Friday, July 12, 2013

Hakikat KuCintaimu Bab 11

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search

Bab
11

            Perkahwinan Mia Qistina dan Ikhwan Iqaan sudah mencecah seminggu. Ikhwan Iqaan memutuskan untuk tinggal bersama ibunya dan Mia Qistina tidak membantah. Bagi Mia Qistina, kehidupannya sekarang adalah bersama Ikhwan Iqaan. Walaupun perkahwinan mereka pada asalnya bukan atas dasar cinta, namun layanan yang Ikhwan Iqaan berikan amat menyentuh hati seorang wanita dan bisa mencairkan tembok keegoan Mia Qistina.

“Mia..” panggilan Ikhwan Iqaan tidak didengari Mia Qistina. Dia sibuk melayan perasaannya di halaman rumah Ikhwan Iqaan.

“Mia..” sekali lagi Ikhwan Iqaan memanggil nama isterinya. Dia kini sudah di sisi Mia Qistina. Jemari Mia Qistina dicapai.

“Iq.. Bila balik? Mia tak sedar pun,” ujar Mia Qistina yang sedikit tersentak. Ikhwan Iqaan tersenyum manis sebelum meneruskan kata.

“Baru je sampai. Mia tu dah sampai Uganda ke?”

“ Eh..Tak lah. Mia sampai Hawaii. Gila cantik tempat dia. Romantik kot,” balas Mia Qistina dan disambut gelakan dari suaminya.

“Iq, jom masuk. Mia buatkan air. Ibu tak ada. Ada mesyuarat katanya,” terang Mia Qistina,beriringan masuk ke ruangan rumah banglo milik keluarga suaminya itu.

            Ikhwan Iqaan memerhatikan lenggok isterinya menyediakan minum petang dari belakang. Hati Ikhwan Iqaan sudah mula terisi dengan kehadiram Mia Qistina. Layanan Mia Qistina padanya cukup sempurna walaupun dia tahu, isterinya itu masih belum membuka sepenuh pintu hati untuknya.

“Iq, minumlah. Ni Mia buat kek caramel. Rasalah,” pelawa Mia Qistina.

 Ikhwan Iqaan menyuakan cawan yang berisi Milo panas ke mulutnya. Sememangnya, dia cukup menggemari Milo buatan Mia Qistina sehingga dia meminta isterinya agar membacuh minuman itu sahaja untuknya dan meminta minuman itu dibekalkan untuk dibawa ke pejabat.

“Banyak ke kerja hari ni,Iq?”soal Mia Qistina membuka bicara.

“ Banyak jugak Mia. Dah seminggu tak masuk kerja.” Mia Qistina hanya menganggukkan kepalanya.

“ Mia ni kenapa? Iq tengok dari tadi lagi senyap, lepas tu termenung. Mia ada masalah?” Ikhwan Iqaan mengesan perubahan pada perangai Mia Qistina. Mia Qistina lebih banyak membisu. Sungguh Ikhwan Iqaan rindu akan Cik Murai.

“ Tak ada apa, Iq. Mia okay je,” balas Mia Qistina dengan wajah yang cuba diceriakan.

“ Betul ke ni? Mia macam ada sorokkan sesuatu je,” teka Ikhwan Iqaan.

“ Iq, Mia nak kerja boleh? Mia boring duk sorang kat rumah. Ni baru sehari Iq kerja. Ibu selalu mesyuarat. Memanglah ibu ajak Mia pergi sekali, tapi Mia tak minat. Sebab sebelum ni, memang Mia nak cari kerja dulu. Tapi mama dah sibuk suruh kahwin, semua plan lari. Kalau tak mesti sekarang ni Mia kerja dah. Boring gila tau,” terang Mia Qistina panjang lebar.

Ikhwan Iqaan tersengih. ‘ Hah, Cik Murai dah kembali,’detik Ikhwan Iqaan.

“Apa sengih-sengih? Mia cakap betul ni. Tadi tanya sangat. Mia nak kerja boleh ke tak?” ujar Mia Qistina lagi.

“Alah, Iq sengih kat isteri Iq pun tak boleh ke? Hmm.. Mia nak kerja apa?”

“Apa-apa lah. Asal kerja. Ni Mia mintak izin dulu. Boleh ke tak? Kalau pejabat Iq ada kerja kosong pun tak apa jugak.”

“ Hah! Elok sangatlah. Memang ada kerja kosong pun tempat Iq,” jawab Ikhwan Iqaan dengan muka yang cukup serius. Wajah Mia Qistina pula sudah mula bercahaya.

“Iya ke? Kerja apa? Mia nak kerja. Bila boleh mula? Esok boleh?” Mia Qistina teruja.

“ Kalau Mia nak masuk esok pun boleh,”jawab Ikhwan Iqaan cuba menyembunyikan tawanya.

“Yes. Esok kerja. Jap-jap. Tak payah interview ke? Tahulah tu company Iq tapi nanti apa pulak kata orang lain.”

“Tak apa. Tak payah interview pun.”

