Sunday, June 16, 2013

Hakikat KuCintaimu Bab 8

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab
8
            Peristiwa di Mc Donald semalam berlegar-legar di kotak minda Ikhwan Iqaan. Senyum dan gelak tawa Mia Qistina menjadi melodi yang menenangkan hatinya. Tiap saat peristiwa itu tak lekang daripada ingatannya dan tiap kali itu dia tersenyum sendiri. Berjaya juga dia usaikan sikap hambar Mia Qistina pada awal pertemuannya semalam. Sejujurnya dia tidak pernah sebahagia itu. Selepas bercanda di Mc Donald, mereka berdua berlegar-legar di sekitar megamall itu dan dia menuruti Mia Qistina yang sempat singgah ke butik berjenama Guess. Beg tangan berwarna hijau lembut menggamit perhatian tunangnya. Lama juga Mia Qistina membelek-belek beg tangan itu tetapi apabila dia melihat harganya, terus beg itu diletakkan kembali.

“Kalau berkenan, kenapa tak beli?” soalnya pada Mia Qistina.

“ Nak beli dengan apa? Nanti tunggu kerja dululah. Lainlah kalau awak nak belanja,” balas Mia Qistina lalu bergerak keluar daripada butik tersebut.

“Nanti saya belanja letak atas dulang okay.” Tika dia menghabiskan kata itu, Mia Qistina memandangnya dengan renungan yang cukup tajam. Tersedar akan keterlajunran katanya, dia cepat-cepat mengubah topik tetapi Mia Qistina tampak agak sepi berbanding sebelumnya.

            Ikhwan Iqaan mengeluh. Dia merencana untuk memberitahu Mia Qistina tentang siapa dirinya yang sebenar namun ada gentar dibenaknya. Dia khuatir Mia Qistina akan naik darah dan tidak dapat menerimanya sebagai suami. Satu sudut yang lain, dia merasakan tidak penting untuk memikirkan perasaan Mia Qistina kerana mereka berdua tetap akan berkahwin kerana itu adalah paksaan oleh kedua belah pihak. Kepalanya kusut. Semakin hari dia semakin tersepit dek rancangannya dulu.

            “ Bro, apa yang kau menungkan? Nak kahwin pun muka macam kucing hilang anak.” Sapaan Faiz mengejutkan Ikhwan Iqaan dan dia hanya mengeluh panjang.

Satu kerja pejabat pun tak dapat diselesaikan. Nasib baik dia merupakan CEO syarikat tersebut setelah arwah papa nya meninggal dunia setahun yang lepas.

“Bro, kau ni kenapa? Apa masalah kau? Aku tengok asyik termenung je. Kau ingatkan tunang kau atau si Izura?” Ikhwan Iqaan tersentak mendengar nama yang telah lama terkubur disebut kembali. Faiz yang menyedari kesilapan dan kelancangan mulutnya tertunduk.

“Aku mintak maaf.”Perlahan suara Faiz memohon maaf.

            Izura. Seorang gadis yang telah berjaya memikat hatinya sewaktu belajar di universiti dulu. Seorang gadis yang pandai membawa diri walaupun berasal dari keluarga yang serba kekurangan. Seorang gadis yang tidak mengambil kesempatan atas kemewahan yang dimiliki. Empat tahun menjalin cinta, gadis itu menghilangkan diri dan tidak dapat dijejaki. Kehilangan itu membuat Ikhwan Iqaan hilang arah dan menutup hatinya untuk mencintai dan dicintai.

            Sebaik sahaja Faiz keluar dari biliknya, Ikhwan Iqaan merenung sekeping gambar yang menggamit rindunya kepada gadis yang manja dan periang itu. ‘Mampukah aku mencintai Mia Qistina seperti aku mencintaimu,Zu?’

            Nada dering telefon bimbitnya membawa Ikhwan Iqaan kembali ke alam realiti. ‘Mia Qistina!’

“Assalamualaikum. Iqaan,awak sibuk ke?”

“Waalaikumsalam,Mia. Tak ada lah sibuk sangat. Kenapa Mia. Rindu saya ke?” usik Ikhwan Iqaan namun rasa hairan terbit mengapa Mia Qistina tiba-tiba sahaja menghubunginya.

