Friday, November 15, 2013

Bisakah Aku Kau Cintai Bab 6 & 7

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search


Bab 6

Seminggu telah berlalu, namun hatiku yang bengkak masih belum surut. Seperti biasa, ada saja kesilapanku yang dicari oleh Asyfar. Hari ini masuk hari ketiga aku tidak ke kelasnya. Aku sudah tidak mampu lagi menghadap mukanya selepas aku dimarahi dan dimalukan olehnya di hadapan rakan-rakan sekelasku Isnin lepas.
Manusia mana yang tidak sakit hati apabila nampak sahaja muka aku tercongok di dalam kelas, dia terus menyebut nama penuhku dengan suara yang agak meninggi. Satu kelas senyap seperti ada malaikat melintasi kelas kami. Bukan setakat itu, dia tanya pula kenapa aku berada di dalam kelasnya. Aku jawablah bahawa ini juga kelasku dan aku memang patut berada di situ. Dia yang agaknya panas hati dengan jawapan selambaku itu terus mengatakan bahawa dia telah barred aku daripada mengambil peperiksaan akhir nanti.
Dengan rasa tidak puas hati, aku bingkas bangun dan terus meninggalkan dewan kuliah tersebut walaupun dihalang oleh Icah. Bagiku, apa gunanya aku  ada di situ lagi. Air mata yang sudah bergenang dibirai mata kutahan sehinggalah tiba di bilik asramaku. Aku kemudian menangis teresak-esak diselangi cacian dan makian terhadap lelaki itu.
Ketika aku menunjukkan helaian-helaian tugasan yang Aisyah berikan pada aku, Asyfar tidak dapat menerimanya. Katanya, sukar untuk dia mempercayai aku malah dia mengatakan aku senang-senang mencetak helaian-helaian tersebut supaya dia menerima alasan aku. Aku turut sama mengheret Katty ke dalam hal ini tetapi Katty dengan lakonan mantapnya menidakkan kerja jahat itu. Kata-kata Aisyah juga tidak diterima oleh Asyfar. Sudahnya, aku menemui Puan Asnita, ketua jurusan aku untuk berbincang hal ini namun perbincangan kami sampai pada pengetahuan Asyfar dan kemarahan Asyfar padaku membuak-buak kerana kredibilitinya sebagai seorang pensyarah bagaikan tercabar.
            “Woi cik kak!” sergah Aisyah yang diiringi balingan bantal ke muka mengejutkan diriku. Aisyah ini memang nak kena sungguh. Balik kelas bukannya nak bagi salam.
“Apa woi-woi? Tak reti nak bagi salam ke?”
“Eh, kau tahu tak, aku bagi salam dekat sepuluh kali sampai nak tercabut anak tekak aku ni tau tak,”protes Aisyah yang sudah merebahkan badannya ke atas tilam.
“Lain kali, biar tercabut anak tekak tu baru berhenti bagi salam kat aku. Tau?”
“Gila. Biarlah tak pun. Aku sayang anak tekak aku ni. Weh, hari ni dah masuk sejuta kali Encik Lecturer kau tu tanya pasal kau. Dia suruh kau datang kelas. Rindu gamaknya,” beritahu Aisyah sambil memandang tepat ke mukaku.
“ Buang masa aja  aku nak pergi kelas. Dia dah barred aku kot. so, buat apa lagi? Icah, aku rasa aku nak quit,” kataku jujur. Aku rasa berhenti adalah cara paling baik untuk aku ketika ini. Aku tidak betah untuk menatap mukanya lagi semester depan.
Mata Aisyah membutang luas. Sebiji bantal lagi dibalingkan ke mukaku dan aku tidak sempat untuk mengelak.
“Kau jangan nak gila. Sebenarnya aku rasa dia tak barred kau. Dia saja je tu. Takkan kalau dia barred, dia nak kau pergi lagi kelas dia? Cuba kau fikir betul-betul.”
“Dia tu agaknya ada masalah mental, Icah. Kau tak ingat bagaimana dia marah aku dalam kelas? Disebabkan aku ni pergi bagitahu Puan Asnita, dia rasa ego dia tercabar. Aku malaslah nak bertekak dah dengan orang macam tu. Dia rasa dia ada kuasa, dia je ada maruah, dia nak hukum aku. Nak aku merayu ke apa lagi pada dia? Aku penat dah, Icah. Biar aje lah.”
“Ei.. Sabarlah. Cuba kau fikir. Nak barred ni bukan pakat suka je. Dia kena ada procedure dia. Selama ni ada kau ponteng kelas dia? Takkan? Ada kau fail test n kuiz? Lagilah tak. Siap high marks lagi. Lagi satu, kau fikir dengan withdraw macam ni, kau rasa kau tenang? Weh, kita final sem dah ni. Tak sampai dua bulan lagi kita nak final. Ni pulak bukan core subjek kita. Please Eisya. Kau nak sia-siakan CGPA kau yang memang tip-top tu? Kalau tak, kau pergi je jumpa orang atas, kau bagitahu masalah kau. Ni masa depan kau Eisya dan kau kena ingat family kau. Mak ayah kau. Please think it properly. Jangan ikut hati weh,”nasihat Aisyah panjang lebar.
Aku akui kebenaran nasihat yang diberikan Aisyah tetapi aku sudah putus asa gara-gara lelaki itu. Aku cuba untuk bertahan tetapi aku gagal. Aku benar-benar lemah. Kepala ku kusut. Aku merebahkan diriku. Tidak sampai sesaat aku menutup mata, telefon bimbitku pula berdering. Aku lekas menjawab panggilan daripada mama.
“Eisya, kamu ada kelas ke?” soal mama setelah menjawab salam yang kuberikan.  
“Tak ada ma. Kat bilik ni. Kenapa ma?” soalku cuak. Jarang mama menelefonku waktu sebegini. Ada apa-apakah?
“Eisya, boleh tak kamu balik malam ni? Esok cuti kan?”soal mama pula di hujung talian.
“Kenapa ma? Ada apa? Mama tak sihat ke? Ke ada apa-apa?” bertubi-tubi soalan ku ajukan pada mama. Mesti ada yang tidak kena kalau mama tiba-tiba saja menyuruh aku pulang.
“Hmm.. Papa kat CCU HUSM,” pendek jawapan mama.
“Astaghfirullahalzim? Bila ma? Papa kena heart attack ke?” Ma, papa macam mana sekarang? “ Aku sudah panik. Suaraku terketa-ketar. Setahuku CCU atau Coronary Care Unit merupakan wad di mana pesakit-pesakit jantung ditempatkan.
“Papa kena heart attack dua hari lepas. Keadaan papa masih tak stabil. Baliklah iya. Ambik flight malam ni, boleh? Ada duit lagi kan?” Sayu saja suara mama..
“Kenapa mama baru cakap kat Eisya? Sampai hati mama. Kalau apa-apa jadi kat papa,macam mana? Eisya pergi airport sekarang. Eisya akan ambik flight secepat yang mungkin.” Titis-titis air mata merembes keluar. Kenapa baru hari ini mama memaklumkan padaku? Ya Allah, Kau selamatkanlah papaku.
             Usai talian ditamatkan, aku bangkit dari pembaringanku dan terus bersiap-siap untuk ke lapangan terbang Subang. Aku perlu segera. Aku tidak mahu terlambat.
“Eisya, jawablah soalan aku. Papa kau macam mana? Kau nak balik sekarang ke?”Berkali-kali Aisyah mengajukan soalan itu kepadaku namun otakku masih kosong. Mulutku juga seakan digam.
Setelah Aisyah memegang dan menggocang bahuku, barulah aku menjawab soalannya.
“Lepas tu kau nak pergi airport dengan siapa ni?” soal Aisyah lagi.
“Kau boleh hantar aku?”
“Eisya, aku bukan tak nak hantar kau, tapi kereta aku tu, abang aku ambik semalam. Kau tak ingat?”
Oh iya! Kereta Myvi Aisyah dipinjam oleh abangnya semalam. Aku terduduk. Macam mana aku nak ke lapangan terbang ni? Ya Allah, Kau tunjukkanlah aku jalan. Sesungguhnya aku buntu.
“Kau nak aku call teksi?” Aisyah cuba mencari jalan penyelesaian.
Aku hanya mengangguk. Aku tidak langsung terfikir tentang itu.
“Eh, tak dapatlah Pakcik Joe tu. Uncle Tan pun tak boleh. Macam mana ni?”
“Biarlah. Aku keluarlah dulu. Tunggu kat bus stand tu mana tau ada teksi yang lalu.”
“Aku teman kau iya?” Aisyah mempelawa dirinya. Aku pantas menggeleng. Aku tak mahu susahkan Aisyah. Aku tak pasti bila aku akan kembali. Tambah lagi dengan masalah yang ada sekarang.
“Betul ni?” Aisyah inginkan kepastian.
“Iya, aku tak tahu bila balik sini. Nanti tak pasal-pasal kau ponteng kelas Isnin depan sebab aku. Kau take care. Aku pergi dulu.” Aisyah cepat-cepat memelukku. Aku menepuk bahunya lembut supaya dia tidak terlalu risau akan keadaanku.
“Take care. Apa-apa text aku, okay? Aku sayang kau,” luah Aisyah yang juga telah menitiskan air mata.
Aku ukir senyuman untuk Aisyah biarpun hambar seraya aku meninggalkannya dengan akal yang bercelaru, perasaan yang tidak menentu.
            Lima belas minit aku di tempat menunggu bas dan teksi, namun tiada satu kelibat teksi pun yang melalui jalan itu. Terduga amat. Dalam hati aku tidak berhenti berdoa agar ada mana-mana kenalanku melintas di hadapanku. Aku sanggup bayar berapa sahaja asalkan aku selamat tiba di lapangan terbang secepat yang mungkin. Hendak menahan kereta asing yang lalu-lalang di situ, tidak mungkin sama sekali. Manusia zaman sekarang, rambut sama hitam tetapi perangai mengalahkan syaitan.
            Bunyi hon yang ditekan berkali-kali membuat mataku melilau ke kanan dan kiri ku. Entah siapa pula yang menekan hon kuat gila. Naik pekak telinga aku. Sekali lagi hon dibunyikan. Aku mengalihkan pula mataku ke arah jalan bertentangan ku.  Patutlah bingit benar bunyinya. Asyfar rupanya. Alahai, apa lagi yang dia nak.
Tolonglah untuk sekali ini jangan tambahkan beban di kepalaku wahai Encik Asyfar. Aku menolehkan wajah ku ke kanan apabila dia sudah menuruni keretanya. Nampak gayanya dia akan menghampiriku.
“Assalamualaikum.” Sah! Itu suaranya. Aku berpura-pura tidak mendengarnya.
