Saturday, June 14, 2014

Mini Novel Limited Edition- Doktor Jantung Saya (BAB 3)

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab 3
Aku toleh pada kakak yang turun bersama aku dengan muka tersengih. Sungguh waktu itu aku malu yang teramat sangat. Ada ke patut, turun saja dari masjid, terus menjerit panggil encik kacak. Uit! Anak dara apalah aku ni. Aura encik kacak yang seorang ini boleh buat aku berubah menjadi seorang perempuan yang gedik terlebih. Terkena badi Dalila agaknya.

“Jodoh awak ke tu?”
      
Aduh! Soalan cepumas daripada kakak itu buat aku kembali mengalihkan wajahku pada encik kacak yang masih setia berdiri dengan muka tenang.

Mukaku yang tadinya sudah panas menahan malu, kini bertambah lagi suhunya. Inilah sebab kenapa orang-orang dahulu berkata, ‘Kerana mulut, badan binasa.’ Memang binasa betullah ni gara-gara brek mulut tak makan.

“Kacak. Sesuai dengan adik. Inilah yang ustaz kata tadi, calon yang baik. Awak cepat-cepatlah masuk meminang adik ni. Nanti terlepas pulak,” sambung kakak tadi apabila aku dan dan encik kacak hanya menyepi.

Aku gigit bibir. Kakak yang seorang ini. Agak-agaklah sikit. Pandai-pandai saja suruh encik kacak masuk meminang. Sehari aku kenal encik kacak, hidup aku sudah haru-biru. Kalau aku jadi tunang atau bakal isteri encik kacak..Haish. Memang sesuai tapikan…. Tak laratlah nak bertikam lidah. Nanti aku asyik kena buli saja dengan encik kacak.

Ngeee.. Berangan lagi!

“Ehem..” Encik kacak berdeham membetulkan suaranya.

“Akak yakin tak dia jodoh saya?”



Gulp!Aku tersentap dengan soalan yang dikembalikan pada kakak di sebelah aku.

“InsyaAllah. Yang penting hati awak dan adik ni yakin. Sekali tengok, akak dah dapat rasa kamu berdua ni serasi.”

      Sebaik mendengar jawapan kakak itu, encik kacak apa lagi. Senyuman yang jadikan aku gila bayang dikoyakkan. Cair! Oksigen yang aku sedut bagaikan tidak mencukupi apabila dia membalas kata-kata kakak itu.

“Seandai dirinya tercipta untuk saya, rela saya menjadi miliknya.”

Berdebum! Jantung aku sudah tergolek jatuh ke tanah. Aku renung dia tidak berkelip. Riaknya melafazkan ayat itu, sangat-sangat tenang tetapi serius. Matanya yang sedikit sepet itu seolah berbicara menyatakan sesuatu.

***

Hendak ataupun tidak, aku terpaksa kuatkan otot-otot kaki aku untuk terus menapak ke parkir kereta belakang masjid apabila encik kacak turut ke destinasi yang sama. Sejak ungkapan ayat keramat tadi, lidah aku kelu seratus peratus sampai kakak yang menjolok sarang tebuan ucap selamat tinggal pun aku tengok dengan pandangan kosong. Kritikal.. Kritikal..

“Mana kereta cik adik manis?”soal encik kacak memecah tembok sunyi antara kami.

Tanpa suara, aku angkat jari telunjuk kananku lalu aku arahkan pada Perodua Viva Limited Edition berwarna merah jambu kesayangan aku. Pemberian yang sangat bermakna daripada papa sempena hari lahir aku tahun lepas.

“La.. Sebelah kereta saya tu.  Awak stalk saya ek?”

Heh? Aku dikatakan stalk  dia? Oh, tak kuasa. Aku datang ke rumah Allah dengan niat suci bersih tahu! Lagipun sebelum ini, mana pernah aku nampak dia datang sini. Tak tahulah pulak aku yang ketinggalan atau tak perasan dia. Entah-entah dia yang mengintip aku yang manis ni.

“Eh, tak ada maknanya saya nak intip awak tahu. Buang masa,” balasku berani.

Encik kacak tarik senyum senget. “Tapi masa saya sampai tadi, parking tu kosong tau,” jawab dia tidak mahu kalah.

Aku diam. Iyalah, betul! Sewaktu aku tiba tadi, kereta Toyota Vios hitam itu sudah tersadai di situ dan sebaik aku keluar dari kereta, sempat aku menjeling pada sticker yang ditampal di cermin kereta depan sebelah penumpang. Sticker lambang Hospital Raja Perempuan Zainab II.

            Eh, lambang hospitallah dan ini bermakna kemungkinan besar encik kacak sebelah aku ini seorang doktor.

            “Awak doktor ke?” Laju aku bertanya semata-mata ingin mencari tahu sedikit maklumat tentang encik kacak. Malu dan segan hilang begitu sahaja. Main aci terjah ajelah.

            Encik kacak pandang aku. Dahinya yang licin itu berkerut seribu. “Mana cik adik manis tahu?”

            Sah! Tepat tebakan aku. Satu maklumat yang aku boleh key-in dalam data di kepala aku ialah encik kacak ini seorang doktor. Masa itu aku baru terlintas, patutlah dia kondem tentang produk-produk aku.

            “Cik adik manis..”

            Grrr.. Meremang bulu roma apabila dia menyeru aku dengan sangat lembut.

            Aku telan liur berkali-kali. Pahit mulut nak menjawab bahawa aku mengetahuinya daripada sticker kereta itu. Mesti dia kata aku menyibuk hal orang.

            “Dari cara awak tu saya dah tahu.”

            Encik kacak ketawa. “ Cik adik manis.. Cik adik manis.. Lepas solat pun nak menipu? Terbang melayang pahala tadi.”

            “What?”

Ops, terlepas cakap sebab geram sangat dengan encik kacak yang sudah mula hidupkan enjin sindir-menyindir dia. Dalam pada masa itu, aku tertanya-tanya jugak. Dia ada kuasa phsycic ke hinggakan apa yang berlegar dalam otak aku dia boleh tahu atau dia ada pelihara pelesit? Hisk! Itu masuk bab syirik dan fitnah tu! Astaghfirullahalazim!

“Aw..”

“Daddy!”

***

“Assalamualaikum!” Ucap aku sejurus pintu utama rumah dibuka oleh mama.

“Waalaikumussalam. Dah balik?” sapa mama mesra.

Aku jatuhkan kepala. Semangat yang hilang di parkir masjid masih belum dapat dipulihkan. Satu kenyataan yang aku terima itu benar-benar menusuk ke dada lalu tembus ke jantung. Sakit.

Pelik dengan diri sendiri. Aku cuba mencari jawapan sepanjang di dalam kereta tapi masih tidak aku temui.

“Apasal muka masam aje tu?” soal Along yang sedang melepak di depan televisyen bersama mama dan papa. Di rumah ini, hanya tinggal kami berempat sahaja. Adik lelaki aku yang seorang itu kini sedang menyambung pelajaran di Sydney Austaralia.

Aku kalih melihat pada Along. Mama sudah ambil tempat sebelah papa.

“Erm. Tak ada apa. Riana penatlah. Nak rehat. Esok kerja,” jawabku lemah.

“Aik. Pelik. Macam orang patah hati aje.” Along serkap jarang dengan muka mengejek.

“Sejak bila anak mama ni ada buah hati? Mama tak tahu pun,” sampuk mama.

Aku jengkilkan mata pada Along. Along sengaja timbulkan isu ini depan mama dan papa. Walhal dia tahu aku mana ada sesiapa. Memang dasar doktor suka mengenakan orang ek?

Erk! Along aku merupakan seorang doktor pakar di Hospital Raja Perempuan Zainab II dan ini bermakna Along dan encik kacak satu hospital. Satu lagi fakta yang aku dapat!

“Tak adalah, ma.. Along merepek je. Along, Riana nak tanya boleh?”

“Apa?”

“Erm.. Along kenal tak….” Niat di hati ingin bertanya sama ada Along mengenali encik kacak atau tidak tetapi apabila terkenangkan Along yang suka menyakat, depan mama papa pula tu dan aku pun rasa tidak ada kepentingan untuk aku bertanya,  niat itu itu terbantut.

“Tak ada apalah. Riana masuk bilik dulu. Riana tak nak makan dah tau. Kenyang. Good night semua.” Belum sempat semua membalas, cepat-cepat aku naik ke bilik aku.


***

Huh! Aku hembuskan nafas sekuat-kuatnya setelah pintu kamar ditutup. Letak sahaja beg di atas meja, aku membuka tudung lalu terus memanjat katil comel aku. Belakang ini terus bersandar di kepala katil. Seekor ‘anak’ kesayangan, aku peluk kuat.

“Dia daddy oranglah, pinky,” luahku pada patung beruang yang tidak mengerti apa-apa.

Terbayang kejadian tadi, tidak semena kolam mata bertakung. Haih! Untuk pertama kali batin ini terasa sakit. Mengapa? Aku belum temui jawapan yang tepat. Takkanlah disebabkan encik kacak solo, aku patah hati?

Common Nur Adriana! Dia bukan teman lelaki kau. Dia bukan sesiapa bagi kau! Kalau pun kau ada perasaan pada dia, it’s not the end of the world. He’s not your destiny. You just know him less than twenty four hours. How come you become so dumb? You’re not a love victim and you’ll not be one of them!’ Satu suara dalaman aku sedang memarahi diri sendiri. Ada benar kata-kata itu. Nur Adriana bukan mangsa cinta. Pantas aku tarik nafas dalam-dalam dan laptop berwarna biru jenama Acer aku ambil dan letakkan di atas riba.

Hidup saja skrin laptop aku, peringatan untuk diri sendiri terpampang jelas dan yang paling tepat terkena pada diri aku adalah tiga syarat pertama.

Nur Adriana Rules of Love:
1.      Love at the first sight!-NO!!
2.      Inlove with a doctor!- NO!!
3.      Inlove with a married man!- No!!


Aku ketap bibir. Nur Adriana tidak percayakan cinta pandang pertama. Ini bermakna aku tidak boleh jatuh cinta pada encik kacak sebab aku baru kenal dia.

Kedua, Nur Adriana tidak boleh jatuh cinta pada seorang doktor sebab aku tidak sukakan profesyen itu. Bagi aku, menjadi isteri seorang doktor, sangat menyedihkan dek masa yang berkualiti bersama keluarga itu kurang. Aku seorang yang tidak suka ditinggal-tinggalkan terutama waktu malam. Oleh itu, encik kacak tidak dilabelkan sebagai salah seorang yang tidak menepati kriteria bakal suami aku.

Ketiga, Nur Adriana tidak akan sesekali jatuh cinta pada suami orang ataupun bapa orang sebab aku tidak suka menyakiti hati kaum sejenis aku. Aku juga tidak suka berkongsi kasih dan aku tidak suka mengambil bekas orang. Geli! Jadi yang demikian, encik kacak juga tidak termasuk dalam senarai sebab dia suami orang dan bapa orang.

Aku pejam mata rapat-rapat. ‘Nur Adriana, cuba ingat balik hal tadi. Takkan kau tak masih tak percaya? Daddy, ayang.. Apa semua tu?’

“Daddy!” jerit si kecil berbaju kurung kapas biru muda.

“La.. There you are. Daddy cari dari tadi tak jumpa. Where have you been?”

“Adik teman umi pergi toilet tadi,”jawab si kecil sambil mendongak pada wanita muda yang memimpin tangannya.

“La.. Satu masjid abang pusing tadi, yang. Lain kali bagitahu dulu. Tinggalkan anak kat abang. Kesian anak daddy.”

“Sorry, abang. Ayang sakit perut sangat tadi,” balas wanita itu manja.


“Tak apa. As long as nothing happen to both of you, it’s okay but if it happen, I can’t forgive myself.”

Bakal terbit. Limited Edition. - 100 buah sahaja untuk cetakan pertama. Boleh masukkan nama anda di grup saya jika  berminat! 
https://www.facebook.com/notes/cerita-cinta-meeyalisha/survey-mini-novel-djs-limited-edition/315937485230826

No comments:

Post a Comment