Bab
2
Program
Belia Cakna Alam Sekitar yang julung kalinya diadakan oleh fakulti aku jam lapan pagi hari Jumaat itu merupakan
program yang langsung tidak menarik minat aku. Bukan kerana aku tiada kesedaran
tentang kepentingan alam sekitar tetapi kerana masalah utamanya adalah kerana
nama aku tersenarai dalam kumpulan yang diketuai oleh Sir Asyfar.
Ketika membaca senarai nama dan
kumpulan yang dipaparkan di papan kenyataan Fakulti Bahasa semalam, aku
langsung tidak bermaya. Berada dalam satu kumpulan bersama pensyarah itu
sungguh menyesakkan dada aku. Insiden-insiden yang berlaku akhir-akhir ini
antara aku dan dia membuatkan semakin tidak senang untuk bertembung dengannya.
Dalam kelas pun aku sudah tidak duduk di tempat biasa. Aku lebih selesa duduk
jauh di belakang. Banyak kali juga Aisyah membebel dek terlampau jauh dengan
pensyarah tetapi aku buat tak tahu. Lebih jauh, lebih bagus.
“Okay, mana grup saya? Berkumpul
sekarang. Kita nak mulakan kerja kita sebelum matahari menegak ni,” jerit
Asyfar memanggil semua ahli kumpulannya yang terdiri daripada tujuh orang
pelajar termasuk aku dan Aisyah.
“Jom, Eisya. Sir Asyfar dah panggil
kita.” Aisyah menarik tanganku agar bergerak mendekati Asyfar.
“Kalau tak join tak boleh ke?”
soalku lemah.
Aisyah mengecilkan matanya memandang
aku. “Kenapa? Kau tak sihat ke?”
“Lebih kuranglah. Boleh mintak
pengecualian tak?” Memang aku tidak berapa sihat baik dari segi mental mahupun
fizikal. Sedari tadi perut aku terasa mencucuk di bahagian kiri. Malam semalam
tidak menjamah makanan, pagi ini pun sama. Jawabnya, gastrik mula menyerang
lagi.
“Kalau macam tu, aku tanya Sir iya?”
“Eh, tak apa. Tak payah. Jom. Aku
okay. Saja nak bermanja dengan kau,” aku berpura-pura ceria membatalkan niat
Aisyah untuk memohon pengecualian daripada Asyfar. Lebih baik aku selesaikan
tugas aku daripada sibuk bersoal jawab untuk tidak menyertai acara itu.
***
Aku membongkok menyiram anak pokok
yang baru aku tanam sebentar tadi bersama Asyfar. Iya, anak pokok bunga raya
ini aku tanam bersama Sir Asyfar Tan Sri Arsyad dengan tangan teketar-ketar,
jantung yang bagaikan sedang bertanding acara pecut dua ratus meter dan darah
yang membuak-buak akibat tidak berpuas hati dengan aturan yang dibuat olehnya.
Setiap kumpulan diberi empat pasu
anak pokok untuk di tanam di kawasan yang telah diagihkan. Ahli-ahli kumpulan
pula dipecahkan kepada kepada empat pasangan dan pasangan-pasangan itu
diaturkan sendiri oleh ketua kumpulan.
Bagi
kumpulan aku, Asyfar sudah siap mengatur pasangan masing-masing dan akulah
mangsa keadaan. Aku diambil menjadi pasangannya secara paksa rela. Awalnya aku
meminta agar aku dapat menjadi pasangan Aisyah tetapi dengan kuasa veto yang
ada pada Asyfar, dia menidakkan permintaan aku hanya dengan segaris senyuman
dan pandangan mata yang seakan berkata-kata, ‘ Apa yang saya kata, awak kena
ikut bukan?’
Dengan
malas, akhirnya aku mengangguk dan turut membalas isyarat matanya, ‘ As your
command.’
Sejurus
itu, aku hanya mengikut rentaknya. Dia membawa pasu bunga itu ke hujung kawasan
kami dan dia mengeluarkan anak pokok tersebut daripada pasu sebaik tanah
digemburkan.
“Jom
tanam pokok ni sama-sama tapi sebelum tu saya nak awak buang semua perasaan
yang tak elok dalam hati awak tu, Eisya.”
Dahi
aku berkerut, tidak faham dengan mesej yang dia sedang sampaikan.
“Nak
tanam pokok, kita kena tanam dengan penuh perasaan kasih sayang dan juga cinta antara
satu sama lain. Barulah pokok ni akan subur,”jelas Asyfar yang sudah melutut di
atas rumput.
Aku
yang masih lagi kabur dengan kata-kata itu hanya menurut tingkahnya dan kami
sama-sama memasukkan anak pokok itu ke ruangan yang sudah dikhaskan. Usai meratakan
tanah pada permukaannya, Asyfar menepuk kedua belah tangannya membersihkan debu
tanah yang melekat di tangan. Dalam tempoh itu, aku sempat mencuri pandang
setiap gerak lakunya. Biarpun hanya berpakaian santai, berseluar trek dan di
padankan dengan jersi Adidas berwarna putih, dia tetap nampak segak.
“Ehem..
