Tuesday, November 19, 2013

Bisakah Aku Kau Cintai Bab 8

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab
8

            “Yela weh. Kau tak percaya sudah. Takkan aku nak bagi kau cakap dengan dia kot,” aku menyakinkan Aisyah tentang Asyfar yang menemaniku pulang ke Kota Bharu.
Awal-awal tadi, Aisyah sibuk bertanyakan kondisi papa, namun setelah aku katakan aku pulang bersama Asyfar, pensyarah ‘kesayangan’ kami, bertubi-tubi soalan diajukan kerana disangkanya aku menipu.  Sudah banyak kali aku mengulangi kata-kata yang sama tetapi Aisyah masih ragu-ragu.
“Kau biar betul. Ei. Bak aku cakap dengan dia. Cepatlah,” Aisyah mendesak.
Aku mengerling ke sisiku. Asyfar yang sedang memandu pulang selepas makan malam di Restoran Syam tersengih. Mujurlah ada kereta kancil buruk papa untuk kami bergerak dan Asyfar tidak kekok memandunya.
“Weh, habis kredit aku ni. Cepatlah aku nak cakap dengan dia,” suara Aisyah memecah gegendang telingaku lagi.
Aku mengeluh. “Iyalah. Kejap.”
Aku menghulurkan telefon bimbitku kepada Asyfar. “ Student Sir nak cakap.”
“Assalamualaikum,” ucap Asyfar kepada Aisyah setelah huluranku disambut.
“Iya. Saya teman kawan baik awak balik kampung,” kata Asyfar sambil tergelak kecil mendengar celoteh Si Aisyah.
“Ni kawan awak nak cakap ni,” beberapa tika kemudian Asyfar mengembalikan semula telefon kepadaku.
Aku cepat-cepat mencapainya. “Hah! Percaya dah?” soalku sedikit tidak berpuas hati.
“Dah. Romantiknya dia. Sanggup ikut kau balik. Tak lama dah tu dia nak masuk meminang kau. Tak lama lagi kahwinlah kau dengan dia,” sakat Aisyah.
“Weh.. Sorry okay. Banyaklah cekodok kau. Ni habis kredit kau merepek tak tentu hala ni. Okaylah bye.” Aku lantas menamatkan talian walaupun Aisyah masih belum habis berbual. Aku mengerling ke arah Asyfar. Menyorok muka bawah bantal pun takkan hilang malu aku kalau dia mendengar omongan Aisyah.
***
            Tiba sahaja di rumah, aku cepat-cepat membuka kunci pintu dan terus ke sofa di ruang televisyen. Aku menghempaskan badanku tanpa mempedulikan sesiapa. Biarlah Asyfar nak cakap apa. Aku tak kisah sebab yang aku tahu badan aku terlalu penat. Esok pagi-pagi lagi aku harus ke hospital menggantikan tempat mama untuk menjaga papa.
“Amboi, akak. Orang bagitahu mama baru tau. Ada ke pakat baring macam tu aje depan tetamu,” bebel Hariz.
Adikku yang seorang ini mula terkena tempias perangai mama agaknya. Suka sangat membebel.
“Ikut suka hati akak. Akak penat. Lagipun akak tak jemput pun tetamu tu datang,” balasku. Sengaja aku menyindir Asyfar.
“Iyala. Siapalah kita ni. Tetamu yang tak diundang. Esok kita baliklah,” rajuk Asyfar.
“Akak, apa ni. Tak baiklah cakap macam tu,” tegur Hariz yang kurang senang dengan kataku sebentar tadi.
Aku mencebik. Adik aku seorang ini tidak tahu apa rasanya apabila dimarahi, tidak dipercayai malah dihalang pula dari mengambil peperiksaan. Sakit hati, sakit mental semua ada. Kali ini biarlah pula dia yang sakit hati. Bukannya teruk pun. Cakap macam tu pun nak ambil hati.
“Tak apalah Hariz. Abang nak ke bilik dulu. Abang penat ni,” beritahu Asyfar kepada adikku.
Aku hanya menjadi pendengar setia walaupun mataku terpaku pada televisyen.
“Yelah abang. Pergilah. Kesian kat abang  susah-susah datang sini. Ada pulak manusia tak reti nak menghargaikan, abang?”
Pedas juga sindiran Hariz. Nampaknya memang adikku seorang ini membela Asyfar. Menjadi sungguh lakonannya. Geram pula rasa hati. Tanpa sepatah kata, aku bingkas berlalu ke kamar. Tika aku melintas di hadapan Asyfar, sempat aku menghadiahkannya jelingan tajam.
***
            Jam di dinding menunjukkan angka tiga pagi. Mata aku sukar benar nak direhatkan dek penangan otak yang masih berfungsi. Masalah datang bertimbun-timbun. Papa sakit, kena barred pula. Kalau papa dan mama tahu mesti keduanya sedih. Boleh kena serangan jantung lagi papa gamaknya. Ini semua angkara Asyfar itulah.
Masalah ketiga pula, desakan papa agar aku cepat-cepat kahwin. Aku masih berlum bersedia. Berapa kali perlu aku ulang. Mahu saja aku menjerit agar satu dunia mengetahuinya. Bukan saja aku belum bersedia, calonnya pun tak ada. Takkan lah aku kena cari calon yang rela ditangkap muat menjadi suami aku? Pusing sungguh kepala aku dibuatnya.
            Tekak yang kering, minta dibasahkan. Aku bangkit dari katil ku dan menuju ke dapur. Seram pula rasanya apabila keadaan sunyi dan gelap. Nak kejutkan Hariz, takut menggangu si Asyfar tu pula. Nanti tak pasal-pasal, bukan Hariz yang teman aku, Asyfar tu pula yang jadi sukarelawan hendak memanani aku. Dimintanya Maggi ketam malam-malam buta ni, tidak ke niaya aku dibuatnya.
Aku atur langkahku satu persatu ke dapur sambil tangan meraba-raba dinding mencari suis lampu. Inilah padahnya apabila keadaan rumah sendiri pun tak tahu. Sudah bertahun aku menetap di rumah ini tapi di mana letaknya suis, aku tak ingat.
             Tiba di suatu tempat, tanganku meraba sesuatu yang agak dingin, licin dan lembut. Aku pelik. Tak mungkin ini dinding. Mungkin hiasan mama. Aku meraba-raba sehingga ke suatu tempat, pergelanganku dipegang dan dikucup dan belum sempat aku menjerit, lampu dibuka. Lidahku kelu. Mulutku ternganga luas. Mataku membulat besar.
“Ambil kesempatan nampak?” suara yang sedikit garau itu menyindirku. Dia tersenyum sumbing.
Mukaku sudah kemerahan. Menahan geram dan malu yang membuak-buak. Macam mana aku boleh tersentuh manusia ni. Tidak berbaju pula tu. Ya Allah, malunya. Aku merentap tanganku daripada pegangannya. Aku menundukkan wajahku. Tak kuasa lagi mahu melihat tubuh tegap di hadapanku itu. Tergugat juga iman. Sedap juga kalau suami aku nanti berbadan seperti Asyfar ni. Sedap dipeluk.
“Amboi, berangan nampak. Sukalah tu tengok saya seksi macam ni. Dahlah ambil kesempatan. Tak pernah mana-mana perempuan sentuh saya macam awak sentuh tadi tau,” ujar Asyfar.
Aku mengepal lima jariku. Mahu dicili saja mulut lelaki depan aku ini. Sesuka hati dia mengata aku. Kalau bagi sepuluh juta pun tak ingin aku sentuh dia.
“Elok-elok sikit cakap tu Sir Asyfar. Tak ingin lah saya nak sentuh awak. Geli tahu. Bukan setakat najis mughallazah tapi dah tahap najis mutaghallazah. Faham?” tekanku.
Dia galak ketawa. Aku mengerutkan dahi. Tercabut skru agaknya pensyarah aku seorang ini. Nasiblah kau Eisya. Kenal manusia macam ni.
