Bab 2
Nota
kecil yang sudah bergumpal di atas bantal sebelahnya diambil. Aireen membuka
kembali gumpalan tersebut.
Sila
makan ubat seperti yang disarankan iya, Cik Pesakit Mental!
Bibir
Aireen sudah tidak dapat menahan senyum. Terasa lucu pula dengan kejadian
semalam. Macam budak-budak pun ada. Tak sangka pula ada doktor yang tak cukup
separuh. Nota itu diberikan oleh pegawai farmasi kepada Kak Mai ketika Kak Mai
mengambil ubat untuknya.
“Ni
ada orang bagi. Kak Mai tak tahu siapa,” Kak Mai hulurkan nota itu.
“Hmm.
Entah. Salah orang kot, Kak Mai,” balas Aireen sambil meneliti nota itu. Dia
tahu pengirimnya siapa. Tak perlu dipersoalkan lagi.
“Tak.
Memang untuk Aireen. Kak Mai dah tanya pegawai farmasi tu tiga kali tau. Dia
kata untuk Cik Aireen Alisha binti Ahmad,” ujar Kak Mai bersungguh.
Aireen
senyum. “Tak apalah Kak Mai. Biarlah siapa pun. Ada orang nak tackle Aireen kot
tapi Aireen tak layan. Itu yang dia tulis macam ni,”seloroh Aireen.
Aireen mengusap mukanya. Senyuman
masih tak lekang dari bibir. Kalaulah doktor sengal tu dengar perbualan dia
dengan Kak Mai semalam, tentu dia dicop syok sendiri. Entah bila masa lelaki
itu hendak mengorat dia pun tak tahu. Samsung Galaxy Young ditekan.
“Aik,
ada mesej?” Laju jemarinya menguis skrin telefon.
~Makan
ke tak ubat tu? Macam mana masalah mental awak hari ni? Harap tak semakin
teruk. Jangan meroyan! :p
Aireen
menggigit bibir bawahnya. Ingatkan awal pagi ini dimulakan dengan sesuatu yang
ceria tetapi tengoklah apa yang dia terima. Rayyan sudah melampau. “Gila betul.
Sampai nombor aku pun dia ambik. Kalau nak tanya khabar tak apalah jugak,”
gumam Aireen.
~Awak
tu yg mental. Siapa bagi hak ambil nombor hp saya?
Aireen membalas SMS itu dan
tak sampai seminit, balasan diterima. Cepat gila Rayyan balas mesej.
~Awaklah
yg bagi.
~Bila
saya bagi?
~Awak
tulis atas borang. Saya ambilla. Nak pastikan awak ni cepat sembuh. Kesian.
Cantik tapi mental illness. Poor u, girl!
“Ei..
Dia ni,” Aireen mengomel sendiri.
~Terima
kasih atas pujian anda! Bye. Aireen membaling
telefonnya ke atas katil. Malas nak melayan kerenah mamat sengal yang seorang
tu.
***
Mengajar kanak-kanak sekolah rendah
buat hari pertama sememangnya menyoronokkan bagi Aireen. Hari ini hari pertama
dia menjalani praktikal di sebuah sekolah rendah di sekitar Kota Bharu. Masa
terakhir jadual untuk hari itu, dia ditugaskan
untuk mengganti seorang guru darjah satu yang cuti kecemasan. Mulanya, bimbang
juga hendak berdepan anak-anak kecil itu. Kata orang, mengajar pelajar-pelajar
darjah satu merupakan tugas paling mencabar. Menguji kekuatan mental dan
fizikal kata salah seorang cikgu senior di situ dan ternyata ianya tepat.
Macam-macam ragam sungguh mereka namun gelagat mereka mencuit hati. Elok saja
mereka kalau dilayan kena dengan gayanya.
Ring!!!
Loceng pertama sudah dibunyikan dan ini menandakan para pelajar tahap satu dibenarkan pulang.
Apa lagi, satu blok gamat dengan suara jeritan para pelajar. Tak sabar nak
pulang ke rumah masing-masing.
“Thank
you, teacher,” ucap ketua kelas tahun Satu Bestari kepada Aireen.
“Welcome.
Meh salam dengan teacher dulu,” ujar Aireen dan seorang demi seorang datang
menyalaminya sebelum meninggalkan kelas mereka. Gembira sungguh dia hari ini. Kasih
sayang dengan sendirinya tumpah pada anak-anak itu.
“Teacher
dah nak balik?” soal seorang pelajar yang sedang berdiri di depan pintu kelas
ketika Aireen hendak meninggalkan kelas itu.
Aireen
mengangguk sambil tersenyum. “Izzat tak balik lagi?”
Pelajar
yang bernama Izzat menggeleng. Mujur pelajar-pelajar disuruh memakai tag nama. Dapatlah
juga Aireen menyebut nama pelajar itu.
