Bab 8
Untuk
pertama kali dalam hidup, aku menceroboh telefon bimbit Along. Samsung S IV
yang ditinggalkan di dalam bilik ketika Along sibuk bersantai di depan
televisyen itu aku ambil. Niat aku hanya satu. Nombor encik kacak harus aku
dapatkan. Dada aku ini memang sudah tidak tahan untuk meletus.
Siaplah encik kacak. Pandai-pandai dia buat
perancangan. Dia ingat aku ini apa. Patung?
Sebaik
nama Dr. Ezzat tertera di skrin,
pantas aku menyalin nombor tersebut ke dalam telefon bimbit aku. Selepas itu,
aku terus menyusup masuk ke dalam bilik.
Tanpa
menunggu lama, aku langsung menghubunginya.
“Assalamualaikum.”
Aku
menggigit bibir. Tidak semena, lidah ini kelu. Kekuatan yang aku kumpulkan tadi
tiba-tiba lari berdesup entah ke mana mendengar suara parau itu.
“Hello..
Siapa tu?” Sekali lagi encik kacak bersuara.
“Err..
Waalaikumussalam. Adriana here,”
tutur aku tersekat-sekat. Hisk! Kalau tahu jadi macam ni, aku tak telefon encik
kacak.
‘Nur
Adriana.. Cool..’ Dia sedang huru-harakan hidup aku. Aku tak
boleh mengalah.
Aku
tepuk dahi. Tenangnya lelaki seorang ini. Riak dia bukan main selamba seperti
tak ada apa-apa berlaku. “Tak ada maknanya nak missing-missing ni. Saya nak tanya
awak. Apa tujuan awak tinggalkan cincin tu pada keluarga saya?”
Encik
kacak di sebelah sana ketawa.
Berkerut dahi aku. Lucu sangat ke soalan aku
ni? Aku serius. Dia pula boleh main-main. Dasar lelaki sungguh!
“This is not funny, Doctor Ezzat. Please
answer me now!” tegasku.
“Okay.. Okay.. Dear Nur Adriana. Marry me. As
simple as that.”
Kepala
otak punya simple! Hisk!
Astaghfirullahalazim. Aku urut dada aku. Sabar Riana..Sabar..
“Doctor Ezzat.. Doctor Ezzat..”
“Hmm?”
“Are you out of your mind?” Ha.. Itu dia.
Itu baru sikit. Aku masih menjaga perkataan yang meniti di bibir aku.
“Selagi
kita mengikut percaturan Dia Yang Satu, selagi itu kita berada di landasan yang
benar. Tidak ada istilah tidak masuk akal jika Dia mengkehendakinya.”
Dush!
Mendengar sahaja bait-bait encik kacak, batang hidung ini bagaikan ditumbuk. Aku
hilang kata. Agak-agaknya encik kacak ini pemenang pendebat terbaik peringkat
antarabangsa kot! Aku rasa ayat aku sudah cukup berbisa tetapi sekali keluar
ayat encik kacak, boleh pitam aku dibuatnya.
“Nur
Adriana, are you still on the line?”
“Erm..
Ya..” jawab aku pendek. Cuba membina kembali tembok kekuatan untuk
menyelesaikan masalah ini.
“Nothing to say?”
Aku
lepaskan sebuah keluhan berat. “ Doktor Ezzat. Saya tak setuju dengan semua
ni,”ucap aku senada.
“Three concrete reasons please?”
Aku
gelengkan kepala. Lelaki ini benar-benar tidak kenal erti putus asa. Apakah
motif dia yang sebenarnya sehingga sebegini tekad dia ingin menyunting aku?
“Doktor
Ezzat. Sila dengar baik-baik. Pertama, saya tak kenal mahupun cintakan awak.”
“Betul
awak tak cintakan saya?”
Aku
gigit bibir lagi. Lama-lama bengkak bibir aku gara-gara encik kacak ni.
“Nur
Adriana..”
Alahai
jantung.. Bertabahlah dengan suara dia yang menggetarkan seluruh jiwa raga.
“Erm.
Iya. Sebab kedua, awak bukan sahaja seorang suami, tapi juga seorang bapa.” Aku
jawab soalannya tadi pendek lalu terus kepada sebab yang kedua supaya dia tidak
bertanya apa-apa lagi.
“Awak
pasti saya seorang suami dan juga bapa?”
Aku
berdecit. Matilah kalau setiap alasan yang diberikan, ditanya dengan soalan
maut.
“I am pretty sure,” balas aku yakin
dengan soalan yang satu ini.
“Okay,
the last one?”
“I
don’t want to marry a doctor.”
Encik kacak ketawa lagi. “Apa yang
pelik sangat dengan sebab nombor tiga tu? Doctor
is a human being too. Not a monster or even a dragon. Common, Nur Adriana.
Please give me a logic reason."
Aku hembus nafas kuat-kuat. Encik
kacak sengaja hendak memprovok akulah ni. Ikutkan mulut comel aku ini, ingin
sahaja aku memberitahunya bahawa dialah raksasa yang telah mengucar kacirkan
aku.
“Hmm.. I’m sorry, my dear sweety. You reasons
are all rejected!”
Hah!
Mudahnya dia tolak alasan aku mentah-mentah. Apa tak cukup kuat ke alasan aku
tu?
“But why?”
“I can’t accept all the silly reasons, Nur
Adriana. Lidah terlalu mudah mencipta beribu alasan tetapi kesudahan itu,
hati yang menderita menahan seksa. Listen
to your heart and hold to it and with His will, everything will flow smoothly.”
“But..”
“ There’ll be no ‘but’ anymore, Adriana. Saat saya sujud memohon petunjuk, hanya wajah awak
yang kelihatan tika hijab itu dibuka Dia Yang Maha Mengetahui. Kenapa perlu
saya ragu-ragu dengan semua tu?”
Aku
bungkam lagi. Dada ini benar-benar bergetar. Kolam air mataku tiba-tiba tidak
dapat menampung curahannya yang semakin lebat merembes keluar. Adakah sebegitu
ikhlas niat dia untuk memperisterikan aku? Habis isteri dan anak dia macam
mana?
Aku
gelengkan kepala. Talian itu aku putuskan tanpa sepatah kata.
Tak..Aku
tak boleh terpengaruh dengan mulut manisnya. Jangan hanya kerana
ungkapan-ungkapan yang hebat itu, aku lemah.
Aku
raup mukaku kasar. Jujur aku katakan, hati ini memang sudah menjadi miliknya.
Segala garis-garis cinta yang aku tetapkan sudah terpadam disebabkan dia namun
hanya satu yang menyekat semuanya. Status diri dia. Aku juga seorang wanita.
Mana mungkin aku menghancurkan hati kaum sejenis aku dan biarkan si kecil yang
comel itu menanggung tempiasnya.
“Allah..
Berikan aku petunjukMu.”
Tweet..
Tweet..
Tiba-tiba
telefon bimbit aku berbunyi menandakan satu pesanan di aplikasi Whatsapp baru
sahaja diterima dan ternyata ianya pesanan suara daripada encik kacak.
Teragak-agak aku tekan butang play.
“Nur
Adriana Sulaiman,” serunya dengan suara yang bergetar. Sebuah hembusan
dilepaskan dan selepas itu, tiba-tiba bunyi petikan gitar kedengaran.
“Bersaksi
cinta di atas cinta..Dalam alunan tasbih ku ini..Menerka hati yang
tersembunyi..Berteman di malam sunyi penuh do'a..Sebut nama mu terukir merdu..Tertulis
dalam sajadah cinta..Tetapkan pilihan sebagai teman..Kekal abadi hingga akhir
zaman..”
“Istikharah cinta memanggilku..Memohon
petunjukMu..Satu nama teman setia..Naluriku berkata..Di penantian luahan
rasa..Teguh satu pilihan..Pemenuh separuh nafasku..Dalam mahabbah rindu..Di istikharah
cinta..
Aku tekup mulut menahan sendu. Alunan lagu
Istikharah Cinta itu terlalu mendayu-dayu. Makin laju mutiara jernih ini
mengalir. Suara itu penuh pengharapan hingga ianya meresap jauh ke benak aku.
“Nur
Adriana Sulaiman, andai awak masih tidak percayakan saya, istikharahlah kerana
saya pasti awak percayakan Dia sepenuh hati awak. Assalamualaikum.” Itulah bait
terakhir setelah nyanyian diakhiri.
Aku
jatuhkan kepala aku seakan dia ada di depan mata. Hanya Dia penentu segalanya
dan hanya Dia yang mempunyai jawapan ini. ‘Jika telah tertulis, aku adalah
pelengkap rusuknya yang hilang, berlapanglah dada menerima takdir cinta
ini,’bisik hati kecilku.
Novelet Doktor Jantung Saya bakal dimuatkan dalam Antalogi Jejaka Pilihan Hati bersama karya salah seorang penulis kesayangan saya Ogos nanti . Limited 100 unit sahaja tau!
Boleh masukkan nama anda di grup saya jika berminat!
https://www.facebook.com/groups/ceritacintameeyalisha
https://www.facebook.com/groups/ceritacintameeyalisha
No comments:
Post a Comment