Prolog
B
|
ibir Afnan tidak
putus-putus melemparkan senyuman kepada seluruh warga Al-Malik Holding. Hari
pertamanya disambut cukup mesra oleh mereka. Masing-masing becok sahaja
memperkenalkan diri, tidak kira yang tua mahupun yang muda. Afnan yakin, dia
pasti tidak punya masalah untuk bekerja dengan mereka. Tak rasa asing pun
dengan mereka semua.
Suasana yang riuh-rendah sebentar tadi bertukar
menjadi sunyi sepi. Para pekerja yang
tadinya mengerumuni Afnan dan Encik Zulkifli pantas kembali ke posisi
masing-masing. Kesemuanya menumpukan seolah menumpukan perhatian kepada skrin
komputer. Tidak ada seorang pun yang mengangkat muka untuk memandang pemilik
suara yang menjerkah mereka sebentar tadi.
Afnan
menoleh ke arah datangnya suara perempuan tersebut dan seperti yang sebelumnya,
jantungnya buat hal lagi. Afnan menarik nafas sedalam-dalamnya. Hati kecilnya
sedang beristighfar tanpa henti agar dia dapat mengawal amukan si jantung yang
bagaikan mahu tersembur keuar tika itu. Kalaulah setiap masa dia rasa begini,
jawabnya tak lamalah dia di muka bumi ini.
Mata
galak Mellysa tajam menghala pada dua lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya.
Cuma yang paling menarik perhatiaannya ialah lelaki muda berkemeja putih di
samping Encik Zulkifli. Mellysa yang juga memakai kemeja putih yang dipadankan
dengan skirt pendek berwarna hitam berjalan penuh gaya menghampiri kedua lelaki
di hadapannya. Semakin dekat, semakin dia pasti bahawa matanya tidak salah
melihat. Dia kenal lelaki muda itu.
“Cik
Mellysa, maafkan saya. Saya bawa Encik Afnan untuk kenalkan pada semua staff
atas arahan Tan Sri,” Encik Zulkifli menerangkan situasi yang berlaku pada anak
majikannya.
“Hmm..
Encik Afnan?” Mellysa memandang Afnan atas bawah dengan bibir yang dimuncungkan
sedikit dan kening yang dijungkitkan. Sekarang dia sudah tahu gerangan lelaki
yang bajet handsome itu. Tak sangka lelaki itu merupakan pekerja baru Al-Malik
Holding.
Afnan
kurang senang dengan cara Mellysa dan tanpa disuruh, dia juga memerhatikan
dirinya dari atas ke bawah. Risau jika ada yang tidak kena.
“Iya,
Cik Mellysa. Ini Encik Afnan Haris, Eksekutif Pentadbiran menggantikan Encik
Muaz,” Encik Zulkifli memperkenalkan Afnan pada Mellysa.
“Oh,
okay. I’m Mellysa Tan Sri Malik,” Mellysa mengulurkan tangannya kepada Afnan.
Giliran
Afnan pula memandang Mellysa dari atas ke bawah. Dia sebenarnya tak pernah
bersalaman dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrimnya. Cukuplah semalam
gadis itu mencium pipinya. Dia tak sanggup menambah dosa lagi.
“Hello,
I lenguh tangan dah ni,” Mellysa menyedarkan Afnan daripada lamunan. Encik
Zulkifli di sisi, sempat menyikunya.
“I’m
sorry, Cik Mellysa. Saya tak bersalam dengan wanita bukan muhrim,” jawab Afnan
berani.
"What?"
Tidak semena Mellysa menjerit kecil dan matanya dijengkilkan. Sungguh tolakan
lelaki itu memalukannya. Wajahnya yang disolek mekap tebal itu sudah merah dan
hangat.
Tanpa
membuang masa, Mellysa terus meninggalkan Afnan dan Encik Zulkfli dan sejurus
itu pintu bilik pejabatnya dihempas kuat membuat semua mata staff tertumpu pada
Afnan. Afnan cuma tersenyum hambar. Dia tak berniat untuk menjatuhkan air muka
Mellysa tetapi gadis seperti Mellysa itu perlu diberi kesedaran tentang halal
dan haramnya sebagai seorang muslim.
