Sunday, July 21, 2013

Hakikat KuCintaimu Bab 12

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab
12

            Sudah hampir dua minggu Mia Qistina menjawat jawatan akauntan di syarikat milik suaminya. Mia Qistina senang dengan tugasnya walaupun masih banyak hal yang harus dipelajari. Ikhwan Iqaan merupakan pemangkin semangatnya juga sifunya dalam bidang yang baru diceburi.
           
Bagi Ikhwan Iqaan pula, kehadiran Mia Qistina dalam hidupnya makin dirasai. Semakin hari, semakin kuat getaran kasih pada isterinya. Kasihnya pada Mia Qistina jauh lebih dalam daripada kasihnya kepada Izura. Kenangan bersama gadis itu dikuburkan selamanya dan kini dia ingin memberi sepenuh komitmen kepada isterinya walaupun dia tidak pernah mengungkap kata cinta. Ikhwan Iqaan gentar andai tatkala dia melafazkan cinta, hati Mia Qistina masih belum terbuka. Dia lebih memilih untuk mengekspresikan kasih juga cintanya melalui perbuatan.

***
            “ Iq, Mia sakit kepala. Nak sandar kat bahu Iq boleh?” rengek Mia Qistina manja ketika Ikhwan Iqaan asyik menonton televisyen malam minggu itu.

Ikhwan Iqaan tersenyum manis. “ Mehla sini, Mia. Kesian isteri Iq. Penatlah ni. Kan Iq tak bagi bawak balik kerja. Ni Mia degil,”bebel Ikhwan Iqaan sambil jemarinya sudah memicit-micit dahi kepala isterinya yang sudah mengambil tempat di bahunya.

“Ala, kalau Mia tak bawa balik kerja tu, nanti tak siap. Bos Mia marah kalau tak punctual,”balas Mia Qistina manja.

Sempat juga dia mengenakan suaminya. Dia begitu selesa dengan tindakan suaminya. Mia Qistina akui, urutan suaminya dapat menghilangkan kesakitan di kepalanya.

“Amboi. Sindir Iq nampak. Nak kena ni. Jom masuk bilik. Kalau tak Iq marah.” Ikhwan Iqaan memasamkan mukanya dan intonasi suaranya ditegaskan.

“ Iq, tak nak. Jangan nak gatal. Tak apalah. Tak payah picit. Gatal.” Mia Qistina pula memuncungkan bibirnya.

Tawa Ikhwan Iqaan pecah melihat reaksi isterinya.

“Alala.. Isteri Iq yang bucuk ni merajuk rupanya. Janganlah merajuk bucukku. Mia tak jadi murai dah. Jadi itik dah. Tengok mulut tu.” Usikan Ikhwan Iqaan membuat Mia Qistina menarik muncungnya dengan lebih panjang.

“Jangan bagi Iq gigit bibir Mia tu. Cepat senyum,” ugut Ikhwan Iqaan.

“ Tak nak.” Mia Qistina membalas pendek.

“ Oh, degil iya.”

‘Cup!’ Bibir Ikhwan Iqaan sudah menyentuh bibir Mia Qistina. Mia Qistina membulatkan matanya. Geram dengan tindakan Ikhwan Iqaan.

“Itulah. Iq cakap jangan muncung, tak dengar. Kan dah kena.”

“Amboi, anak-anak ibu ni. Romantiknya,” sapa Datin Ismah yang baru sahaja pulang daripada solat isyak berjemaah di surau berdekatan.

“Ibu, Iq ni kacau Mia. Mia sakit kepala,” adu Mia Qistina manja. Mia Qistina dan Datin Ismah cukup rapat walaupun baru hampir sebulan tinggal bersama.

“Eleh, mengadu kat ibu. Mengadalah Mia ni,”kata Ikhwan Iqaan tidak mahu menyerah.

“Isk. Kamu berdua ni macam budak-budak. Jangan nak bergaduh pulak,” omel Datin Ismah dengan kepala yang digelengkan. Terdetik rasa penuh kesyukuran melihat anak menantunya bahagia.

“Mia, Iq gurau je la. Meh sini duk kat Iq. Iq picit kepala tu. Iq tak buat lagi okay,” pujuk Ikhwan Iqaan supaya Mia Qistina melentokkan kepala ke bahunya dan akhirnya Mia Qistina akur. Jemari Ikhwan Iqaan pula kembali melaksanakan tugasan memicit kepala isteri tersayang.

“Ibu syukur tengok kamu berdua bahagia macam ni. Mia kenapa sampai sakit kepala ni? Ibu dah nak dapat cucu ke?” Soalan Datin Ismah menyentap perasaan Mia Qistina dan juga Ikhwan Iqaan.

“Err.. Tak ibu. Mia penat je,”jawab Mia Qistina teragak-agak.

“Ingat nak bagi tittle nenek kat ibu.” Datin Ismah sedikit hampa. Dia sebenarnya teringin benar untuk menimang cucu. Barulah tak sunyi hidupnya. Ada juga kedengaran gelak tangis bayi di rumah besarnya nanti.

“Emm..”

“Kami tak sedia lagi, ibu. Tapi, kalau ada rezeki, kami terima dengan hati terbuka,ibu.” Ikhwan Iqaan cepat-cepat membalas kata ibunya sebelum sempat Mia Qistina memberi sebarang jawapan. Dia tahu isterinya kurang senang dengan perihal itu.

“Tak apalah kalau macam tu. Ibu tunggu jelah.”


***

             “Iq, dah subuh,”Mia Qistina mengejutkan Ikhwan Iqaan yang masih lena memeluknya namun tidak mendapat sebarang reaksi. Mia Qistina menatap tiap inci raut wajah suaminya. Pipi Ikhwan Iqaan dibelai lembut. Terasa ada cinta untuk lelaki itu.

‘Kenapa rasa macam ni? Cinta ke? Tak mungkinlah.’ Hatinya kembali menafikan perasaan itu.

“Ha.. Jatuh cinta dengan Iq iya?” Mia Qistina kaget. Ikhwan Iqaan sudah tersengih. Dia yang sudah berkira-kira untuk bangun terbantut apabila merasakan tangan isterinya membelai wajahnya.

“Ei..Perasan. Dahla. Malas layan. Bangunlah. Lewat nanti,” marah Mia Qistina yang sebenarnya cuba menutup kegugupannya.

“Iyalah. Orang tu tak cinta kita. Nak bangunlah ni. Mia tak nak solat ke?” Ikhwan Iqaan agak berjauh hati dengan balasan Mia Qistina.

“Emm. Mia tengah angkat bendera jepunlah,”jawab Mia Qistina malu-malu.

“ Bendera Jepun apa pulak?” Ikhwan Iqaan tidak mengerti.

“Oh. Okay, Iq lupa. Ingat bendera Jepun apa tadi,” sambung Ikhwan Iqaan apabila ingatannya terimbau peristiwa semalam di mana untuk pertama kali isterinya itu menolak permintaan untuk bersama.

Sebaik sahaja menghadiahkan ciuman selamat pagi di dahi isterinya seperti hari-hari biasa, Ikhwan Iqaan lantas bangun menuju ke bilik mandi, namun belum sempat dia menutup pintu, terdengan Mia Qistina memanggil namanya.

“Iya Mia. Ada apa?” soalnya.

“Hari ini kita balik rumah mama boleh?”

“Boleh Mia. No problem,dear. Iq mandi sekejap iya. Nanti terlepas subuh.”

“Thanks Iq,” ucap Mia Qistina.


***

            Tepat dua belas tengah hari, Mia Qistina dan Ikhwan Iqaan tiba di perkarangan rumah milik Puan Maisarah dan Encik Qairul dan kehadiran pasangan itu disambut dengan mesra sekali oleh Puan Maisarah.

“Ma, Mia rindu gila kat mama. Sejak Mia kerja ni tak sempat jumpa mama,” ujar Mia Qistina yang sudah mendakap erat Puan Maisarah.

“Mama pun rindu kamu jugak. Takkan tak ada masa sampai nak call mama?” tanya Puan Maisarah tidak berpuas hati kerana anak bongsunya itu tidak langsung menghubunginya sejak dua minggu lepas.

“Mia tak sempat ma. Bos bagi kerja banyak sangat. Marahla kat bos Mia,ma.” Mia Qistina melirikkan mata bundarnya ke arah Ikhwan Iqaan.

“Apa pulak Iq? Mia tu rajin sangat. Iq pulak kena. Mama sihat ke? Maaflah kami tak sempat nak jenguk mama. Papa mana, ma?” sampuk Ikhwan Iqaan sebaik menyalami Puan Maisarah.

“Mama sihat,Iwan. Papa pergi ke mana entah dengan abang kamu tu. Jom masuk, Iwan, Mia.” Puan Maisarah, Mia Qistina dan Ikhwan Iqaan melangkah masuk ke dalam rumah, terus ke ruang keluarga.

“Kamu duduklah dulu, Iwan. Mama pergi buat air dulu iya,”kata Puan Mairasah kepada menantunya.

“Mia nak ikut, ma,” sahut Mia Qistina pula. Ikhwan Iqaan menganggukan kepala dan mencapai alat kawalan jauh televisyen.

***

            “Ma, biar Mia aje buat air iya. Iq suka minum milo panas aje,” beritahu Mia Qistina kepada Puan Maisarah. Tangannya sudah ligat mencapai teko dan membancuhkan minuman untuk suaminya.

“Iyalah, kamu buatlah Mia. Ni hidang karipap kat Iwan. Mama goreng tadi. Biar dia makan ini dululah. Mama baru nak masak.” Puan Maisarah pula menyusun beberapa biji karipap ke dalam pinggan dan diletakkan di atas dulang.

“Okay,ma. Ma, hari ni biar Mia masaklah. Mama duk kat depan aje. Mia ada beli barang. Lupa nak ambil. Iq pun tak ingatlah tu. Jom ke depan,ma,” ajak Mia Qistina yang sedang menatang dulang yang sudah beriisi karipap juga minuman buat Ikhwan Iqaan.

“Iq, Mia lupa ambil barang. Iq boleh tolong ambilkan,” pinta Mia Qistina sebaik sahaja dulang yang ditatang itu diletakkan di atas meja.

“Okay sayang. Iq pun lupa. Kejap ek?” Mia Qistina terkesima pabila telinganya menangkap perkataan ‘sayang’ daripada mulut suaminya.

‘Biar betul dia panggil aku sayang tadi. Isk. Dia berlakon ke memang dia sayang aku?’ detik Mia Qistina dalam hatinya.

“Mia, ni barangnya,” Ikhwan Iqaan kini berada tepat di hadapan Mia Qistina.

Dahi Ikhwan Iqaan berkerut melihat isterinya yang senyap seribu bahasa memandangnya tanpa memberikan sebarang respon.

“Mia, kenapa ni?” soalnya lagi sambil tangan dilambaikan.

“Err.. Iq. Sorry. Thanks. Mia pergi masak dulu.”

 Akhirnya, Mia Qistina tersedar dari lamunannya. Cepat-cepat barang yang dipegang Ikhwan Iqaan bertukar tangan. Puan Maisarah hanya memerhati tingkah mereka.

“Mia, kenapa ni? Tak sihat ke?” tanya Ikhwan Iqaan, gusar.

“Tak ada. Mia pergi masak iya. Lewat dah.” Tanpa menunggu sebarang jawapan daripada Ikhwan Iqaan, Mia Qistina terus berlalu ke dapur.

“Duduklah Iwan. Jemput minum ni. Sejuk pulak airnya,” suara Puan Maisarah. Ikhwan Iqaan yang masih tertanya-tanya dengan tingkah isterinya terus menghampiri Puan Maisarah yang sedang duduk di sofa.

“Macam mana kamu berdua? Ibu kamu kata kamu berdua dah okay.” Puan Maisarah memulakan bicara setelah Ikhwan Iqaan duduk di sofa di sebelah kirinya.

“Alhamdulillah, ma. Kami okay Cuma kami masih perlukan masa untuk lebih mengenali satu sama lain,ma,” akui Ikhwan Iqaan jujur.

Puan Maisarah menganggukkan kepalanya. “ Alhamdulillah. Baguslah kalau macam tu. Iwan, Mia tu memang manja sikit. Tak pandai berdikari. Maklumlah anak bongsu, lepas tu perempuan sorang pulak. Mama harap Iwan bimbinglah dia. Sabarlah melayan kerenah dia,”pesan Puan Maisarah.

“Insyaallah,ma. Mama jangalah risau. Iwan janji akan cuba jadi yang terbaik untuk Mia,”janji Ikhwan Iqaan bersungguh-sungguh.

“Mama tau mama boleh harapkan Iwan. Ni album-album Mia sejak dia baby sampai dia besar. Tengoklah isteri kamu ni.” Puan Maisarah menyerahkan beberapa buah album kepada menantunya.

“Ma, Mia ke ni? Comelnya ma,”puji Ikhwan Iqaan tatkala matanya tertacap pada beberapa keping gambar kanak-kanak perempuan yang agak tembam.

“Iyalah Iwan. Mia lah tu. Memang dia tembam dulu, Iwan,” beritahu Puan Maisarah. Ikhwan Iqaan tersenyum sendiri melihat gambar-gambar isterinya.

“Kamu tengoklah dulu,Iwan. Mama ke dapur tengok si Mia tu.”

2 comments: