Tuesday, December 3, 2013

Bisakah Aku Kau Cintai Bab 12, 13 & 14 (Last Entry di blog). NANTIKAN VERSI CETAKNYA DI PESTA BUKU 1 MALAYSIA 14/DISEMBER/2013

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab
12
            Mataku menyoroti pasangan-pasangan anak muda yang sedang asyik memadu kasih di taman kolej. Taman itu sememangnya cantik kerana di tengahnya ada kolam yang sederhana besar yang dihiasi dengan bunga-bunga segar di sekelilingnya. Bangku-bangku yang diletakkan di sekeliling taman itu dipenuhi dengan para pelajar. Aku ke sini sebenarnya bersebab. Aku ada temu janji dengan Hilfi dan ini adalah pertama kali aku menemui lelaki itu berdua sahaja. Rasa malu aku tepis sejauhnya. Kalau dulu, Hilfi yang sibuk mengejar aku ke hulu ke hilir. Meminta sedikit ruang untuk cuba bertapak di hati aku namun kini aku pula yang mencarinya semata-mata demi melunaskan permintaan papa.
            “Eisya, percayalah saya sangat mencintai awak,” ucap Hilfi di hujung talian.
            “Hilfi, percaya atau tidak, saya tak boleh terima awak. Saya tak nak fikir soal cinta buat masa sekarang. Perjalanan kita masih jauh. Saya nak tumpukan sepenuh perhatian saya pada pelajaran.” Aku membalas luahan Hilfi itu untuk kesekian kalinya. Besar harapan aku Hilfi dapat menerima tolakan aku dengan hati terbuka.
            “Saya bukan nak ganggu pelajaran awak, Eisya. Saya janji saya takkan ganggu awak waktu awak sibuk. Saya faham, pelajaran perlu diutamakan.”
            “Hilfi, saya kenal diri saya. Saya tak mampu buat dua benda dalam satu masa. Untuk waktu ini, saya hendak tumpukan pada pelajaran. Bercinta memerlukan komitment, Hilfi dan ianya tak boleh dipaksa. Andai suatu hari ada jodoh saya dengan awak, saya tetap akan bersama awak walaupun kita tak bercinta seperti orang lain. Tolong, Hilfi. Saya harap awak hormati keputusan saya.”
            “Kalau itu yang awak katakan, nak tak nak, saya kena terima. Cuma saya nak awak tahu, selagi nadi saya berdenyut, saya tetap menunggu kehadiran awak sebagai insan istimewa dalam hidup saya.”
            Aku meraup mukaku. Kenangan dan kata-kata Hilfi setahun yang lalu berlegar di mindaku. Ayat terakhir itulah yang menguatkan hati aku agar menemui Hilfi. Aku datang untuk menyerahkan hidup aku pada dia biarpun cinta ini bukan untuknya.
            ‘Eisya, milik siapa cinta tu tak penting kerana semuanya hak mutlak Allah,’ desis naluriku.
“Hai, Eisya. Sorry lewat,” sapa Hilfi dalam keadaan termengah-mengah.
“Tak apa. Saya pun baru aje sampai,” bohongku. Padahal sudah setengah jam aku menunggunya. Tapi tak mengapalah, yang penting Hilfi datang.
“Saya ada test tadi. Tak sangka soalan susah gila. Tu keluar lewat. Awak tak ada kelas dah?” Hilfi bertanya dan dia merenung mukaku.
Aku tak senang dengan pandangan matanya. Geli tapi terpaksa aku tabahkan hati demi urusan yang harus diselesaikan. Dia mengambil tempat di sisiku. Apabila bahu kananku seolah tersentuh bahunya, aku  bergerak ke kiri sedikit. Tidak selesa.
“Eisya, awak ada masalah ke?” tambah Hilfi.
Aku mengangguk. Inilah masanya. Aku perlu berterus-terang. Hanya Hilfi satu-satunya calon yang aku ada sekarang. Aku perlukan bantuannya.
“Hilfi, awak cintakan saya?” lancar aku bertanya.
Hilfi agak terkejut dengan soalanku. Terpana dia seketika. Mana tidaknya, sebelum ini aku sering mengelak dari berbicara soal hati dan perasaan.
“Kenapa awak tanya, Eisya? Awak tahukan jawapannya. Saya tak pernah serik tunggu hati awak terbuka untuk saya.”
