Iqaan membawa sekeping tisu ke  birai mulutnya. Mia Qistina kaget.

“Comot awak makan,” ujarnya dan dia masih mengelap birai mulut Mia Qistina.

Mia Qistina masih lagi kelu. Kelakuan Ikhwan Iqaan membuat jantungnya seakan berhenti berdetak. Sesak nafasnya dan dia terlalu lemah untuk menolak tetapi dia tiba-tiba rasa pipinya sakit.

“Aduh! Sakitlah!” Mia Qistina menggosok-gosok pipinya. Dia mengetap bibir. Ikhwan Iqaan  sudah galak ketawa.

“Itulah. Berangan jauh sangat,” kata Ikhwan Iqaan dengan tawa yang bersisa. Dia juga hanyut sekejap tadi namun dia sempat tersedar. Demi menutup malunya, dia mencubit pipi Mia Qistina. Pipi yang putih itu kemerahan.

“Orang tak beranganlah. Sesuka hati aje cubit saya iya? Nak kena ni,” ugut Mia Qistina.

Ikhwan Iqaan menayang muka nakalnya dan sepantas kilat, Mia Qistina melumur sos cili ke muka kiri Ikhwan Iqaan. Membulat mata lelaki itu tetapi selepas itu mereka berdua ketawa serentak. Acara lumur-melumur berterusan seketika. Mereka tidak kisah pada mata yang memandang. Ternyata mereka gembira. Hilang masalah yang dipendam tika itu.

4 comments: