Monday, November 4, 2013

Bisakah Aku Kau Cintai (Prolog & Bab 1)

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search

Prolog

            “Give your own opinion based on all the cases given. Make sure they are related to the theories we discussed just now. Understand?”
Aku menggigit bibir. Soalan pensyarah Psychology itu aku biarkan sepi. Bukan sengaja tetapi mataku sedang nakal memerhati figuranya.
Asyfar bin Tan Sri Arsyad. Seorang pensyarah muda yang menjadi pujaan dan kegilaan para pelajar wanita kolejku. Dia dilabelkan sebagai seorang yang cukup pakej. Bak kata orang putih, “From head to toes, he's perfect!”. Langsung tiada cacat celanya. Kulit cerah, bibir nipis yang sering tampak lembab dan kemerahan, hidung mancung dan mata yang seolah-olah turut tersenyum jika dia tersenyum semestinya menjadi tarikan mereka yang memandang. Tambah pula dengan tubuhnya yang tegap dan tinggi melengkapkan lagi keindahan ciptaan Tuhan itu.
Oh, Tuhan! Bagaimana agaknya ciri-ciri wanita yang akan berdamping dengannya atau lebih spesifik lagi, bagaimana agaknya ciri-ciri isteri pilihannya?
Aku pejam mata serapat-rapatnya. Cuba membayangkan aku yang tidak berapa cukup tinggi ini berdiri di samping Asyfar sambil memaut lengannya. Sah! Langsung tak sepadan. Ketinggian sudah jauh membezakan kami. Apatah lagi dari segi rupa dan kedudukan. Lihat saja gadis-gadis yang sering megekorinya. Pelajar-pelajar dari golongan anak jutawan. Ke mana Asyfar ada, cepat saja mereka mendapatkan Asyfar. Boleh bergelak-tawa bagai. Asyfar pula senyum memanjang apabila bersama mereka. Nampak sangat dia jenis yang kaki melayan juga.
Aku menggeleng kepala beberapa kali. Lelaki seperti itu tidak layak dijadikan calon suami. Harapkan muka sahaja yang elok, tetapi perangai sebaliknya terus aku reject.
            Tok!Tok!Tok! Bunyi persis ketukan di pintu menyapa deria pendengaranku. Mata yang sedari tadi tertutup, aku buka dengan perasaan malas.
            “Uit, Sir kacak tapi playboy!” Lancar aku melatah tanpa sempat dikawal tatkala terpandang renungan tajam Asyfar yang sudah berdiri tepat di hadapanku.
Cepat-cepat aku menekup mulut. Mukaku sudah membahang dan tentunya kemerahan. Saat itu aku benar-benar berharap aku dikurniakan kuasa halimunan. Tiada cara lain untuk menutup maluku selain daripada menghilangkan diri sekelip mata.
“Day dreaming, Nur Eisya Balqis?” soal Asyfar tenang.
Aku mengetap bibir. Malunya aku hanya Tuhan sahaja yang tahu. Aisyah teman baikku di sebelah terhinjut-hinjut mengawal tawanya. Rakan-rakan sekuliah yang lain sudah ketawa tak ingat dunia. Asyfar pula tetap dengan riak tenangnya biarpun aku aku tampak ada senyuman yang cuba dia sembunyikan.
“Any explanation, Eisya?” tokok Asyfar menginginkan penjelasan daripada aku.
“Erk.. Sir, I’m sorry. Saya..tak sengaja..Sorry, sir. Itu bukan Sir Asyfar yang saya maksudkan,”jawabku perlahan dengan harapan dia menerima alasanku.
Asyfar menggeleng-gelengkan kepalanya. “Eisya.. Eisya.. I’ll forgive you for not paying attention during my lessons but I won’t forgive you for the words you said just now.”
Bedebum! Seperti ada benda berat menimpa kepala aku. Matilah aku andai Asyfar tidak memaafkan kata-kata aku sebentar tadi. Pasti merudum markah ujianku selepas ini. Oh, tidak!
“Sir, please maafkan saya. Saya betul-betul tak maksudkan Sir tadi.” Dalam keadaan terdesak seperti ini, istilah bohong sunat yang sebetulnya tiada di dalam Islam terpaksa aku guna pakai.
“ Maafkan saya iya. Lagi Allah mengampunkan hambaNyya, inikan kita sesama manusia ni, Sir Asyfar. Please,”tambahku lagi. Intonasi suaraku sudah diubah pada mode merayu. Sepuluh jari sudah tersusun elok di depannya.
“Nur Eisya Balqis, there’s no strong reason for me to forgive you. It’s true that I am handsome but I am NOT playboy, right? So, why should I be mad of that statement. Betul tak Katty, Damia, Nelly?” Asyfar menjungkitkan keningnya meminta sokongan daripada tiga gadis hot yang sememangnya antara kaki bodek Asyfar dan seperti diprogramkan, ketiga mereka mengangguk serentak.
Aku mencemik. Dalam masa aku sedang tak tentu arah macam ini pun dia sempat lagi memberi perhatian kepada tiga gadis yang duduk di belakangku itu tetapi syukurlah, dia tidak ambil hati dengan latahanku sebentar tadi. Biarlah dia nak perasan dia kacak tapi bukan kaki perempuan pun, yang penting dia tak marahkan aku.
“Focus on your work, Eisya. Not the handsome lecturer anymore,”ucap Asyfar sebelum dia berlalu namun aku sempat menangkap segaris senyuman yang cukup membuat jantung aku berdegup hebat.