Bab 1
“D
|
addy, please. Mell
dah besar. I’m not a kid anymore. Pagi Mell kerja, biarlah malam Mell enjoy.
Tension tahu tak?” Mellysa menarik muncungnya apabila Tan Sri Malik
menghalangnya untuk keluar malam itu padahal dia sudah siap melaram.
“
Daddy tak tahulah apa nak jadi dengan kamu ni, Mell. Bila kamu nak berubah?
Kamu tu perempuan. Nak keluar pulak malam-malam dengan berpakaian macam orang
tak cukup kain ni, Mell. Tolonglah, Mell. Daddy tak sanggup nak dengar cerita
tak elok pasal Mell lagi tahu tak?”
Mellysa
mencemik. Dia sudah biasa mendengar ayat-ayat itu daripada Tan Sri Malik dan
seperti selalunya, masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Biar
berbakul-bakul bebelan sekalipun, tidak akan mampu melenturkan pendiriannya.
“Dah
habis ek, daddy?” soalnya selamba dengan muka bosan.
“Ya
Allah, Mell. Tak baik tau,” Puan Sri Mariah mencelah. Dia kenal benar perangai
anak tunggalnya. Degil. Keras kepala. Makin dilarang, makin dia teruskan apa
yang ingin dia lakukan biarpun salah.
“Apa,
mummy? Betullah. Mell tanya, dah siap ke daddy membebel? Mell nak keluar ni,
dah lambat tahu tak. Aduhai..” rungut Mellysa sambil menggaru kepalanya.
“Kamu
ni memang biadap!!!!”
Tiba-tiba
Tan Sri Malik menengkingnya dan lima jari melekat pada pipi putih Mellysa.
Sabarnya sudah hilang. Anak gadis itu semakin kurang ajar. Tiada langsung
rasa hormat pada kedua ibu bapa apatah lagi orang lain.
“Daddy!
How dare you!” jerit Mellysa tidak puas hati lalu berlari meninggalkan kedua
ibu bapanya di ruang tamu.
Hatinya
sakit apabila daddy sanggup
menampar pipi mulusnya. Dia tidak kisah jika dimarah, ditengking, tapi dia
pantang jika ditampar. Sejak kecil lagi mana pernah ada sesiapa yang mengasari
dirinya.
***
You I go on hard at each other like we’re
going to war.
You I go rough, we keep throwing things
slamming the door.
You I get so damn dysfunctional, we start
keeping score.
You I get sick, yeah, I know we can’t do this
no more.
But baby there you go again, there you go
again, making me love you.
Yeah I stopped using my head, using my head,
let it all go.
I got you stuck on my body, on my body, like a
tattoo.
And now I’m feeling stupid, feeling stupid,
crawling back to you.
Mellysa terkinja-kinja mengikut
rentak lagu One More Night yang dimainkan DJ kelab malam yang sentiasa dia
kunjunginya. Kesan minuman beralkohol yang diteguknya bergelas-gelas membuatkan
dia semakin hilang kewarasan. Lintuk tubuhnya menjadi santapan para lelaki yang
memandang. Sekejap tubuhnya ditarik oleh lelaki berbaju putih, sekejap tubuhnya
dipeluk lelaki berbaju biru dan begitulah seterusnya namun bagi dia, itulah
yang membahagiakannya setiap hari tambah lagi dia dapat melupakan
pertelingkahannya dengan Tan Sri Malik. Kulit yang putih mulus itu sengaja
ditonjolkan untuk menarik minat mereka yang melihat.
“Mell,
you ni dah mabuk sangat. Jom I hantar you balik, nak?” tanya Daniel yang
memeluk pinggang Mellysa rapat.
Mellysa
menggeleng-geleng. “I tak nak balik. I nak enjoy!” jerit Mellysa kuat dengan
tangan kanannya diangkat dan dia tergelak sendiri.