“Tak.
Pak su mesti datang lewat sebab semalam dia kerja. Tidurlah ni,” jelas Izzat.
Aireen
mengusap kepala Izzat perlahan. “Tak apa. Teacher temankan Izzat dulu iya?”
Muncung
sedepa Izzat tadi akhirnya berganti dengan sengihan panjang. “Thank you,
teacher. Kawan-kawan Izzat semua dah balik. Mak ayah diaorang datang awal.”
“Selalu
Pak su Izzat ke yang datang ambil? Mak ayah Izzat sibuk ye?” soal Aireen.
“Mak
ayah Izzat dah tak ada. Pak su je ayah Izzat,”kendur suara anak kecil itu
menjawab.
Tergamam
Aireen seketika. Dia tersilap soalan. Dia langsung tidak terlintas perihal itu.
“Teacher
minta maaf, sayang. Teacher tak tahu.”
“Mak
ayah Izzat kemalangan. Adik Izzat pun sama. Dulu Izzat ada adik comel. Sekarang
dah tak ada.” Wajah Izzat semakin suram saat dia membuka kisah hidunya.
“Izzat,
Izzat anak yang kuat. Izzat jangan sedih iya. Izzat ada pak su kan? Pak su
mesti sayang Izzat. Teacher pun sama macam Izzat. Tak ada mak, tak ada ayah,
tak ada adik. Pak su pun teacher tak ada tapi teacher kuat. Jadi Izzat mesti
jadi lebih kuat dari teacher tau?”
Tak
semena Aireen turut menyebut perihal dirinya. Ia, dia sebatang kara namun dia
bersyukur kerana Allah mengurniakan dia Kak Mai, tempat dia menumpang kasih.
Walaupun baru mengenali Kak Mai ketika menuntut di Institut Perguruan Kota
Bharu, Aireen tetap berasa beruntung. Sekurangnya ada juga tempat dia bergantung
harap setelah bertahun-tahun menyusur jalan penuh onak sendiri.
“Setiap
ujian itu datangnya daripada Allah untuk hamba yang dia sayang. Be strong, be
tough cause one day the bitterness of life would be the sweetest thing ever.”
‘Suara
tu! Aku kenal suara tu!’ Jantung Aireen sudah mula hilang arah apabila
tiba-tiba sahaja ada yang menyampuk perbualan mereka dan Aireen cam suara itu.
“Pak
su?!” Jeritan kecil Izzat itu membuatkan Aireen semakin tidak keruan. Lelaki itu
Pak Su Izzat? Benarkah dia? Kepalanya diangkat sedikit demi sedikit dan
ternyata tepat sekali.
“A..”
mulut Aireen ternganga, tak mampu meneruskan bicara.
“Hai,”
Rayyan tetap dengan gaya selambanya tetapi kali ini ada secalit senyuman yang
cukup manis terukir di bibirnya.
“Er..”
“Aik,
you’re not on the wrong medication right?” sindir Rayyan dek kegugupan Aireen.
Hah!
Itu dia. Itu baru Doktor Rayyan yang Aireen kenal. Jantung Aireen kembali
normal semula tetapi darahnya pula yang terasa menggelegak.
“Izzat,
teacher pergi dulu,iya. Pak Su Izzat pun dah datang,” ucap Aireen pada Izzat
seolah dia tidak mengenali Rayyan.
“Okay
teacher. Thank you teman Izzat. Teacher jangan sedih-sedih sebab Izzat pun nak
jadi macam teacher. Kuat. Teacher, kalau teacher nak share pak su dengan Izzat
pun boleh.”
Aireen
tercengang. Bulat matanya mendengar ungkapan polos Izzat.“Eh, tak apa, Izzat Taka
pa. Teacher tak nak share pak su dengan Izzat,”laju Aireen menolak pelawaan
jujur Izzat.
Rayyan
tersengih-sengih. Comel pula tengok Aireen yang kalut semacam. Timbul pula idea
nakal untuk mengusik.
“Izzat, Teacher Aireen tak nak share pak su dengan Izzat. Dia nak pak su ni jadi milik
dia seorang aje. Boleh tak Izzat?”
“Ei..
Annoying!” tambah Aireen.
“
Love
it!” balas Rayyan dengan senyum senget.
“Disgusting!”
“Love
you!”
Aireen
bungkam. Dia salah dengar ke? Dia pandang Rayyan dan Izzat yang sedang ketawa
kecil bergilir-gilir dan saat dia tenung Rayyan, lelaki itu mengenyitkan mata.
“Cat
caught your tounge, huh?” selamba Rayyan menyoal dengan tawa yang masih bersisa.
“Jom,
Izzat balik. Pak su takut ada orang meroyan kejap lagi,” sambung Rayyan pada
anak buahnya yang tidak tahu hujung pangkal kisah mereka.
“Meroyan?”
soal Izzat tidak mengerti.
“Isk.
Nanti pak su cerita. Bye my dear patient. Take care. Kalau kena asthma attack
lagi, call me tonight. Saya bagi ubat yang buat awak takkan kena asthma lagi.
Some kind of.. CPR maybe!”
“Hah?”
Aireen pantas menekup mulut dengan tangan kanannya. Oh, tidak dapat dia
bayangkan diberi bantuan CPR oleh Rayyan. Sumpah dia nak pantang semua benda
yang boleh buat lelah.
“Kurang
asam punya mamat!” omel Aireen namun kelibat Rayyan tika itu sudah semakin
jauh.
“Dalam
banyak-banyak orang yang pernah aku jumpa, kenapalah aku kena bertembung dengan
dia lagi?”
***
“Rayyan, betul kamu usik teacher Izzat
tadi?” Puan Rahah melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengan anak terunanya.
“Izzat
cakap?”soal Rayyan pendek.
“Iyalah.
Masa nak mandi tadi, tak habis dia cerita kamu buli cikgu baru dia. Betul ke?”
Sekali lagi Puan Rahah mahu mendapatkan kepastian tentang perkhabaran yang
disampaikan cucunya sebentar tadi.
Rayyan
menjatuhkan kepalanya. “Ha’a. Aireen.”
Berkerut
dahi Puan Rahah cuba mengingati nama yang diberitahu Rayyan. Rasanya dia pernah
mendengar nama itu tetapi lupa pula siapa dan di mana.
“Ala,
budak yang kita jumpa semalam.”
“La..
Budak tu? Betul, Rayyan? Rayyan tak silap orang ke?” Teruja benar Puan Rahah.
Rasanya belum puas dia berkenalan dengan gadis itu.
“Iya,
mak. Malam tadi pun jumpa jugak kat
hospital. Lelah. Rayyan pun tak sangka jumpa dia kat sekolah Izzat pulak.”
“Isk.
Macam berjodoh pulak Rayyan dengan Aireen ni. Patut masa bersahur tadi mak
tengok Rayyan ceria semacam je. Selalu balik kerja waktu macam tu lemau je. Ini
pun ha. Tengok muka Rayyan tu. Berseri-seri. Ada apa-apa ke Rayyan?”
“Ha..
Mak rasa?” Rayyan sengaja main tarik tali dengan Puan Rahah. Bukan dia tak
kenal ibunya itu. Kerja nak jodohkan dia dengan orang tu, orang ini.
“Mak
rasa kamu dah jatuh cinta,” jawab Puan Rahah yakin.
“Sebab?”
“Sebab
mak kenal anak mak. Kalau Rayyan tak suka, Rayyan tak panjangkan hal ni.”
“Hmmm..”
Rayyan menggosok dagunya yang hanya ditumbuhi sedikit janggut-janggut halus.
Gaya sedang berfikir.
“Kalau
mak rasa anak mak ni sedang jatuh cinta, maknanya, I’m falling in love. Kalau
mak rasa anak mak ni bukan sedang jatuh cinta, maknanya memang Rayyan ni tak
jatuh cintalah. Boleh mak?” ujar Rayyan dengan kening kiri terjungkit.
Puan
Rahah mengetap bibir. Sebiji bantal di baling tepat mengena pada dada Rayyan. “Mainkan
mak nampak?”
Rayyan
sudah mengekek tak berhenti-henti. Gembira dapat mengenakan Puan Rahah.
“Mak
tahu Rayyan ni memang tengah angau dekat si Aireen tu kan?”
Rayyan
mendekati Puan Rahah. Tubuh Puan Rahah dipeluk dan kepalanya dilentokkan ke
bahu maknya. “You know me better, mak. Mak baik jalankan misi-misi yang
sepatutnya sebelum anak mak ni berubah fikiran dan dalam tempoh yang sama,
Rayyan pun sedang menjalankan misi Rayyan.”
“Rayyan
pasti? Tak cepat sangat ke? Rayyan tak kenal dia lagi. Entah-entah dia dah
berpunya.”
“Rayyan
yakin dia pelengkap kepada tulang rusuk Rayyan.”
Puan Rahah menepuk bahu Rayyan. Hatinya berbunga-bunga kerana akhirnya Rayyan memberikan dia lampu hijau untuk membuat persiapan yang sudah lama dia tunggu-tunggu dan Rayyan juga tidak pernah serius seperti ini. Ini bermakna anaknya itu benar-benar cintakan Aireen. Cinta pandang pertama lagaknya. Biarlah. Usia Rayyan semakin lanjut. Dia juga makin tua. Mahu juga merasa di kelilingi cucu-cucu yang ramai. Izzat juga tidaklah terlalu sunyi. Doanya semoga Aireen yang terbaik buat anaknya.
BEST.
ReplyDelete:D:D:D:D
ReplyDelete