Bab
1
Perutku mula berkeroncong, lagu hip-hop dan punk rock makin kuat berbunyi. Sebaik sahaja kuliah jam dua belas tengah hari itu tamat, aku terus mengheret tangan Aisyah ke cafeteria dan sesudahnya nasi putih, ayam goreng berempah, telur dadar ditambah pula dengan sambal belacan sudah ditatang elok di dalam dulang. Air sirap bandung dengan warna merah jambu kegemaranku itu juga turut sama melengkapkan menu makan tengah hari aku.
“Mana nak duduk ni weh? Macam penuh je,” keluhku pada Aisyah. Tika itu pandangan kami meliar mencari port yang sesuai untuk menikmati juadah kami.
“Ha! Tu, sana Eisya. Ada satu meja kosong tu. Jom-jom, cepat,” ajak Aisyah seraya kami mengatur langkah ke sebuah meja di hujung sebelah kiri ruang kafeteria itu. Aisyah paling laju ke meja itu, bimbang diambil orang.
“Alhamdulillah. Jom makan. Aku lapar gila ni, Eisya,” tutur Aisyah yang tak sabar-sabar hendak menjamah makanannya. Tangan kanan sudah mencubit ayam gorengnya.
“Hisk!” Aku tepuk belakang tangan Aisyah.
“Kau ni kan, macam tak makan sebulan. Padahal pagi tadi kau dah pelahap roti sardin dua bungkus. Aku ni yang tak makan apa-apa pun lagi tak ada gelojoh macam kau. Baca doa dulu, Icah. Tak baik tau,”tegurku dan Aisyah seperti biasa menarik muncung panjang.
            Usai membaca doa makan, Aisyah tak menunggu panjang. Dia terus menyambung santapannya yang terbantut. Aku hanya tersenyum dengan gelagat Aisyah. Kalau bab makan, jangan dihalang dan tak perlu disuruh.
            “Eisya, tadi tu betul ke kau tak maksudkan Sir Asyfar? Kau ni bahaya sungguh bila melatah tau,” Aisyah membuka topik perbualan sebaik saja habis makanan yang dikunyahnya.
            Aku tersengih sambil menguis-nguis lauk-pauk dan nasiku. Kejadian pagi tadi benar-benar membuat aku gelabah. Mujurlah pensyarah muda itu percaya dengan omongan aku.
            “Aku memang maksudkan dia pun, Icah tapi takkan aku nak mengaku. Matilah aku kalau aku mengaku. Cuba kau fikir, siapa lagi pensyarah muda yang kacak dan duk layan je students perempuan  kat kolej kita ni?”
            Aisyah terdiam dengan gaya sedang mencerna bait kata-kata aku. Lama-lama matanya yang merenung jauh ke belakangku bagaikan membulat dan bercahaya.
            “Exactly, Eisya. Tengok tu.”
            Keterujaan Aisyah mengarahkan aku menoleh ke belakang menyebabkan aku pantas berpaling dan ternyata apa yang aku katakan terbukti di depan mata. Selang tiga meja dari meja aku, kelihatan Katty, Damia dan Nelly enak bersembang dengan Asyfar. Galak sungguh ketiganya ketawa dan Asyfar pula tak habis-habis dengan senyuman panjang hingga ke telinga. Entah apa yang mereka bicarakan pun aku sendiri tak pasti namun tingkah tiga gadis hot itu menunjukkan tiada sebarang hal penting yang dibincangkan tetapi lebih kepada sesi ayat-mengayat untuk menambat hati si lelaki.
            “Eh, Eisya. Lamanya kau tengok. Dah-dahla. Kang dia perasan kita...”
            Belum lagi habis Aisyah menegur aku, tiba-tiba Asyfar yang duduk menghadap ke meja kami memandang aku. Bebola mata hazelnya tepat menikam bebola mata aku. Pergerakan aku ketika itu seakan dipaku. Aku tidak mampu untuk menghadap Aisyah kembali. Asyfar menganggukkan kepalanya bersama seulas senyuman yang sekali lagi membuatkan jantung aku berdetak tidak senada.
            “I..cah, tolong aku, Icah.” Tangan kiri aku meraba-raba meja, mencari tangan Aisyah untuk aku gapai meminta pertolongan. Pandangan aku masih tidak lepas daripada memandang Asyfar dan yang lebih membuat aku tidak tentu arah apabila dia bangkit dari kerusinya dan berjalan menuju ke arah aku.
            “Hoi, cik kak. Kau kalut sangat ni kenapa?” marah Aisyah. Dia menarik-narik tangan aku agar menghadapnya.
            “Tu. Dia.. Nak datang sini. Mati aku, Icah,” jawab aku antara dengar dan tidak.
            Sungguh, tika itu jantung aku hampir  meloncat keluar. Derap kaki Asyfar semakin hampir dengan meja aku. Renungannya masih tertacap pada aku dan senyumannya juga masih belum mati.
            Satu.. Dua.. Tiga..
            Fuh!! Aku mengurut dada. Lega. Aku tarik nafas dalam-dalam dan aku hembus sepuas hati aku apabila Asyfar berjalan terus tanpa singgh di meja aku.
            “Hah, dia bukan nak datang sini jumpa kau. Tu, dia nak jumpa geng dia. Kau aje yang perasan lebih. Aku rasa kau ni dah angaukan dia, Eisya. Teruk benar aku tengok kau tadi,”senda Aisyah apabila Asyfar sudah mengambil tempat semeja dengan dua orang pensyarah lelaki dan ianya membelakangi aku.
            Aku menarik muncung panjang. Sekali lagi aku ditertawakan kerana Asyfar. Geram sungguh tapi bagaiman dengan renungan dan senyumannya tadi? Adakah ianya ditujukan pada aku atau pada teman-teman pensyarahnya yang duduk selang dua meja daripada aku.
            “Isk, entah apa-apalah. Kau tak payah nak ketawakan aku,” marahku lalu tunduk menyambung suapan makanan ke mulut. Dalam masa yang sama, aku dapat rasakan ada mata yang memerhati kerana jantung aku sekali lagi berdetak laju.
            ‘Eisya, jangan perasan. Jangan buat malu. Tak ada siapa tengok kau,’bisik hati kecil aku dan aku teruskan suapan demi suapan tanpa mengedahkan sekeliling aku termasuklah Aisyah yang sibuk berceloteh itu dan ini.
***

            Aku termengah-mengah petang itu semata-mata untuk menghantar tugasan yang sepatutnya di hantar sebelum empat setengah iaitu lima minit lagi dari sekarang. Kalau setiap hari berlari ke sana ke mari, harus aku menghidap penyakit osteoporosis. Tiba sahaja di muka pintu jabatan yang menempatkan pensyarah-pensyarah bahasa, aku terus melangkah masuk. Aku toleh ke sana sini, namun kelibat Madam Adibah tidak kelihatan. Aku menghampiri ruang duduknya. Tugasan yang ku pegang diletakkan di atas meja pensyarah Sosiolinguistik ku itu.
Sewaktu hendak berlalu, aku terlihat skrip jawapan test dan kuiz rakan-rakan kelasku terletak di bucu meja pensyarahku. Aku pandang ke kiri dan kanan. Ruangan para pensyarah kebanyakannya kosong kerana setahu aku, mereka sedang menghadiri taklimat berkenaan peperiksaan akhir para pelajar.
‘Line clear!’ desisku setelah memastikan tiada sesiapa yang akan memandang tingkahku. Satu persatu skrip itu aku belek untuk melihat markahku dan tiba susunan skrip jawapan yang ketiga, aku tarik dengan penuh berhat-hati.
“Yes! Full mark. Cayalah!” Aku menjerit kecil. Skrip jawapan itu aku cium berulang-kali. Gembira sungguh dengan keputusan yang aku dapat itu. Tak sia-sia bersengkang mata malam sebelum test itu.
“Hmm.. Full mark. Bagus.. Bagus..”
“Mak! Fullmark markah saya, sir!” Aku meloncat setapak. Skrip jawapan aku terlucut dari pegangan. Jantung aku laju berdegup. Mataku membulat dan langsung tidak berkelip dek terkejut dengan suara yang berbisik begitu hampir dengan telinga aku. Meremang juga bulu romaku tika itu.
Asyfar berdiri tegak di hadapan aku dengan muka sinis sebaik mengutip skrip jawapan aku. Dia membelek satu-persatu helaian skrip jawapan aku itu dengan kepala yang terangguk-angguk.
“Ssssir..,” aku menyeru dia dengan teragak-agak.
Asyfar menutup skrip jawapan itu dan mengalihkan pandangannya pada aku. “Congratulations for your mark,” balasnya.
“Thank you, sir. Saya keluar dulu,” aku meminta izin untuk cepat-cepat keluar dari situ.
“Wait, Madam Adibah bagi awak tengok skrip ni?” soalan Asyfar membuat aku kecut perut.
“Err. Iya,”bohongku.
Asyfar menjungkitkan keningnya. “Really? Kalau macam tu saya nak minta skrip ni dari Madam Adibah. Nak fotostat sebagai rujukan.”
Aku menelan liur yang terasa sangat pahit itu beberapa kali. Aku sudah tidak tahu jawapan apa yang harus aku berikan. Kalau benar dia mahu meminta skrip itu daripada Madam Adibah, habislah aku. Sah-sah aku ditangkap menceroboh ruangan pensyarah dan ini merupakan satu kesalahan bagi seorang pelajar.
“Awak tahu apa kesalahan awak?”
Nah, dia sudah dapat menebak reaksi aku. Tiada cara lain lagi selain daripada mengaku dan memohon agar dia merahsiakan perihal ini daripada Madam Adibah. Kalaulah Madam Adibah tahu, tentu mengamuk wanita itu yang sedia maklum dengan perangai cerewet dan panas barannya.
“Sssaya hantar..assignment. Leppas tu, ssaya nampak skrip tu. Ssaya cuma nak tengok, Sir.”
Akhirnya aku mengaku dan Asyfar tersenyum puas dengan jawapan yang aku berikan. Skrip itu diletakkannya semula di atas meja Madam Adibah bersama skrip jawapan pelajar-peljar lain.
“Awak tahu awak dikira menceroboh?”
Aku menjatuhkan kepalaku tanda aku tahu.
“Ini satu kesalahan, Eisya. Kalau ada yang report pada Madam Adibah macam mana?” soal Asyfar penuh diplomasi.
“Sir, saya minta maaf. Saya janji saya tak akan ulangi hal ini lagi. Tolong jangan report pada Madam Adibah, Sir. Please..”
Asyfar diam. Dia menggosok-gosok dagunya seolah sedang berfikir sesuatu.
 “Sir, I’m begging you. Jangan report pada Madam Adibah. Ssaya sanggup buat apa saja, asalkan sir tak report kat Madam Adibah. Please sir, please,” sekali lagi aku merayu pada pensyarah yang seorang  itu hari ini dengan kedua belah telapak tanganku dilekatkan antara satu sama lain umpama menjunjung sembah kepada seorang sultan.
Wajah Asyfar yang tadinya serius dengan mata yang sekejap dikecilkan dan dibesarkan berubah serta-merta. Ada tawa halus yang terletus di bibirnya “Okay. Okay. Awak jangan nak gelabah sangat. Betul awak akan buat apa saja yang saya cakap?”
Pantas aku menjatuhkan kepala dua tiga kali. “Iya, Sir. Sanggup,” jawabku dalam terpaksa.

“Hmm.. We’ll see what will you do for me one fine day,” kata Asyfar dengan membariskan gigi putihnya lebar hingga menampakkan dua-dua belah lesung pipitnya.


p/s: Salam maal hijrah semua.. Sempena tahun baru ni, saya perkenalkan BISAKAH AKU KAU CINTAI yg merupakan tajuk BARU kepada MR HUBBYKU ENCIK LECTURERKU.. InsyaAllah,setelah pelbagai masalah ditempuhi, Asyfar dan Eisya bakal menjenguk anda hujung November atau awal Disember nanti jika tiada sebarang halangan. Doa kalian amat saya harapkan agar perjalanan Asyfar dan Eisya bakal menemui penghujung yg indah..

No comments:

Post a Comment