“Awak ni cik Eisya oi. Sejak bila pulak ada najis mutaghallazah ni? Mazhab mana awak pakai ni?” soalnya sambil memegang perut menahan tawa.
Aku mengetap bibir. “ Tak ada mazhab mana-mana. Mazhab saya sendiri untuk benda yang menjengkelkan. Gabungan najis Mutawassitah dan Mughallazah. Jadilah Mutaghallazah dalam hidup saya. Faham? Dahlah gelak. Malas nak layan.” Terangku lalu berlalu ke dapur.
            Aku mencapai mug dan membancuh milo panas untukku. Harapnya pensyarahku seorang itu sudah ke bilik. Niat nak tenangkan otak, tapi menyerabutkan aje kalau dia ada. Sudahlah tak pasal-pasal aku tersentuh dia. Memang nasib malang aku ni.
Tangan kiriku menyentuh tangan kananku. Sejuk lagi. Masih terasa sentuhan tadi. Aku usap pula kesan kucupannya. Isk. Dapat kucupan percuma. Aku menggeleng-geleng kepalaku. Menghalau anasir-anasir yang tidak elok.
“Amboi, suka kena kiss ek?”
Aku menepuk dahi. Rupanya Asyfar ada belakang aku. Matilah aku kali ini.
“Tak payah nak malulah. Terima kasih buatkan saya air ni,”ucapnya seraya mencapai mug yang berisi minuman yang kubancuh itu.
Dadaku turun naik menahan rasa apabila airku dihirupnya selamba.
“Dahlah mengata saya. Ambik air saya pulak tu. Sakit hati betullah. Kalau tak buat hidup saya huru-hara tak boleh ke? Ya Allah, tension tahu tak. Menyesal pula balik sini dengan awak tahu tak, Sir Asyfar! Bukannya nak meringankan beban saya. Tapi menyerabutkan lagi otak ni. Tak puas hati lagi ke barred saya dari final exam. Tak puas? Tolonglah sekali menyenangkan saya Sir Asyfar.”
Aku hamburkan kemarahanku yang tidak dapat dipendamkan lagi namun Asyfar buat selamba badak aje. Geram!
“Dengar tak apa saya cakap ni, pakcik?” tanyaku keras.
Asyfar tak semena ketawa. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa membuak-buaknya darah aku. Kalau berterusan seperti ini, boleh kena hypertension jawabnya.
“Apa gelak-gelak?” marahku.
“Aduh..Sakit Eisya. Sakit,” tiba-tiba dia mengaduh.
Aku pelik. Kenapa pula dia ini? Mukanya kemerahan. Aku terlopong apabila mendapati jemariku sedang memulas telinganya.
“Erk.Ssaya tak se..se..sengaja,”luahku tergagap-gagap.
“Kalau tak sengaja, lepaslah. Cepat. Sakit ni,” keluhnya.
Sekali lagi aku terkejut. Rupanya aku masih belum melepaskan telinganya.
“Sorry. Sakit ke?” soalku bodoh.
“Awak ingat saya ni patung ke apa tak rasa sakit?” marah Asyfar.

Memang tika itu aku benar-benar tidak keruan. Perasaanku tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Akibat rasa bersalah yang terlalu menghimpit, aku mengusap lembut telingan kiri Asyfar yang agak kemerahan namun ia hanya sejenak. Usapanku terhenti apabila dia memegang pergelangan tanganku dan mata kami bertentangan. Lama. Renungannya tajam.  Aku kaku. Debar jantungku kuat. Aku lemas dalam kehangatan renungan itu.


Dearies, TQ for reading.  Semua teasers random bab ada di group FB Cerita Cinta Meeyalisha ye. Jenguk2lah grup hamba.. Hangatkan balik kisah Eisya & Asyfar.. Bila contest nanti, saya tutup blog utk sehari. Contest senang je.. Just a simple qiuz with few simple questions. Who knows, BAKC will be yours for free.. =)

Oh, ye.. BAKC will be launched at the bookfair.. PB1M at PWTC. See you there guys, InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment