Bab 4
M
|
ellysa menghempaskan
tubuhnya di atas katil. Penat sungguh dia hari ini. Bukan penat kerana kerja
tetapi penat melayan emosinya yang tidak stabil gara-gara Afnan.
Sebaik
sahaja Afnan meninggalkan dia dan Daniel, dia terus menghalau Daniel keluar
dari biliknya. Sejurus itu kunci kereta dicapai dan terus pulang ke rumah. Dia
malas hendak berada di pejabat walaupun sepatutnya dia ada mesyuarat penting
bersama Tan Sri Malik. Afnan benar-benar mencabar kesabarannya. Tak pernah ada
lelaki lain seumur hidupnya yang berani mengangkat tangan terhadap dia. Tan Sri
Malik sendiri pun baru semalam berani menamparnya namun lain pula Afnan. Kenal
tidak sampai dua puluh empat jam, sudah berani meninggalkan kesakitan pada pipi
mulusnya.
Mellysa membawa tangannya ke pipi.
Masih terasa pijar dek tamparan Afnan. Mellysa mengetap bibir. Kedua belah
kelopak matanya di tutup rapat. Bayangan Afnan berlegar di ruang mindanya. Mata
bundar Afnan yang tajam menikam matanya menghangatkan perasaannya kala mencium
bibir nipis itu.
Mellysa
meletakkan sebelah lagi tangannya ke dada. Degupan jantungnya kuat tika
kejadian itu. Selama ini selamba saja dia bercumbu dengan mana-mana lelaki
tetapi tidak pernah sekali pun dia berperasaan sebegitu.
“Afnan,
seems that you’re so special. One day, I’m pretty sure I will know your true
colour,” ujar Mellysa dengan senyuman penuh makna.
***
Mellysa merungut apabila tidur
nyenyak diganggu. Entah siaplah pula yang ketuk pintu biliknya. Penat berlawan
dengan emosi baru saja nak hilang, ini ada pula yang menggangu.
“Semua
manusia atas muka bumi ni tak boleh tengok aku senang ke apa,” bisik Mellysa seraya berjalan ke arah
pintu dengan keadaan yang berserabai.
“Nak
apa? Mell ngantuklah,” Mellysa bersungut ketika pintu bilik dibuka.
“Mellysa..Mellysa..
Apa nak jadi dengan Mell ni? Maghrib pun tidur. Dahla daddy cakap Mell lesap.
Tak masuk meeting. Kalut dia call mummy kat butik. Mummy call Mell, tak
angkat-angkat. Aleh-aleh mummy call bibik. Bibik cakap kamu dah balik. Berapa
kali dia ketuk bilik Mell, tak menyahut juga. Mummy tak fahamlah dengan Mell
ni. Tak boleh ke sehari tak buat hal?” Puan Sri Mariah terus menghadiahkan
berdas-das bebelan untuk anak gadisnya yang semakin meningkat usia. Umur hampir
mencecah dua puluh enam tahun tapi perangainya masih belum berubah.
“Aduhai..”
Mellysa menggaru-garu kepalanya.
“Mummy,
please stop nagging for a day boleh? Telinga
Mell ni penatlah. Kat rumah kena leter, kat pejabat pun kena juga.
Gilalah Mell macam ni,” tokok Mellysa lagi. Rimasnya hidup apabila hari-hari
kena mendengar leteran kedua ibu bapanya. Sekarang tambah pula seorang lagi
makhluk asing yang mula bagi ceramah percuma kepadanya.
“Macam
mana mummy nak berhenti berleter kalau perangai kamu macam ni, Mell? Umur dah
tua bangka tapi masih tak ubah-ubah. Hmm.. Daddy berleter kat office ke tadi?”
Puan Sri Mariah kehairanan apabila Mellysa katakan di pejabat juga dia dileter.
Setahu dia, suaminya bukan jenis itu.
“Nope.
Bukan daddy. Staff baru yang entah daddy ambil dari pelusuk dunia mana. Dahlah
mummy. Mell nak mandi and I’m going out. Need some peace.”
“Better
you go and take your shower, dressed up properly and come down sharp at eight
thirty. We have a guest.”
“What?!
A guest? So, do I have to be with you guys, mummy?” Ini yang buat dia kurang enak. Ada saja yang
mengganggu rancangannya untuk
berseronok.
Puan
Sri Mariah mengangguk. “ This is a must,” jawabnya ringkas dan dia terus
berlalu. Malas hendak mendengar rungutan Mellysa.
“Spoilt!” jerit Mellysa lalu dihempas kuat pintu bilik. Dia kenal
sangat mummynya. Kalau muka serius
macam tu, jawabnya wajib ikut.
***
Usai solat maghrib, Afnan berteleku sejenak di atas tikar sejadah.
Memang rutinnya tidak pernah berubah. Dia akan mengambil masa lima minit untuk
dia renung kembali apa yang telah dia lakukan pada hari itu. Lebih kepada
muhasabah diri.
Afnan terkenangkan lagi
peristiwa di pejabat. Dia meraup muka. Sudah berkali-kali dia memohon ampun dari
Yang Maha Esa namun hatinya masih tidak tenteram. Ianya adalah satu kesalahan
yang besar buat dirinya dan kesalahan itu terus-terusan menghambat dia. Mellysa
kunci kelemahannya.
Afnan merenung jam di dinding. Jam tujuh empat puluh lima. Ajakan Tan
Sri Malik untuk makan malam di rumahnya amat mengganggu jiwa Afnan kerana dia
pasti Mellysa turut ada bersama. Makan semeja dengan Mellysa akan mengeruhkan
lagi perasaannya malah dia juga khuatir andai sebarang tingkah Mellysa akan
meletuskan pergaduhan antara mereka. Dia seorang yang tenang, mampu mengawal
emosi tetapi itulah masalahnya, si Mellysa. Dengan Mellysa, dia tidak dapat
berbuat selamba. Hatinya mudah terbakar.
“Harap-harap dia tak ada,” Afnan menenangkan dirinya dengan harapan
Mellysa tiada di rumah. Maklumlah, gadis itu sudah pasti ke kelab,mabukkan
diri, berfoya-foya dengan lelaki. Kalau tak, bukan namanya Mellysa Tan Sri
Malik lah kan?
***
Mellysa mengenakan legging berwarna hitam separas betis dan singlet
yang sedikit labuh tetapi ketat berwarna putih. Rambutnya yang basah disikat
rapi dan dibiarkan terurai. Sengaja dia berpakaian santai begitu tanda protes
terhadap kedatangan tetamu yang bakal tiba. Berkali mummy dan daddynya menyuruh dia mengganti pakaian,
tetapi dia buat dek saja.
Mellysa melepak di depan televisyen dengan segelas minuman di tangan. Mummynya yang kalut di dapur langsung
tidak dipedulikan. Istimewa sangat agaknya tetamu mereka sampai mummy masak
macam-macam. Kalah nak sambut bakal menantu.
“Bakal menantu?” Mellysa tiba-tiba tersedak dengan soalan yang
ditimbulkannya. Dia kemudian menggeleng-geleng kepala. Kalaulah kedua ibu
bapanya hendak menyambut bakal menantu, sudah tentu calon itu untuknya.
Simpang malaikat empat puluh empat. Jangan
mummy daddy buat gila sudah.
***
“Assalamualaikum..”
Mellysa
terloncat dari sofa apabila suara yang cukup dia kenali memberi salam. Dia
memandang pintu utama yang sudah terbuka luas. Cepat-cepat dia melangkah ke
depan. Matanya membutang.
“You?!!!”
Mellysa menjerit perlahan dan matanya dikecilkan dengan jari telunjuk yang
ditundingkan kepada si tetamu.
“Assalamualaikum..”
Afnan sekali lagi memberi salam dengan riak muka yang tenang biarpun
bertentangan dengan dalamannya.
Mellysa
mengetap bibir. Dia masih belum pekak. Tak perlulah nak ulang berkali-kali.
Mellysa mengetap bibir. Geram apabila Afnan adalah tetamu yang dinanti-nantikan
kedua ibu bapanya. Kalau dia tahu awal-awal, memang jangan harap dia nak
bertapa di rumah malam itu.
“What
do you want, Encik Afnan? Anything?” Sengaja Mellysa buat-buat dungu.
Mellysa
kemudian menekup mulutnya. “Oh, you must be missing me, my dear,” ujar Mellysa
dengan suara yang sengaja dimanjakan
dengan harapan lelaki itu tak betah ada di rumahnya.
“Maaf,
Cik Mellysa. Saya ke sini atas undangan Tan Sri Malik. Boleh saya berjumpa
dengan Tan Sri?”balas Afnan. Sejujurnya lututnya seakan longlai apabila Mellysa
kini benar-benar hampir dengannya. Haruman Mellysa menggetarkan nalurinya.
Sudahlah gadis itu berpakaian sebegitu.
“Mell,
Afnan dah datang?”
Suara
Tan Sri Malik di belakang membuatkan idea nakal Mellysa tercetus. Pantas dia
merapati Afnan dan memaut lengan lelaki itu.
Afnan
terkedu. Hendak direntap tangan itu namun Tan Sri Malik sudah berdiri tegak di
depan mereka.
“Mell, Afnan.”
Wajah
Tan Sri Malik tepat di hadapan mereka.
“Daddy,
Afnan baru sampai. Sorry tak panggil daddy,” Mellysa melembutkan suaranya
dengan senyuman manis memandang Afnan.
Tan
Sri Malik sebenarnya tahu apa yang dilihat tadi adalah gara-gara Mellysa.
Cerita pergaduhan Mellysa dan Afnan sudah heboh di pejabat. Mellysa sebenarnya
tidak sukakan Afnan dan dengan cara ini sahaja Mellysa hendak memerangkap
Afnan supaya Afnan tidak senang duduk
dan nampak tidak elok di matanya.
“Tan
Sri, saya minta maaf,” ujar Afnan bersalah lalu dilepaskan pelukan Mellysa
dengan sedikit kasar.
“Honey,
kenapa ni? Jom masuk. Daddy and mummy dah tunggu kat dalam. We are all waiting
for you,” rengek Mellysa seraya memaut lengan Afnan.
“Gila
betul perempuan ni. Saja nak kenakan aku nampak,” desis Afnan.
“Mell,
behave yourself,” Tan Sri Malik memberi amaran pada anak gadisnya. Timbul rasa
simpati pada Afnan yang nampak tidak keruan. Tambah pula, tindakan Mellysa itu
juga menunjukkan kelemahan dirinya yang tidak pandai mendidik anak tunggalnya
itu. Adat pergaulan langsung tak terjaga. Seratus peratus gaya barat. Itu di
depan dia sendiri. Kalau di luar sana, entah apa yang anak dia lakukan. Dia
hanya mampu berdoa agar Mellysa masih menjaga mahkota dirinya.
“Eh,
tetamu dah sampai ke tu?” Puan Sri Mariah menjenguk.
“Puan
Sri, maaf lewat. Berborak dengan Mellysa kat luar tadi. Tak habis lagi nak
kenal-kenal di pejabat tadi. Sambung kat sini pulak,” balas Afnan sopan tetapi
dalam masa yang sama dia sebenarnya sedang menyambung permainan yang dimainkan
Mellysa.
Mellysa
menjeling ke arah Afnan. Afnan mengenyitkan mata. Mellysa mengetap bibir. Tan
Sri Malik yang sudah mengetahui hujung pangkal galak ketawa.
“Dah-dah.
Meh masuk. Makanan tu pun dah sejuk,” pelawa Puan Sri Mariah yang masih tidak
tahu perihal sebenar. Sejuk hatinya melihat wajah Afnan. Patutlah suaminya
beriya sangat mengajak Afnan ke mari dan tidak dapat dinafikan, dia senang
melihat Mellysa berdamping dengan Afnan. Andai lelaki seperti Afnan pilihan
anaknya, dia yakin Mellysa akan berubah suatu hari nanti.
“Yelah,
jemputlah masuk, Afnan. Melayan si Mell ni, sampai esok tak habis. Pening
kepala dibuatnya,” sampuk Tan Sri Malik.
Afnan
tersenyum. Memang dia sedang pening kepala melayan kerenah minah seorang ini.
Ikutkan hati, nak lari balik tetapi memandangkan rasa hormatnya pada Tan Sri
Malik, terpaksalah juga bertabah.
Setelah Tan Sri Malik dan Puan Sri
Mariah masuk, Afnan menolak keras pegangan Mellysa.
“Tak
payah gatal sangat nak peluk, cium semua tu. Malang betul nasib saya kenal
dengan perempuan yang kerjanya menambah dosa saya aje,” sindir Afnan.
Mellysa
mencemik. “ Tak payah nak buat baik sangat,” tanya Mellysa tidak berpuas hati.
“Apa-apa
ajelah, Cik Mellysa. Saya nak masuk. Daddy mummy awak tu sedang tunggu tetamu
VVIP dia.”
“The game is not over Afnan. I want you to show your true colours.
Jangan nak berpura alim. Remember that!” Mellysa memberi amaran keras pada
Afnan sebelum lelaki itu meninggalkannya dengan senyuman yang tak mampu dia
tafsirkan.
No comments:
Post a Comment