“Ehem.. Tak payah nak buat-buat pekak la Nur Eisya Balqis. Awak nak ke mana ni?” tokoknya.
            “Suka hati sayalah nak buat-buat pekak ke apa. Telinga saya. Please Encik Lecturer, saya malas nak bertekak. Banyak hal lagi saya nak fikir. Lagipun buat apa Sir ke sini? Saya tak nak orang kata saya ni ambil kesempatan ke apa pulak,” tempelakku kasar.
“Awak ni hangin satu badan kenapa? Dahlah. Jom saya hantar awak. Awak nak ke mana?” Airport ke?”
Aku mengangkat wajahku memandang tepat ke arahnya. Macam mana pula dia boleh tahu aku hendak ke sana? Patutkah aku menerima pelawaannya. Bukankah nanti aku akan menyusahkannya? Namun aku benar-benar terdesak.
“Nak ke tak ni?”
Aku mengalah. Aku harus ketepikan segala masalahku dengannya seketika. Aku kemudian mengikut jejaknya ke kereta. Sepanjang perjalanan itu, sepatah soalannya, sepatah aku jawab, dua patah ditanya, sepatah juga aku balas.
            “Assalamualaikum, adik. Akak on the way ke airport. Kenapa, dik?” Aku menjawab telefon daripada adik lelakiku, Hariz. Asyfar di sisi ku jeling. Dia khusyuk memandu.
“Kak, kalau boleh ambik tiket seawal yang boleh iya. Papa duk sibuk sebut nama akak. Papa nak jumpa akak sangat-sangat,” beritahu Hariz.
“Ye dik. Akak cuba, tolong jagakan papa untuk akak. Mintak papa tunggu akak. Akak nak jumpa papa. Tolong iya, dik,”rayuku yang sudah tersedu-sedan.
Asyfar yang agak terkejut dengan keadaanku memberhentikan kereta di bahu jalan. Dia menoleh ke arahku. Aku hanya tertunduk dan masih menangis.
“Eisya.. What’s wrong? Tell me, please,” pujuknya lembut. Tanganku dicapai dan digenggam erat. Aku membalas genggamannya. Aku harus mengambil secebis kekuatan daripadanya.
“Eisya.. Tell me, please,” tambahnya lagi. Kali ini dia menyentuh pipiku dan menarik lembut mukaku supaya memandangnya.
Aku hanya menggeleng. “Nothing. Boleh cepat tak?” 
“Bagitahu dulu kenapa, Eisya. I’m here. Please jangan macam ni. I’m really worried.”
“Papa sakit. Saya tak tahu sempat jumpa dia ke tidak. Tolong saya. Cepat drive saya ke airport. I need to meet him A.S.A.P. Please. I’m begging you.”
Asyfar membawaku ke dakapanya. Belakangku dielus-elus. “ Syy.. Stop crying,please. I can’t bear seeing you like this. Don’t worry. Insyaallah your dad will be okay.”
            Kala aku sudah peroleh sedikit ketenangan, Asyfar merungkai pelukan kami. Aku yang tersedar akan kesilapanku membalas pelukannya, mengalihkan mataku dari terus tertacap pada wajahnya. Asyfar memegang bahuku. Air mata yang berjurai diseka. Dia menyandarkanku pada seat kereta dan mengusap-usap kepalaku.
Tanpa kata, dia memecut padel minyak meredah kesibukan jalan raya menuju ke Subang. Walaupun aku membencinya, aku menolak kewujudannya, aku panjatkan kesyukuran kerana hari ini hadirnya meringankan bebanku, mengusir resahku biarpun sekelumit cuma.




Bab
 7

            Jam menunjukkan angka lima lima belas minit petang ketika aku tiba di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian. Mujurlah pesawat jam tiga setengah petang dari Subang masih ada kekosongan. Aku bergegas ke wad yang menempatkan papaku berada. Kelibat Hariz di hadapan wad meransang kelajuan langkahku.
“Dik,” seruku. Hariz menoleh ke arahku dan cepat-cepat menghampiriku. Tubuhku didakap erat.
“Dik, macam mana papa? Akak nak jumpa papa,” ujarku.
“Masuklah kak. Mama ada kat dalam. Papa dari tadi sebut nama akak,” maklum Hariz. Aku mengusap kepala adikku.
“Akak masuk dulu iya,” beritahuku lalu meninggalkan Hariz keseorangan.
            Lemah-longlai kakiku apabila melihat papa terbaring lesu di atas katil. Badannya dipenuhi wayar-wayar daripada alat bantuan yang digunakan. Mama yang sedang mengalunkan bacaan Yassin di sisi katil papa belum menyedari kehadiranku.
“Assalamualaikum, ma, pa,” ucapku menahan sendu.
Mama mengangkat wajahnya memandangku. Pantas dia bangkit menghampiriku. Sekali lagi tubuhku dipeluk. Tangisan tidak dapat lagi kubendung, begitu juga dengan mama.
“Ei..sya..,” suara papa yang tersekat-sekat menguraikan pelukan kami anak-beranak.
 Aku mendekati papa. Tangan papaku capai dan kukucup belakang telapak tangannya. Papa benar-benar tidak berdaya. Ya Allah, Kau sembuhkanlah papaku. Itu sahaja yang mampu aku pinta.
“Pa, Eisya kat sini. Maafkan Eisya sebab baru sekarang datang jenguk papa. Eisya mintak maaf. Eisya sayang papa. Papa cepat sembuh iya,”rintihku sambil mencium-cium tangan papa berkali-kali.
“Tak apa.. Eis..Sya jjangan rrisaukan pa..pa. Eis.. Sya, ssiapa ni?”
“Assalamualaikum,pakcik. Macam mana keadaan pakcik?”
Belum sempat aku menjawab soalan papa, suara lelaki yang tidak asing lagi padaku kedengaran menyapa papa. Susuk tubuh lelaki itu mendekati papa. Haruman Dolce Gabanna menyengat hidungku, Sah! Asyfar. Aku terlupa bahawa Asyfar sebenarnya bersamaku. Dia berkeras untuk menemaniku pulang ke Kota Bharu malah aku ke sini juga menaiki kereta yang disewanya di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra setibanya kami tadi. Patutlah Hariz dan mama pelik saja melihatku. Kenapalah mereka berdua membisu.
“I’m sorry. Saya tak ingat Sir ada,” ungkapku kepada Asyfar.  
“Pa, ni Sir Asyfar. Lecturer Eisya. Dia hantar Eisya ke airport lepas tu dia berkeras jugak nak melawat papa. Eisya harap mama papa tak kisah iya,” jelasku pula kepada mama dan papa.
Papa hanya mengangguk. Mama pula tersenyum.
“Maaflah Sir Asyfar. Eisya ni panik sangat sampai terlupa nak perkenalkan pensyarah dia ni. Terima kasih iya sebab susah-susah datang sini jenguk pakcik,”kata mama berbasi-basi.
“Eh, makcik. Tak ada apalah. Panggil Asyfar je, makcik. Saya risau jugak keadaan Eisya ni. Itu yang saya ikut sekali,” balas Asyfar ramah.
 “Eisya, papa nak cakap dengan Eisya tu. Mama dengan Asyfar keluar sekejap,” kata mama lalu menghilang di sebalik pintu bersama Asyfar.
Aku melentokkan kepalaku di katil papa dan tangannya ku genggam dan kucium lembut. Rambutku kemudian diusap-usap oleh papa. Sekali lagi aku menitiskan air mata. Hari ini entah berapa kali aku menangis. Tubir mata pun sudah terasa pedihnya.
“Ei..Sya..” seru papa.
Aku mengangkat kepalaku. Mataku bertentangan dengan mata papa. Renungan papa mengundang kegelisahan. Ada apa sebenarnya yang ingin disampaikannya?
“Ei.. sya.. Sebe..lum pa..pa ma..ti.. papa nnak Ei..sya kkah..win,” ungkap papa tersekat-sekat.
“What? Pa, apa papa merepek ni. Please jangan cakap macam ni,pa. Eisya tak suka.”
Terkejut sungguh aku dengan permintaan papa yang langsung tak masuk dek akal. Aku? Kahwin? Sekarang? Ya Allah. Tak mungkin. Dengan siapa? Siapa yang nakkan aku? Lupakah papa akan kisah silamku? Kisah silam yang hanya aku dan papa sahaja mengetahuinya, rahsia yang kami simpan ketat tanpa pengetahuan sesiapapun  termasuk mama.

***
           
Tidak berdaya aku melawan kudrat lelaki yang bertopengkan syaitan itu. Tanpa iman, nafsu binatang menguasai diri. Sudah jenuh aku merayu, sudah penat aku meronta, akhirnya kesucian ku diragut tanpa belas ihsan. Puas sungguh wajah lelaki itu. Setelah siap menyarung pakaian, aku ditinggalkan begitu sahaja di dalam semak. Bibir kugigit menahan esak dan tubuhku menggeletar ketakutan. Aku yang cuba bangkit untuk memungut pakaianku yang bertaburan tiba-tiba terhenti. Ada satu susuk tubuh menghampiriku. Wajahnya tidak dapat aku lihat. Aku menikus. Kedua belah lututku peluk erat.
“Syy.. Jangan menangis, Eisya. Saya ada kat sini,”ujar lelaki itu.
Aku menggeleng laju kepalaku. Aku takut. “Pergi! Jangan dekat dengan aku! Pergi!” jeritku deras dengan harapan agar lelaki itu menjauhiku.
“Jangan macam ni. Jangan takut, Eisya. Saya ada dengan awak. Saya takkan tinggalkan awak,” pujuk lelaki itu lagi seraya memeluk tubuhku.
“Tolong lepaskan aku! Tolong! Tolong, pa! Tolong Eisya, pa!”
            “Nur Eisya Balqis!”
Kelibat lelaki itu menghilang. Aku memandang sekeliling namun kabur. Siapa pula yang memanggil aku?
“Nur Eisya Balqis!” Sekali lagi nama penuhku diseru. Aku kenal suara itu. Aku yakin itu Asyfar. Aku ingin menjerit meminta pertolongan daripadanya namun suara ku tersekat.
“Wake up Nur Eisya Balqis!”
Suara yang bagai halilintar membuat mataku tak semena terbuka luas. Mulut ku ternganga apabila mataku disantap dengan wajah Asyfar yang cukup rapat sekali dengan wajahku. Aku pantas bangun dari pembaringanku. Aku tertidur di sofa rupanya. Aku raup mukaku. Syukur kerana tadinya hanya bayangan hitam dan bukan realiti. Iya, bayangan hitam yang pernah menghantuiku dulu.
“Awak ni kenapa? Tidur lagi Maghrib macam ni. Kan dah mengigau. Bangunlah. Anak dara apa macam ni jawabnya tak ada orang nak buat menantu tau,” bebel Asyfar.
Aku yang masih mamai cuma diam membisu, malas hendak membuka mulut. Kalau aku menjawab, pasti tak ada kesudahannya.
“Apa duk termenung lagi? Pergilah mandi, solat. Saya lapar ni. Macam ni ke awak layan VVIP macam saya ni?” tokok Asyfar lagi.
Aku mencemik. “Banyaklah cekodok VVIP Sir tu.”
“Memanglah saya VVIP. Sayakan bakal suami awak,”ujar Asyfar dengan matanya dikenyitkan kepadaku.
Jantungku seakan berhenti berdegup kala ungkapan bakal suami disebut. Masalah yang sememangnya membebaniku tika ini. Permintaan papa yang sungguh tak kuduga. Dengan siapa harus berkahwin? Persoalan itu tidak mampu papa jawab, apatah lagi aku yang masih belum bersedia untuk hal ini.
“Eisya sayang. Takkan nak abang gendong bawak ke toilet kot. Kalau nak, abang Asyfar tak kisah. Umpama orang kebulur disuapkan makananlah sayang oi,” galak Aysfar menyakat.
“Eiii.. Malas nak layan.” Geram benar aku dengan sikap Aysfar. Aku lantas meninggalkannya sendirian di ruang tv memandangkan Hariz berada di dalam bilik.
Usai solat Maghrib, aku memohon keampunan di atas tiap dosa yang telah aku lakukan, ku panjatkan harapan agar papa disembuhkan daripada segala penyakit, dan bantuan juga petunjuk ku pinta dari Nya agar masalah yang kutanggung ini dapat dileraikan dengan pertolonganNya Yang Maha Berkuasa.
Aku bingung teramat sangat dengan permintaan papa. Aku belum bersedia menjadi seorang isteri apatah lagi aku bukan gadis suci seperti gadis-gadis yang lain. Adakah lagi lelaki yang menginginkanku? Bagaimana reaksi Asyfar jika dia tahu aku bukan  gadis suci? Mungkinkah dia akan menjauhiku?
“Isk. Kenapa pulak Asyfar yang aku sibuk duk fikir ni?”
“Nur Eisya Balqis!”
Aku menepuk dahi. Asyfar dah mula memanggil. Aku cepat-cepat melipat telekung ku.
“Nur Eisya Balqis, saya lapar ni,” sambung Asyfar lagi di balik pintu.
Aku tersenyum. Kesian pula pada lelaki itu. Sejak tiba di Kota Bharu, mereka tidak menjamah sesuap makanan pun lagi. Kalau mama tahu, lebih sebakul aku dileterinya.
“Kak Eisya.. Buat apa tu? Jomlah keluar makan. Kita orang lapar sangat dah ni,”kini giliran Hariz pula memanggilku.

“Iya.. Kejap. Akak tengah bersiap ni. Tunggulah,”jeritku. Aku menyikat rambutku dan mengenakan sedikit solekan nipis. Aku menilik figuraku di cermin. Cukuplah sekadar memakai jeans dan dipadankan dengan t-shirt lengan panjang berwarna merah.


p/s: Hope u guys enjoy reading..Thinking of having a contest.So, Boleh ke grup saya juga iya for teasers.. Teasers and Entries may help u! (contest x decide lagi.. :p)

2 comments:

  1. Replies
    1. Insyaallah jika tiada halangan, hujung bulan ni atau awal bulan disember.. =)

      Delete