
Bab
6
Usai membersihkan diri dan
menunaikan solat fardhu, Mia Qistina terbaring lesu. Malam itu, kepala Mia
Qistina terasa berat sekali. Badannya juga sakit-sakit. Mungkin kerana bermain
air petang tadi. Tekaknya turut berasa perit. Inilah salah satu kelemahan diri
Mia Qistina. Mudah jatuh sakit. Kalau mamanya tahu, mesti saja dia akan dimarahi.
Puan Maisarah akan katakan dia tidak pandai menjaga diri biarpun sudah besar
panjang dan tua bangka. Lemah benar rasanya ketika itu. Pelawaan Ikhwan Iqaan
juga terpaksa ditolak. Dia hanya ingin berehat di bilik sahaja.
Baru sahaja terlelap, Mia Qistina tiba-tiba
dikejutkan dengan bunyi loceng kamarnya. Kali ketiga loceng ditekan, dia
kemudian bangkit dengan keadaan yang cukup malas. Dia pantas memakai tudung
sebelum membuka pintu.
‘Siapa
lah pulak datang ni.’ Bisik Mia Qistina.
“Miss
Mia Qistina, makanan Miss dah sampai.” Apabila pintu kamar dibuka, seorang
pekerja hotel terpacak di hadapan bilinya sambil menatang dulang bulat besar
yang berisi sepinggan nasi goreng dan secawan latte. Pelik! Dia tidak membuat
sebarang pesanan.
“Awak
salah bilik kut. Saya tak order apa-apa pun,”nafi Mia Qistina.
“Tak
Miss. Mr. Iqaan yang order untuk Miss.” Terang pekerja tersebut. Iqaan? Mia
Qistina akhirnya memberi ruang kepada pekerja tersebut meletakkan makanan yang
dipesan ke dalam biliknya.
Sejurus sahaja pekerja tersebut
keluar, telefon biliknya pula berbunyi. Mia Qistina pantas menjawab panggilan
yang datangnya daripada Ikhwan Iqaan.
“Kenapa
awak pesan makanan pulak kat saya? Saya tak berseleralah. Membazir aje
nanti,”ujar Mia Qistina.
“Awak
kena makan. Makan sikit pun tak apa. Lepas tu rehat. Ada apa-apa jangan lupa
call saya. Kita ke klinik. Makan tau.” Ikhwan Iqaan menyuruh bakal tunangya itu
makan dan berehat secukupnya. Ingin saja dia ke kamar Mia Qistina untuk
menjaganya, namun apalah daya Ikhwan Iqaan. Mereka masih belum diijab kabulkan.
“Hmm..
Iyalah. Tak payah risau sangat. Saya off dulu iya. Assalamualaikum,”Mia Qistina
mematikan talian. Malas untuk berlama-lama di talian.
***
Keesokan paginya, sesudah solat
Subuh, Mia Qistina menyambung tidurnya. Akan tetapi, dia dikejutkan pula dengan
panggilan telefon daripada Puan Maisarah. Dia menyuruh Mia Qistina pulang
secepat yang mungkin kerana ada sesuatu yang perlu uruskan sebelum hari
pertunangannya. Dia terpaksa akur walaupun badannya masih lemah. Selang
beberapa minit, Ikhwan Iqaan pula menghubunginya untuk bertanya khabar. Tika
itu Mia Qistina sempat memaklumkan bahawa dia akan bertolak pulang sebentar
lagi. Ikhwan Iqaan berkeras ingin menghantarnya pulang namun Mia Qistina tetap menolak.
Mia Qistina tidak mahu terhutang budi malah tidak manis jika dipandang orang.
Ibu bapanya pasti marah jika dia pulang dengan lelaki lain. Selain itu,
peristiwa petang semalam juga menyebabkan Mia Qistina segan untuk menghadap
Ikhwan Iqaan.
Mia Qistina ke lobby hotel lebih
kurang jam sepuluh pagi. Sesudah menyerahkan kunci dan menguruskan bil, Mia
Qistina berjalan keluar untuk ke parkir kereta namun tak semena pandangan Mia
Qistina seolah berpinar dan kabur. Beg dipengangannya terlucut. Dia
tercari-cari tempat untuk berpaut namun gagal. Dunianya kian gelap.
‘Ya
Allah,’ ucap Mia Qistina.
“Mia!!!!”
Dia sempat menangkap suara lelaki menjerit memanggil namanya tetapi setelah itu
dia tidak tahu apa yang terjadi.
Ikhwan Iqaan bergegas menghampiri
Mia Qistina. Kepala Mia Qistina yang bersaut tudung itu dipangku. Pipi Mia
Qistina ditepuk perlahan. “Mia, bangun. Kenapa boleh jadi macam ni? Bangun
Mia.”
Mia Qistina tetap kaku. Dia mencempung
Mia Qistina, mencapai begnya dan terus membawa Mia Qistina ke klinik terdekat.
Setelah diberi rawatan, Mia Qistina
akhirnya sedarkan diri. Ikhwan Iqaan memapah gadis itu turun dari katil rawatan
dan duduk menghadap doktor. Kepala Mia Qistina disandarkan di bahunya. Gadis
itu tidak menolak. Mungkin kerana dia terlalu lemah.
“Macam
mana dengan dia doktor?” soal Ikhwan Iqaan. Doktor itu tersenyum manis.
“Encik
jangan risau. Isteri encik InsyaAllah tak ada apa-apa. Demam biasa saja. Nanti
saya akan bagi ubat yang perlu dimakan. Make sure your wife makan ubat tau.”
Jawapan doktor wanita di hadapan mereka itu menerbitkan segaris senyuman di
bibir Ikhwan Iqaan. Bahagia pula apabila doktor itu menganggap mereka pasangan
suami isteri. Pasti mereka bagai pinang di belah dua. Mia Qistina tidak memberi
sebarang reaksi. Dia tidak larat untuk menafikan hubungan mereka. Biar sajalah
doktor itu berkata begitu. Bukannya bakal suaminya ada di situ.
“Okay,
doc. Thanks. Kami keluar dulu .” Ikhwan Iqaan bangkit dari kerusi dan memapah
Mia Qistina keluar dari bilik rawatan itu. Bahu Mia Qistina dipeluk. Wanita itu
tidak pula menghalang. Ikhwan Iqaan dapat merasakan jiwanya nyaman sekali saat
mendakap Mia Qistina.
***
“ Terima kasih, Iwan. Kalau tak ada
kamu, entah apa jadi dengan si Mia ni.”
“Tak
ada apa lah Auntie Mai. Semalam kita orang kat pantai. Kena angin pantai ataupun
sebab mandi pantai lah ni jadi macam ni kot.”
“
Mia ni memang selalu sakit. Sikit-sikit sakit. Selalu menyusahkan kami je. Ni
menyusahkan kamu pulak.”
“Auntie,
tak ada menyusahkan saya pun. Kalau Mia dengar, sedih pulak dia. Lusa kan kami
dah nak bertunang. Tak lama lagi Mia dah jadi isteri saya. Dah jadi
tanggungjawab saya. Saya balik dululah auntie. Apa-apa call saya ya.”
Jelas perbualan mama dengan seorang
lelaki pada pendengaran Mia Qistina. Dia sudah sedar namun apabila mendengar
perbualan tersebut, niat untuk membuka matanya terbantut. Dia tertanya-tanya
siapakah lelaki yang berborak dengan mamanya. Mungkinkah itu bakal suaminya?
Tetapi dia cukup mengenali suara itu.
‘Tak
Mungkin!!’ Jerit hati kecilnya. Dia baru teringat, dia pulang ke rumah bersama
‘Iqaan’. Dalam perjalanan tadi, dia tertidur. Mia Qistina yakin, Iqaan sudah
tentu Ikhwan, bakal menantu kesayangan mamanya. Dia harus mencari tahu.
“Mia dah sedar?”soal Puan Maisarah
setelah melihat anak gadisnya itu membuka mata. Ubun-ubun Mia Qistina disentuh,
risau jika suhunya meningkat lagi.
“Dah
ma. Siapa hantar Mia balik,ma?” soal Mia Qistina menginginkan kepastian.
“Iwan
lah Mia. Siapa lagi. Nasib baik dia ada dengan kamu. Dah tahu diri tu mudah
sakit, pergi main air tu kenapa? Cari penyakit betul Mia ni,” bebel Puan
Maisarah.
Sah!
Iwan yang dimaksudkan oleh mamanya pasti Iqaan. Mia Qistina merasakan seolah
dirinya dipermainkan. Kenapa Iqaan tidak pernah menceritakan siapa sebenar
dirinya? Kenapa Iqaan harus membohonginya? Soalan demi soalan menerjah akal
fikirannya.
Sebaik sahaja Puan Maisarah keluar
dari biliknya, jari jemari runcing Mia Qistina mendail nombor Ikhwan Iqaan.
Hanya beberapa deringan sahaja, suara Ikhwan Iqaan sudah dicorong telefon.
“Hai
Mia! Awak okay tak? Demam lagi? Saya hantar awak kat rumah tadi. Tapi, awak
jangan risau. Saya dah bagitahu saya cuma membantu awak. Saya tak nak mama awak
salah faham pulak tentang saya.” Mia Qistina kian membahang. Kenapa harus dia
membohonginya dan menyamar sebegitu rupa? Permainan apa yang dia mainkan
sebenarnya?
“Hello
Mia. Are you there?”
“Iya..
Iya.. Okay. Thanks. Awak dah sampai
rumah ke?” Mia Qistina mengikut rentak permainan.
“Yup.
Saya baru sampai. Rindu saya ke?” usik Ikhwan Iqaan pula.
“
Banyaklah awak punya rindu. Okay lah. Mama saya dah masuk ni. Nanti apa pulak
dia kata kalau saya bercakap dengan lelaki lain. Assalamualaikum!” sempat Mia
Qistina menyindir lelaki itu.
best......
ReplyDelete