“Boleh saya jumpa awak sekejap lagi? Around 12?”serius suara Mia Qistina.

“Ok. Tak ada masalah. I’ll pick you at home.”

“Ok. See you. Bye.” Mia Qistina memutuskan talian.
            Perangai Mia Qistina agak luar biasa bagi Ikhwa Iqaan. Kebiasaannya Mia Qistina tidak akan membenarkan dia menjemput dan menghantarnya pulang ke rumah kerana bimbang akan dileteri Puan Maisarah dan Encik Qairul.

“Mia dah tahu ke siapa aku?”tebak Ikhwan Iqaan.
***

            “ Hai Mia,”sapa Ikhwan Iqaan sebaik sahaja Mia Qistina membolos masuk ke dalam perut keretanya. Muka Mia Qistina tegang sekali.

“Kita nak lunch kat mana?”soal Ikhwan Iqaan lagi.

“ Ikut awak lah. Saya tak kisah.” Dingin sahaja nada suara Mia Qistina. Semalaman dia memikirkan soal hubungannya dengan Ikhwan Iqaan. Peristiwa di Mid Valley Megamall membuat dia makin tidak senang duduk. Lakonan mereka harus ditamatkan. Rahsia perlu dibongkarkan. Perkahwinan mereka cuma empat hari saja lagi.

            Sepi menemani perjalanan mereka. Ikhwan Iqaan akhirnya memilih One World Hotel sebagai tempat makan tengah hari mereka. Di situlah tempat sepatutnya dia memperkenalkan dirinya sebagai bakal tunang Mia Qistina dan hari ini dia akan menerangkan semuanya pada Mia Qistina. Kekusutan harus dileraikan secepat yang mungkin dan dia bersedia menerima segala risiko tetapi dia yakin, perkahwinan mereka tetap akan berjalan dengan lancar.

            Sebaik melangkah masuk ke restoran hotel bertaraf lima bintang itu, Ikhwan Iqaan memilih meja di satu sudut yang agak terlindung. Setelah membuat pesanan, Ikhwan Iqaan memerhati bakal isterinya.

‘Mia cantik. Jauh lebih cantik daripada Izura. Arg! Kenapa harus aku bandingkan mereka berdua?’bisik hatinya. Setiap kali pertemuan mereka, hati dia tak bosan memuji Mia Qistina

“Iqaan, saya ada hal nak cakap dengan awak. Tentang kita.” Mia Qistina memecah benteng sepi yang tercipta sedari tadi. Bulat matanya merenung Ikhwan Iqaan berbekalkan kekuatan yang dia kumpulkan sejak malam semalam.

“Siapa awak sebenarnya?” soalan Mia Qistina membuat Ikhwan Iqaan terkedu.

“Awak ke Iwan? Bakal suami saya merangkap tunang saya?” soal Mia Qistina lagi.

 Tajam mata bulat itu merenung tunang di hadapannya. Dia sudah mengetahui nama sebenar lelaki di hadapannya ketika membaca kad perkahwinan yang selama ini tidak diendahkan.

“Mia, awak dah tahu?” Itu sahaja yang mampu Ikhwan Iqaan ungkapkan.

“Dah lama saya tahu. Before our engagement day lagi. The day that you sent me home from PD. Saya dengar awak cakap dengan mama.”

Ikhwan Iqaan diam. Tidak tahu bagaimana harus diterangkan.

“Awak ni sejak bila pulak bisu ni? Saya nak tahu kenapa awak tipu saya? Kenapa awak tak ceritakan perkara sebenar? Awak saja nak uji saya ke apa?” Mia Qistina sudah tidak mampu membendung kemarahannya.

“Saya pun tak tahu kenapa. Saya pun tak sangka awak yang akan jadi isteri saya.”

“ Tu je yang awak boleh cakap? Isk.. Saya betul-betul tak faham dengan awak. Dahla. Saya pening nak fikir semua ni. Jumaat ini kita akan kahwin. Saya nak tahu awak memang setuju ke dengan perkahwinan ni?”

“Tak. Saya sama jugak seperti awak. Saya hanya mengikut kehendak ibu saya.”

“Awak langsung tak cinta kan saya?” terpancul soalan itu keluar dari mulut Mia Qistina. Ikhwan Iqaan ketawa sinis.

“ What? Cintakan awak? Jangan nak perasan la Mia. As I said, saya terpaksa. Please don’t say that you love me.” Rona wajah Mia Qistina berubah. Sinis sungguh ayat lelaki itu. Ikhwan Iqaan sedar akan kelancangan mulutnya. Entah mengapa ringan sahaja ayat itu meniti dibibirnya. Sememangnya apabila bercakap soal cinta, Ikhwan Iqaan seolah-olah  tawar hati.

“Hmm. Well, berlagaknya Mr Iqaan. Untuk pengetahuan awak, sikit pun rasa cinta tak ada untuk awak. Bagi saya, awak seorang lelaki yang lemah sebab awak tak dapat menolak atau menghalang perkahwinan ini daripada berlangsung.” Intonasi suara Mia Qistina meninggi.

“Ha..Ha..Ha.. Saya bukan seorang lelaki yang lemah Miss Mia. Saya hanya ingin memuaskan hati ibu saya. Tak salah kalau saya kahwin dengan awak. Saya masih boleh berkahwin dengan wanita lain. Awak lupa yang saya masih boleh menikahi tiga orang wanita lagi selepas sahaja saya menikahi awak? Awak jangan ingat saya terhegeh-hegeh nakkan awak okay. Semua kebaikan yang saya lakukan sebelum ini cuma untuk menguji sejauh mana awak menjaga maruah dan diri awak yang bakal bergelar seorang isteri.” Ego Ikhwan Iqaan seolah tercabar membuat dirinya tega mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

 “What do you mean?” soal Mia Qistina tegas.

“ Well, as I said, saya nak tahu sejauh mana ‘Bakal Isteri’ saya menjaga maruahnya atau pergaulannya dengan lelaki lain. Faham?” Ikhwan Iqaan sengaja menekan intonasi suaranya apabila menyebut perkataan bakal isteri itu.

“Hey! Awak ingat saya apa? Tak pandai jaga maruah diri? Awak ni gila tahu tak? I want you to know and please hear it properly, Mr Iqaan. Eventhough we’ll getting married this Friday, the tittle ‘Husband’ is just on a paper and in front of our family. That’s  it! Assalamualaikum!” Mia Qistina sudah bengang apabila maruahnya seolah-olah diinjak-injak. Dia lantas meninggalkan Ikhwan Iqaan sebaik sahaja menghabiskan bait bicaranya. Ikhwan Iqaan pula terpaku mendengar keputusan yang dibuat Mia Qistina.

***
            “Mia, kenapa ni? Termenung je abang tengok. Tak elok macam ni. Tinggal berapa hari lagi hari pernikahan Mia,” tegur Muhammad Qayyum tatkala melihat Mia Qistina termenung di taman rumahnya. Mia Qistina mengeluh panjang.

“Kenapa ni? Mengeluh pulak dia. Cuba cerita kat abang,” pujuk Muhammad Qayyum lagi.

“Entahlah abang. Kenapa Mia kena kahwin dengan dia?” terpacul soalan itu dari bibir manis Mia Qistina. Muhammad Qayyum menggenggam tangan adiknya seolah menyalurkan sedikit kekuatan.

“Adik sayang, jodoh kita dah tertulis sejak kita berada dalam kandungan lagi. Kita tak dapat nak tolak tu semua,dik. Dengan siapa jodoh kita, itu tak penting. Yang penting, kita kena yakin dengan ketentuan yang sudah tertulis. Dia Maha Mengetahui. Dia tidak akan salah dalam menentukan pelengkap hidup kita. Dia juga Maha Penyayang. Dia tidak akan membebankan dengan perkara yang kita tidak mampu. Ingat tu, Mia Qistina. Abang masuk dulu. Jangan lama-lama kat luar ni. Sejuk. Nanti sakit pulak,” pesan Muhammad Qayyum.

1 comment: