Saturday, January 18, 2014

Pimpin AKu Bersama Cinta Bab 2 & 3

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab 2
D
ek tertidur selepas solat Subuh, Afnan kelewatan pagi itu. Tanpa sebarang pamitan kepada teman baiknya, Fakri, dia bergegas meninggalkan kediaman sementaranya itu namun matanya sempat menjeling ke arah pintu kediaman Daniel. Pintunya berkunci. Ada dua kemungkinan. Mereka belum bangkit ataupun sudah ke tempat kerja. Kalau bangkit lambat pun mesti mereka tidak kisah. Syarikat bapa mereka sendiri. Apa yang nak dikisahkan..
            “Aduhai, mana pula kunci motor aku ni?” Afnan teraba-raba kocek seluarnya mencari kunci motor. Seingatnya dia sudah mencapai kunci itu sebelum keluar daripada apartment tapi mana pula dia letak?
“Hai, you cari ni ke?”
Mata Afnan membutang. Lidahnya kelu. Kunci motornya dihayun ke kanan dan kiri oleh Mellysa.
“Hello.. I tanya you ni.. Is this yours?” sekali lagi Mellysa bertanya dengan tangan kanannya dilambai-lambaikan tepat di hadapan muka Afnan.
Senyuman manis tak lekang dari bibir Mellysa. ‘Kacak juga mamat ni.’  Sempat hati nakalnya berbisik.

Sebenarnya, ketika Mellysa keluar dari apartment Daniel, dia ternampak kunci di atas lantai. Pada mulanya dia membiarkan sahaja, tetapi apabila dia ternampak kelibat seseorang sedang sibuk mencari sesuatu, Mellysa berpatah balik untuk mengambil kunci tersebut.
“Erk.. Iya.. Iya.. Thanks,” akui Afnan gagap lalu mencapai kunci tersebut dari pegangan Mellysa. Dia dapat rasakan peluh dingin membasahi dahinya.
Aduhai.. Apa kena dengan aku ni? Keep calm, bro,’ Afnan menenangkan dirinya. Lelah jantungnya umpama baru selesai upacara lari beratus-ratus meter saat pertama kali melihat senyuman manis Mellysa.
Ting!!
Pintu lif sudah terbuka. Tanpa sebarang kata lagi, Afnan terus melangkah memasuki lif tersebut. Dia perlu lari daripada Mellysa. Hatinya tak tenteram. Cepat- cepat dia menekan butang close supaya pintu lif cepat tertutup sebelum Mellysa masuk. Dia tidak betah berdua sahaja di dalam lif bersama Mellysa.
“Hei! You! Wait for me!” jerit Mellysa yang agak tergamam dengan tindakan Afnan namun tidak diendahkan Afnan. Dia mengetap bibir.
“Sombong gila. Orang tolong kasi kunci pun, tak nak beramah-mesra dulu. Bajet hotlah tu. Mentang-mentang muka handsome,” bebel Mellysa sendirian. Nasib baik dia tidak menghulurkan tangannya menghalang pintu lif daripada tertutup. Kalau tidak, ada juga yang masuk hospital gara-gara tersepit di pintu lif.
“Oh! Wait! Did I say his handsome? Erk.. Bolehlah.”
Mellysa tersenyum. Lelaki di hadapannya tadi berhidung mancung, wajah ala-ala pelakon Filipina Piolo Pascual dan yang paling penting bibir lelaki itu menggugat nalurinya. Nipis tetapi tampak lembap.
‘Anak Datuk mana agaknya ek? Tak pernah nampak. Baru balik oversea kot. Aku kena cari tahu siapa dia,’ desis Mellysa. Kalau sebelum ini lelaki-lelaki di sekeliling yang mengejarnya tapi hari ini, dia tertarik pada Afnan. Dia sudah menyemai tekad untuk mendekati dan mengetahui siapa Afnan sebenarnya.

***
            Afnan terkocoh-kocoh memasuki ruang lobby Al-Malik Holding. Jam di tangan sudah menunjukkan angka lapan setengah pagi. Dia telah terlewat setengah jam pada hari pertama dia melapor diri. Dalam hati dia tak habis-habis berselawat agar dia diberi ketenangan dan tidak dibuang kerja pada hari pertamanya. Ini saja peluang terbaik yang dia ada demi membantu ibu serta adik-adiknya di kampung.
“Selamat pagi, Encik. Boleh saya bantu?” sapa penyambut tetamu syarikat.
Afnan melempar senyuman semanis yang boleh. “Selamat pagi, saya datang untuk lapor diri untuk jawatan Eksekutif Pentadbiran,” jelas Afnan.
“Oh, Encik boleh ke tingkat lima, terus ke HR department iya.”
“Okay, terima kasih. Saya pergi dulu.”
            Setiba Afnan di tingkat lima, Afnan dibawa berjumpa dengan senior ecxeutive  jabatan tersebut. Setelah diberi sedikit penerangan, dia kemudian dibawa berjumpa dengan Tan Sri Malik. Sememangnya dia bersyukur kerana kehadirannya disambut baik walaupun dia agak lewat.
            Pintu bilik pejabat Tan Sri Malik diketuk oleh Encik Zulkifli, Eksekutif  Pengurusan Sumber Manusia. Setelah mendapat arahan, kedua mereka melangkah masuk.
“Selamat datang, Encik Afnan Haris ke Al-Malik Holding,” sambut Tan Sri Malik ceria.
Afnan terpegun dengan tingkah Tan Sri Malik. Sejujurnya, sejak semalam, persepsi dia terhadap pemilik tempat yang akan dia bekerja itu seorang yang angkuh dan tidak peramah tetapi sangkaannya meleset. Lelaki yang melewati umur senja itu sangat baik dan murah dengan senyuman.
Afnan menghulurkan tangannya. “Terima kasih Tan Sri. Saya pun tak sangka akan berkhidmat di syarikat yang gah ini, Tan Sri,” ujar Afnan berbasi-basi.
“It’s a pleasure to have a young man like you working with us, Afnan. Kami semua berharap, dengan adanya anak muda seperti Afnan, syarikat ini akan lebih membangun. Insyaallah,” kata Tan Sri Malik.
Afnan tersenyum. “Insyaallah, Tan Sri. Saya akan buat yang terbaik demi syarikat ini.”
“Good, young man.”
Tan Sri Malik menepuk-nepuk belakang Afnan. Pertama kali melihat Afnan, hatinya berasa sejuk sekali. Mata tuanya mengatakan Afnan bukan seperti anak muda yang lain tetapi Afnan merupakan seorang pemuda yang baik dan ada sinar kejujuran diraut muka itu. Nalurinya sempat terdetik, kalaulah dia punya anak seperti Afnan tentu sekali waktu ini dia sudah bersenang-lenang menghabiskan masanya di rumah sahaja tapi apakan daya. Mellysa langsung tidak boleh diharap. Jika syarikat ini diserahkan pada anak tunggalnya itu, mungkin tak sampai sebulan syarikat yang dibina hasil titik peluhnya itu lingkup begitu sahaja.
“Tan Sri, saya bawa Afnan kenal dengan semua staff dan bawa ke tempatnya iya?” Encik Zulkifli bersuara.
“Okay. Please, Zul. Let Afnan feel comfortable. Afnan, if you have any problem, you can directly see me.”
“Insyaallah, Tan Sri. Terima kasih sekali lagi,” ucap Afnan penuh hormat.
“Zul, don’t forget to introduce Afnan to Mellysa, iya?”
Pesanan terakhir Tan Sri Malik seakan meragut tangkai jantung Afnan. Kebaikan yang ditunjukkan Tan Sri Malik membuat dia terlupa akan Mellysa. Nampaknya dia akan bekerja sebumbung dengan gadis itu. Afnan mengeluh perlahan.

***
            Bibir Afnan tidak putus-putus melemparkan senyuman kepada semua warga Al-Malik Holding. Hari pertamannya disambut cukup mesra oleh mereka. Masing-masing becok sahaja memperkenalkan diri, tidak kira yang tua mahupun yang muda. Afnan yakin, dia pasti tidak punya masalah untuk bekerja dengan mereka.
“Hei, apa kecoh-kecoh ni? Kenapa tak buat kerja hah?”
Suasana  yang riuh-rendah sebentar tadi bertukar menjadi sunyi sepi.  Para pekerja yang tadinya mengerumuni Afnan dan Encik Zulkifli pantas kembali ke posisi masing-masing. Kesemuanya seolah menumpukan perhatian kepada skrin komputer. Tidak ada seorang pun yang mengangkat muka untuk memandang pemilik suara yang menjerkah mereka sebentar tadi.
Afnan menoleh ke arah datangnya suara perempuan tersebut dan seperti yang sebelumnya, jantungnya buat hal lagi. Afnan menarik nafas sedalam-dalamnya. Hati kecilnya sedang beristighfar tanpa henti agar dia dapat mengawal amukan si jantung yang bagaikan mahu tersembur keluar tika itu. Kalaulah setiap masa dia rasa begini, jawabnya tak lamalah dia di muka bumi ini.
Mata galak Mellysa tajam menghala pada dua lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya. Cuma yang paling menarik perhatiaannya ialah lelaki muda berkemeja putih di samping Encik Zulkifli. Mellysa yang juga memakai kemeja putih yang dipadankan dengan skirt pendek berwarna hitam berjalan penuh gaya menghampiri kedua lelaki di hadapannya. Semakin dekat, semakin dia pasti bahawa matanya tidak salah melihat. Dia kenal lelaki muda itu.
“Cik Mellysa, maafkan saya. Saya bawa Encik Afnan untuk kenalkan pada semua staff atas arahan Tan Sri,” Encik Zulkifli menerangkan situasi yang berlaku pada anak majikannya.
“Hmm.. Encik Afnan?”
Mellysa memandang Afnan atas bawah dengan bibir yang dimuncungkan sedikit dan kening yang dijungkitkan. Sekarang dia sudah tahu gerangan lelaki yang bajet handsome itu. Tak sangka lelaki itu merupakan pekerja baru Al-Malik Holding.
Afnan kurang senang dengan cara Mellysa dan tanpa disuruh, dia juga memerhatikan dirinya dari atas ke bawah. Risau jika ada yang tidak kena.
“Iya, Cik Mellysa. Ini Encik Afnan Haris, Eksekutif Pentadbiran menggantikan Encik Muaz,” Encik Zulkifli memperkenalkan Afnan pada Mellysa.
“Oh, okay. I’m Mellysa Tan Sri Malik,” Mellysa mengulurkan tangannya kepada Afnan.
Giliran Afnan pula memandang Mellysa dari atas ke bawah. Dia sebenarnya tak pernah bersalaman dengan mana-mana perempuan yang bukan muhrimnya. Cukuplah semalam gadis itu mencium pipinya. Dia tak sanggup menambah dosa lagi.
“Hello, I lenguh tangan dah ni,” Mellysa menyedarkan Afnan daripada lamunan.
Encik Zulkifli di sisi, sempat menyiku Afnan agar dia cepat-cepat menyambut tangan Mellysa sebelum wanita itu naik angin.
“I’m sorry, Cik Mellysa. Saya tak bersalam dengan wanita bukan muhrim,” jawab Afnan berani.
Encik Zulkifli menelan liur mendengar balasan Afnan. Pasti ribut taufan, segala puting beliung melanda pejabat itu sekejap lagi. Dia kenal benar anak majikannya. Pantang perbuatannya dibantah.
"What?" Tidak semena Mellysa menjerit kecil dan matanya dijengkilkan. Sungguh tolakan lelaki itu memalukannya. Wajahnya yang disolek mekap tebal itu sudah merah dan hangat.
Tanpa membuang masa, Mellysa terus meninggalkan Afnan dan Encik Zulkfli dan sejurus itu pintu bilik pejabatnya dihempas kuat membuat semua mata staff tertumpu pada Afnan. Afnan cuma tersenyum hambar. Dia tak berniat untuk menjatuhkan air muka Mellysa tetapi gadis seperti Mellysa itu perlu diberi kesedaran tentang halal dan haramnya sebagai seorang muslim.