Iya, pengakuan itu sering aku dengar daripada Hilfi dan kerana itu, aku perlukan bantuan dia untuk menyelamatkan aku daripada Mus. Aku menarik nafas sedalamnya dan aku menghembus laju.
“Awak sudi kahwin dengan saya?” terpancul juga soalan itu akhirnya.
“What? Are you serious? Kenapa tiba-tiba Eisya?” Hilfi separuh menjerit. Terpana dia seketika seolah tidak percaya dengan apa yang didengarnya.
Aku mengangguk.” Yes, I am. Papa saya nak kahwinkan saya dengan orang yang saya benci kalau saya tak ada calonnya. Saya tak boleh hampakan papa. Dia sakit. Awak boleh tolong saya, Hilfi? Saya janji, saya akan cuba cintakan awak. Awak tentu tak nak saya kahwin dengan orang lain?” pancingku dengan muka memohon simpati.
Hilfi tersenyum. Penerimaan lelaki itu tampak positif. Jelas dia gembira. “Yes, I will. Saya tak nak awak terlepas ke tangan orang lain. Hujung minggu nanti saya balik jumpa parents saya dulu. Bincang dengan mereka. Thanks, Eisya. I’m really happy,” girang benar intonasi suaranya. Senyuman tak lekang langsung daripada bibirnya.
Aku mampu membalas senyuman itu dengan senyuman hambar. Mulai saat ini, pastinya Hilfi menganggap aku kekasihnya. Gara-gara papa, aku menjadi kekasih separuh rela, dan bakal menjadi seorang isteri paksa rela.
“Thanks to you, Hilfi. Saya balik dulu iya. Apa-apa nanti saya contact awak. Saya nak balik rehat,” ucapku lalu bangkit dari bangku.
“Okay, take care, sayang,” ungkap Hilfi. Mahu saja aku termuntah di situ saat mendengar dia memanggilku sayang.
Cepat-cepat aku berjalan meninggalkannya namun terasa bagaikan diperhati, aku mengangkat wajahku dan tepat sekali telahan aku. Asyfar sedang berdiri nun jauh di sana. Renungannya tajam menikam bebola mataku memberi isyarat agar aku mendekatinya tetapi aku sengaja mengatur langkah laju menuju ke asramaku. Sengaja buat tak faham dengan kehendaknya. Untuk sementara, aku perlu ruang sendiri.

***
            “Eisya, aku tengok sejak kebelakangan ni kat tak ceria aje sekarang ni. Kau ada masalah ek?”
Aku menoleh memandang Aisyah yang duduk bersandar pada kepala katil tetapi hanya untuk sesaat. Aku sambung menaip beberapa baris ayat tugasanku sebelum aku menjawab soalannya.
“Erm, entahlah Aisyah. Lepas satu-satu masalah aku ni,” luahku.
Aku rasa Aisyahlah teman paling sesuai untuk aku luahkan segala masalahku. Aisyah menegakkan tubuhnya seakan bersedia menjadi seorang pendengar yang setia.
“Papa aku suruh aku kahwin,Icah.”
“What?!” jerit Aisyah. Aku sudah dapat mengagak penerimaan Aisyah. Bukan setakat menjerit, sampai terlompat dia daripada katil.
“Kau biar betul. Dengan siapa weh? Dengan lecturer kesayangan kau ke? Bila kau nak kahwin? Kau setuju ke?” Aisyah menyerangku dengan berdas-das soalan. Nak tergelak pun ada aku tengok reaksi Aisyah.
“Kot iya pun. Satu-satu lah tanya. Ei. Gelabah betul,” omelku dan Aisyah membariskan giginya. Dia menarik tanganku untuk duduk di atas katilnya. Aku mengikut saja.
“Macam ni, papa aku nak sangat aku kahwin dalam tempoh terdekat. Dia takut dia tak sempat tengok aku kahwin.”
Aku terdiam sejenak sebelum aku menyambung ceritaku. Aku harus menyusun kata supaya rahsia hidupku tak terlepas ke tangan Aisyah. Bukan aku tidak mempercayai Aisyah, tetapi aku belum bersedia untuk membongkarkannya pada sesiapa sekalipun.
“Erm. Kau tahukan, doktor dah pesan, jangan bagi papa tension. Kalau tak, dia mungkin kena heart attack lagi and possibility untuk dia pulih masa tu quite low. Jadi sekarang ni, aku tak boleh nak tolak kehendak dia but I’m not ready, Icah. Kau tahukan aku tak ada calon. Aku bagi alasan tu pada papa aku. Dia cakap, kalau aku tak ada calon, dia ada calon untuk aku.”
“Siapa weh? Kau jangan cakap papa kau berkenan nak jadikan your dearest lecturer tu menantu dia. Kau jangan,” tebak Aisyah dengan jari telunjuk digerakkan ke kanan dan ke kriri.
“Woi, gila ke apa. Tak ada kena mengena dengan dia okay! Sempat buat lawak pulak,”marahku pada Aisyah. Tak pasal-pasal Asyfar yang terkena.
“Tak adalah. Mana aku tahu.”
“Tak. Lelaki tu, lelaki yang sangat aku benci seumur hidup aku, Icah,” tuturku dengan suara yang kendur.
“Ex kau ke? Tak pernah cakap pun ada ex. Inilah kawan,” Aisyah pura-pura merajuk.
“Eh, sejak bila pulak aku ada couple. Aku tak macam kau. Berderet bekas tupperware kau,”aku melawak. Cuba menghilangkan hiba di hati. Andai Aisyah tahu siapa manusia itu.
“Tak penting pun kau tahu siapa lelaki itu, yang penting sekarang, aku nak bagitahu kau, aku akan kahwin dengan Hilfi.”
Aisyah menepuk dahinya. Ketika dia ingin membuka mulut, aku menerima panggilan daripada Asyfar. Teragak-agak aku menjawabnya.
“Assalamualaikum. Sibuk ke?” sapa Asyfar. Intonasinya tidak seceria biasa.
“WaalaikumussalamTengah borak dengan Icah. Ada apa iya?” tanyaku sambil menjeling Aisyah yang masih dengan muka blur.
“Kenapa terus balik macam tu je? You know I’m waiting for you, right?”
Aku menggigit bibir. Rupanya dia tidak berpuas hati tentang kejadian tadi. “Erk. Saya sakit perut,”bohong aku.
“Nur Eisya Balqis, you’re not good at lying. For you, I’m nobody. For you, I don’t know nothing about you but for me, each of your words and actions mean a lot. Assalamualaikum.”
Sepi. Aku memandang skrin telefonku. Ternyata Asyfar telah mematikan talian tersebut. Sepantas kilat aku mengambil bantal dan menutup mukaku. Jeritan Aisyah memanggil nama aku, langsung tidak aku hiraukan. Kata-kata Asyfar bagaikan muzik yang diulang-ulang. Apa maksud Asyfar? Apa yang cuba dia sampaikan?    
Bab
13

                        Mi goreng di dalam pinggan, masih tak luak. Tekakku memang tidak boleh menerima makanan saat ini tambah pula berdua bersama Hilfi. Habis saja kelas Madam Adibah, Hilfi mengajakku makan. Awalnya aku ingin menolak tetapi apabila terfikir tentang pertolongan Hilfi, aku terus bersetuju walaupun lima belas minit lagi aku ada kelas bersama Asyfar. Buat masa sekarang, Hilfi lebih penting. Penting kerana aku perlu mengenali hati budinya, aku perlu menyesuaikan diri dengannya dan banyak hal yang harus kami bincangkan.
“Kenapa Eisya? Tak sedap ke mi goreng tu, sayang?”
Aku terbatuk ketika mendengar soalan itu. Bukan soalan itu sebenarnya, tetapi panggilan ‘sayang’. Memang aku alergik apabila perkataan itu meniti di bibir mana-mana lelaki kecuali seorang. Asyfar. Setiap kali dia memanggil aku dengan panggilan itu, aku rasa terbuai, bahagia. Tiba-tiba aku rasa rindu pula pada dia. Aku mengeluh. Hati ini mungkin telah terpaut pada dia. Bukan hanya disebabkan ayat semalam sahaja tetapi aku yakin, perasaan ini sudah lama wujud.
“Sayang, are you okay?” Hilfi sekali lagi bersuara.
Kini jemarinya menyentuh lenganku. Aku mengangkat muka memandang Hilfi tetapi tika itu sekali lagi aku terpandang Asyfar sedang memerhatikan aku dari luar kafe. Pandangan kami bertaut tetapi hanya untuk sesaat sahaja. Dia pantas berlalu pergi.
 Cepat-cepat aku menarik lenganku. Aku tak suka sentuhan itu. Setelah melihat waktu pada jam tanganku, aku bingkas bangkit. Beg tanganku disangkut ke bahu dan failku dicapai. Hilfi mendongak memandangku.
“Saya ada kelas. Nanti lewat pulak. Sorry. I got to go, Hilfi,” jelasku memohon pengertian.
***
            Aku termenung dan membuang pandang ke luar jendela bilikku. Saratnya otak ini hanya Tuhan saja yang tahu. Aisyah pula masih belum pulang ke bilik. Ketika berjalan pulang ke asrama tadi, Aisyah mendapat panggilan daripada seseorang. Dia kemudian memberitahu aku, dia ada temu janji  dan terus berlari-lari anak meninggalkan aku. Dengan siapa dia berjumpa pun tak sempat dia maklumkan pada aku. Biarlah dia. Sekejap lagi baliklah. Dia bukannya budak kecil. Paling tak pun, pergi dating dengan buah hati.
            Kepala aku berdenyut-denyut. Tak tahan menanggung beban mungkin. Mana tidaknya, tadi, ketika dalam perjalan pulang ke asrama, aku disekat oleh Asyfar. Dia mengarahkan aku menaiki keretanya. Mula-mula aku menolak juga tetapi apabila dia mengugut aku tentang Madam Adibah, aku tiada pilihan. Ikut sajalah. Kunci kelemahan aku masih ada di tangannya.
            “Before our class, I saw you and that guy again. Who is he?”
Asyfar terus menerjah aku dengan soalan itu sebaik aku membolos masuk ke dalam kereta. Dia hanya memandu dan memarkirkan kereta di perkarangan taman kolej yang mana aku temui Hilfi petang semalam. Mujur cermin keretanya gelap. Tiada sesiapa nampak aku berada di dalam bersama Asyfar.
“Why should I tell you? It’s my personal stuff,” tekanku.
“I’m asking you. Who’s that guy? I don’t need other words from you except that answer.”
“I’m not..”
“Answer me, Nur Eisya Balqis,”potong Asyfar tidak memberi peluang pada aku berkata apa-apa melainkan jawapan yang dia kehendaki.
Aku menoleh ke kanan. Membalas renungan. “My future husband. Satisfied?”
Bahu Asyfar sedikit terhinjut. Terkejut barangkali. Matanya sekejap dikecilkan dan sekejap dibesarkan. “Awak serius?”
“Nampak muka saya main-main?” Aku menjawab soalannya dengan soalan. Geram dengan perangai memaksanya.
Asyfar ketawa sinis seperti tidak percaya dengan kenyataan aku. “Tengok tu. Itu bakal suami awak?”
Asyfar mengarahkan jari telunjuknya pada salah satu bangku yang diduduki oleh sepasang pelajar yang sedang ralit bersulam cinta.
“Hilfi?”
Nama itu tercetus di bibirku sebaik aku mengecam si jejaka dari sudut tepi. Aku yakin benar itu Hilfi. Aku sandarkan kepala aku pada sit kereta. Sungguh aku sudah buntu. Hilfi yang aku harapkan, Hilfi yang menabur janji-janji cintanya pada aku rupanya tidak seperti yang aku sangkakan.
“So?”Asyfar di sebelah menanti responku.
“Apa pun, saya tetap akan kahwin dengan dia secepat yang mungkin. I don’t have other choice,”tuturku perlahan.
“Apa kena dengan awak, Eisya? Awak ni buta ke? Jelas-jelas lelaki tu permainkan awak. Awak nak  kahwin jugak dengan dia. Apa yang dah merasuk awak, Eisya?”
Aku menutup mukaku dengan kedua belah tapak tangan. Air mata yang ditahan, merembes juga akhirnya.
“Papa nak saya kahwin dalam tempoh terdekat. Saya tak nak papa jodohkan saya dengan orang yang saya benci. Saya terpaksa pilih Hilfi. Tak ada sesiapa lagi yang ada dalam kepala saya ni. Saya buntu. Kalau ini yang boleh bahagiakan papa, saya redha.” Aku hamburkan jua perasaan yang tersimpan pada Asyfar supaya dia mengerti dengan keputusan aku.
“Eisya, look.” Asyfar menyentuh daguku. Memaksa aku agar melihatnya
“I’ll help you,” bisik Asyfar.
“But how?”
“Marry me?”

            Deringan telefon bimbitku menyedarkan aku daripada mengimbau kembali memori petang tadi. Nama mama tertera di skrin telefon. Pantas aku menjawab panggilan itu dengan ucapan salam.
“Eisya sihat? Kelas macam mana? Okay?” soal mama .
Aku mengeluh. “Erm. Okay, ma. Papa macam mana? Syukurlah papa dah boleh keluar kan,ma?” Aku mengubah topik.
“Itulah. Alhamdulillah. Mama call ni pun papa nak cakap dengan kamu. Kejap iya,” beritahu mama dan sejurus selepas itu suara papa pula kedengaran.
 Kalau ikutkan hati, mahu saja aku putuskan talian kerana aku tahu apa yang bakal papa perkatakan namun sekali lagi kondisi papa melarangku daripada berbuat demikian.
“Papa sihat?” soalku berbasi-basi.
“Alhamdulillah. Dah okay. Papa nak tanya, macam mana dengan hal hari tu? Mus ada datang melawat papa semalam. Dia tanyakan Eisya.”
Sekali lagi nama itu disebut. Aku menggigit bibir. “ Pa, boleh tak jangan sebut nama dia? Eisya benci,”pintaku.
“Eisya, dia dah berubah. Dia nak bertanggungjawab pada Eisya. Eisya terima dia, iya?”
“No. Eisya dah ada calonnya. Minggu depan Eisya balik. Ajak dia jumpa papa. Eisya harap papa terima keputusan Eisya,” tegasku pada papa.
Papa kedengaran agak kecewa tetapi dia akur dengan keputusanku tapi ayat terakhir papa mengganggu aku kini, “Siapa pun dia, papa harap dia dah tahu siapa Eisya sebenarnya.”
Arh! Beban yang tak sudah-sudah menimpa aku. Dilema antara Asyfar dan Hilfi berlegar di kepala. Sekarang papa mengingatkan status diriku pula.
Bab
14

            Umpama mimpi, esoknya aku dibawa ke kediaman milik keluarga Asyfar. Berkali dia menelefon aku yang ketika itu sedang dalam perbincangan dengan supervisorku mengenai projek akhir tahun aku. Dia menyuruh aku bergegas ke parkir keretanya sebelum dia sendiri pergi menarik aku di bilik pensyarah. Bimbang Asyfar bertindak di luar jangkaan, aku meminta izin dari supervisor aku agar perjumpaan itu ditangguhkan. Mujurlah supervisor aku tak kisah. Kalau tidak, ada juga yang terpaksa menadah telinga.
 Suasana di dalam rumah banglo mewah milik keluarga Asyfar sepi. Asyfar asyik melayan perasaan di ruang tamu. Aku pula tak ingin membuka mulut untuk berbual dengannya. Sebenarnya aku melancarkan mogok kerana dipaksa mengikut ke rumah tanpa menjelaskan tujuannya. Tiba sahaja di banglo dua tingkat yang saiznya berkali ganda dari rumah teresku tadi, hanya bibik yang sibuk menyediakan makan tengah hari untuk keluarga majikannya. Auntie Inas keluar untuk menjemput Anis di sekolah manakala daddy Asyfar pula dalam perjalanan pulang ke rumah. Kata bibik, Asyfar yang mahu daddynya pulang tengah hari itu. Ada hal mustahak yang ingin dibincangkan Asyfar dengan keluarganya bisik bibik ketika dia ke dapur sebentar tadi.
            “Assalamualaikum, angah. Dah lama sampai?” Seorang lelaki yang aku kira sebaya dengan Auntie Inas yang berdiri di depan pintu menegur aku dan juga Asyfar. Aku bangkit daripada sofa menunjukkan tanda hormatku pada lelaki yang tentunya Tan Sri Arsyad.
“Eh, kenapa berdiri. Duduklah. Ini mesti Eisya,” ujar Uncle Arsyad yang sudah menginjak ke dalam rumah dan duduk di sofa bertentangan dengan aku dan Asyfar.
Aku senyum dan mengangguk. “Iya, Tan Sri. Saya Eisya. Tan Sri apa khabar?” soalku berbasi-basi.
“Tak payah nak Tan Sri sangat. Panggil uncle saja. Alhamdulillah, uncle sihat. Papa Eisya macam mana?” Mesra saja Uncle Arsyad melayan akau. Tak ubag seperti Auntie Inas.
“Alhamdulillah. Papa dah beransur sihat, uncle,”balasku lembut.
“Alhamdulillah. Ni, ada apa sebenarnya kamu ni angah call daddy suruh balik? Ada hal apa?” soal Uncle Arsyad memandang Asyfar. Aku turut memandang lelaki itu. Aku juga tak sabar menanti jawapannya.
Asyfar meraup mukanya. “ Erm, tunggu mummy dululah daddy. Time lunch nanti angah cakap,” balasnya.
Uncle Arsyad menggeleng kepalanya. Aku pula hampa. Asyfar tak mahu buka cerita lagi. Serius benar nampaknya sampai kena tunggu Auntie Inas dulu. Urusan apa iya? Mungkin Asyfar ingin memaklumkan tentang perkahwinan aku tetapi tak logic pula. Aku belum memberi kata putus pada dia. Takkanlah hal ini pun dia hendak ikut kepala dia saja.
“Macam-macam kamu ni angah. Eisya tahu apa Asyfar nak cakap sampai tak menyempat nak tunggu uncle balik petang nanti?” soalan Uncle Arsyad beralih padaku.
“Tak tahu, uncle. Saya pun tak tahu kenapa dibawa ke sini,” jawabku jujur. Uncle Arsyad tampak hairan.
“ Tak mengapalah. Asyfar ni memang macam ni kalau Eisya nak tahu. Suka buat keputusan ikut kepala dia aje.”
“Daddy, perlu ke cakap?” Asyfar kurang senang kerana Uncle Arsyad menceritakan keburukannya pada aku.
Kalau Uncle Arsyad tak cerita pun aku sudah tahu. Tak perlu sesiapa maklum pun. Sudah terang lagi bersuluh. Tika Asyfar menjeling padaku, sempat aku tersenyum sinis padanya. Dia menjungkit kening kirinya tanda tidak puas hati. Aku pula mencebik dan apabila terpandang Uncle Arsyad, nampak dia tersenyum ke arahku. Dia perasanlah pulak! Malu!
“Saya ke dapur iya, tolong bibik mana yang patut,” aku ingin meminta diri tetapi Asyfar cepat menyambar lenganku. Panas wajahku. Asyfar tak sedar ke daddynya sedang memerhati. Geramnya!  Aku menoleh ke arahnya memohon penjelasan.
“Just sit. Bibik dah siap semuanya. Tunggu mummy aje,” jelasnya.
Memang mengada perangai lelaki seorang ini. Aku menarik lenganku dan terus duduk tanpa mengangkat wajah. Gembiralah agaknya lelaki itu dapat memalukan aku depan daddnya. Dia ingat aku isteri dia ke apa seenaknya mengarah aku begitu. Kalau isteri tak apalah jugak nak buat macam tadi depan Uncle Arsyad. Nak peluk pun tak apa. Aku menggigit bibir. Sempat pula otak aku ini!
***
            “Angah, thanks bawa kakak kesayangan Anis datang tau. Baru cadang nak ajak akak dating weekend ni. Alih-alih angah dah bawak akak datang sini,” kata Anis yang duduk di sebelahku.
Aku senyum sambil mengerling kepada Asyfar yang sedang menikmati selera bertentangan denganku. Lelaki yang duduk bertentangan dengan aku ini memang jenis yang tak ada perasaan agaknya. Sekurangnya senyumlah sikit dengar celetoh Anis. Pelik sungguhlah Asyfar ni. Kalau depan keluarga aku tempoh hari, mesra bukan main tetapi bersikap sebaliknya pula di depan keluarga sendiri. Hendak kata keturunan, memang tidaklah. Uncle Arsyad dan Auntie Inas ramah, Anis apatah lagi. Psycho agaknya Asyfar ni!
            “Mummy, daddy, Angah nak kahwin dengan Eisya.”
Aku yang sedang meneguk air teh limau tersembur saat mendengar kenyataan berani mati oleh Asyfar. Semua mata memandang kepadaku. Mujur tersembur ke dalam pinggan nasi yang telah kosong. Cepat-cepat aku mencapai tisu dan mengelap mulutku. Anis di sampingku menggosok-gosok belakangku.
“Angah, kamu ni kenapa? Agak-agaklah sikit kalau nak bercakap. Kesian Eisya tu,” omel Auntie Inas tetapi wajah anak terunanya itu tetap bersahaja.
“Akak okay ke?” tanya Anis dan aku hanya mengangguk. Betul ke apa yang aku dengar?
“Mummy, Angah nak kahwin dengan Eisya next week. This weekend mummy pergi pinangkan Eisya. Tiket Angah dah book untuk semua. Barang hantaran nanti suruh Pak Kasim yang hantarkan. Keputusan Angah muktamad.”
Kotak fikiranku memproses satu persatu baik kata Asyfar. Aku menempuk-nepuk pipiku dengan harapan aku hanya bermimpi. Mana mungkin semua ini terjadi. Tak mungkin langsung. Orang gila pun tak buat kerja macam ni.
“Eh, Kak Eisya, kenapa tampar-tampar pipi ni?”
Itu suara Anis. Maknanya aku tak bermimpi. Arh! Malu pula dengan diri sendiri dan semua yang ada di meja makan. Aku menggeleng. Wajahku angkat untuk melihat Asyfar dan jantungku seakan berhenti berdegup apabila mata kami bertaut. Pantas aku tundukkan kembali wajahku. Tak sanggup melawan renungan tajam itu.
“Angah, kamu tahu soal kahwin ni bukan soal main-mainkan?” Uncle Arsyad memainkan peranannya sebagai ketua keluarga.
 Aku memilih untuk berdiam. Aku tak tahu hujung pangkal hal ini. Tak mungkin Asyfar sanggup mengorbankan dirinya untuk menikahiku semata-mata untuk menghalang aku daripada berkahwin dengan Hilfi. Aku dan dia bukan ada hubungan yang istimewa. Ujianku bertambah lagi. Ya Allah! Kuatkanlah aku.
“Angah tahu, daddy. Angah memang nak kahwin dengan Eisya. Kita buat yang wajib dulu. Then kenduri tu bila-bila boleh buat. Angah pun dah bagitahu mama Eisya.”
Mata aku membulat. Dia sudah memaklumkan pada mamaku, tapi bila?
“Eisya tahu pasal ni?” soal Auntie Inas padaku. Aku menggeleng, tidak mampu bersuara.
“Angah tak bagitahu Eisya? Ya Allah. Mummy tak fahamlah apa nak jadi dengan Angah ni. Kalau tak nak bincang dengan kami dulu pun, sekurangnya bincang dengan Eisya. Ini melibatkan masa depan Eisya. Mummy tak sangka Angah ni terlalu pentingkan diri sendiri,” marah Auntie Inas. Jelas tampak riak kecewanya.
Asyfar mengeluh. “ Angah tak kisah apa mummy nak cakap. Tapi keputusan Angah tetap sama. Lagipun memang Eisya akan tetap kahwin dalam masa yang terdekat ni. Angah tak nak dia kahwin dengan budak romeo tu.”
Aku menelan liur ku beberapa kali. Akalku dihujani pelbagai persoalan dengan riak Asyfar bersungguh tidak mahu aku menikahi Hilfi sehingga dia sanggup mengorbankan dirinya untuk aku.
“Betul apa yang Asyfar katakan,Eisya?” Uncle Arsyad meminta kepastian.
Aku mengangguk. “Papa nak Eisya kahwin dalam tempoh terdekat. Papa takut tak sempat tengok Eisya kahwin,” jawabku perlahan.
“Tapi Eisya tak nak kahwin dengan Asyfar. Saya dah janji dengan Hilfi. Hilfi pun nak tolong. Saya tak kisah kalau dia romeo atau apa sekalipun. Dia hanya membantu. Kalau lepas tu dia nak kahwin lain pun, saya terima.”
Berat untuk aku luahkan tapi itulah hakikatnya. Bukan aku tak rela menerima Asyfar. Dalam diam, cinta sudah berputik untuk Asyfar namun aku sedar kekurangan diri. Aku tak layak untuk menjadi isterinya.
“Eisya, kalau itu yang kamu katakan, uncle dengan auntie akan ikut kehendak Asyfar. Auntie tak nak hidup kamu sia-sia macam tu aje. Auntie pun dah berkenan sangat dengan Eisya. Eisya terima iya? Auntie tahu anak auntie bukannya sempurna tapi cukuplah untuk membahagiakan Eisya, ”pandangan lembut Auntie Inas menyentuh perasaanku. Bagaimana lagi cara untuk aku menolak kehendak mereka?
***
            “Kenapa awak buat macam ni?”
Keluar juga suaraku setelah sekian lama menyepi. Asyfar yang sedang memandu, tenang sahaja. Selepas solat zohor, aku meminta diri untuk pulang. Aku tak betah berlama di banglo itu apabila Auntie Inas kalut menelefon butik rakannya meminta pertolongan untuk perkahwinan aku dan Asyfar.
“Asyfar! Answer me, please,” tekanku.
“Saya nak bahagiakan awak.” Ringkas sahaja balasan itu tetapi ianya menyentap tangkai hati aku. Biar benar apa yang aku dengar.