“ Okay. Apa-apa sajalah bos. Jap-jap. Kerja tu position apa?” Mia Qistina baru terlintas untuk bertanyakan jawatan yang ingin diberikan kepadanya.

“Tukang cuci,” balas Ikhwan Iqaan pendek.

“Ikhwan Iqaan!!! Awak cuba mainkan Mia. Bencinya!!!!!,” seluruh isi rumah sudah bergegar dengan jeritan Mia Qistina dan hilai tawa Ikhwan Iqaan. Mereka juga bagaikan anak kecil yang sedang berkejaran. Ikhwan Iqaan yang sedang melarikan diri dari terkena sengatan berbisa Mia Qistina tiba-tiba sahaja berhenti.  Mia Qistina terus menyengat lengan suaminya sekuat hati dan Ikhwan Iqaan menjerit kesakitan.

“ Puas hati Mia. Mainkan orang lagi. Orang serius gila, dia boleh main. Padan muka,”luah Mia Qistina. Ikhwan Iqaan pula menggosok-gosok lengannya.

“Sakitlah Mia. Tengok ni. Lebam dah ni,”rungut Ikhwan Iqaan.

Timbul pula rasa bersalah di benak Mia Qistina melihat lengan Ikhwan Iqaan sudah kebiruan. Pantas jemarinya menggosok lengan suaminya itu. Ikhwan Iqaan hanya memerhatikan kelakuan isterinya.

“Itulah, siapa suruh Iq kenakan Mia. Kan dah sakit,”bebel Mia Qistina. Lengan sasa Ikhwan Iqaan sudah membelit pinggan isterinya. Wajah isterinya direnung penuh kasih sayang.

“Mia betul nak kerja?” soal Ikhwan Iqaan serius dan Mia Qistina hanya membalasnya dengan anggukan.

“Hmm.. Kalau macam tu Mia jadi setiausaha Iq okay? Boleh Iq tengok Mia tiap masa. Boleh?” sambung Ikhwan Iqaan lagi.

“Mia tak kisah. Boleh aje. Tapi, itukan position Kak Yati. Nanti apa pulak dia cakap.” Mia Qistina tidak kisah jika menyandang jawatan itu namun dia memikirkan nasib setiausaha suaminya yang sudah sekian lama berkhidmat. Dia tidak mahu mengambil posisi yang akan menyusahkan orang lain.

“Ala.. Yela. Iq terlupa. Kalau macam tu, would you be our accountant? Sebab position tu memang kosong. HR Department baru nak iklankan kekosongan tu. I think it shouldn’t be a problem for you right?”

“Tapi Iq, Mia bukan mahir sangat bab accounting ni,” rungut Mia Qistina.

“ Isk, isteri Iq ni. Tadi kata nak kerja. Banyak songeh betul. Mia kan grad BBA. Bukan tak pernah face benda ni. Kan Iq ada. Boleh je tunjuk ajar Mia. Say yes or I won’t allow you to work.”Mia Qistina akur dengan jawatan yang diberikan yang penting dia tidak mahu terperap seorang diri di rumah.

“ That’s my girl. Esok mula kerja okay, Mia,” ungkap Ikhwan Iqaan.

***

            Setelah diperkenalkan kepada semua staff Berjaya Holding Sdn Bhd, Mia Qistina dibawa pula ke ruang pejabatnya. Ruang kamarnya tidaklah sebesar ruang kamar CEO namun cukup selesa.

“ Sorry Mia. Iq tak boleh hantar Mia ke bilik Mia. Iq ada meeting kejap lagi. Nanti Iq turun ya. Tak best pulak department Mia tak sama level dengan Iq.”  Mia Qistina tersenyum sendiri mengenangkan suaminya yang semakin hari semakin mengada. Mia Qistina terasa saban hari satu perasaan halus menyelinap sedikit demi sedikit ke sanubarinya.

            “ Assalamualaikum,Puan.” Seorang gadis bertudung biru mengejutkan Mia Qistina dari lamunan.

“Ya, masuklah,” pelawa Mia Qistina lembut.

“Puan, saya Eha. Setiausaha Puan Mia. Encik Ikhwan minta saya serahkan beberapa fail untuk puan tengok sedikit sebanyak perkembangan syarikat,” ujar gadis itu dan fail-fail ditangannya sudah ditempatkan di hadapanku.

“Oh, okay Eha. Terima kasih ya. Saya baru lagi. Ada apa-apa nanti, saya tanya Eha ya. Kalau ada salah silap saya, tunjukkan. Jangan segan-segan dengan saya,” ucap Mia Qistina ramah.

“Puan, saya bukanlah pandai sangat puan. Elok kalau puan tanya Encik Ikhwan,” balas Eha merendah diri.

“Apa pulak. Eha kan dah lama jadi setiausaha kat sini. Janganlah segan dengan saya. Saya pun makan gaji tau dekat sini.”

“ Ok puan. Puan, sekarang ni saya rasa tak ada apa-apa lagi. Nanti kalau ada apa-apa, saya inform puan ya. Saya keluar dulu,” pinta Eha.

