Bab
9
Bunyi ketukan di pintu bilik makin kuat.
Sedari tadi lagi suara Hariz kedengaran memanggil aku. Liat sungguh aku nak
bangun. Mengatuk teramat sangat. Itulah yang aku rasa. Selepas solat Subuh baru aku boleh melelapkan mata. Ini semua
gara-gara panahan asmara Asyfar. Panahan asmara ke? Memang panahan asmaralah
bila dua pasang mata ini bertaut.
Aku menyentuh bibirku. Mujurlah bibir aku tak
bertaut dengan bibir dia. Kalau tak, mati aku. Penangan Asyfar terlalu kuat.
Nasib baiklah tika perasaan kami bergejolak, aku terpandang seekor lipas di sinki.
Lari berterabur feeling aku yang
hadir kala itu. Bukan sahaja feeling yang lari, aku juga terus memanjat salah
satu kerusi meja makan dengan jeritan yang agak kuat dan tubuhku menggeletar.
Terbang rasa malu. Asyfar yang tiba-tiba saja terkejut dengan teriakanku terus
menghala pandangannya ke arah yang aku tunjukkan. Galak dia ketawakan aku.
Geram sungguh.
“Sir!!
Halau binatang tu. Cepat. Geli tahu tak,” jeritku terketar-ketar.
“Well,
malas. Awak berdirilah atas kerusi ni. Saya suka. Awak jangan turun tau, sebab
tadi saya nampak ada seekor lagi bawah meja,”balas Asyfar selamba.
“What?!
Tolong saya. Please. Saya nak masuk bilik. Tolonglah, saya merayu. Please,”
rayuku dengan linangan air mata. Aku dapat rasakan wajahku sudah tiada darah
yang mengalir. Pucat mengalahkan mayat mungkin.
“Saya
naik tidur dulu iya. Good night.” Asyfar melambai-lambai tangannya kepadaku
lantas bergerak keluar meninggalkanku sendirian. Kejam gila lelaki itu.
Tangisanku makin kuat dan setiap
kali aku nampak lipas itu bergerak, setiap kali itu aku akan menjerit. Ada juga
aku melaung memanggil Hariz tetapi budak seorang itu langsung tidak datang
menjenguknya. Tidur mati agaknya.
Dalam
masa itu sempat aku memerhati ke bawah, takut-takut ada seekor lipas lagi yang
dikatakan Asyfar menghampiriku. Aku lega. Aku nekad untuk turun walaupun aku
takut yang teramat sangat. Baru sebelah kakiku hendak memijak lantai, tak
semena aku ternampak sesuatu yang panjang dan halus berwarna hitam
bergerak-gerak di bawah kerusiku.
Tanpa
diduga, tindakan rifleksku menyebabkan daya imbangan badanku lemah, kerusi
tempat aku berdiri itu terjongket, suaraku tersekat di kerongkong dan mataku
sudah dipejamkan. Tidak mahu memikirkan apa yang bakal terjadi namun tubuhku
serasa terapung dan tidak jatuh ke lantai seolah ada sesuatu menampungku.
Aku
buka kelopak mataku seluasnya dan wajah yang tidak berperasaan itu merenungku
tajam. Aku hampir pitam apabila mendapati aku dicempungnya.
“Awak
ni. Kenapa over sangat Nur Eisya Balqis?!” tengkingan Asyfar bagaikan
halilintar memanah telingannya.
Aku
mencerlung. Panas benar hati aku. Sedap sahaja dia katakan aku over. Aku memang fobia dengan lipas. Dia
yang tinggalkan aku seorang diri, boleh pula menuduh aku bukan-bukan.
“Put
me down!” jerkahku.
Tajam
dia merenungku. “Fine, nak saya turunkan awak dekat lipas bawah ni?” soalnya
serius.
“No!
Tolonglah letak kat sebelah sana,” suaraku mula mengendur. Takut juga jika dia
betul menurunkanku berhampiran lipas itu.
Asyfar
menggeleng-geleng kepalanya. Mukanya tetap kelat. Aku juga cemberutkan mukaku.
“Kak Eisya!!!! Bangunlah!!!!!!”
jeritan kuat Hariz membawa memori semalam melayang begitu sahaja.
Aku
bangkit daripada pembaringanku dan terus ke pintu bilik. Selagi pintu ini tak
dibuka, selagi itu Hariz akan melalak depan pintu ini.
“Hah.
Nak apa? Kacau betul,” marahku tanpa melihat ke muka Hariz. Aku sibuk mengikat
sedikit rambutku yang berserabai.
“Awak
tak nak pergi hospital ke Eisya?”
Soalan
daripada suara itu membuat aku tersentak. Pantas aku mengangkat wajahku. Hariz
tersengih tetapi wajah yang satu tu serius teramat sangat.
“Er..
Nak. Nak. Tunggu kejap,” jawabku seraya menutup pintu bilikku tetapi ianya
cepat saja dihalang oleh Asyfar. Entah apa lagi yang dia mahu.
“Mandi
tu berus gigi elok. Mulut tu bau longkang. Muka tu cuci. Bertempek aje kat
mata. Geli menengok,”tuturnya serius lalu meninggalkanku. Tidak sempat aku
membalas. Hariz mengekek ketawa. Makin meluap darahku dan yang menjadi mangsa,
pintu bilik yang aku hempas sekuat hati.
***
Kondisi papa semakin stabil. Tidak
berhenti aku memanjatkan rasa syukur pada Dia Yang Satu. Pesanan doktor kami
sekeluarga pahatkan dalam ingatan. Katanya, papa tidak boleh tertekan, tidak
boleh membuat kerja berat dan pemakanannya harus dijaga. Doktor juga sempat
mengingatkan kami bahawa jika keadaan ini berulang lagi, peratusan untuk papa
pulih kembali amatlah tipis. Insyaallah, aku akan cuba menyenangkan hati papa
tapi satu hal itu yang mengganggu. Aku harap benar papa lupakan hal itu
memandangkan dia semakin pulih.
“Asyfar,
kamu balik hari ni ke? Esok kerjakan?” soal mama ketika kami bertiga ke kantin
temankan mama makan. Hariz di wad menjaga papa.
“
Saya rasa mungkin balik hari ni makcik. Keadaan pakcik pun dah semakin pulih,”
balas Aysfar. Aku memilih untuk membisu.
“Iyalah.
Pakcik tak ada apa-apa dah. Menyusahkan kamu aje berkejar ke sini. Terima kasih
banyak-banyak tengokkan Eisya ni. Makcik legalah sikit tahu dia ni berkawan
dengan siapa. Lagipun Asyfar ni pulak pensyarah dia. Boleh pantau dia. Apa-apa
bagitahulah makcik. Risau jugak makcik dia kat sana sorang-sorang. Maklumlah,
makcik ni ada dua orang anak aje,” tutur mama.
Aku
mencuit-cuit lengan mama. Mama ni, macamlah Asyfar penjaga aku.
“Kamu
ni apa cuit-cuit? Biarlah mama pesey kat
Asyfar ni. Eisya bukey buleh kiro,”
omel mama kurang senang. Keluar juga dialek Kelantannya. Mama selalu begitu.
Kalau membebel, terselitlah bahasa Kelantan jika tidak, bahasa Melayu standard
saja yang dia gunakan. Guru Bahasa Melayulah katakan dan sebab itulah aku tidak
kekok atau pelat berbahasa Melayu. Tak bau budu bak kata orang.
“
Eisya ni memang nakal sikit kat sana. Tapi makcik tak payah risau. Saya akan
jaga dia untuk makcik. Kalau dia nakal, saya report kat makcik iya,”kata Asyfar
sambil tersengih-sengih ke arahku.
Sempat
dia kenakan aku depan mama. Eii! Tensionnya mamat ni!
“Kamu
buatlah apa yang terbaik. Nak denda macam budak sekolah pun makcik tak kisah.
Asal jadi orang berguna.”
“Insyaallah, makcik. Eisya nak balik sekali ke
petang ni? Saya nak ambik tiket flight sekejap lagi.”
Dua
pasang mata tertumpu padaku. Aku serba-salah. Aku sebenarnya tidak terfikir
langsung untuk ke sana hari ini. Lagipun, esok aku hanya ada satu kelas saja,
itu pun sudah diharamkan untuk menduduki peperiksaan akhir. Kelas Sir Asyfar
itulah! Jadi apa gunannya aku ke sana petang ini. Baik aku ke sana esok. Belum
sempat aku menjawab, telefon bimbitku berdering. Nama Hariz tertera di skrin.
“Iya,
ada apa?” soalku.
“Papa
nak jumpa akak,” beritahu adikku.
Aku
mula rasa tidak sedap hati. “Kenapa? Papa sakit kuat pulak?”
“Tak.
Dia nak cakap dengan akak. Ada hal penting dia nak bincang dengan akak. Orang
pun tak tahu apa. Cepatlah.”
“Hmm.
Iyalah. Akak naik sekarang.” Aku menamatkan talian. Aku benar-benar gelisah.
Papa masih mahu membincangkan soal kahwin lagikah? Ya Allah, tolonglah aku. Aku
meraup-raup mukaku.
“Kenapa
Eisya?” soal mama yang sedari tadi hairan dengan keadaanku.
Aku
mengeluh. “Papa nak jumpa Eisya. Eisya naik dululah. Mama makan dulu. Biar Sir
Asyfar teman mama.” Lekas aku mencapai beg tangannku dan berlalu tanpa
memandang mama dan Asyfar. Hati aku tidak tenteram.
***
“But pa.. Eisya nak kahwin dengan
siapa?” Aku cuba mengawal emosi dan suaraku apabila teringatkan kondisi papa.
Hampir aku meninggikan suara tadi menunjukkan tanda protes.
“Eisya
tak ada calon ke? Papa tahu papa ni dah tak lama. Papa nak pastikan Eisya
kahwin. Kalau tak, hati papa tak tenang. Eisya tahukan kenapa. Eisya tak
sayangkan papa,” pujukan papa buat aku tersepit di tengah-tengah.
“Eisya
tak ada calon pa. Eisya takut nak bercinta. Eisya takut Eisya dikecewakan dan
mengecewakan. Eisya bukan gadis sempurna seperti yang diidamkan oleh setiap
lelaki,” menitis air mataku saat meluahkan rasa itu pada papa.
Papa
perlu faham apa yang aku rasa. Kejadian itu menyebabkan aku sukar untuk
menerima kehadiran lelaki. Bukan tiada yang mengayatku tetapi aku ketepikan
saja malah sampai sekarang Hilfi, pelajar jurusan Civil Engineering tahun akhir
sibuk memikatku sejak tahun pertama lagi, tidak juga aku layan. Hidupku seolah
ada satu dinding yang menghalang untuk aku menerima cinta mana-mana lelaki.
“Eisya,
papa faham. Tapi sampai bila? Eisya tak nak kahwin? Papa percaya, ada jodoh
untuk Eisya. Eisya tak boleh macam ni. Kalau macam tu, biar papa cari ajelah si
Mus tu. Biar dia kahwin dengan Eisya. Ni semua gara-gara dia.”
“Astaghfirullahalazim,
pa. Please. Papa sedar tak apa papa cakap?” Aku beristighfar panjang saat
mendengar cadangan papa yang langsung tak logik dek akal. Sanggup papa ingin
mengahwinkan aku dengan manusia yang bertopengkan syaitan tu?
“Mus
dah berubah dah pun Eisya. Dia ada jumpa papa. Minta maaf dengan papa. Dia nak
jumpa Eisya. Tapi Eisya tak ada. Eisya terima ajelah dia iya?” tanya papa
menggenggam jemariku.
Aku
menggeleng laju. Aku takkan serahkan diri aku lagi pada binatang seperti Mus.
Aku jijik. Aku benci dia seumur hidup aku.
“
No, pa. Eisya sendiri akan cari calonnya. Tak perlu papa kenenkan Eisya dengan
syaitan tu,” tegasku lalu menarik tanganku daripada pegangan papa dan aku terus
keluar tanpa pamitan.
Aku
nekad, aku takkan biarkan papa menjodohkan aku dengan Mus. Tak mungkin sama
sekali ianya terjadi.
No comments:
Post a Comment