Bab
4
Tepat jam tujuh setengah pagi, aku
menyarung tracksuit berwarna merah jambu ke tubuhku. Bersedia untuk menjalankan
rutin hujung minggu. Aisyah masih berselimut-litup. Sebaik sahaja solat Subuh,
dia terus menyambung tidurnya dan kebiasaannya, jam sebelas pagi baru anak dara
yang seorang itu kembali melihat dunia.
“Icah, aku nak keluar jogging kejap
ni. Kau nak kirim apa-apa tak?” soalku ingin mengambil pesanan untuk sarapan
pagi kami nanti.
“Erm. Kau dah sihat ke?” Aisyah yang
masih dengan mata tertutup kembali menyoalku.
“Dah. Kau nak kirim apa ni? Aku rasa
nak singgah Mc Donald depan tu. Nak jogging jauh sikit hari ni.”
“Kau beli macam biasa. Nanti aku
bayar,” ujar Aisyah lantas menarik bantal melitupi mukanya.
Aku mencapai not merah bernilai tiga
puluh ringgit serta telefon bimbit aku lalu dimasukkan ke dalam kocek seluar
sebelum meneruskan agenda aku.
Aku menarik dan
menghebus nafas sekuat-kuatnya menghilangkan lelah di dada. Papan logo ‘M’
kepunyaan Mc Donald yang terletak tidak jauh dari kolej ku itu sudah kelihatan
semakin jelas menandakan hanya beberapa meter saja lagi aku akan tiba di sana.
Aku memperlahankan langkahku agar nafasku teratur semula. Kebiasaannya kedai
mamak di seberang jalan sana yang menjadi pilihan aku selepas berjogging tapi
hari ini sengaja mahu menukar selera.
Pon! Pon! Pon!
“Astaghfirullahalzim!” Aku mengurut
dadaku. Terkejut dengan bunyi nyaring hon yang tiba-tiba sahaja menyapa aku.
“Eisya, seorang aje? Awak nak ke
mana?” Sebaik cermin kereta yang berwarna agak gelap itu diturunkan, wajah
Asyfar terpancul dengan rambut yang terpacak seperti biasa dan kali ini cermin
mata hitam menambahkan lagi daya tarikan di wajahnya.
“Err.. Sir. Iya, sorang. Saya nak ke
Mc D,” jawabku. Gugup aku setiap kali bertemu dengan Asyfar belum juga hilang.
“La.. Saya pun nak ke Mc D. Jom saya
tumpangkan Eisya. Kita breakfast sama-sama,”pelawa Asyfar. Tangan kirinya di
depakan untuk membuka pintu tempat duduk bersebelahan dengannya untuk aku dari
dalam.
Aku menelan liur ku seteguk dua.
Aku? Sarapan pagi berdua dengan dia? Oh,
tidak. Jawabnya tak tertelan makanan dalam mulut aku ni. Nak mengunyah pun tak
mampu.
“Apa lagi yang dimenungkan tu?
Naiklah. Saya bukan nak culik awak,”senda Asyfar dengan sengihan lebar. Cermin mata
yang dipakainya dibuang dan tampak kedua belah matanya yang bercahaya itu turut
sama tersenyum.
‘Ya Allah, indahnya ciptaanMu.’
Sempat lagi hati kecil aku memuji keindahan ciptaan Tuhan yang terhidang di
depan mata.
“Eisya..” seruan Asyfar membawa aku
semula ke alam nyata.
“Sorry, Sir. Saya tak jadi ke Mc D.
Tiba-tiba rasa nak ke kedai mamak depan sana tu,”aku memberi alasan dengan
harapan aku terlepas daripada makan bersama Asyfar.
“Aik, tadi kata nak ke Mc D. Tak
apalah. Saya teman awak pergi kedai mamak jugak.”
Aku menepuk dahi. Baru ingat hendak
mengelak, tetapi taktik aku tidak menjadi.
“Ada nyamuk ke, Eisya?” soal Asyfar
disulami tawa halus. Aku tahu dia sedang menyindir aku.
“Ha’a. Nyamuk besar sangat. Okaylah,
Sir. Saya nak pergi kedai mamak tu. Saya rasa Sir elok ke Mc D aje. Kat sini
susah parking. Tu depan sana dah penuh. Takkan Sir nak parking kat sini. Kang
tak pasal-pasal kena saman. Saya pergi dulu. Bye Sir.” Aku melambaikan tangan
kananku seraya berlari kecil melintas jalan yang lengang tika itu untuk ke
kedai mamak. Asyfar aku biarkan begitu sahaja dan harapnya dia tidak mengekori
aku.
***
“Eisya, awak betul ke nak makan
sini?”
Saat mendengar suara itu, aku
menyembamkan muka ku ke meja beralaskan kedua belah lenganku untuk dua saat.
Nampaknya pensyarah muda yang seorang ini tetap berdegil untuk mengikuti aku.
“Hai, Sir. Buat apa kat sini?”
Soalan bodoh itu aku ajukan pada Asyfar yang masih berdiri dengan mata melilau
ke sana dan ke sini. Gaya dia seakan tidak berminat dengan kedai ini. Tidak
biasa kot makan di kedai-kedai mamak.
“Are you sure, you’re eating here?”
bisik Asyfar sebaik melabuhkan punggungnya ke keursi plastik berwarna biru.
“Ha’a. Kenapa,Sir? Ada masalah ke?”
“Awak dah check gred kedai ni? Awak
tak boleh pilih kedai sebarangan Eisya. It’s not good for your health. Perut
awak tu sensitif. Tak elok.”
Aku senyum. Betul tebakan aku.
Lelaki yang duduk di depan aku tidak biasa dengan kedai-kedai seperti ini.
“Saya dah biasa, Sir. Makanan kat
sini lagi sedap dari hotel tau,” ujarku dengan pinggan yang berisi roti canai
telur diangkat dan dihidu sejurus pelayan datang menghantar pesanan aku.
Asyfar menggeleng laju. Pinggan itu
ditarik dan diletakkan semula ke atas meja. “Eisya, awak tengok tak kuku
pelayan tadi. Hitam tahu tak. Itu pelayan. Kalau yang duk buat roti canai ni,
awak ada tengok? No.. No.. Jom ke Mc D.”
“Sir, tak baik berprasangka buruk.
Tukang masak mestilah bersih. Rugi ni tau. Takkan nak membazir?” Aku cuba
menyedapkan hati sendiri sebenarnya waktu itu supaya tidak termakan dengan
kata-kata Asyfar. Aku tak perasan pula dengan kuku pelayan tadi tetapi sekarang
pipi aku sudah agak kembang untuk menyentuh makanan itu.
“Dah-dah. I’ll pay and let’s go to
Mc D. Remember your promise, Nur Eisya Balqis?”
Aku mencemik. Faham benar dengan
intonasi lembut semacam apabila menyebut nama penuhku tika itu. Satu peringatan
dan juga paksaan supaya aku melunaskan janji aku jika rahsia tempoh hari tidak
mahu dibocorkan pada Madam Adibah. Hendak tak hendak, aku bangkit dan not lima
ringgit Aysfar di tinggalkan di atas
meja.
***
“Sausage Mc Muffin with hot milo...”
“..two
set Sausage Mc Muffin with hot milo,” pinta Asyfar yang tiba-tiba berdiri di
sebelahku ketika aku membuat pesanan.
Seingatku,
ketika aku melangkah masuk dan beratur untuk memesan makanan, Asyfar masih di
luar restoran sambil bercakap dengan seseorang di talian. Entah bila masa pula
lelaki itu berada di sampingku.
“Kalau
order tu, jangan untuk diri sendiri je. Don’t be selfish. Saya bawak awak ke
sini. Bukan suruh awak belanja pun. Saya yang bayar,” omel Asyfar.
Aku
menjungkitkan keningku. Lancang juga mulut Asyfar ini sampai boleh mengata aku
pentingkan diri.
“Amboi,
Sir. Saya bukan pentingkan diri tetapi saya tak tahu apa yang Sir nak makan.
Sir yang sibuk bergayut dengan makwe, nak salahkan saya pulak. Saya nak tanya
tak beranilah. Kang makwe Sir dengar, tak memasal saya kena serang nanti. Satu
lagi, saya bimbang jugak nak order. Mana
tahu Sir nak masuk cek kuku diaorang dulu ke,” balasku sinis.
“Ehem.
Kalau saya ada makwe, saya dah ajak dia datang teman saya sarapan sekerang ni.
Hmm. Ni awak yang teman saya, maknanya saya takde makwe atau senang-senang
awaklah jadi...”
“Saya
jadi makwe sir?” pantas aku memotong kata-katanya dengan mata yang membulat.
Asyfar
mengenyitkan mata kanannya padaku. Senyuman nakal terhias di bibirnya. “Laju
nampak? Tak habis saya cakap lagi. Teringin ke?”
Muka
aku merona merah. Rasa nak cubit-cubit mulut sendiri. Buat malu saja.
“One
more thing, boleh tak jangan panggil Sir kalau di luar uni? Gelilah saya. Rasa
macam tua kerepot,” ujar Asyfar sambil tangannya menghulurkan dua keping not
merah kepada gadis di hadapan kami.
Aku
menjuihkan bibir. ‘Memang anda sudah tua. Sedarlah diri tu sikit.’ Aku mengutuk
Asyfar dalam hati. Nak mengutuk terang-terang takut juga. Lagipula, rasa hormat
aku padanya sebagai seorang pensyarah masih dijaga.
“Sudah-sudah
mengutuk saya. Orang lain nak order pulak tu. Jom, Eisya sayang.”
Aku
rasa seperti mahu pitam apabila lembut saja dia mengajakku dan perkataan
‘sayang’ dipangkal namaku membuat aku terbang melayang. Apa kena dengan
pensyarah aku yang seorang ini. Kalau tak buat cik jantung aku terkena renjatan
elektrik tak boleh ke?
‘Nur
Eisya Balqis, ingat. Jangan mudah cair dengan kata-kata dia. Dia memang dah
biasa macam tu. Dia womaniser. WOMANISER,’ aku mengingatkan diri sendiri.
***
Dahiku berkerut seribu tatkala
menyelak beberapa helai muka surat yang kosong dan langsung tidak bercetak itu.
Aku yang tadinya gementar apabila Asyfar duduk di sebelah aku selepas mengambil
tugasan aku di keretanya tadi terus hilang. Fokusku kini tertumpu pada hasil
kerjaku yang mengundang seribu satu persoalan. Seingat aku, tugasan subjek Psychology itu
telah aku semak penuh teliti sebelum aku menyerahkannya dua hari lepas pada
Katty untuk diserahkan pada Asyfar.
“Kenapa boleh jadi macam ni, Eisya?
Three pages kosong. Lampiran tak lengkap. Kenapa ni?” tanya Asyfar lembut.
Aku menatap wajah Asyfar dan aku
mengangkat kedua belah bahuku. Aku pun tidak pasti mengapa. Kalaulah Asyfar
tidak menujukkan tugasan itu pada aku, jawabnya sampai bila-bila aku tidak tahu
tentang masalah ini. Mujurlah Asyfar baik hati dan tidak terus memotong markah
aku.
“Saya rasa dah lengkap.”
“Lengkap apa macam ni, Eisya? Macam
ni, saya bagi balik assignment awak ni. awak buat semula. Hantar pada saya pagi
Isnin nanti. Boleh? But please don’t tell anybody and remember, do it with your
full efforts. Kalau tak, saya bagi kosong. Faham?” tegas Asyfar serius.
“InsyaAllah,”jawabku pendek namunaku
masih belum berpuas hati dengan apa yang terbentang di depan mata aku sekarang.
“Nah, minum. Tak payah nak fikir
apa-apa lagi. Balik ni, terus siapkan kerja tu. Nanti letak atas meja saya.
Awak patu bersyukur tau sebab ada pensyarah yang handsome tapi baik hati macam
saya dan yang pasti saya bukan playboy okay?” ujar Asyfar. Sempat lagi tekan
lif, naik sendiri.
Aku sengih lebar. Tahu sangat dia
sedang menyindir aku sebenarnya. “Iya ke tak playboy? Tu budak-budak perempuan
suka sangat keliling Sir. Menyampah saya tengok.”
“Menyampah ke cemburu? By the way,
awak selalu intip saya ek? Tau-tau je budak-budak perempuan suka keliling
saya?”
“Ehem..”Aku membetulkan suara yang
tersekat di kerongkong. Terlepas cakap, terlanjur bicara, kan dah kena.
“No answer for that, Nur Eisya
Balqis? Tak mengapa. Kalau awak tak suka perempuan-perempuan dekat dengan saya,
awak temanlah saya sepanjang masa kat kolej tu. Sebaik saya sampai, awak
jemput saya di kereta, lepas tu ke mana
saya pergi awak ikut. Okay tak?”
Aku mencemik. “Tak kuasa saya. Bukan
kita ni awek atau isteri dia nak control-control.”
“Oh, iya ke? Nak up awak jadi awek
atau isteri saya boleh? Nak tengok jugak sejauh mana awak nak control saya?”
ujar Asyfar. Sebelah mata dikenyit dan senyuman nakal terukir.
Aku menutup mulut. Tergamam dengan
ayat itu. Walaupun aku mengagak Asyfar sedang bercanda, tetapi ianya mampu
memberi impak yang besar pada jiwa aku. Kata-kata Asyfar kebelakangan ini ada
saja yang buat aku tak senang duduk. Kalaulah pensyarah-pensyarah lain yang
berkata begitu, grenti aku aku cabut lari tak cukup tanah. Geli okay! Namun lain pula dengan Asyfar.
Andai berdiri tika itu, pasti lutut terasa longlai.
“Sir.. Saya balik dulu. Kawan saya
tunggu kat bilik. Mesti dia lapar. Thanks for the treat. Bye.” Aku mengangkat
punggungku. Seeloknya sebelum aku tangkap cintan dengan dia, aku harus pergi.
“Eisya, awak memang tak payah pakai
blusher. Your chicks are like pink roses. Sweet.”
Bicara Asyfar itu mengundang tindakan
rifleks aku apabila kedua belah telapak tangan aku melekap pada pipiku.
Kononnya hendak menutup rona pipi yang kemerahan tetapi sedar tak sedar aku
menambahkan lagi malu ku di depannya.
Asyfar
sakan ketawa hingga beberapa pelanggan di situ menoleh ke arah kami dan
akhirnya Asyfar mengangkat tangan meminta maaf pada mereka. Aku yang terasa
pipi sudah tebal sepuluh inci terus saja meninggalkan Asyfar.
x sabar tunggu pegang buku ni.
ReplyDelete