Bab 2
Tubuh yang terasa pegal dari atas ke bawah ini aku hempaskan ke
atas katil bujang bercadar merah jambu. Salah satu patung beruang kesayangan
aku, aku bawa ke dakapan. Tak peluk ‘anak-anak’ peliharaan aku dalam sehari
memang tidak sah. Itu yang mama membebel saja kalau setiap kali dia masuk ke
bilik aku. Katanya macam bilik budak kecil. Bagi aku, biasa-biasa saja. Cantik
apa, set perabot berwarna putih dan dipadankan dengan warna tema kesukaan aku,
merah jambu dan dihiasi dengan patung-patung beruang yang comel-comel.
Bila kahwin nanti, aku
akan pastikan ‘anak-anak’ aku ini tidak akan berhabuk di dalam stor. Stay with mama forever okay! Oleh sebab itu, calon suami pastilah yang
mampu menerima aku dan ‘anak-anak’ aku dan semestinya tukang tambah koleksi
aku.
Tukang tambah koleksi?
Tiba-tiba otak aku melayang pada kejadian petang tadi. Wajah encik kacak pujaan
hati terpapar di segenap ruang bilik yang sederhana luas ini.
***
“You want this back, dear?”
Erk.. Aku mencerna
kata-katanya pada kanak-kanak comel yang sudah mendekati encik kacak. Soalan
itu seolah-olah dia ingin mengembalikan patung beruang besar gedabak itu kepada
pemiliknya.
Laju kanak-kanak perempuan
itu mengangguk. “Of course I want it. That’s mine!”
Dup! Sakit jantung lagi
aku kali ini. Aku pandang encik kacak pujaan hati kecil besar..kecil besar.
Nafas sudah tidak teratur. Aku genggam tangan aku supaya menahan diri daripada mencekik leher insan
di depan aku ini.
Encik kacak pujaan hati
berpaling pada aku dengan sengihan melebar.
‘Astaghfirullahalazim..
Astaghfirullahalazim.. Astagfirullahalazim.’ Aku beristighfar panjang.
“Sorry, cik adik manis..
My dear wants it back,” tutur encik kacak selamba lalu patung beruang itu
dihulurkan pada si kecil.
Aku jeling maut pada encik
kacak. Muka sahaja kacak tetapi, perangai entah apa. Waktu itu, cop mohor
‘pujaan hati’ sudah aku lucutkan. Encik Kacak Sengal lagi bagus. Wajah mirip
Redza Shah, tapi perangai.. Ya Ampun.. Bezanya seperti langit dengan bumi.
Cubalah dia jadi macam suami Irma Hasmie tu. Suara punyalah lembut, sifat
romantis dan penyayang pun terserlah. Ini tidak.. Hampeh!
“Cik adik manis marah ke?”
Aku ketap bibir. Ada
nampak aku suka ke? Adoi.. Sabarlah hati..
Aku ukir senyuman yang
terlebih gula buat tatapan encik kacak. “Eh.. Tak ada. Saya tengah senyum ni.
Mestilah saya tak marah. Suka lagi ada la,” balas aku sinis.
Encik kacak mengangguk.
“Dah makan?” Topik dialih.
“Dah,” bohong aku. Aku
belum makan dari tadi tetapi gara-gara takut encik kacak pelawa aku makan,
terpaksalah aku membohong. Rasa macam perasan pula orang tu ajak aku makan.
Walhal si dia tak cakap apa pun. Hisk!
Encik kacak mengangguk
lagi. “Dah solat?”
Aku ketap bibir. Ayah aku
ke nak tanya bab-bab solat ni.
Aku kerling jam tangan
jenama Alba yang mama belikan. Jarum pendek menunjukkan angka tiga dan jarum
panjang pula pada angka sembilan. Lima belas minit ke pukul empat rupanya dan
aku belum menunaikan solat Zohor.
Lambat-lambat aku
menggelengkan kepala. Soal solat, aku tidak pernah menipu. Kalau belum,
belumlah jawabnya.
“La.. Tak solat lagi? Sudahlah
awak menipu orang dengan produk-produk ni, solat pun belum. Memang tak ada
keberkatanlah rezeki yang awak dapat cik adik manis oi!”
Nah, itu dia! Rupanya, di
sebalik soalan itu, encik kacak sekali lagi berniat untuk mengenakan aku.
Sekali lagi aku dikatakan menipu dan rezeki aku tidak berkat. Memang mulut
encik kacak ini tak ada insurans agaknya. Baru sahaja jumpa, nama pun tak tahu,
dah buat dia macam kenal aku bertahun.
“Hello, encik..” Aku
leretkan perkataan encik itu dengan harapan dia memperkenalkan namanya.
Sekurang-kurangnya, sebelum hamburkan api kemarahan aku, aku tahu namanya.
“Encik kacak..”
Ngek! Darah panas menyerbu
ke pipi aku. Boleh ke dia sambung dengan panggilan itu!
“Hisk! Apa-apa ajelah.
Encik dengar sini..” balasku.
“Iya, Encik kacak sedang
mendengar cik adik manis..” Lembut suara encik kacak menyampuk bersama renungan
mata yang lembut. Muka nakal tadi tiba-tiba hilang dan untuk kesekian kalinya
lagi, jantung aku diuji lagi.
Andai aku ditakdirkan
menghidap masalah jantung, pasti masalahnya berpunca daripada encik kacak. Jadi,
lebih baik, sebelum aku terkena penyakit itu, seeloknya aku cabut dari situ.
Tiada guna hendak memarahi encik kacak. Nanti aku jatuh cinta terlajak!
***
Alunan ayat-ayat suci Al-Quran berkumandang dari luar rumah.
Aku tengok jam di dinding bilik. Dua puluh minit lagi hendak menginjak ke
Maghrib. Patutlah bacaan Al-Quran sudah di pasang di surau berdekatan.
Aku bangkit dari pembaringan. “Hmm.. Kalau ke masjid ni,
sempat lagi sampai. Lagi-lagi hari ini ada kuliah Maghrib,” congakku
berkira-kira hendak ke Masjid Besar Kubang Kerian yang terletak lebih kurang
lima minit pemanduan dari rumahku. Selalunya aku ke surau tetapi memandangkan
malam ini ada kuliah di masjid, itu yang aku berkira hendak ke sana.
Tanpa berlengah, cepat-cepat aku turun dari katil empukku
lalu mencapai tuala. Sebelum ke bilik mandi, sempat lagi aku menyinggah di
depan cermin. Aku belek wajah aku di depan cermin.
“Manis sangat ke aku ni?” tanyaku pada biasan diri di
cermin solek ala-ala mak tiri Snow White bertanya pada cermin ajaib. Nasib aku
tidak menyeru dengan ayat ‘Mirror..Mirror
on the wall’ saja. Kalau tidak, mahu meloncat aku dek jawapan si cermin.
Aku tayang senyuman selebar-lebarnya. Memang manis.
Wajarlah encik kacak panggil aku ‘cik adik manis’. Oh Tuhan, perasan sungguh!
Haip! Aku tampar kedua belah pipi aku. Kenapalah encik
kacak juga yang aku ingat. Selama dua puluh tiga tahun aku hidup di muka bumi
ini, ini pertama kali aku asyik teringatkan seorang lelaki ajnabi dan yang paling
menyedihkan, lelaki itu kategori KTP. Kacak Tapi Sengal.
“ Oh no..no.. Ini tak
boleh jadi! Nur Adriana harus ke tepikan semua anasir-anasir yang tidak elok.
Terbayangkan lelaki bukan muhrim berdosa tau! Baik aku bersiap ke masjid
sekarang. Sucikan diri daripada bayangan makhluk encik kacak,” omel aku.
***
“Muslimin, muslimat sekalian. Perkataan jodoh itu kerap
kita dengar dalam hidup sehari-hari kita tapi apa kita faham konsep jodoh yang
sebenar? Jodoh itu sebahagian daripada takdir di mana Allah telah menetapkan
dan menentukan ia sejak azali lagi dan tercatat di Loh Mahfuz.”
Kata-kata ustaz jemputan yang memberi ceramah usai solat Magrib itu aku dengar penuh minat.
Rezeki aku hari ini dapat sertai kuliah percuma. Topik yang tentunya digemari
oleh mereka-mereka yang masih lagi belum berkahwin.
“Sesungguhnya, Allah bukan main atur saja siapa jodoh si
fulan dan si fulan tetapi Dia yang Maha Mengetahui juga Maha Berkuasa sudah
memilih, siapakah yang layak untuk setiap hambaNya. Dalam surah Ar-Ruum ayat
tiga puluh, Allah berfirman yang bermaksud:
Dan di antara
tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari
jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram bersamanya, dan
dijadikanNya di antara kamu rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian
terdapat tanda-tanda (kekuasananNya) bagi kaum yang berfikir”.
Jelas ayat ini menunjukkan Allah menciptakan
pasang-pasangan itu secocok antara satu sama lain. Melengkapi kekurangan,
menampung lompang-lompang yang ada. Secocok itu dari segi mana?” soal ustaz
pada jemaah yang hadir.
Tika terdengar jawapan salah seorang jemaah menjawab
secocok dari segi rupa, ustaz menyambung bicaranya.
“Muslimin, muslimat yang dirahmati Allah sekalian.
Kalaulah kita pilih bakal isteri atau bakal suami kita dari segi rupa tidak
salah tapi apakah itu kriteria utama yang digariskan junjungan besar Nabi
Muhammad kita?”
Dalam diam aku menggeleng. Seingat aku, Rasulullah
menggariskan empat ciri-ciri dalam mencari pasangan. Sabda Baginda, "Seorang perempuan biasanya dinikahi
karena empat perkara: Harta, nasab (keturunan), kecantikan dan agamanya. Maka
utamakan memilih perempuan karena agamanya, kamu akan rugi bila tidak
memilihnya." (HR Bukhari)
“..Oleh itu, jikalau kita nampak si kacak dengan si manis
tu berjodoh, Alhamdulillah. Satu bonus.
Lagi-lagi pula si kacak tu beriman, dapat pula si isteri yang manis dan
solehah. Bahagia rumah tangga.”
Dup! Terasa batang hidung tiba-tiba sakit kala ustaz
memberi perumpamaan si kacak dan si manis. Sensitif betul sehingga pipi
membahang panas. Terbayang aku yang manis berjodoh dengan dia yang kacak. Oh,
bonus!
Masa berdetik langsung tidak terasa. Ralit sungguh
mendengar ceramah ustaz. Aku tidak sedikit pun mengalihkan deria pendengaran
aku daripada mendengar setiap ilmu yang disampaikan hinggalah ke titik
terakhir.
“Akhir kalam, saya nak pesan pada anak-anak muda yang dah
masuk tahap layak berkahwin ini, kalau terjumpa insan yang boleh bagi aura
meresap ke dalam diri baru keluar masjid sekejap lagi, cepat-cepat mintak
petunjuk Allah. Insya-Allah, saya percaya mereka yang di dalam masjid waktu ini
calon yang sesuai untuk menjadi pasangan hidup.”
***
Aku berteleku sebentar di ruangan solat wanita sebaik
menunaikan solat Isyak berjemaah. Tenang sungguh berada di dalam rumah Allah
ini. Masjid ini merupakan salah satu tempat yang cukup aku gemari. Terkadang,
jika rasa resah menghimpit, mesti di sinilah tempat aku walaupun bukan pada
waktu yang sepatutnya. Berada di rumah Allah bukan ada masa yang spesifik. Bila-bila
masa masuk pun dah dapat pahala.
“Dik, tak nak saing turun ke?” soal salah seorang kakak
jemaah yang duduk di sebelah aku.
Aku senyum. “Nak turunlah kak. Jom saing sama. Mana-mana
tahu jumpa jodoh kat luar tu,” sendaku sambil melipat masuk telekung ke dalam
beg.
Sebaik langkah terakhir di tangga masjid, tiba-tiba kaki
aku terpaku apabila satu kelibat yang cukup aku kenali melintas di depan dan
spontan itu, mulut yang tidak sempat dikawal melontarkan suara tanpa segan
silu.
“Encik kacak!”
Serentak itu, si dia menoleh dan keduanya bagaikan hilang
kata. Jelas ada riak terkejut di wajahnya sebaik melihat aku.
Oh, Tuhan! Waktu
itu aku rasa nak tampar mulut yang gatal sangat memanggil encik kacak tetapi
dalam pada itu, mata ini sibuk merata segenap inci encik kacak yang berbaju
melayu putih, kain pelikat dan kopiah putih. Indahnya ciptaan Tuhan! Nak tambah
cop ‘pujaan hati’ balik boleh?
Bakal terbit. Limited Edition. - 100 buah sahaja untuk cetakan pertama. Boleh masukkan nama anda di grup saya jika berminat!
https://www.facebook.com/notes/cerita-cinta-meeyalisha/survey-mini-novel-djs-limited-edition/315937485230826
No comments:
Post a Comment