Bab 3
    M
ellysa tak senang duduk. Sedari tadi dia berjalan ke hulur ke hilir di dalam biliknya. Puas dia mengamuk pagi tadi setelah Afnan memalukan dia. Sakit hatinya terhadap Afnan masih belum surut.  Pantang lelaki menjatuhkan air mukanya sebegitu. Baginya Afnan perasan alim saja. Nampak gayanya dia bukanlah jenis lelaki yang wara’ cuma lelaki itu seorang yang sombong kerana kalau betul Afnan itu seorang lelaki yang alim, pasti dia tak akan masuk bidang seperti ini,jadi ustaz sahajalah.
Mellysa mengetap bibir. “I’ll make you show the real you, Afnan,” bisik Mellysa.
Di mindanya kini, diaturkan strategi untuk memerangkap Afnan supaya Afnan akan menunjukkan belangnya seperti lelaki-lelaki di luar sana. Kalau dulu Daniel juga seperti Afnan, tak pernah hendak mendekatinya tetapi sekarang, lelaki itu tergila-gilakannya. Siap bawa ke tempat tidur lagi.
 Mellysa yang tadinya mencuka, tersenyum saat teringatkan layanan Daniel yang cukup menggembirakannya. Leka dengan keseronokan bersama Daniel membuat mereka berdua terlewat bangkit. Padahnya, dialah yang lewat pulang untuk mengganti pakaian. Nasib baiklah daddynya sudah ke pejabat lebih awal. Jika tidak, pasti bergaduh lagi. Dia tahu sangat perangai daddynya yang tak akan menyerangnya di pejabat. Malas hendak bergaduh mungkin.
Mellysa mencapai telefon bimbitnya dan nombor Daniel didail.
“Hello, sayang..” Suara menggoda Daniel menyapa telinganya membuat dia tersenyum panjang.
“Hi, darling. I miss you so much. Don’t you miss me?” Mellysa membalas dengan intonasi yang cukup lunak dan manja.
Daniel di hujung talian ketawa. “ Oh dear! How dare you ask me that question. I miss you badly. Terasa lagi sentuhan belaian you. I’m going crazy, baby,” luah Daniel.
Makin melebar senyuman Mellysa. “ You’re such a sweet talker, honey.”
“Mell, I do miss you so much. I wish you’re in my arms now,” Daniel masih giat mengayat Mellysa.
Mellysa ketawa kecil. “Hmm.. If you really miss me, come to me honey. I’m waiting for you,” duga Mellysa.
“What? Are you out of your mind, baby? Tak takut kena marah dengan your beloved daddy?”
“Oh my god! Soalan apa tu? Ini Mellysa okay. I don’t afraid of anybody atau you yang takut?”
“Hey.. Mell, you ni macam tak kenal I je..”
“So, come to me and prove that you’re not a chicken, honey.” Kali ini Mellysa benar-benar mencabar Daniel. 
“Okay, fine honey. I’ll be there around twelve something. I ada meeting sekejap lagi. Wait for me baby. I miss you.”
Daniel yang rasa tercabar, akhirnya bersetuju. Mellysa keriangan kerana dia berjaya memujuk Daniel ke pejabatnya. Dia perlukan Daniel untuk meredakan tekanannya terhadap Afnan.  Mellysa membelek tubuhnya. Mujur dia terlintas hendak memakai skirt pendek hari ini. Senang kerjanya menggoda Daniel.
***
            Satu-persatu fail syarikat dibelek Afnan. Dia akui, bukan mudah untuk bekerja di syarikat yang gah namanya di Malaysia dan juga antarabangsa. Ianya perlukan komitmen yang tinggi.
Pada dasarnya dia hanya mencuba nasib dengan menghantar permohonan kerjanya pada Al-Malik Holding dan dia tidak letakkan sebarang harapan untuk peroleh jawatan itu kerana dia seorang fresh graduate dan tidak punya sebarang pengalaman bekerja namun dengan berkat dan doa maknya di kampung, akhirnya dia dipanggil untuk temuduga dan pada hari itu juga dia ditawarkan bekerja di situ. Dia tak habis-habis memanjatkan rasa syukurnya pada Yang Esa kerana peluang ini dapat membantu mak dan juga adik-adiknya di kampung.
