Bab 9
MOOD kerja hari ini terus melayang. Sepanjang
tiga jam aku di sini, baru tiga orang yang aku sapa. Itu pun aku tidak bercakap
banyak. Hulurkan pamplet sahaja. Bila di tanya, aku jawab. Kalau tidak, memang
aku senyap. Mulut ini memang berat untuk dibuka. Penat, mengantuk, serabut,
semua ada.
Hajat di hati hendak membuat
permohonan berhenti kerja hari ini juga sebab aku rasa prestasi kerja aku dari hari ke hari kian
merudum. Di tambah pula dengan masalah yang satu ini. Nak datang kerja pun
malas. Daripada aku buat kerja tak ikhlas, layan pelanggan nak tak nak saja,
lebih baik berhenti.
Aku sudah pun suarakan pada
mama pagi tadi dan mama apa lagi. Seronoklah. Mama sememangnya tidak bersetuju
aku bekerja di sini. Katanya lebih baik aku cari pengalaman mengajar di tadika.
Sekurangnya bila masuk ke alam kerja nanti, aku mempunyai pengalaman bagaimana
berdepan dengan pelajar tetapi untuk waktu ini aku lebih memilih untuk tinggal
di rumah. Biarlah keadaan kembali normal dahulu baru aku fikirkan plan
seterusnya. Dalam masa yang sama, aku berharap nama aku tersenarai dalam fasa
kedua penempatan para graduan nanti.
“Beb, kau okey ke?” soal
Dalila.
Aku jatuhkan kepala. “Okey.
Beb, bos datang pukul berapa? Aku ingat nak berhentilah.” Aku sampaikan hajat
aku pada Dalila.
“Apa? Nak berhenti? Kenapa
beb? Habis aku macam mana? Aku dah sebati kerja dengan kau tau. Kau tak
kesiankan aku ke tak ada geng kat sini?” rungut Dalila dengan riak sedih.
“Beb.. Aku ni macam buang
masa je tau kat sini. Aku tak minatlah nak kerja. Lagipun aku ada masalah keluarga
sikit. Aku kerja pun tak aman,”terangku.
Dalila menopang dagunya
menghadap aku. “Kau ada masalah apa beb? Bagitahulah aku. Walaupun mungkin aku
tak dapat tolong, sekurangnya aku boleh jadi pendengar.”
Aku gerakkan kepala aku ke
kiri dan ke kanan. Aku malas hendak membuka cerita. “Tak ada. Macam yang aku
cakap tadi, masalah keluarga.”
“Erm.. Kalau macam tu, aku
harap masalah kau dapat diselesaikan secepat mungkin dengan cara yang baik.
Cuma.. pasal berhenti tu, kau pasti ke?”
Aku mengangguk. Seulas senyuman
aku ukir pada Dalila. “Keputusan aku muktamad, Dalila. Kau janganlah sedih.
Nanti hari-hari aku datang jenguk kau tapi kau kena belanja aku makan dan bayar
minyak kereta aku sebab aku tak kerja. Tak ada duit. Lagipun aku datang
semata-mata sebab kau. Jadi, silalah sponsor aku iya,” kataku mengundang
suasana ceria antara kami.
Dalila mencemik seraya
menegakkan tubuhnya. “Alasan supaya aku cakap, ‘Riana, kau tak payah jenguk
akulah macam tu’, betul tak? Inilah kawan. Nak jenguk pun bersyarat bagai. Tak
apalah. Aku redha,”balas Dalila berdrama.
Aku ketawa kecil. Pasti
nanti aku akan merindui gelak-tawa Dalila. Nasib rumah bukan jauh pun.
Bosan-bosan bolehlah aku datang melepak di sini nanti.
“Beb..”
“Erm?” Aku jungkitkan
kening.
“Tu bukan budak yang dengan
encik kacak kau tu ke?”Tak semena, Dalila bertanya sambil jarinya di halakan ke
belakang aku.
Mendengar sahaja soalan itu,
aku terus menoleh. Kanak-kanak perempuan comel itu sedang berdiri sendirian
bersama dengan seekor patung beruang tempoh hari.
Mata aku melilau ke sana dan
ke sini mencari kelibat encik kacak atau ibu si anak itu tetapi hampa. Tiada
sesiapa bersama anak itu. Aneh. Ada ke patut anak kecil itu dibiarkan
sendirian. Bahaya sungguh.
Aku bangun dan berjalan
menghampiri anak kecil itu. Aku rendahkan tubuhku supaya ketinggian aku lebih
kurang sama dengan si kecil. “Adik.. Adik seorang je ke ni?” soalku.
“With daddy,” balas kanak-kanak itu.
Aku gigit bibir. Anak kecil
itu datang bersama daddy. Ini bermakna encik kacak ada di sini tapi di mana?
“Where is your daddy?”soalku lagi.
“Daddy is waiting for you down there. At Kenny Rogers,” tutur anak
comel itu fasih berbahasa Inggeris.
“Waiting for me?”
Anak itu mengangguk. “Yes, mummy.”
Heh? Mummy? Ini pasti ajaran
encik kacak. Sejak bila pula aku jadi muumy budak ni. Aduhai. Boleh tak kalau
tak rumitkan hidup aku dalam sehari?
“Mummy, this one is for you. Daddy gives it to you.”
Aku angkat kening. Encik
kacak bagi teddy bear ini pada aku? Takkan yang anak dia, dia hadiahkan pula
pada aku. Kedekut sungguhlah kalau macam ni.
“No, thank you darling. It’s your. Not mine,”tolakku secara halus.
Anak kecil itu menggeleng
laju. “No. Daddy bought it for you last
week. Remember? Daddy bought me another one.”
Rahang aku terjatuh. Biar
betul budak ni? Maknanya minggu lepas tu, encik kacak sengaja hendak kenakan
akulah iya?
Dek kesian si kecil itu
masih setia menghulurkan patung beruang itu, aku akhirnya menyambut. “Thank you sweetheart. What’s your name?”
“Aleesya Binti Ezzat Faiz.”
Dup! Jantung hilang rentak
lagi. Anak kecil ini berbintikan Ezzat Faiz. Adakah memang nama encik kacak itu
Ezzat Faiz?
***
“EHEM!” Aku berdeham sebaik tiba di meja hujung
Kenny Rogers. Sebenarnya aku kekok untuk bertentang mata dengannya.
“Daddy..” panggil Aleesya
mencuit bahu encik kacak yang berkemeja kuning air hari ini.
Encik kacak bangkit dan
mengukir senyuman manis pada aku dan Aleeysa. Dahi Aleesya dikucup mesra. “Thanks sayang.”
Aku senyum hambar. Jelas
tergambar sifat kebapaan pada encik kacak. Aku suka dengan gayanya. Tentu
Aleesya seorang anak yang sangat bertuah.
“Riana.. Have a seat,” pelawa encik kacak.
Aku angguk. Aku tiada
pilihan. Hendak tak hendak, aku terpaksa duduk
bertentangan dengan encik kacak setelah Aleesya memilih untuk di sebelah
yang satu lagi. Patung beruang pula diambil encik kacak dan diletakkan di
sebelahnya.
“Dah makan ke?”soal encik
kacak.
Aku geleng. “Belum.”
“Okay. Good. Saya order Kenny’s Chicken and Garden Meal. Is it okay with you?”
Aku angguk. Suara tika
itu seperti tersekat di kerongkong. Lain
sungguh rasanya berdepan dengan encik kacak. Lagi-lagi selepas mimpi semalam.
Pertama kali aku menunaikan
solat istikharah memohon petunjuk Dia Yang Satu, wajah encik kacak sedang
tersenyum manis menjengah mimpi aku. Ketika lelaki itu menghulurkan tangannya
pada aku, dengan senang aku menyambut. Siap boleh melentokkan kepala di bahunya
lagi. Mungkin itulah petanda yang positif bagi encik kacak tapi untuk aku,
rasanya tidak.
“Adriana, are
you okay?”
Aku tarik senyum. “Okay. Kenapa awak nak jumpa saya?”
“Salah ke saya jumpa bakal isteri saya?”
