Bab 4
Seminggu kejadian berlalu..
Aku
pulas stereng agar kereta aku meluncur masuk ke bangunan kecemasan Hospital
Raja Perempuan Zainab II. Hajat di hati untuk pulang awal hari ini terbantut
apabila Along meminta aku menjemputnya di hospital. Katanya kereta Suzuki Swift
buat mogok pagi tadi. Terpaksa dihantar ke bengkel.
Demi
kasih terhadap satu-satunya abang yang aku ada di dunia ini, aku ikutkan sahaja
walaupun sudah berbakul-bakul merungut. Aku paling tidak gemar menjemput Along.
Aku sampai aje, bukan boleh balik terus. Kena tunggu Along berjam-jam terlebih
dahulu. Nak balik rumah dan datang semula jemput Along itu kerja gila. Bukan
dekat Kota Bharu dengan Kubang Kerian. Andai jalan lengang, bolehlah ambil masa
dalam lima belas minit tetapi kalau sebaliknya, lebih setengah jam.
Sedang
elok aku parkirkan keretaku, telefonku memberi isyarat ‘bip’ tanda ada SMS yang
masuh ke peti inboxnya. Pantas aku
kuis skrin telefon membaca mesej yang baru aku terima.
Naik dulu. Tunggu kat meja Along.
Kan
aku dah cakap. Along mesti suruh aku tunggu dia. Jadinya, aku memang tiada
pilihan. Enjin kereta aku matikan. Beg tangan jenama Guess kesayangan aku itu
aku capai.


