Bab
5
Keadaan
dewan kuliah kian lengang. Para pelajar mula mengosongkan dewan kuliah sebaik
syarahan tamat. Cuma aku sahaja yang dihalang keluar dari dewan oleh Asyfar. Sudah
tiga kali termasuk hari ini aku dihalang keluar dari dewan kuliah selepas tamat
waktu kelasnya gara-gara tugasan yang aku hantar padanya tidak lengkap.
Sejujurnya
aku musykil perihal itu kerana aku ingat benar, sebelum aku menghantar tugasan
itu, aku sudah pastikan semua isi kandungannya lengkap dan tidak ada satu pun
tercicir namun ketika Asyfar mengembalikan tugasan itu padaku untuk kali
pertama dan kedua, kesalahannya lebih kurang sama.
Sejurus
dewan kuliah kosong, Asyfar memanggil aku ke mejanya. Dengan penuh debar, aku
menghampiri Asyfar. Aku tidak putus-putus berdoa agak tugasan yang masuk kali
ketiga aku hantar itu tidak ada cacat celanya lagi.
Asyfar
mengeluh kuat seraya mencampakkan tugasanku.
Bahuku terhinjut sedikit dek terkejut dengan tindakan Asyfar itu.
“What’s
your problem, Eisya? Kenapa awak ulang dan ulang benda sama? Awak tambah point
itu, awak buang point satu lagi. Graf yang saya mintak awak masukkan pun tak
ada. Appendix yang saya mintak tak ada. Refferences yang awak bagi tu apa?
Rubbish tahu tak? Awak ingat saya tak check link rujukan yang awak bagi tu?
Awak nak saya bagi awak peluang berapa kali lagi?” Asyfar mula menghamburkan
perasaannya.
Aku
menunduk sambil tangan membelek-belek helaian yang dimaksudkan dan ternyata isi
kandungannya juga ada yang tercicir . Tidak seperti yang aku siapkan sebelum
ini.
“Sir..
Ini bukan kerja saya. Saya dah lengkapkan semuanya, Sir. Kalau Sir tak percaya,
Sir boleh tanya Aisyah,”belaku. Kali ini aku tidak boleh berdiam diri lagi. Aku
yakin ada yang mengubah hasil penat lelah aku.
Asyfar
merenung aku tajam. Mukanya yang putih, bertukar merah. “ Jadi sekarang awak
nak kata saya sengaja buat semua ni?”
“Eh,
tak sir. Bukan itu yang saya maksudkan. Saya tak kata Sir tapi mungkin pelajar
lain.”
“Awak
hantar sendiri assignment ni kan?” soal Asyfar.
Aku
mengangguk.
“On
my table?”
Aku
mengangguk buat kali kedua.
“So,
awak syak ada orang curi assignment awak dari meja saya?”
“Saya
tak pasti, Sir tapi kebarangkalian tu ada sebab setiap kali saya letak
assignment ni, Sir tak ada. Macam semalam, Sir cuti. Jadi saya letakkan saja di
atas meja Sir. Kalau sekali dua, saya masih boleh terima silap saya, Sir tapi
masuk kali ketiga, saya yakin dengan apa yang saya buat,”terangku meminta ihsan
daripada Asyfar.
“I
can’t accept it. Tak pernah selama saya mengajar, jadi macam ni. Awak ingat apa
yang saya kata pada awak dua hari lepas?”
Aku
diam dan lambat-lambat aku mengiyakan. Dua hari lepas Asyfar memberi amaran
pada aku bahawa jika aku tidak menyiapkan tugasan itu dengan sempurna, markah
untuk tugasan aku akan dipotong seratus peratus dan peluang untuk aku mengambil
ujian semester akhir tidak lama lagi berkecai. Ini kerana polisi kolej aku,
setiap pelajar perlu sekurang-kurangnya mendapat separuh daripada markah carrymark untuk menduduki peperiksaan.
“Sir,
saya merayu Sir. Jangan barred saya. Ini
final semester saya. Saya boleh buktikan yang saya kena aniaya, Sir. Semuanya
ada dalam laptop, saya.”
“Kalau
betul awak rasa kena sabotaj, kenapa dari awal awak tak tunjukkan bukti tu pada
saya?” Asyfar seakan sudah bulat dengan keputusannya.
Aku
akui itu silap aku kerana tidak memaklumkan lebih awal tentang hal itu. Tika
itu aku fikir, mungkin muka surat itu tercicir
semasa dicetak.
“I
really can’t accept your excuse. Mentang-mentang saya buat baik dengan awak,
awak pijak kepala saya. You’ll take it for granted, Eisya. Awak main-main bila
saya suruh awak baiki kerja awak ni kan? Awak patut gunakan peluang yang saya
berikan ni dengan baik tapi awak sia-siakan. Even saya ugut awak pun, awak
hantar benda macam ni pada saya. Awak ingat saya takkan buat, Eisya?” tokok
Asyfar dan buat pertama kali nadanya meninggi memearahi aku.
“Sir..”
“Enough,
Eisya. Awak fikirlah markah tests and quizzes awak tu cukup ke tak untuk awak
masuk exam. Kalau awak rasa tak cukup, tak payah datang kelas saya lagi. Saya
tak suka pelajar yang ambil kesempatan atas kebaikan saya,” ujar Asyfar tegas.
Dia ligat mengemas barang-barangnya tanpa sedikit pun melihat aku.
“Sir..
I need to attend the exam. It’s my last semester, Sir. Let me prove it to you.”
Aku tidak dapat menghalang air mataku
daripada merembes keluar lagi. Ini berkaitan dengan masa depan aku. Ini
semester akhir aku. Jika benar ini silap aku, aku terima tetapi aku yakin, aku
berada di pihak yang benar. Tidak adil jika aku dihukum tanpa memberi peluang
aku membela diri.
“Awak
tak payah nak berdrama depan saya,
Eisya. Keputusan saya muktamad. Walaupun saya baik dengan awak sebelum ni, tak
bermakna saya boleh butakan mata saya tentang ini.”
Aku
mencapai lengan Asyfar, menyekat dia daripada meninggalkan aku. “Sir, saya
merayu. Sekurang-kurangnya bagi peluang saya tunjukkan bukti pada Sir terlebih
dahulu. Tak adail Sir hukum saya macam ni. Sekalipun Sir baik dengan saya, tu
bukan tiket untuk saya buat apa saja yang saya suka. Saya tahu kedudukan saya
sebagai seorang pelajar. Tolong, Sir.”
Asyfar
merentap tangannya kuat. “ Peluang yang saya berikan pada awak sudah cukup,
Eisya. Saya kena adil pada pelajar lain. Saya pergi dulu.”
Ayat
terakhir Asyfar itu membuat aku terduduk. Asyfar tetap tegar dengan
kata-katanya. Luluh hati hati aku. Terbang melayang semua semangat aku terkenangkan
aku tidak dapat menamatkan semester akhir tepat pada masanya semata-mata kerana
subjek ini. Siapalah dalang yang sanggup mengenakan aku sehingga ke tahap ini.
***
“Eisya! Bangun, Eisya. Lekas tengok
apa aku jumpa ni,beb.” Aisyah yang baru pulang dari makan malam menggoncang
tubuh aku kuat.
Aku
memisat-misat mata. Entah apalah yang Aisyah hendak tunjukkan pada aku. Hendak
kata aku ada kirimkan makanan, tak ada pula. Memang selera aku mati malam itu.
Sibuk terkenangkan nasib yang menimpa diri.
“Apa
dia?”soalku malas.
“Bangunlah.
Aku nak tunjuk benda ni.” Aisyah menari tangan aku agar aku duduk pada posisi
yang lebih elok.
Aku
meraup mukaku dan bangkit bersila. “Apa dia? Aku mengantuklah,” rungutku pada
Aisyah.
“
Kau tak payah nak mengantuk sangat. Aku jumpa ni kat meja belajar Katty.”
Mata
aku yang lebih kurang lima watt sekejap tadi, serta merta berubah cerah apabila
Aisyah menghulurkan helaian-helaian kertas yang sangat aku kenali. Hasil kerja
aku. Isi kandungan tugasan aku yang selama ini hilang.
“Macam
mana benda ni ada kat meja Katty? Kau jangan kata dia yang ambik, Icah,”
tuturku tidak percaya Katty sanggup mengenakan aku sebegitu rupa walhal aku dan
dia tidak pernah ada sebarang masalah. Tak pernah sekali pun aku mengganggu
dia. Dia dengan geng dia, dan aku pula dengan hal aku. Jika benar, apa motif
Katty sebenarnya?
“Dah
ada atas meja dia. Kerja siapa lagi. Itu untung Allah gerakkan hati aku
belek-belek meja dia masa aku tunggu Maya siap-siap nak turun makan tu. Aku
tanya Maya, dia kata dia tak pernah jenguk meja perempuan tu. Malas nak ambil
pusing hal dia,” cerita Aisyah bersungguh.
“So,
apa kau nak buat?” tambah Aisyah lagi.
“Agak-agak
kalau aku tunjuk pada Sir Asyfar, dia terima tak, Icah?” Aku meminta pendapat
Aisyah. Padanya aku ceritakan segalanya perihal perjumpaan aku dengan Asyfar
siang tadi.
“Aku rasa dia terima, Eisya. Kau cuba je dulu.
Benda dah terbukti. Bukan sengaja kau buat cerita.”
“Huh.
Entahla, Icah. Hati aku ni kuat kata dia tak terima tapi tak apa. Belum cuba,
belum tahukan. Kalau dia tak terima, aku kena pergi jumpa course leader lah.
Aku mana boleh diam je. Ini masa depan aku. Gila kot kalau aku nak kena extend
satu semester gara-gara subjek dia ni.”
“Ha!
Ini baru bestfriend aku. Semangat. Ini tak. Lemau je. Aku doakan, Sir Asyfar
yang kacak bergaya, pujaan hati kau tu terima bukti ni dan kau boleh grad
sekali dengan aku. InsyaAllah. Aminn.”
Aisyah
meraup mukanya ala-ala mengaminkan doa dan aku aku juga turut sama meraup
mukaku. Tak sabar menanti hari esok. ‘Stand for my right!’ desis hati kecil aku
bersemangat.
No comments:
Post a Comment