            Sejak kematian ayah, kehidupan mereka anak-beranak terlalu perit. Mereka bukan tergolong dalam kalangan yang berduit. Hidup mereka adik-beradik bergantung pada pencarian mak mengambil upah menjadi pembersih rumah di sekitar kawasan kampung. Kalau maknya sakit, berlaparlah mereka hari itu. Selain itu, hidup mereka juga bergantung pada ehsan yang memandang. Afnan juga turut mengambil upah sebagai tukang kebun ketika dia masih bersekolah.
Walaupun hidup mereka begitu, pelajarannya adik-beradik tak terabai dan dia berjaya dalam SPM serta menerima tawaran menyambung pelajaran ke luar negara. Awalnya dia hendak menolak, tapi si ibu memaksa. Kata maknya, peluang hanya datang sekali dan mungkin itu yang akan mengubah hidup mereka sekeluarga. Afnan akur dan hari ini, ianya terbukti. Dia akan bawa keluarganya keluar daripada kekangan hidup yang pernah lalui tapi itu tidak bermakna mereka akan lupa di mana bumi yang mereka pijak.
Tok!Tok!Tok!
            Afnan yang tadinya terperangkap dalam kenangan lampau, tersedar apabila pintu bilik diketuk.
“Encik Afnan, maaf menggangu.” Terpancul wajah setiausahanya, Kak Syima di muka pintu.
Afnan menyambut Kak Syima dengan muka manis dan penuh hormat. “Tak apa,kak. Ada apa iya?”
“Tak. Akak nak serahkan fail ni pada Encik. Tan Sri mintak Encik Afnan review dengan Cik Mellysa,”ujar Kak Syima lalu fail di tangannya bertukar tempat.
Afnan membelek-belek fail tersebut.
 “Perlu ke saya review dengan Cik Mellysa tu akak?” laju saja soalan itu meluncur di bibirnya tanpa sempat dikawal. Dia tahu dia tidak sepatutnya mengajukan soalan sebegitu.
Kak Syima tersenyum. Dia seakan faham dengan reaksi spontan bos mudanya. Satu pejabat sudah heboh bosnya itu menolak untuk bersalaman dengan Cik Mellysa. Dalam diam, dia mengagumi Afnan. Anak muda di hadapannya itu tidak seperti anak muda lain yang suka mengambil kesempatan. Kalau orang lain, pasti cepat sahaja tangan lembut Cik Mellysa digengaggam. Bukan senang mahu merasa kulit lembut anak Tan Sri tetapi itulah Afnan. Lain daripada yang lain.
“Tak apalah,akak. Nanti sekejap lagi saya jumpa Cik Mellysa. Terima kasih iya akak.”
Kak Syima mengangguk. “Sama-sama. Kalau ada apa-apa, panggil akak iya. Akak keluar dulu.”
Afnan menghantar langkah Kak Syima dengan pandangan kosong. Masalah besar baginya jika berdepan dengan Mellysa. Dia tak kisah bekerjasama dengan semua staff Al-Malik Holding tapi bukan dengan Mellysa. Dia benar-benar tidak selesa.
Afnan meraup mukanya. Nafas ditarik sedalamnya lalu dihembus kuat. “Harap tak ada apa-apa yang buat kita bergaduh, Cik Mellysa,” desisnya sebelum ke bilik Mellysa.

***
            Afnan mengerling jam di pergelangan tangannya. Baru jam dua belas setengah. Dia memandang pula ke arah meja setiausaha Mellysa yang kosong. Hati Afnan kurang senang apabila setiausaha Mellysa tiada di situ. Nak juga dia bertanya tentang mood gadis itu. Baik ke tidak tetapi nampak gayanya, dia terpaksa redah sajalah. Satu saja kelemahannya saat hendak berdepan Mellysa iaitu jantungnya. Jantungnya terlalu kuat berdetak. Berkali dia menarik nafas supaya tenang, tapi tetap tidak menjadi.
