Bab 7
Satu-persatu pinggan
kotor yang sudah disabun, aku bilas sebersih-bersihnya kemudian diletakkan di
rak pinggan berwarna biru untuk dikeringkan sebelum aku simpan ke dalam almari
mama.
Hari ini mama mendenda
aku membersihkan meja makan dan dapur.
Nasiblah. Hisk! Mama papa off day
melayan tetamu istimewa katanya. Istimewalah sangat! Buat sakit jantung aku
adalah. Hati pula bagai dicarik-carik. Layanan encik kacak sangat menyentuh
kalbu. Romantik tahap apa pun tidak dapat aku gambarkan.
Sayangnya, kala
terkenangkan dia sudah beristeri, hati ini dipagut sayu. Sememangnya aku tidak
dapat mengawal perasaan ini lagi. Berhari-hari aku cuba menidakkan tetapi ianya
semakin kuat bertapak. Lagi-lagi encik kacak persis bayang-bayang buat aku. Ada
sahaja kebetulannya.
Lihatlah hari ini,
siap datang rumah lagi. Rapat bukan main Along dengan encik kacak. Macam dah
kenal lama. Kalau dilihat, Along tampak lebih berusia daripada encik kacak.
Along tiga puluh lima, encik kacak pula mungkin awal tiga puluhan. Tiga puluh satu
atau tiga puluh dua mungkin.
“Kenapa papa sebut
pasal hari langsung iya?” Aku bercakap sendirian. Kata-kata papa tadi masih
terngiang-ngiang di telinga.
“Takkanlah encik kacak
datang nak melamar aku dan papa pula senang-senang setuju?”
“Kalau mama papa cik
adik manis setuju macam mana? Cik adik manis setuju tak?”
Pang!
Ops! Aku menekup
mulut. Gara-gara terkejut dengan sergahan encik kacak, tak pasal-pasal pinggan kaca
mama yang baru hendak aku letakkan di rak, pecah berderai. Paling sadis sekali, mulut yang tak dapat
dikawal ini senang-senang melatah memberi persetujuan pada pertanyaan encik
kacak. Waktu itu rasa nak menangis pun ada. Malang sungguh nasib aku. Aduhai!
“Ya Allah. Kot iya pun
teruja sangat, tak payahlah pecahkan pinggan kaca mama. Nanti mama marah sayang
abang ni, abang sedih tau!”
Ngek! Tiba-tiba rasa
macam ulat bulu menjalar di badan aku dengan ayat dia tu. Boleh dia
ber’sayang’, ber’abang’ masa kalut begini.
Tanpa menunggu lama,
aku menunduk mengutip kaca. Daripada aku jadi makin tak keruan, baik aku
selesaikan semua ini sebelum mama masuk.
“Riana sayang…”
“Auch!” Aduh, encik
kacak ini buang tabiat ke apa ni?
“Ya Allah, Riana.
Kenapa cuai sangat ni?”
Aku jeling dia
sekilas. Boleh pula dia marah aku? Jari tengah berdarah ni bukan dia nak tolong
rawatkan. Geram sungguh.
Encik kacak yang kalut
hendak melihat jari aku itu, aku biarkan. Aku terus bangkit dan berpaling ke
sinki untuk mencuci luka tersebut. Mujurlah tidak dalam. Hanya permukaan luar
sahaja yang luka.
“Dah okey ke tangan
tu? Lain kali, buat kerja, jangan nak berkhayal. Bahaya tau tak. First aid kit mana?” soal encik kacak di
sebelah aku. Lengan aku yang beralas dengan blouse
dipegang dan tanganku dibawa dekat ke
wajahnya. Sibuk dia menilik luka aku.
“Doktor Ezzat, kalau
bukan sebab awak, tak jadi macam ni tau. Saya tengah buat kerja, awak datang
dengan perangai miang keladi awak tu. Mana saya tak terkejut. Dahla. Lepas
tangan saya. Saya nak kemas ni semua dulu. Mama datang nanti bising,” balasku
lalu merentap tangan kasar.
“Degil!” Encik kacak
merengus.
Ha..Kan dah kata.
Mulut dia mula tidak berinsurans lah tu.
Dengan wajah mencuka, dia keluar dari dapur
namun sempat lagi dia ambilkan selipar dapur mama dan menyuruh aku pakai. Takut
masuk kaca dalam kaki katanya.
Untuk keselamatan, aku mengalah. Bukan sebab
aku mendengar arahan dia tau!
“Riana..”
Aku menoleh apabila
Along memanggil.
Tidak sampai seminit
menghilang, encik kacak datang ke dapur bersama Along, mama dan papa. Di
tangannya pula terdapat peti pertolongan cemas.
“Riana ni buat kerja
macam mana?” tanya mama.
Along dan papa pula
sudah sibuk mengemas kaca yang pecah. Along dengan vacuum, papa pula sibuk mengutip serpihan kaca yang besar-besar dan
di letakkan ke dalam plastik.
“Bukan salah dia, ma.
Ezzat kejutkan dia tadi. Itu yang jatuh,” bela encik kacak.
Aku gigit bibir. Nasib
baik dia mengaku bersalah. Kalau tidak, ada juga yang kena hempuk dengan
pinggan mama biar pecah atas kepala dia.
“Ma rawatkan Riana
iya. Balut luka dia,”tambah encik kacak pada mama.
Peti pertolongan cemas
itu sudah mendarat di atas meja. Acriflavine atau ubat kuning dan juga cotton
bud serta plaster dikeluarkan.
“Kamu ajelah yang
buat, Ezzat. Apa gunanya ada doktor kalau mama yang buat,” ujar mama menolak.
“Eh, tak apa. Riana
boleh buat sendiri. Bukan susah pun.” Cadangan mama itu tidak masuk akal. Ada
ke patut disuruhnya encik kacak merawat luka aku. Tak kuasa nak bagi encik
kacak pegang tangan aku.
“Dah mama bagi izin,
Ezzat rawat iya,” ujar encik kacak pada mama seolah aku ini tidak wujud.
Hello encik kacak! I ni sedar lagi tahu! Izin I lagi
penting!
“Ehem.. Berdosa sentuh
tangan bukan muhrim tau,” tegas aku berbisik pada si dia apabila aku disuruh
duduk dan dia pula sedang bersiap-siap untuk merawat aku.
“Tujuan saya nak
merawat. Saya pun tak mahu tambah dosa,” balas encik kacak mendatar.
“Kalau macam ni
berdosa ke tak?” Dia angkat tanggannya yang sudah bersarung sarung tangan.
Aku ketap bibir. Ada
saja dia ni!
***
Ya Allah! Rasa macam
merdeka yang teramat sangat apabila encik kacak sudah pulang. Hendak menjerit
pun ada. Hampir dua jam lebih nafas ini terasa sesak dengan pelbagai kejadian
dan gelagat encik kacak. Tak tahulah kalau aku duduk dengan encik kacak dua
puluh empat jam, apa yang bakal terjadi pada aku.
Aku melepaskan lelah
di kerusi panjang ruang tamu bersebelahan Along. Tangan kiri Along yang didepakan
itu aku jadikan alas kepala. Suka sangat manja-manja macam ini dengan Along.
Selesa.
“Riana ni. Tak
habis-habis bermanja dengan Along kamu tu. Malulah papa tengok,”kata papa yang
duduk di samping mama.
Aku mencemik. Papa ini
memang. Dengki sungguh.
“Papa ni. Biarlah.
Manja dengan abang sendiri salah ke?”
Along tarik hidung
aku. “Salah sebab awak tu dah nak jadi bini orang,”balas Along.
Papa dan mama ketawa
sambil mengiyakan kata-kata Along.
“Bini orang apanya
calon tak ada lagi.”
“Papa mama, cakap
sikit kat budak ni. Biar dia faham sikit yang dia tu tak boleh manja macam ni
dah,”suruh Along. Kepala aku pula ditonyoh sesuka hati.
“Betul kata Along tu,
Riana. Ini, cincin untuk kamu. Cincin tanda. Tak lama lagi bolehlah kamu nak
bermanja sepuas-puasnya dengan suami kamu.”
Heh? Apa? Rahang aku
bagaikan terjatuh. Mulutku ternganga luas apabila mama menujukkan kotak baldu
merah berbentuk hati yang isinya adalah sebentuk cincin emas putih bertatahkan
permata berlian.
Aku pantas membetulkan
duduk aku. Aku lihat mama, papa, Along dan tentunya cincin itu silih berganti.
Sejak bila ada yang datang merisik atau memang betul encik kacak datang tadi
dengan tujuan ini? Oh, tuhan! Jangan kata ini kahwin paksa. Aku tak nak!
“Siapa lelaki tu? Bila
dia datang? Riana tak kenal. Riana tak nak!” Laju aku memprotes.
Along menepuk dahi.
“Nur Adriana. Kenapa kalut sangat ni. Kami pun takkan paksa Riana kahwin kalau
Riana tak setuju tau,” tutur Along yang sudah menghadap muka aku.
Aku gelengkan kepala
berkali-kali. Ini memang tak boleh jadi. Bila masa aku ada buat sebarang
persetujuan ni? “Siapa lelaki tu?” soal aku inginkan kepastian.
“La.. Ezzat la. Siapa
lagi. Ada hati nak sorokkan daripada Along. Ingat Along tak tahu Riana sukakan
Ezzat? Bukannya korang dah lama kenal?” tembak Along.
Nafas aku turun naik
dengan ayat Along. Dari mana dia tahu aku sukakan encik kacak tu dan dari mana
dia tahu aku kenal dengan encik kacak sebelum ini? Bukan lama ya. Baru seminggu
lebih.
“Tak.. Tak.. Riana tak
pernah ada hati kat dia dan Riana kenal dia baru seminggu tau Along. Along
jangan nak buat cerita.”
“Yang tadi Ezzat kata
kamu dah setuju terima dia tu apa?”soal papa
Hoh! Mulut membulat
huruf ‘O’. Bila masa aku terima dia?
Encik kacak ni memang gila. Jangan kata sebab
aku melatah tadi, dia sampaikan pada keluarga aku bahawa aku sudi menjadi
isterinya.
No..No..No.. Nur Adriana tak mahu bersuamikan seorang doktor dan juga suami orang
Tolonglah!
“Riana.. Tak baik
mainkan perasaan orang. Berdosa tau. Along kenal Ezzat tu. Sekali dia cinta,
memang selamanya dia cintalah,” sambung Along pula.
“Riana..”
“Dahlah, Nur Adriana.
Mama kenal anak mama ni. Daripada cara Riana, mama tahu anak mama ni dah jatuh
cinta dengan Ezzat. Tak payah malu dengan mama. Ezzat kata Riana bimbang
sikitkan sebab Riana masih muda. Bagi mama walaupun Riana rasa Riana muda,
Ezzat tu dah masuk tiga puluh-an. Dia dah bersedia nak ada keluarga sendirilah
tu. Riana tak perlu bimbang apa-apa. Kami suka pilihan Riana dan mama rasa Ezzat
memang yang terbaik untuk anak mama ni. Kenapalah tak cakap pada mama
awal-awal. Ini kalau Ezzat tak bersungguh, jawabnya, masing-masing senyaplah
iya?”
Oh, Tuhan? Apakah ini?
Sudahlah pandai-pandai kata aku bersetuju, lepas itu cakap aku bimbang kahwin
muda bagai. Tak faham. Kepala ini berbelit-belit hendak mencerna satu persatu.
Boleh tak kalau aku nak menjerit nama encik kacak kuat-kuat biar bergegar bumi
ni?
ENCIK KACAK!!!
Novelet Doktor Jantung Saya bakal dimuatkan dalam Antalogi Jejaka Pilihan Hati bersama karya salah seorang penulis kesayangan saya Ogos nanti . Limited 100 unit sahaja tau!
Boleh masukkan nama anda di grup saya jika berminat!
https://www.facebook.com/groups/ceritacintameeyalisha
https://www.facebook.com/groups/ceritacintameeyalisha
Jerit la Riana.......dan2 Ezzat tu muncul
ReplyDeletekt depan hang....hihihihihi :)
suka...suka...suka......
Heee.. Tq for reading akak!
Deletebestttttt
ReplyDeleteBest
ReplyDelete