Thursday, November 28, 2013

Bisakah Aku Kau Cintai Bab 10 & 11

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab
10

            Suasana di dalam pesawat Firefly tenang saja. Sesekali terdengar suara penumpang berborak-borak sesama sendiri dan anak kapal  pula sibuk melaksanakan tugas mereka menyediakan minuman untuk para penumpang.
“Fresh orange,miss?” soal seorang pramugari yang memakai skirt pendek bewarna oren, berkemeja warna putih dan rambutnya disanggul rapi. Manis mukanya menyapaku yang duduk di hujung tingkap. Asyfar di sebelahku sudah meneguk jus orennya.
“Sure. Thanks,” balasku pendek  lalu menyambut huluran jus oren daripadanya.    
            Aku menghirup jus oren itu perlahan-lahan. Sejuk tekakku. Aku membuang pandang ke luar tingkap. Sejak dari tadi aku membisu. Malas hendak berborak dengan Asyfar. Otakku sarat dengan pelbagai masalah. Ada dua puluh minit lagi untuk kami tiba di Lapangan Terbang Subang dan ini bermakna sudah dua puluh lima minit kami di atas pesawat. Akal fikirannku menerawang entah ke mana. Pesan papa sebelum aku pulang tadi asyik menghantui aku. Tak timbul satu idea pun lagi untuk aku selesaikan hal ini. Aku mengeluh lagi.
“Eisya, what’s wrong with you? Dari tadi sekejap termenung, sekejap mengeluh. Risaukan papa awak lagi?” soal Asyfar prihatin.
Aku menggeleng-geleng kepala. Aku rasa bukan masa yang sesuai untuk aku ceritakan pada Asyfar dan dia juga bukan orang yang sepatutnya aku luahkan masalah aku.
“Awak kenapa ni? Hmm?” Asyfar masih belum berpuas hati.
“Tak ada apa. Risau papa aje,” balasku pendek.
“Tak payah risau sangat. He will be okay. Esok masuk kelas tau?”
Aku menjungkitkan kening. Lupakah Asyfar bahawa aku sudah dibarred?
 “La.. Kenapa geleng pulak ni? Tak nak masuk?” Dahinya berkerut.
“Nak masuk buat apa. Bukan saya boleh ambil exam pun,” keluhku.
Asyfar senyum. Lagilah aku hairan. Gembira sangat ke dia apabila aku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester nanti?
“Eisya, saya tak barred awak.”
Terlongo mulut aku mendengar kenyataan Asyfar. Bagaikan mimpi.
“Sir..”
“Asyfar,” pintasnya. Tahu sangat dia tidak suka aku terlalu formal di luar kolej.
“Erk.. Whatever. Can you please pinch me? Am I dreaming? Betul ke Sir.. er.. awak tak barred saya?”
Aku menghulurkan belakang telapak tangan aku. Memberi lampu hijau pada Asyfar mencubit aku dan..” Auch! Sakitlah,” aduku seraya menggosok-gosok kesan merah yang ditinggalkan Asyfar.
Asyfar ketawa. “Ha, padan muka. Suruh saya cubit sangat. Ingat tadi nak cium macam semalam tapi takut pulak ada orang tu menjerit. Kang tak pasal-pasal flight crash.”
Aku menjengkilkan mata. Tak patut langsung dia ungkit kisah semalam. Buat malu tahu tak tetapi itu semua tidak penting, yang penting sekarang adalah kenapa Asyfar boleh menarik semula tindakan itu.
“Katty admitted her fault. She’s jealous of you.” Asyfar seperti dapat membaca apa yang berlegar di benakku terus membuka cerita sebelum aku bertanya.
“When did she admit it to you and how come she suddenly told you the truth?”
“This handsome man, used his brilliant mind,” ujarnya angkuh dengan kedua belah bahu diangkat.
“Kalau guna brilliant mind, tak ada buat keputusan terburu-buru,” gumamku antara dengan dan tidak.
Asyfar kemudian menyambung ceritanya perihal Katty. Katanya dia mencuri dengar perbualan Katty di sebuah bangku di laman kolej. Ketika itu Katty rancak bercerita bahawa dia berpuas hati aku tidak dimarahi dan dihukum oleh Asyfar  pada teman-temannya.
 Sedang Katty enak bergelak tawa, Asyfar pantas menyergah. Pucat muka Katty dan aku dapat membayangkan bagaimana Katty terloncat dengan sergahan Asyfar itu. Apabila ditanya, Katty akhirnya mengaku dalam terpaksa. Dia cemburukan aku kerana aku dan Asyfar agak rapat kebelakangan itu.
Rupanya Katty ada menaruh angan buat Asyfar dan kata Asyfar, perangai seburuk itu tak layak untuknya. Dia memberi amaran pada Katty agar jangan dekat-dekat dengan aku dan sekali lagi gadis itu mengulangi perbuatan tersebut, Asyfar tidak teragak-agak untuk membuat laporan pada pihak atasan.
“Ai.. Lepas ni saya tak berani nak rapat dengan Sir lagi. Takut saya,” luahku jujur.
“Ha’a. Awak tak payah rapat dengan Sir tu tapi awak rapat dengan Asyfar. Okay?” bisikan Asyfar ke cuping telinga kiriku serta merta menaikkan bulu roma. Meremang semacam. Mengapa ayat yang biasa itu aku kedengaran romantis?
Aku menggeleng laju, menghalau perasaan aneh yang tiba-tiba sahaja bersarang.
“Kenapa pulak geleng ni?” soalan Asyfar menyedarkan aku.
“Tak ada apa-apa.  Esok saya masuk. Thanks,” balasku.
Asyfar mengangguk. “No sweat, especially for you.”
Oh, I’m melting! Iya, aku cair lagi dengan bicara sensualnya, redup matanya beserta senyuman yang menampakkan lesung pipit itu.


Bab
11

                        Setibanya kami dari Kota Bharu, Asyfar tidak terus menghantar aku pulang. Dia terlebih dahulu mengajak aku ke kafe Starbuck  yang terletak di dalam bangunan lapangan terbang Subang itu. Aku hanya menurut saja. Orang hendak belanja. Rezeki jangan ditolak. Dia memesan satu cawan latte’ panas untuk aku dan secawan mocha’ untuknya.
            “Eh, angah!” Seorang gadis menjerit kecil ke arah kami dari luar kafe tersebut.
Aku menoleh pada Asyfar dan kelihatan dia sedang tersenyum dan melambai-lambai ke arah gadis tersebut. Gadis itu pantas menarik tangan yang aku sangka ibunya menghampiri kami.
“Anis dengan mummy buat apa kat sini?” soal Asyfar ingin tahu.
Aku menelan liur. Mummy? Wanita yang berbaju kebaya labuh dengan tudung Fareeda melitupi kepala itu ibu Asyfar? Cantik. Anggun. Nama lagi Puan Sri. Darah gemuruh mula menyelebungi segenap urat darahku. Kecut perut juga apabila haru berdepan dengan ibu Asyfar. Adakah dia persis para datin dan puan sri yang terlalu memilih bulu serta meneliti siapa yang sesuai menjadi kenalan anak-anaknya. Kalau iya, memang habislah aku.
“Kami hantar daddy. Dia ada meeting di Penang pagi esok,” jawab mummy Asyfar seraya tersenyum pada aku. Pada pengamatan aku, senyuman itu ikhlas. Aku bangkit dari kerusiku dan tanganku hulurkan serta mencium belakang telapak tangannya  tanda hormat.
“Ini ke Eisya yang angah cakap pada mummy tu?”
Serentak aku berpaling pada Asyfar yang setia di atas kerusinya. Asyfar sudah bercerita pada mummynya perihal aku?
Asyfar mengangguk. “Ha’a. Inilah Eisya. Kami baru je sampai. Sekejap lagi nak hantar Eisya balik,”jelas Asyfar.
“Eisya, ni mummy saya dan yang tu adik bongsu saya, Anis. Kami tiga beradik je. Saya yang tengah. Itu yang panggil angah. Kakak sulong saya di UK. Ikut suami menetap di sana,” sambung Asyfar, memperkenalkan aku pada ahli keluarganya.
“Puan Sri, Anis. Jemputlah duduk sekali,” pelawaku bermanis muka.
“Eh, tak apa. Kami nak balik dah ni. Driver dah tunggu. Papa Eisya dah okay?” Lembut saja cara mummy Asyfar bertanya. Bibirnya pun tak lokek dengan senyuman. Dalam hati terasa lega apabila gayanya tidaklah seperti yang aku jangkakan.
“Alhamdulillah, Puan Sri. Insyaallah, esok lusa boleh discharge. Maaf iya sebab heret Sir Asyfar sekali. Saya mintak tolong dia hantar ke airport je..”
“Tak apa. Asyfar dah cerita semuanya. Ni masa Eisya susah. Nanti Asyfar susah, Eisya pulak yang tolong. Tak gitu? Eisya tak payah panggil Puan Sri sangatlah. Panggil Auntie Inas aje. Auntie nak balik dah ni. Nanti ada masa, datang rumah. Boleh borak panjang.”
Auntie Inas menarik aku ke dalam pelukannya dan belakangku dielus lembut. Dia turut mencium kedua belah pipi aku seperti yang sering mama lakukan. Tersentuh juga hati kecilku dengan tindakannya. Ternyata sifat keibuannya cukup mendalam.
“Insyaallah, Auntie Inas. Jika ada jodoh, jumpalah lagi kita,” ujarku pada Auntie Inas setelah pelukan kami terlerai.
“Akak, nanti datang rumah tau. Boleh geng dengan Anis. Bosan jugak menghadap buku dua puluh empat jam,”sampuk Anis yang tadinya berdiam diri.
“Awak tu nak SPM. Belajar aje. Tak payah nak buang masa,”bidas Asyfar.
Anis mencemik. “Angah takutlah tu awek dia tak ada masa nak layan angah kan?”
“Erk.. Kenapa dengan akak? Akak dengan angah Anis tak ada apa-apa,” aku membetulkan keadaan. Entah apalah yang Asyfar beritahu pada keluarganya hingga Anis dan Auntie Inas baik semacam dengan aku.
“Maybe not now but one day who knows, akak. Angah, perfect choice!” ucap Anis sambil mengenyit mata pada Asyfar. Aku tergamam. Adik-beradik spesis sama rupanya. Suka buat aku keliru.
***
Kalut aku berkejaran ke dewan kuliah pagi itu. Jam tangan Alba pemberian mama, aku kerling. Aku sudah terlewat lima belas minit. Tidur selepas Subuh punya pasal lah ni. Ingat nak lelap sepuluh minit aje tapi sedar-sedar, jarum panjang dah berada pada angka tujuh. Icah pukul lapan lagi sudah menghilang.
“Remember. You must be there eight thirty sharp. If not, you’ll be punished.”
Teringat amaran Asyfar semalam sebelum aku  turun dari Honda Jazz milik lelaki itu menambahkan kecut perutnya. Walaupun aku rasa dia bergurau, tetapi aku sebagau seorang pelajar harus menepati masa. Aku tak boleh mengambil kesempatan Asyfar pada aku.
            Aku menarik nafas sedalamnya ketika berdiri di hadapan pintu dewan. Peluh di dahi aku lapkan dengan sehelai tisu muka. Berbekalkan secebis keberanian, aku membuka pintu perlahan-lahan. Hampir saja aku melonjat kegirangan kerana Encik Lecturerku tiada di dalam. Kalimah syukur berulang kali meniti di bibirku. Aku terlepas hari ini. Cepat-cepat aku mendapatkan tempat dudukku di sebelah Aisyah.
“Woi, apasal kau lambat sangat? Nasib baik buah hati kau tu tak masuk lagi tau tak?” bisik Aisyah ke telingaku.
“Aku tertidur. Tak sedar weh. Syukur gila kot dia tak masuk lagi. Leganya!” luahku pada Aisyah.
“Tau tak apa. Aku ingat dia pergi dating dengan kau,” sakat Aisyah.
Aku mengetap bibir. Mulut budak seorang ini memang tak ada insurans. “ Kau jangan cakap bukan-bukan boleh tak?”marahku.
Aisyah mencemik dan kedua bahunya dijongketkan. Seminit selepas itu, seluruh ahli dewan senyap. Asyfar berkemeja biru gelap melangkah masuk dengan wajah yang serius. Anak matanya tepat menikam ke arahku. Aku menelan liur berkali-kali. Dia seperti tahu aku tiba lewat pagi itu.  
“Assalamualaikum. Selamat pagi dan selamat kembali, Nur Eisya Balqis. Untuk pengetahun semua, saya menarik kembali kata-kata saya pada Eisya tempoh hari dan Eisya akan menyertai kita semula. Saya harap kes Eisya tempoh hari ditutup kerana ianya bukan salah Eisya. Saya juga hendak berpesan pada anda semua, kita sesama rakan tak perlu ada sifat dendam atau hasad dengki serta niat menjatuhkan antara satu sama lain. Fokus pada pembelajaran awak semua. Faham?” tutur Asyfar sebelum memulakan sesi syarahannya.

Aku menjeling pada Katty yang duduk di hujung dewan. Dia hanya menundukkan kepala. Mungkin pedasnya kata-kata Asyfar sedang membakar diri namun aku berterima kasih pada Asyfar kerana sekurang-kurangnya dia turut memberi penjelasan pada seisi dewan tentang kehadiran aku di situ. Taklah jenuh aku hendak menjawab pertanyaan teman-teman sekelasku.

p/s:Salam Jumaat dearies.. BAKC bab 10 & 11.. Jom terjah.. Enjoy reading.. InsyaAllah contest tu maybe 1st week November ye.. which means next week. nanti apa2 saya inform balik kat grup or fan page saya ye... 

No comments:

Post a Comment