Daniel
senyum nakal. Mellysa Tan Sri Malik. Siapa yang tak kenal dengan gadis liar di
hadapannya itu. Dia mengenali Mellysa sejak di bangku sekolah lagi dan dia
kenal perangai Mellysa yang merupakan kaki clubbing
dan suka berfoya-foya dengan mana-mana lelaki. Kalau dahulu dia tidak tertarik
untuk mendekati Mellysa tapi apabila gadis itu pulang dari New York, gadis itu
semakin mengancam dan berani. Itu yang menarik minatnya tambah lagi Mellysa
satu-satunya pewaris tunggal Al-Malik Holding.
“Mell
sayang, tak elok you macam ni. Nanti you nak balik, takkan you nak drive,
bahaya,” Daniel masih cuba memancing Mellysa.
“Tak..nak..
I.. Nak enjoy! Menari macam ni....”
Mellysa
melepaskan pelukannya dan mendepakan kedua belah tangan seraya memusingkan
tubuhnya ke sana sini. Sesekali dia terlanggar pengunjung lain, dia ketawa
kuat. Ada juga dia hadiahkan ciuman pada lelaki yang ada di situ.
Daniel
menggelengkan kepalanya. “Mellysa.. Mellysa..” desis Daniel sambil tersenyum
panjang dan menarik Mellysa kembali ke dalam dakapannya lagi. Pipi Mellysa
dielus-elus.
“Mell
sayang.. Kita balik rumah I iya. I janji you pasti enjoy. Jom,” pujuk Daniel.
Mata
Mellysa tak semena bersinar. “Really, Daniel? Jom-jom,” ujar Mellysa ceria dan
kini dia menarik Daniel keluar dari kelab dengan keadaan yang tehuyung-hayang.
Batin
Daniel menjerit kegembiraan. Tak sabar rasanya dia hendak enjoy sepuasnya bersama Mellysa. Penantiannya dari jauh sejak
akhir-akhir ini tidak sia-sia. Akhirnya Mellysa bakal menemaninya malam ini.
***
Mellysa dan Daniel beriringan menuju
ke apartment milik Daniel. Sekali Daniel mengusiknya, sekali itu dia ketawa
kuat. Dia tak sabar untuk berseronok bersama Daniel. Dia tidak pasti apa yang
dijanjikan lelaki itu tetapi yang penting, dia puas.
“Assalamualaikum,
Encik. Boleh saya tolong?” Seorang lelaki lingkungan umur mereka berdua,
menyapa.
Daniel
merenung lelaki itu atas bawah yang hanya memakai seluar track dan sehelai
T-shirt putih kosong dan ada kopiah pula di atas kepalanya. Wajah itu agak
asing bagi Daniel. Dia mencongak lelaki itu mungkin jiran baru atau tetamu
jiran-jiran yang selama ini langsung dia tidak ambil peduli.
Mellysa
pula mengangkat jari telunjuk ke arah lelaki itu.“Hey, siapa pula dia ni
Daniel. Ustaz ke? Ha..Ha.. Ha..”
“Maaf,
Encik. Cik ini mabuk. Boleh saya tolong apa-apa ke?” tanya lelaki itu lagi.
“Macam
nilah Encik...”
“Afnan,”sampuk
lelaki yang bernama Afnan itu.
“Oh.
Okay, macam nilah Encik Afnan, I nak mintak you tolong jangan masuk campur hal
kami boleh tak? You may go,” tegas Daniel kasar.
“Syyy..Go..
Go..Ha..ha.. ha..” celah Mellysa dengan tangannya melambai-lambai menghalau
Afnan.
Afnan
tersenyum hambar. “Tak apalah macam tu. Saya mintak maaf. Saya pergi dulu,”
kata Afnan namun belum sempat dia melangkah pergi, gadis itu memaut
lengannya.
Afnan
menoleh dengan kening yang terjungkit.
Cupp!!!
Afnan
tergamam. Afnan menyentuh pipi kanannya. Matanya membulat memandang Mellysa
yang galak ketawa setelah mencium pipinya.
“
Thanks, darling.. Ha..ha.. Ha..” tokok Mellysa dengan tawa yang tak
sudah-sudah.
“Saya
pergi dulu.”
Hanya
sebaris ayat itu yang mampu diungkapkan Afnan. Dia masih terkejut dengan
tindakan berani dan luar jangkaan Mellysa itu. Dadanya pula bagai mahu pecah
apabila jantungnya berdegup teramat
laju.
***
Afnan termenung di atas katil bujang
sendirian. Dia sebenarnya baru sahaja tiba dari kampung dua hari lepas dan dia
kini menumpang di apartment milik sahabat karibnya, Fakri. Selama tempoh dua hari
dia di sini, sudah dua kali juga dia terlihat jiran temannya itu membawa
perempuan ke rumah tetapi semalam, gadis lain dan hari ini gadis lain.
Afnan
terbayang wajah gadis yang mabuk di sisi lelaki itu tadi. Entah mengapa hatinya
seakan berdebar saat mata mereka bertentangan. Timbul juga rasa kasihan pada
gadis itu. Sudahlah tersalah arah, bertemu pula dengan lelaki seperti itu.
Bukannya membimbing tetapi menyesatkan.
‘Arh! Lelaki kaya kebanyakannya macam tu kot,’ujar Afnan dalam hati. Mujurlah Fakri tidak seperti kebanyakan yang lain. Biarpun harta
menggunung, dilahirkan dalam keluarga yang penuh kemewahan tetapi akhlaknya
terpelihara, agama juga terjaga. Itu yang menyebabkan dia senang berkawan
dengan Fakri.
Pintu
bilik diketuk dari luar dan wajah Fakri terpancul.
“Kau
dah tidur ke?”soal Fakri.
Afnan
bangkit dan bersandar pada kepala katil. “Belum lagi. Kenapa?”
“Tak
adalah. Aku saja datang jenguk kau. Aku tak dapat nak lelaplah.” Jelas Fakri
seraya mengambil tempat di sisi katil Afnan.
“Oh.
Ingatkan apa. Aku pun sama ni. Eh, aku nak tanya kau, siapa jiran depan ni ek?”
“Oh,
Daniel. Anak Datuk Dahlan. Kenapa?” Fakri pelik apabila temannya itu bertanya
tentang Daniel. Semalam tidak ada pula Afnan bertanya, walhal mereka berselisih
bahu ketika pulang dari kedai makan. Pasti ada sesuatu yang menarik minat
temannya itu untuk mengetahui perihal Daniel.
“Memang
dia kaki perempuan ek?” soal Afnan lagi.
Fakri
ketawa kuat. Memang dia sudah mengangak soalan itu bakal keluar dari bibir
Afnan. "Afnan.. Sejak bila kau sibuk hal orang ni? Pelik aku.”
Afnan
menggaru kepala yang tidak gatal. Memang dia akui. Selama ini dia tidak
pernah ambil tahu perihal orang luar malah semalam juga dia tidak kisah apabila
Daniel membawa masuk perempuan ke dalam kediamannya tetapi berbeza pula malam
ini. Dia tak sudah-sudah memikirkan nasib gadis yang dibawa Daniel itu.
“Er..
Aku..Aku saja tanya..” balas Afnan lambat.
“Aduhai.
Apa-apalah, Afnan. Jangan-jangan kau jatuh hati dengan si Mellysa tu ek?” Fakri
serkap jarang dan rona wajah Afnan berubah sedikit.
“Apa
maksud kau ni? Siapa pulak Mellysa?”
“Dahla.
Kalau kau nak tahu, perempuan dengan Daniel tu namanya Mellysa. Mellysa tu anak
Tan Sri Malik. Aku nampaklah korang
bertiga kat luar tadi.” Fakri nampak satu-persatu yang terjadi tadi, tetapi dia
malas hendak masuk campur. Dia dan Daniel memang pantang bersua muka. Ada
sahaja yang hendak digaduhkan.
“Tan
Sri Malik. Pemilik Al-Malik Holding?”
Fakri
mengangguk. “Aku keluar dululah. Mengantuk dah ni. Assalamualaikum.”
Afnan menepuk dahi sebaik Fakri
menutup pintu bilik. Gadis itu merupakan anak kepada bakal majikannya. Dia
bakal melapor diri di Al-Malik Holding esok. Patutlah gadis itu tampak liar.
Kehidupan gadis itu pasti tak ubah seperti Daniel.
“Moga
gadis itu tidak melakukan perkara yang boleh merendahkan nilainya sebagai
seorang perempuan, Ya Allah.”
Tanpa sedar, Afnan menadah tangan dan
memanjatkan sebaris doa. Malam itu dia keresahan. Otaknya tak habis-habis
membayangkan wajah Mellysa dan sekali lagi pipi yang menjadi mangsa bibir Mellysa disentuh. Walaupun secara
zahirnya tidak berbekas, tetapi dalaman meninggalkan kesan yang tidak dapat
dia tafsirkan.
p/s: Salam semua.. Salam Jumaat. Dekat sebulan menyepi. So, sekarang aktif balik.. Dalam proses menyiap manuskrip yang ada especially kisah Afnan & Mell. Untuk makluman, PABC ni merupakan tajuk baru utk DSU ye.. Bagi yang belum pernah baca, hope enjoy. Bagi yang dah baca, ada part yang saya edit..
Untuk memeriahkan blog, saya adakan Giveaway novel. Readers yg paling banyak komen di blog dari bab awal PABC hingga entry last yang di post di blog, akan dapat free novel daripada saya..so, jom2 pakat2 memeriahkan blog dgn komen2 membina anda! Tq dearies. <3 <3 <3
p/s: Salam semua.. Salam Jumaat. Dekat sebulan menyepi. So, sekarang aktif balik.. Dalam proses menyiap manuskrip yang ada especially kisah Afnan & Mell. Untuk makluman, PABC ni merupakan tajuk baru utk DSU ye.. Bagi yang belum pernah baca, hope enjoy. Bagi yang dah baca, ada part yang saya edit..
Untuk memeriahkan blog, saya adakan Giveaway novel. Readers yg paling banyak komen di blog dari bab awal PABC hingga entry last yang di post di blog, akan dapat free novel daripada saya..so, jom2 pakat2 memeriahkan blog dgn komen2 membina anda! Tq dearies. <3 <3 <3
Salam Jumaat 1 Rabiul Awal 1435H.Semoga sihat hendaknya,kak Meera.Maaf mengganggu,akak.Nad ingin akak betulkan kesilapan bahasa di bawah ini.
ReplyDeletepertamannya-pertamanya
secara keseluruhannya,adakan cerita PABC lebih berat dari BAKC?Semoga dapat ilham menulis dengan tenang dan tidak terburu-buru..
wassalam. terima kasih nad. akak dah betulkan..=)
Deleteyup.cerita ni agak berat berbanding BAKC. perjalanan seorang yg bernama Mellysa dalam mencari makna kehidupan yg sebenar. InsyaAllah. doakan yg terbaik. =)
Sama-sama,kak Meera.
ReplyDeleteOh..terima kasih atas info tersebut.Agak berat juga jalan ceritanya.Semoga konflik yang dibuat boleh mengejutkan pembaca tentang sesuatu..InsyaAllah,Amin.
insyaAllah.. harapnya.. =)
Deleteassalamualaikum, meera percubaan yang baik.jln cerita menarik and yess konflik yang teramat berat but i hope cerita ni akan menarik minat pembaca novel insya-ALLAH
ReplyDeleteterima kasih akak.. cuba mencari kelainan. berkarya bukan sekadar cerita tapi ada input untuk pembaca.. doakan menjadi ye..
DeleteMenarik...moga apa yg nak disampaikan sampai...
ReplyDelete