Habislah pokok kita tu, Cik Eisya oi,” sergahan itu automatik memberhentikan
siraman pada anak pokok itu. Jauh sungguh mengelamun hinggakan tanah di sekitar
pokok itu sudah dibanjiri air.
“Sorry,
Sir. Tak perasan,”balasku perlahan sambil terusan memandang anak pokok itu.
Tidak berani untuk melihat wajahnya.
“Tak
apa. Kalau awak siram tadi dengan perasaan sayang dan cinta, mesti akan mekar
dan subur jugak pokok ni. Tambah lagi kalau masa tu awak bayangkan
saya,”bisikan Asyfar lembut menampar pendegaranku.
Aku
menggigit bibir, mengawal perasaan yang berkecamuk saat itu. Macam tahu-tahu
saja aku sedang mengelamun pasal dia.
“Awak
tahu tak, Eisya. Setengah pasangan bercinta ni, dia tanam pokok sebagai
simbolik cinta mereka. Katanya, pokok ni akan mekar subur selagi mana cinta
mereka juga mekar dan subur. Harap-harap pokok yang kita tanam ni, macam tu
jugaklah iya, Eisya?” tokok Asyfar dengan nada sensual.
Aku
pantas menoleh mendapatkan kepastian tentang apa yang aku dengari itu dan
ternyata renungan Asyfar yang selalunya tajam, kini sangat redup pada
pengamatan aku. Betul ke apa yang aku dengar dan lihat sekarang? Mungkinkah
Asyfar sedang menyampaikan persaannya pada aku?
Aku menggeleng-gelengkan kepalaku
laju. Tak mungkin. Aku yang selalu syok sendiri dengan kelakuan dan tingkah
Asyfar sedang dia tentunya sudah biasa bermanis mulut dengan mana-mana
perempuan.
“Erk.
Sir, kerja saya dah selesai. Saya nak minta balik awal boleh?” Aku tidak
menjawab soalannya malah aku meminta keizinan untuk pulang ke kediaman aku
lebih awal. Aku tidak betah berlama di situ. Lagi-lagi perut aku semakin pedih.
Aku perlu segera mendapatkan sesuatu untuk mengalas perut sebelum ianya
bertambah teruk.
“Awak
kenapa, Eisya? Tu kawan-kawan awak tak siap lagi. Tak adil kalau saya lepaskan
awak balik,” tekan Asyfar tidak berpuas hati. Renungan redup yang aku lihat
tadi sudah hilang.
Aku
lepaskan keluhan berat. “Hmm. Tak apalah. Saya pergi tolong kawan-kawan yang
lain,”ucapku seraya bergerak meninggalkan Asyfar.
“Ya Allah, sakitnya perut aku.”
Tiba-tiba sahaja langkahku terhenti. Perut yang semakin senak aku pegang dan
aku terus terduduk di tengah-tengah taman itu. Aku menyembamkan wajahku ke
lutut menahan sakit yang teramat sangat
“Eisya!!”
Sayup-sayup
terdengar jeritan memanggil namaku serentak oleh seluruh ahli kumpulan aku
termasuk juga suara Asyfar dan sekelip mata sahaja mereka mengurumuni aku.
Asyfar dan Aisyah lebih pantas mendapatkan aku.
“Eisya,
kenapa ni? Kau sakit apa ni?” soal Aisyah panik.
“Eisya,
saya bawak awak ke klinik iya?” tambah Asyfar pula.
Aku
mengangkat wajahku yang sudah lencun dengan air mata.
“Kau
gastrik ke, Eisya?” tebak Aisyah sambil menggosok-gosok belakangku.
Aku
hanya mengangguk lemah.
“Gastrik?
Habis tu macam mana, Aisyah? Saya bawak dia ke klinik iya?”
Aku
nampak Aisyah bersetuju dengan idea Asyfar dan tanpa aku sempat bersuara,
Asyfar lebih cepat mencempung aku. Dia bergegas membawa aku ke keretanya.
“Aisyah,
biar saya saja yang bawak Eisya. Awak tolong tengokkan ahli kumpulan lain dan
beritahu pensyarah-pensyarah lain jika mereka tanya tentang saya,”arah Asyfar
setelah meletakkan aku di tempat duduk penumpang bersebelahan dengan sit
pemandu.
Aku mengunci mulutku daripada
bersuara dan aku pejamkan mataku mencari secebis kekuatan melawan sakitku
sewaktu Asyfar memacu laju keretanya. Dalam masa yang sama tanganku digenggam
Asyfar. Entah mengapa, tika itu aku dapat rasakan sedikit ketenangan. Aku
membalas genggamannya.
“Awak tahan sikit, Eisya. Sabar
iya.”
Bab
3
“Eisya, kau macam mana? Okay dah?”
soal Aisyah apabila melihat mataku sudah terbuka lewat petang itu. Sebaik menelan ubat selepas Zohor tadi, aku
langsung tertidur dan baru sekarang tersedar. Itupun Aisyah yang kejutkan.
Selepas
ke klinik tadi, Asyfar menghantar ku pulang ke asrama. Itu pun setelah aku
berkeras ingin pulang. Pada awalnya dia ingin membawaku ke rumahnya. Aku
menolak cadangan itu sekerasnya. Cadangan yang langsung tak masuk dek akal
seorang pensyarah muda, bujang pula tu bawa pelajar perempuan ke rumah. Seram
juga kalau dia buat apa-apa yang tak elok.
“Weh,
aku tanya ni. Mengelamun pulak. Teringatkan abang handsome yek?” sakat Aisyah
dengan muka nakalnya.
“Weh,
kau jangan nak cari pasal dengan aku, Icah. Aku tak sihat ni tahu tak,” omelku
kurang senang dengan bicara Aisyah. Aku dan Asyfar tiada sebarang hubungan dan
aku tidak suka ada gosip-gosip liar tentang kami.
“Iyalah.
Eh, tadi kat klinik macam mana reaksi dia? Tadi bukan main dia risaukan kau.
Dahlah masa duk tanam bunga pun sweet bukan main. Kalah aku berdating tau.”
“Choi
la kau! Jangan nak buat cerita mengarut boleh tak?”Aku menafikan hakikat yang
sebenarnya. Aku akui, Asyfar tampak sangat romantis ketika di taman tadi.
Kata-katanya yang bagiku punya maksud tersirat dan layanannya juga sikap
cemasnya tadi bagai mencambahkan satu perasaan aneh dalam hati aku.
Peristiwa di Klinik Perdana kembali
berlayar di mataku dan ianya mengundang senyuman yang tak lekang di bibirku.
Aku yang masih dalam kesakitan sempat bertikam lidah kala doktor muda yang
merawatku mengatakan aku adalah tunang Asyfar.
“Saya
bukan tunang dia, doktor,” aku menidakkan kata-kata doktor itu.
“She
is my fiancée. Macam mana dengan keadaan
dia?” soal Asyfar dengan muka serius.
“No,
saya bukan tunang dia,” kataku lagi sambil menjeling ke arah Asyfar yang duduk
di sisiku.
“Eisya
sayang. Kenapa ni? Kan kita dah nak kahwin. Lupa ek? Ni sebab tak cukup gula
dalam darah ni. Tu otak jadi blank tu,” ujar Asyfar sambil mengeyitkan mata
kepadaku.
Aku
terpaku. Mulut pula membisu. Jantungku berdegup kencang. Aku kemudian hanya menunduk.
Apa motif Asyfar berkata begitu?
Doktor
di hadapan kami berdua itu cuma mampu tersenyum menahan tawanya. Dia
menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.
“
Not too worry. Kejap lagi okay. Tapi jangan lupa makan ubat and make sure you
makan ikut time and you boleh minum susu tak?” soalan doktor itu cepat-cepatku
balas dengan gelengan. Aku memang tak boleh minum susu.
“You
kena belajar minum susu. It is good for your health and you, Asyfar, kena start
paksa your future wife ni minum susu. Nanti kalau pregnant lagi susah kalau tak
minum susu tau,” pesan doktor bertudung itu.
Aku
sudah tidak keruan. Doktor itu sengaja menimbulkan soal bakal isteri,
mengandung. Aku menjeling lagi ke arah Asyfar. Rupa-rupanya dia sedang
memandangku dengan senyuman yang tak mampu aku tafsirkan dengan kata-kata.
“I’ll
make sure she will have at least a glass of milk everyday,” tutur Ayfar yakin
namun matanya masih tidak lepas daripada memandangku. Entah apa yang tidak kena
dengan pensyarahku yang seorang ini. Mungkin disampuk angin hero Malaya, Adi
Putra barangkali hingga menjadi seromatik itu.
“Aduh! Sakitlah!” marahku apabila
Aisyah memukul kuat lenganku. Hilang semua bayangan di klinik. Muka Aisyah
seakan tidak berpuas hati dengan sikapku.
“Weh!
Aku duk bercakap dengan kau dari tadi, boleh pulak kau tersengih macam kambing?
Kau ni kenapa Eisya? Aku rasa kau ni memang dah angau ni. Apa yang Sir Asyfar
terchenta kau tu buat sampai kau jadi macam ni? Ceciter..” ujar Aisyah.
“Tak
adanya aku nak angau. Sorry okay! Kalau dia tu romantik macam Adi Putra ke,
okay jugak aku nak angau kan dia.”
“Dia
tak cukup romantik ke Eisya? Kau tak rasa bertuah ke dia dukung kau tadi? Kalau
aku, mesti rasa di awang-awangan dah sekarang ni. Aku rasa si Katty, Damia dan
Nelly tu menangis, meraung, memekak kot kalau dia tengok kau dengan Sir Asyfar
tadi. Grenti diaorang pun nak sakit macam kau jugak, Eisya,” bersungguh Aisyah
berceloteh.
“Kau
jangan nak sebut pasal tu iya. Aku bukan gedik sangat nak dia dukung aku. Aku
tak mintak pun. Kau sebut lagi sekali, siap kau,”marahku pada Aisyah menutup
perasaan malu dan rona mukaku yang berubah kemerahan kala teringatkan hal itu.
No comments:
Post a Comment