            Afnan mengetuk pintu bilik Mellysa berkali-kali namun tiada balasan. Dia menggaru kepala. Teragak-agak untuk membuka. Dengan lafaz Bismillah, dia membuka pintu bilik Mellysa dan alangkah terkejutnya dia tika terpandang dua insan sedang asyik bermesra di atas sofa.
“Astaghfirullahalzim!” Afnan beristighfar kuat dan serentak keduanya berpaling.
Dalam keadaan kalut, Daniel dan Mellysa cepat-cepat membetulkan pakaian mereka yang sudah agak tidak terurus.
“What the hell are you doing here?” marah Mellysa yang masih lagi membetulkan rambutnya yang kusut.
“Saya minta maaf. Saya dah ketuk berkali-kali tapi Cik Mellysa tak dengar. Saya cuma nak review fail ni dan saya tak sangka saya ter ‘review’ benda lain,” jelas Afnan. Sempat lagi dia selitkan nada sinis dalam bait bicaranya.
“Kau buat apa kat sini hah?” Giliran Daniel pula bertanya.
“Saya pekerja baru di sini. Saya minta maaf mengganggu walaupun saya tahu saya tidak bersalah kerana sekarang masih waktu bekerja. Kalau pukul satu tu boleh juga saya rasa bersalah mengganggu ‘kerja’ terkutuk Cik Mellysa dan Encik Daniel. Ops. Bukan bersalah tapi menyesal sebab saya pun terpaksa bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua.”
“Just stop it, Afnan. Tak perlu nak menyindir bagai. I tak faham dengan you, dari pagi tadi nak sakitkan hati I. Tak payah nak tunjuk alim sangatlah,” marah Mellysa.
“Saya tak berniat nak menyakitkan hati Cik Mellysa. Saya juga tak berlagak alim dan saya juga tak katakan saya alim tapi cukuplah saya melaksanakan tugas saya sebagai salah seorang kalifah di bumi Allah dengan menyuruh kepada kebaikan dan menegah dari melakukan perkara yang terlarang,” balas Afnan berani.
Mellysa mengepal jemarinya. Dia bergerak menghampiri Afnan. Pintu biliknya ditutup rapat. Afnan sedang bermain api dengannya.
Mellysa menolak Afnan ke dinding. “I tahu you cemburu I dengan Daniel kan? You nak juga kan?” Sebaik ayat itu terluah, bibir Mellysa hinggap di bibir Afnan dan diciumnya lama. Mata keduanya bertaut.
Afnan yang seolah dipukau, kembali ke alam nyata. Dia menolak kuat tubuh Mellysa hingga gadis itu terdorong ke belakang. Mujur tak terjelupuk saja wanita itu. Kalau tidak, mahu bergegar satu pejabat dengan teriakan Mellysa.
“Kenapa, Afnan? You takut you jatuh ke tangan I?” sindir Mellysa dengan kening yang terjungkit. Puas sungguh hati dia dapat mengenakan Afnan.
Pang!
Lima jari Afnan hinggap di pipi Mellysa. “Saya bukan lelaki-lelaki yang Cik Mellysa kenal. Saya bukan sejijik dan sekotor kalian berdua. Saya harap Cik Mellysa tak payah nak perkotak katikkan diri saya. Cukup saja kalian bergelumang dengan dosa. Tak perlu nak heret saya sekali.”
Afnan menghempas kuat pintu bilik Mellysa. Dia sudah tidak peduli pada mata yang memandang. Dia terus masuk ke biliknya dan pintu di tutup rapat. Dia terduduk di kerusinya. Dia meraup wajahnya berkali-kali.
“Astaghfirullahalzim. Ampunkan aku, Ya Allah,” rintih Afnan.
 Seumur hidupnya, dia tidak pernah menyentuh mana-mana gadis sekali pun. Bukan tidak ada yang menggodanya ketika berada di United Kingdom dulu tapi imannya teguh mempertahankan dia daripada melakukan perkara yang terkutuk, namun tadi, untuk pertama kali, imannya goyah. Dia tewas pada renungan mata Mellysa.
Afnan menarik-narik rambutnya. Siapa sebenarnya kau, Mell?



1 comment:

  1. Wah mell yg sungguh berani. Kesian afnan yg suci

    ReplyDelete