Tuesday, January 19, 2016

Kelahiran Baby Baru "Cik Murai Sayang Cik Abang"

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah.. Khabar gembira menyapa setelah sekian lama menanti kelahiran Mia Qistina dan Ikhwan Iqaan  yang dulunya bertajuk Hakikat Ku Cintaimu.

Kisah ini kisah yang saya coretkan pada tahun 2012. Tak sangka setelah lama menanti untuk diterbitkan, akhirnya tahun ini ianya jadi kenyataan. Terima kasih Pihak KakiNovel yang menerbitkan novel ini bersama dengan cover yang comel. 

Semoga nukilan pertama saya (walaupun sudah novel ketiga) ini menghiburkan dan memberi pengajaran juga dapat diterima ramai. Maaf andai ada kekurangan. 

Tuesday, June 24, 2014

Mini Novel Limited Edition- Doktor Jantung Saya (Bab 10)

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search

Bab 10
RUMAH banglo yang sederhana besar itu aku teliti setiap genap incinya. Waktu itu hanya aku sahaja yang ada di ruang tamu rumah tersebut. Encik kacak dan Aleesya sudah menghilang. Katanya dia hendak memaklumkan pada si ibu akan kehadiran aku. Huh! Berdebar, tak tentu arah. Semua bercampur jadi satu.

Selepas makan tadi, aku tidak terus datang ke sini. Aku naik ke tingkat satu terlebih dahulu untuk menemui bosku. Surat berhenti kerja itu aku serahkan padanya. Tika itu, rasa nak tergelak pun ada. Rupanya  bos sedang menunggu masa memecat aku dek target jualan yang ditetapkan tidak tercapai. Nasib aku pantas bertindak. Aku yang letak jawatan bukan dipecat.  Elok sikit bunyinya kan?

Aku kerling jam tanganku. Baru pukul tiga setengah petang. Encik kacak ini sesuka hati dia saja keluar hospital dan membawa aku pulang ke rumahnya. Bila ditanya, katanya, hari ini hari dia jaga klinik. Kebetulan kes tak banyak. Bolehlah dia keluar. Entah betul, entah tidak.

Monday, June 23, 2014

Pre-Order Novelet Jejaka Pilihan Hati

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search


Dearies kesayangan! Memandangkan permintaan Novelet Jejaka Pilihan Hati (Doktor Jantung Saya dan Ara &Mr.Perfect) sangat menggalakkan, saya mohon serious buyer, emel detail seperti di bawah. Jika novel lebih daripada 1, sila nyatakan jumlahnya.

TQ dearies!

Tunggu pengumuman seterusnya.

Note: details payment akan kami emelkan Julai nanti bersama official cover, dearies.


Sunday, June 22, 2014

Mini Novel Limited Edition- Doktor Jantung Saya Bab 9

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search
Bab 9
MOOD kerja hari ini terus melayang. Sepanjang tiga jam aku di sini, baru tiga orang yang aku sapa. Itu pun aku tidak bercakap banyak. Hulurkan pamplet sahaja. Bila di tanya, aku jawab. Kalau tidak, memang aku senyap. Mulut ini memang berat untuk dibuka. Penat, mengantuk, serabut, semua ada.

Hajat di hati hendak membuat permohonan berhenti kerja hari ini juga sebab aku rasa  prestasi kerja aku dari hari ke hari kian merudum. Di tambah pula dengan masalah yang satu ini. Nak datang kerja pun malas. Daripada aku buat kerja tak ikhlas, layan pelanggan nak tak nak saja, lebih baik berhenti.

Aku sudah pun suarakan pada mama pagi tadi dan mama apa lagi. Seronoklah. Mama sememangnya tidak bersetuju aku bekerja di sini. Katanya lebih baik aku cari pengalaman mengajar di tadika. Sekurangnya bila masuk ke alam kerja nanti, aku mempunyai pengalaman bagaimana berdepan dengan pelajar tetapi untuk waktu ini aku lebih memilih untuk tinggal di rumah. Biarlah keadaan kembali normal dahulu baru aku fikirkan plan seterusnya. Dalam masa yang sama, aku berharap nama aku tersenarai dalam fasa kedua penempatan para graduan nanti.

“Beb, kau okey ke?” soal Dalila.

Aku jatuhkan kepala. “Okey. Beb, bos datang pukul berapa? Aku ingat nak berhentilah.” Aku sampaikan hajat aku pada Dalila.

“Apa? Nak berhenti? Kenapa beb? Habis aku macam mana? Aku dah sebati kerja dengan kau tau. Kau tak kesiankan aku ke tak ada geng kat sini?” rungut Dalila dengan riak sedih.

“Beb.. Aku ni macam buang masa je tau kat sini. Aku tak minatlah nak kerja. Lagipun aku ada masalah keluarga sikit. Aku kerja pun tak aman,”terangku.

Dalila menopang dagunya menghadap aku. “Kau ada masalah apa beb? Bagitahulah aku. Walaupun mungkin aku tak dapat tolong, sekurangnya aku boleh jadi pendengar.”

Aku gerakkan kepala aku ke kiri dan ke kanan. Aku malas hendak membuka cerita. “Tak ada. Macam yang aku cakap tadi, masalah keluarga.”

“Erm.. Kalau macam tu, aku harap masalah kau dapat diselesaikan secepat mungkin dengan cara yang baik. Cuma.. pasal berhenti tu, kau pasti ke?”

Aku mengangguk. Seulas senyuman aku ukir pada Dalila. “Keputusan aku muktamad, Dalila. Kau janganlah sedih. Nanti hari-hari aku datang jenguk kau tapi kau kena belanja aku makan dan bayar minyak kereta aku sebab aku tak kerja. Tak ada duit. Lagipun aku datang semata-mata sebab kau. Jadi, silalah sponsor aku iya,” kataku mengundang suasana ceria antara kami.

Dalila mencemik seraya menegakkan tubuhnya. “Alasan supaya aku cakap, ‘Riana, kau tak payah jenguk akulah macam tu’, betul tak? Inilah kawan. Nak jenguk pun bersyarat bagai. Tak apalah. Aku redha,”balas Dalila berdrama.

Aku ketawa kecil. Pasti nanti aku akan merindui gelak-tawa Dalila. Nasib rumah bukan jauh pun. Bosan-bosan bolehlah aku datang melepak di sini nanti.

“Beb..”

“Erm?” Aku jungkitkan kening.

“Tu bukan budak yang dengan encik kacak kau tu ke?”Tak semena, Dalila bertanya sambil jarinya di halakan ke belakang aku.

Mendengar sahaja soalan itu, aku terus menoleh. Kanak-kanak perempuan comel itu sedang berdiri sendirian bersama dengan seekor patung beruang tempoh hari.

Mata aku melilau ke sana dan ke sini mencari kelibat encik kacak atau ibu si anak itu tetapi hampa. Tiada sesiapa bersama anak itu. Aneh. Ada ke patut anak kecil itu dibiarkan sendirian. Bahaya sungguh.

Aku bangun dan berjalan menghampiri anak kecil itu. Aku rendahkan tubuhku supaya ketinggian aku lebih kurang sama dengan si kecil. “Adik.. Adik seorang je ke ni?” soalku.

With daddy,” balas kanak-kanak itu.

Aku gigit bibir. Anak kecil itu datang bersama daddy. Ini bermakna encik kacak ada di sini tapi di mana?

Where is your daddy?”soalku lagi.

Daddy is waiting for you down there. At Kenny Rogers,” tutur anak comel itu fasih berbahasa Inggeris.

Waiting for me?

Anak itu mengangguk. “Yes, mummy.”

Heh? Mummy? Ini pasti ajaran encik kacak. Sejak bila pula aku jadi muumy budak ni. Aduhai. Boleh tak kalau tak rumitkan hidup aku dalam sehari?

Mummy, this one is for you. Daddy gives it to you.”

Aku angkat kening. Encik kacak bagi teddy bear ini pada aku? Takkan yang anak dia, dia hadiahkan pula pada aku. Kedekut sungguhlah kalau macam ni.

No, thank you darling. It’s your. Not mine,”tolakku secara halus.

Anak kecil itu menggeleng laju. “No. Daddy bought it for you last week. Remember? Daddy bought me another one.

Rahang aku terjatuh. Biar betul budak ni? Maknanya minggu lepas tu, encik kacak sengaja hendak kenakan akulah iya?

Dek kesian si kecil itu masih setia menghulurkan patung beruang itu, aku akhirnya menyambut. “Thank you sweetheart. What’s your name?

“Aleesya Binti Ezzat Faiz.”

Dup! Jantung hilang rentak lagi. Anak kecil ini berbintikan Ezzat Faiz. Adakah memang nama encik kacak itu Ezzat Faiz?

***

“EHEM!” Aku berdeham sebaik tiba di meja hujung Kenny Rogers. Sebenarnya aku kekok untuk bertentang mata dengannya.

“Daddy..” panggil Aleesya mencuit bahu encik kacak yang berkemeja kuning air hari ini.

Encik kacak bangkit dan mengukir senyuman manis pada aku dan Aleeysa. Dahi Aleesya dikucup mesra. “Thanks sayang.”

Aku senyum hambar. Jelas tergambar sifat kebapaan pada encik kacak. Aku suka dengan gayanya. Tentu Aleesya seorang anak yang sangat bertuah.

“Riana.. Have a seat,” pelawa encik kacak.

Aku angguk. Aku tiada pilihan. Hendak tak hendak, aku terpaksa duduk  bertentangan dengan encik kacak setelah Aleesya memilih untuk di sebelah yang satu lagi. Patung beruang pula diambil encik kacak dan diletakkan di sebelahnya.

“Dah makan ke?”soal encik kacak.

Aku geleng. “Belum.”

Okay. Good. Saya order Kenny’s Chicken and Garden Meal. Is it okay with you?”

Aku angguk. Suara tika itu  seperti tersekat di kerongkong. Lain sungguh rasanya berdepan dengan encik kacak. Lagi-lagi selepas mimpi semalam.

Pertama kali aku menunaikan solat istikharah memohon petunjuk Dia Yang Satu, wajah encik kacak sedang tersenyum manis menjengah mimpi aku. Ketika lelaki itu menghulurkan tangannya pada aku, dengan senang aku menyambut. Siap boleh melentokkan kepala di bahunya lagi. Mungkin itulah petanda yang positif bagi encik kacak tapi untuk aku, rasanya tidak.

“Adriana, are you okay?”

Aku tarik senyum. “Okay. Kenapa awak nak jumpa saya?”

“Salah ke saya jumpa bakal isteri saya?”

Aku ketap bibir. Tolonglah encik kacak.. Jangan sebut pasal tu.

You’ve got the answer?”

Aku pandang dia tajam. “Apa pun jawapannya, saya tak akan hancurkan rumah tangga awak, Doktor Ezzat.”

Encik kacak ketawa kecil. “Apa salahnya bermadu. Tak nak payung emas?”

Aku berdecit. Lelaki semua sama. Hal sebegini boleh dibuat main. Tak terfikir ke perasaan isteri apabila dimadukan?

“Kami, wanita hanya insan yang lemah. Luaran mungkin isteri awak merelakan, tetapi hatinya? Awak pasti tahu kisah Saidatina Aisyah kan?”soalku pada encik kacak.

Kening encik kacak dijungkitkan. Gayanya sedang menunggu aku menyambung bicara.

“Dari Aisyah Radhiyallahu anha, suatu malam, Rasulullah keluar dari rumahnya. Aisyah berkata, “Maka aku pun menjadi cemburu kepada baginda sekiranya baginda mendatangi isteri yang lain.”

Aku diam sebelum meneruskan kata. “Awak faham apa maksud saya? Lagikan Aisyah, Ummul Mukminin dihambat rasa cemburu, apatah lagi kami wanita biasa, Doktor Ezzat. Awak dah ada isteri juga ibu kepada Aleesya. Bahagiakan mereka. Berikan mereka sepenuhnya kasih sayang yang awak ada. Saya tak perlukannya daripada awak.”

Encik kacak menganggukkan kepalanya dan dalam masa senyuman terlakar di wajah itu.

“Aleesya, your mummy is so great. Daddy tak salah pilih mummy. Could you hug her for me?”

‘Astaghfirullahalazim.’ Aku beristighfar panjang. Bukan main lebar aku cuba membetulkan keadaan, boleh pula dia dengan selamba kata aku pilihan yang tepat.

I love you, mummy,”ucap Aleesya yang sudah merangkul leher aku erat dan kedua belah pipi aku dicium bertalu-talu sebelum dia kembali duduk dengan wajah yang cukup gembira.

Thanks, dear,”ucap encik kacak pada Aleesya.

Aleesya mengangkat ibu jarinya tanda bagus. “I love mummy, daddy.

“I love mummy too but mummy doesn’t love daddy,” sungut encik kacak dengan muka sepuluh sen.

Aleesya cepat-cepat menoleh pada aku. “Mummy please love daddy,” pinta Aleesya sambil tangannya menggoncang lengan aku.

“Doktor  Ezzat!” Aku jengkilkan mata pada encik kacak memohon pertolongannya supaya Aleesya berhenti merengek begitu.

Just say that mummy loves daddy. That’s it!”

Aduhai. Encik kacak ini. Kalau tak fikirkan Aleesya ini budak kecil, dah lama aku tarik tangan ini tau. Setiap apa yang encik kacak lakukan, mesti menguji limit kesabaran aku.

Yes, darling. Mommy loves daddy sooooooooooo much!” kataku dengan penuh geram hingga perkataan ‘so’ itu aku tarik sepanjang-panjangnya. Sakit hati tau tak!

Encik kacak  tayang muka puas.  Kedua belah tangannya diraup ke muka.“Alhamdulillah. Then let’s meet my mom after this.

Heh?! Kerja gila lagi. Adoi!!!!

Novelet Doktor Jantung Saya bakal dimuatkan dalam Antalogi Jejaka Pilihan Hati bersama karya salah seorang penulis kesayangan saya Ogos nanti . Limited 100 unit sahaja tau!


Boleh masukkan nama anda di grup saya jika  berminat! 
https://www.facebook.com/groups/ceritacintameeyalisha

Note: Sila tinggalkan nama di pinned post group jika berminat sebab saya takut terlepas pandang kalau request DJS tempat lain tau. =D

Wednesday, June 18, 2014

Mini Novel Limited Edition- Doktor Jantung Saya (Bab 8)

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search


            Bab 8
Untuk pertama kali dalam hidup, aku menceroboh telefon bimbit Along. Samsung S IV yang ditinggalkan di dalam bilik ketika Along sibuk bersantai di depan televisyen itu aku ambil. Niat aku hanya satu. Nombor encik kacak harus aku dapatkan. Dada aku ini memang sudah tidak tahan untuk meletus.

Siaplah encik kacak. Pandai-pandai dia buat perancangan. Dia ingat aku ini apa. Patung?

Sebaik nama Dr. Ezzat tertera di skrin, pantas aku menyalin nombor tersebut ke dalam telefon bimbit aku. Selepas itu, aku terus menyusup masuk ke dalam bilik.

Tanpa menunggu lama, aku langsung menghubunginya.

“Assalamualaikum.”

Aku menggigit bibir. Tidak semena, lidah ini kelu. Kekuatan yang aku kumpulkan tadi tiba-tiba lari berdesup entah ke mana mendengar suara parau itu.

“Hello.. Siapa tu?” Sekali lagi encik kacak bersuara.

“Err.. Waalaikumussalam. Adriana here,” tutur aku tersekat-sekat. Hisk! Kalau tahu jadi macam ni, aku tak telefon encik kacak.

‘Nur Adriana.. Cool..’  Dia sedang huru-harakan hidup aku. Aku tak boleh mengalah.

“La.. Cik adik manis.. Missing me?

Tuesday, June 17, 2014

Mini Novel Limited Edition- Doktor Jantung Saya ( Bab 7)

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search

Bab 7
     
Satu-persatu pinggan kotor yang sudah disabun, aku bilas sebersih-bersihnya kemudian diletakkan di rak pinggan berwarna biru untuk dikeringkan sebelum aku simpan ke dalam almari mama.

Hari ini mama mendenda aku membersihkan  meja makan dan dapur. Nasiblah. Hisk! Mama papa off day melayan tetamu istimewa katanya. Istimewalah sangat! Buat sakit jantung aku adalah. Hati pula bagai dicarik-carik. Layanan encik kacak sangat menyentuh kalbu. Romantik tahap apa pun tidak dapat aku gambarkan.

Sayangnya, kala terkenangkan dia sudah beristeri, hati ini dipagut sayu. Sememangnya aku tidak dapat mengawal perasaan ini lagi. Berhari-hari aku cuba menidakkan tetapi ianya semakin kuat bertapak. Lagi-lagi encik kacak persis bayang-bayang buat aku. Ada sahaja kebetulannya.

Lihatlah hari ini, siap datang rumah lagi. Rapat bukan main Along dengan encik kacak. Macam dah kenal lama. Kalau dilihat, Along tampak lebih berusia daripada encik kacak. Along tiga puluh lima, encik kacak pula mungkin awal tiga puluhan. Tiga puluh satu atau tiga puluh dua mungkin.

“Kenapa papa sebut pasal hari langsung iya?” Aku bercakap sendirian. Kata-kata papa tadi masih terngiang-ngiang di telinga.

“Takkanlah encik kacak datang nak melamar aku dan papa pula senang-senang setuju?”

“Kalau mama papa cik adik manis setuju macam mana? Cik adik manis setuju tak?”

“Mak! Cik adik manis setuju!”

Monday, June 16, 2014

Mini Novel Limited Edition- Doktor Jantung Saya (Bab 6)

Protected by Copyscape DMCA Copyright Search

Bab 6
Hari ini aku bermalasan sahaja di rumah. Maklumlah cuti aku cuma sehari seminggu. Tak larat rasanya nak keluar ke mana-mana. Habiskan masa dengan penuh kualiti itu sangat penting bagi aku dan kualiti itu pastilah di rumah. Boleh menghadap televisyen, manja-manja dengan mama dan papa. Seronoknya!

Usai bangkit daripada tidur jam dua belas tengah hari, aku terus membersihkan diri. Kalau turun ke bawah dengan tidak mandi waktu macam ini, jawabnya pedihla telinga ini menadah bebelan mama yang berbakul-bakul. Sudahla bangun lewat, tak mandi pulak tu dan bla..bla.. bla.. Jadi langkah selamat, aku turun dengan keadaan suci, bersih, wangi dan segar.

Turun sahaja ke tingkat bawah, bau masakan mama menyengat ke hidung. Kalau tak silap, ni bau kulat sisir goreng telur kegemaran aku. Wah, mama masak masakan istimewa hari ini. Bukan selalu boleh makan kulat sisir.

Tubuh mama yang ralit menggoreng kulat itu, aku peluk dari belakang dan pipi mama dicium. “Morning ma,”ucap aku selamba sambil terjenguk-jenguk ke dalam kuali. Perut sudah sibuk meminta diisi. Memang kecur liur tengok kulat-kulat sudah kekuningan digaul bersama telur.

“Hisk. Pagi apanya Riana. Matahari dah tegak atas kepala tu tau. Orang dah nak makan tengah hari dah,”omel mama.
Kulat sisir sudah masak itu dihidangkan ke dalam pinggan correlle bercorak bunga berwarna biru. Pinggan kesayangan mama yang dibeli di Sydney sewaktu melawat adikku tiga bulan lepas.

Aku tayang gigi putih bersihku. “Ma..”

“Dah baru bangun, pagilah tu untuk dia, ma. Kalau pukul tujuh malam bangun pun dia cakap pagi lagi.”

Belum sempat aku membela diri, tukang penambah perisa datang menyampuk. Aku jeling wajah Along yang sedang tersenyum sinis. Apa lagi, aku tarik muncung sedepalah.

“Tak kerja ke? Sibuk je.” Along ada di rumah merupakan perkara luar biasa lagi-lagi tengah minggu begini.

“Ha..Itulah. Bangun lambat sangat. Nanar jadinya. Hari ni kan Maulidur Rasul. Tarikh kelahiran Nabi Junjungan Besar kita pun boleh lupa. Inilah budak-budak sekarang. Kalau New Year boleh pulak ingat.”

Amboi, Along makin galak mengenakan aku. Geram sungguh! “Along ingat Riana ni jahil sangat ke. Orang tak sambut new year bagailah. Orang bukan lupa. Orang pelik kenapa Along tu ada. Selalunya, cuti ke tak, kerja memanjang,”luahku menutup kesilapan supaya Along tidak sesuka hati menambah sindirannya.

Along mencemik.

“Isk. Dah-dah. Kamu dengan Along asyik nak bergaduh je. Riana, pergi pakai tudung. Ada tetamu datang nak makan sekali dengan kita. Cepat!”Itu dia. Arahan mama dah keluar. Semua pakat diam.

Aku pandang Along tak berkelip. Agak-agak siapa yang datang siap suruh pakai tudung. Semalam mama tak ada pesan apa-apa pun. Patutlah bukan main awal mama masak. Penuh meja pula tu.

“Siapa datang ma? Tak ada orang pun masa Riana turun tadi,” soalku ingin tahu.

“Memanglah tak ada. Tetamu tengah sembang dengan papa kat laman rumah,”balas mama sibuk mengatur pinggan di meja.

“Dah-dah. Naik siap cepat. Pakai sopan sikit. Ini dengan seluar tiga suku, t-shirt tak ada lengan. Malu orang nampak,”tutur mama.

“Ala. Lelaki ke perempuan ma? Kalau perempuan, bukannya aurat pun kan?” Aku kerdip mata pada mama. Malas benar nak panjat tangga dan ganti baju waktu perut tengan lapar sangat ni.

“Nur Adriana, kalau perempuan, mama tak suruh pergi ganti bajulah adik oi! Kang tetamu tu datang tengok kamu macam ni, sah-sah esok dia terus hantar rombongan meminang. Malam tu kahwin? Nak?”

Heh? Cara Along cakap tu memang menyeramkan. Laju aku gelengkan kepala. Kena pakcik miang keladi, mati aku! Logik juga tetamu itu golongan berumur sebabnya papa yang melayan. Kalau muda, kawan Along, mesti Along takkan sibuk tunjuk muka kat sini.

“Apa yang kecoh-kecoh kat dapur tu Along?”

Sudah! Suara papa yang semakin menghampiri dapur buat aku panik. Kalaulah papa masuk sekali dengan tetamu dia, niaya aku. Tanpa berfikir panjang, aku tarik lengan Along dan pantas menyorok di belakangnya.

“Eh, Riana, dah bangun?Kenapa menyorok sampai macm tu sekali belakang Along?”tokok papa yang telah berdiri di muka dapur.

“Riana ya, Arif?”

Dengar sahaja suara itu, automatik tubuhku meloncat ke sebelah Along dengan tidak mampu dikawal. “Encik kacak!”