“A..apa? Saya tak faham,” ujarku gugup.
Asyfar tidak terus menjawab. Dia memberi isyarat untuk ke bahu jalan dan dia memberhentikan keretanya. Aku menunduk dan aku bermain dengan jari jemariku. Aku dapat rasakan dia sedang merenungku. Perasaanku kini berkecamuk.
“Nur Eisya Balqis, saya bersungguh sangat untuk jadikan awak isteri saya dan saya nak bahagiakan awak,” tutur Asyfar penuh romantis. Iya, terlalu lembut dan romantis bagi aku.
“Eisya..” serunya dan kembang segala urat sarafku apabila tangan kananku dicapai dan digenggam erat.
“Look at me, please,” pintanya lembut. Jarinya mencuit daguku dan diangkatnya wajahku agar memandangnya. Aku tidak mampu membantah. Redup matanya menghangatkanku.
“Saya tahu awak belum bersedia untuk menjalani hidup berumah tangga tapi saya tak sanggup kehilangan awak. Daripada saya tengok awak kahwin dengan Hilfi tanpa rela awak, biarlah saya terus menyunting awak. Saya tak akan paksa awak jalankan kewajipan awak sebagai seorang isteri. Saya akan tunggu awak tapi yang penting awak milik saya. I am truly in love with you, Nur Eisya Balqis.”
Bergenang tubir mataku mendengar luahan Asyfar. Keikhlasan terpancar saat dia meluahkan rasanya. Rupanya kata-kata yang aku sangkakan gurauan bukanlah mainan mulut manisnya.  Ternyata aku tidak bertepuk sebelah tangan cintaku yang sering kutolak ke tepi disambut olehnya namun ada persoalan belum dapat aku rungkaikan. Bagaimana jika dia tahu siapa diri aku yang sebenarnya? Adakah dia tetap akan mencintaiku? Sungguh aku takut untuk kehilangan cintanya jika aku berterus-terang.
“Eisya terima cinta saya kan?”soalnya sambil menyeka titisan air mataku yang mengalir di pipi.
Dengan seikhlas hati, aku mengangguk. “Tapi, saya tak sempurna untuk awak. Saya...”
Tak sempat aku meneruskan kata, jari telunjuknya diletakkan di bibirku. Kepalanya digeleng dua tiga kali.
“Saya tak kisah semua tu. Tak ada manusia yang sempurna. Saya cintakan kekurangan Eisya kerana saya yakin suatu saat nanti saya akan bahagia dengan kelebihan yang ada pada awak.”
“Thanks,Asyfar.” Hanya itu yang mampu aku kata kan padanya. Selebihnya aku panjatkan syukur tidak terhingga pada Dia Tuhan Yang Maha Pengasih kerana aku temui kebahagiaanku.


SALAM SEMUA.. SETAKAT NI SAHAJA ENTRY BISAKAH AKU KAU CINTAI DI BLOG. NAK TAHU APA KESUDAHAN KISAH ASYFAR & EISYA? BETUL KE ASYFAR DAPAT MENERIMA KETIDAKSEMPURNAAN EISYA? ADAKAH RUMAH TANGGA BAKAL TERBINA INI AKAN KEKAL SELAMANYA ATAU ADAKAH ADA BADAI HEBAT YANG MELANDA SAAT KEMANISAN RUMAH TANGGA BAKAL DIKECAPI? SEMUANYA BAKAL TERJAWAB DALAM NASKHAH BISAKAH AKU KAU CINTAI YANG BAKAL TERBIT 14 DISEMBER 2013 DI PESTA BUKU. SIAPA YG BERKELAPANGAN, JOM MEMERIAHKAN PB1M DAN DAPATKAN BISAKAH AKU KAU CINTAI DI SANA BERSAMA CENDERAHATI YANG COMEL2 YE.. 

UNTUK CONTEST BAKC, INSYAALLAH SAYA AKAN UPDATEKAN DI GRUP DALAM TEMPOH TERDEKAT. BAKC SECARA PERCUMA MENANTI ANDA YG MENANG CONTEST NI. SO SILLA2 CEPAT JOIN GRUP AND LIKE PAGE SAYA!

THANKS, DEARIES. =)

2 comments:

  1. Novel ni jual kat PB1M je ke kak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. x.. insyaAllah akan ada di pasaran nanti cuma launching novel ni nanti di PB1M, dear. =)

      Delete