Aku ketap bibir. Tolonglah encik kacak..
Jangan sebut pasal tu.
“You’ve
got the answer?”
Aku pandang dia tajam. “Apa pun jawapannya,
saya tak akan hancurkan rumah tangga awak, Doktor Ezzat.”
Encik kacak ketawa kecil. “Apa salahnya
bermadu. Tak nak payung emas?”
Aku berdecit. Lelaki semua sama. Hal sebegini
boleh dibuat main. Tak terfikir ke perasaan isteri apabila dimadukan?
“Kami, wanita hanya insan yang lemah. Luaran
mungkin isteri awak merelakan, tetapi hatinya? Awak pasti tahu kisah Saidatina
Aisyah kan?”soalku pada encik kacak.
Kening encik kacak dijungkitkan. Gayanya
sedang menunggu aku menyambung bicara.
“Dari Aisyah Radhiyallahu anha, suatu malam,
Rasulullah keluar dari rumahnya. Aisyah berkata, “Maka aku pun menjadi cemburu
kepada baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain.”
Aku diam sebelum meneruskan kata. “Awak faham
apa maksud saya? Lagikan Aisyah, Ummul Mukminin dihambat rasa cemburu, apatah
lagi kami wanita biasa, Doktor Ezzat. Awak dah ada isteri juga ibu kepada
Aleesya. Bahagiakan mereka. Berikan mereka sepenuhnya kasih sayang yang awak
ada. Saya tak perlukannya daripada awak.”
Encik kacak menganggukkan kepalanya dan dalam
masa senyuman terlakar di wajah itu.
“Aleesya, your
mummy is so great. Daddy tak salah pilih mummy. Could you hug her for me?”
‘Astaghfirullahalazim.’ Aku beristighfar
panjang. Bukan main lebar aku cuba membetulkan keadaan, boleh pula dia dengan
selamba kata aku pilihan yang tepat.
“I love
you, mummy,”ucap Aleesya yang sudah merangkul leher aku erat dan kedua
belah pipi aku dicium bertalu-talu sebelum dia kembali duduk dengan wajah yang
cukup gembira.
“Thanks,
dear,”ucap encik kacak pada Aleesya.
Aleesya mengangkat ibu jarinya tanda bagus. “I love mummy, daddy.”
“I love
mummy too but mummy doesn’t love daddy,”
sungut encik kacak dengan muka sepuluh sen.
Aleesya cepat-cepat menoleh pada aku. “Mummy please love daddy,” pinta Aleesya
sambil tangannya menggoncang lengan aku.
“Doktor Ezzat!” Aku jengkilkan mata pada encik kacak
memohon pertolongannya supaya Aleesya berhenti merengek begitu.
“Just
say that mummy loves daddy. That’s it!”
Aduhai. Encik kacak ini. Kalau tak fikirkan
Aleesya ini budak kecil, dah lama aku tarik tangan ini tau. Setiap apa yang
encik kacak lakukan, mesti menguji limit kesabaran aku.
“Yes,
darling. Mommy loves daddy sooooooooooo much!” kataku dengan penuh geram
hingga perkataan ‘so’ itu aku tarik sepanjang-panjangnya. Sakit hati tau tak!
Encik kacak
tayang muka puas. Kedua belah
tangannya diraup ke muka.“Alhamdulillah. Then
let’s meet my mom after this.”
Heh?! Kerja gila lagi. Adoi!!!!
Note: Sila tinggalkan nama di pinned post group jika berminat sebab saya takut terlepas pandang kalau request DJS tempat lain tau. =D
Novelet Doktor Jantung Saya bakal dimuatkan dalam Antalogi Jejaka Pilihan Hati bersama karya salah seorang penulis kesayangan saya Ogos nanti . Limited 100 unit sahaja tau!
Boleh masukkan nama anda di grup saya jika berminat!
https://www.facebook.com/groups/ceritacintameeyalisha
https://www.facebook.com/groups/ceritacintameeyalisha
Ermmmm........ok apa, riana jd mummy segera....hihihihi
ReplyDeleteso sweet la doktor ezzat ni :)