***
            Dek terlalu penat meneliti maklumat syarikat, Mia Qistina mengambil keputusan untuk ke pantry. Langkah Mia Qistina seakan dipaku tatkala halwa telinganya disantap dengan omongan daripada beberapa kakitangan yang berada di pantry itu.

“Cantikkan isteri bos? Bertuah kot bos dapat dia.”

“Memang cantik pun. Lembut je muka dia. Putih, hidung mancung terletak, bibir manis je. Memang high taste bos kita tu. Patutlah tak pandang orang lain.”

“Tu lah pasal. Tak sangka. Beruntung Puan Mia tu. Melepaslah korang-korang yang duk idamkan bos.”

Mia Qistina yang sedari tadi menjadi pendengar setia di sebalik tabir, akhirnya mematikan hajatnya untuk menyediakan minuman. Bibir mongelnya tersenyum nipis sambil melangkah ke kamarnya.

            “Amboi, kenapa Puan Murai kita ni senyum sampai ke telinga ni?” usikan Ikhwan Iqaan menyambutnya dari dalam. Mata bundar Mia Qistina bercahaya melihat kehadiran suaminya.

“Eh, Iq ni. Masuk bilik Mia, mengata orang pulak. Ni Tuan Ikhwan Iqaan tak ada kerja ke? Ke nak spot check Mia buat kerja ke tak ni? Tuan Ikhwan Iqaan jangan risau. Saya seorang pekerja yang berdedikasi. Saya akan menjalankan tugas saya dengan sehabis baik dan saya sedia menurut perintah,”ujar Mia Qistina panjang lebar. 

Ikhwan Iqaan sudah tidak dapat menahan tawa dengan telatah isterinya. Dia menarik Mia Qistina ke dalam dakapannya.

“Ikhwan Iqaan! Awak sedar tak ni pejabat? Baik awak lepaskan saya. Nanti orang nampaklah. Pintu tak tutup ni.”

Mia Qistina sebenarnya agak terkejut dengan tindakan rifleks suaminya itu. Bait bicara Mia Qistina tidak sedikit pun diendahkan malah pelukan Ikhwan Iqaan makin diketatkan.

“Mia Qistina, sekarang dah hampir pukul 1. Ramai yang dah beransur keluar. Takkan ada orang nampak,”bisik Ikhwan Iqaan. Wajahnya begitu hampir dengan Mia Qistina hingga deru nafasnya jelas mendebarkan isterinya.

***

            “Ehem..”

Kedengaran suara seorang lelaki betul-betul di hadapan pintu bilik Mia Qistina. Mia Qistina kaget. Ikhwan Iqaan pula dengan penuh ketenangan memeluk Mia Qistina sambil memalingkan wajah melihat gerangan empunya suara. Mia Qistina cuba memloloskan diri dari pelukan suaminya namun usahanya gagal malah pelukan diketatkan lagi.

“ Apa kau ni bro? Kacau daun betulla. Tension aku,” marah Ikhwan Iqaan kepada sahabatnya, Faiz yang tersengih panjang.

“Sorry, bro. Aku tak sengaja. Korang berdua buat free show tu kenapa? Kot iya pun, tutuplah pintu,” usik Faiz diikuti hilai tawanya.

Mia Qistina mencubit lembut lengan suaminya akibat terlalu malu dengan usikan itu.

“Sakitlah Mia sayang,” ujar Ikhwan Iqaan kepada isterinya.

“Kau yang menyibuk kat sini kenapa? Ni aku geram betul dengan kau ni,” sambung Ikhwan Iqaan pula memarahi sahabatnya.

Faiz menggaru kepalanya yang tidak gatal dan dia masih tersengih panjang. Dalam hatinya, dia turut bersyukur melihat sahabatnya bahagia.

“Okaylah. Memang salah aku kacau pengantin baru. Aku cari kau. Nak ajak kau lunch. Tapi aku lupa yang kau mana nak makan dengan aku. Dah ada isteri lah katakana. Tak apalah. Aku keluar makan sendiri.” Faiz sengaja berlakon seolah-olah merajuk dengan temannya.

“Iq lah ni. Merajuk dah Faiz. Jomlah kita pergi makan sama-sama, Iq. Mia laparlah,” ajak Mia Qistina, terasa bersalah pula melihat muka Faiz masam mencuka.

“Ala, Mia. Iq tak laparlah. Malaslah nak keluar. Nanti Iq order Mc D. Kita dua duk dalam bilik jelah. Biar Si Faiz ajak orang lain. Macam tak biasa lunch tanpa Iq.”

“Dah-dah. Mia lapar nasi. Tak nak Mc D ni. Boring dah. Kalau Iq tak nak, Mia pergi dengan Faiz,” ugut Mia Qistina tidak berpuas hati.

“Ei. Melampaulah Mia ni. Nak bela Faiz. Iyalah. Jom pergi. Siap kau Faiz. Aku balas nanti.” Ikhwan Iqaan mengalah namun ada sedikit rasa geram pada sahabatnya yang sedang tersenyum kemenangan.

5 comments: